Anda di halaman 1dari 2

1.

AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP SURAH AL BAQARAH : AYAT 1-5

( )( ) () ( ) ()
Maksudnya : Alif. Lam, Mim (1). Kitab al-Quran ini, tidak tidak ada sebarang syak padanya ( tentang datangnya drpd Allah & tentang kesempurnaannya), Ia pula menjadi petunjuk bagi org-org yg (hendak) bertaqwa (2). Iaitu orang yang beriman kepada perkaraperkara ghaib, dan Mendirikan (mengerjakan ) solat serta Membelanjakan (mendermakan ) sebahagian dari rezeki yg kami berikan kpd mereka (3) .Dan orang yang beriman kpd kitab al-Quran yg diturunkan kpdmu (wahai Muhammad), Dan Kitabkitab yg diturunkan dahulu drpdmu. Serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat ( dgn sepenuhnya) (4). Mereka itulah yg tetap mendapat petunjuk drpd Tuhan mereka, Dan merekalah orang yang berjaya (5) (Al-Baqarah:1-5)

MAKSUD TAQWA

Mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan

CIRI-CIRI MUKMIN BERTAQWA


(berdasarkan surah AlBaqarah ayat 1-5 )

1. Beriman dengan perkara ghaib * 2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam 3. Membelanjakan sebahagian rezeki / harta pada jalan Allah 4. Beriman & beramal dengan ajaran Al Quran 5. Beriman kepada kitab-kitab asal yg diturunkan kpd rasul-rasul 6. Beriman dengan Hari Akhirat
USAHA UNTUK MENJADI MUKMIN BERTAQWA Sentiasa menunaikan solat pada waktunya Berusaha membaca dan memahami Al Quran Mengamalkan akhlak mulia Meninggalkan perbuatan yang boleh mendorong kepada maksiat dan perbuatan keji

KELEBIHAN ORANG BERTAQWA Dikasihi dan diredai Allah Mendapat kejayaan hidup di dunia & di akhirat Tidak mudah terpengaruh atau terpedaya dengan anasir-anasir nagetif Sentiasa reda dan tabah menghadapi ujian hidup

PENGAJARAN AYAT: 1. Al Quran memimpin manusia kejalan yang selamat dunia & akhirat 2. Solat fardu wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun 3. Rezeki / harta yang dikurniakan Allah hendaklah digunakan ke jalan yang diredai Allah

SOALAN LATIHAN : 1. Nyatakan maksud taqwa. 2. Terang 4 ciri orang bertaqwa berdasarkan surah Al Baqarah ayat 1 5 3. Jelaskan 3 usaha yang boleh anda lakukan untuk menjadi seorang pelajar mukmin cemerlang. 4. Terangkan 2 kelebihan orang bertaqwa 5. Merujuk potongan ayat dlm teks ms 3, tuliskan 2 contoh ayat yang mengandungi hukun tajwid Iizhar Halqi & 2 contoh Idgham Bighunnah