Anda di halaman 1dari 12

Pendahuluan Istilah Islam Liberal pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leona rd Binder dan

Charles Kurzman. Binder menggunakan istilah Islamic Liberalism , se mentara Kurzman memakai istilah Liberal Islam . Secara tersirat kedua-duanya memper cayai bahawa Islam itu banyak; Islam Liberal adalah salah satunya. Namun sebelum k ita melanjutkan perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan dahulu bahawa I slam itu satu dan tidak banyak. Yang nampak banyak sebenarnya adalah mazhab dalam Islam, bukan Islam itu sendiri. Jadi istilah Islam Liberal yang kita maksudkan dis ini adalah Pemikiran Islam Liberal yang merupakan satu aliran berfikir baru dikala ngan umat Islam. Kemudian perkara yang kedua yang kita perlu jelaskan juga adalah, pemikiran Isla m liberal ini tidak termasuk dalam mazhab Islam. Mengapa? Kerana mazhab-mazhab d alam Islam tetap merujuk pada induk yang sama, yang disepakati, yang satu, yang mapan, yang dipersetujui oleh seluruh umat Islam dari dahulu sehingga kini, di b erbagai negeri dan lokaliti. Adapun pemikiran Islam liberal, ia adalah suatu pem ikiran yang berupaya membebaskan dan meliberalkan umat Islam dari Islam yang satu, yang disepakati, dan Islam yang sudah mapan (established) itu. Secara ringkasny a pemikiran Islam liberal tidak dapat dikatakan sebagai mazhab Islam kerana pemi kiran ini bertujuan meliberalkan dan merongkai takrif Islam yang telah dipersetuju i oleh seluruh umat Islam tadi. Natijah dari penjelasan pertama dan kedua di atas, maka lahirlah penjelasan keti ga yang perlu kita nyatakan juga, iaitu bahawa pada hakikatnya pemikiran Islam l iberal bukan pemikiran Islam yang sebenarnya, malah lebih tepat untuk dikatakan bahawa pemikiran Islam liberal adalah pemikiran liberal yang ditujukan kepada Is lam. Oleh itu tidak patut nama pemikiran Islam itu disandarkan padanya. Namun se bagai bahan perbincangan kita, tidak ada salahnya kita gunakan juga frasa pemikir an Islam liberal untuk memudahkan wacana dan syarahnya. Sama seperti al-Qur an meng gunakan perkataan tuhan secara kiasan (majazi) untuk sesuatu yang disembah oleh ka um musyrikin, padahal al-Qur an pada masa yang sama menyatakan bahawa tidak ada tuh an melainkan Allah . Akar-Akar Pemikiran Islam Liberal Pemikiran Islam liberal berpunca dari pengaruh pandangan hidup Barat dan peradab annya yang hegemonic dan mendominasi semua bidang kehidupan dewasa ini. Ia merup akan percampuran antara pemikiran modernism yang cuba memberikan tafsiran Islam ya ng sesuai dengan modernity dan pemikiran post-modernism yang cuba melakukan deconstru ction terhadap segala pemikiran yang sudah mapan (established). Namun dapat dikat akan bahawa dalam pemikiran Islam liberal pengaruh pemikiran post-modernism lebih ketara. Upaya untuk merombak (deconstruct) segala yang sudah mapan dalam Islam, merupakan ciri utama pemikiran ini. Takrif Islam yang telah mapan, misalnya, per lu diliberalkan dan dirombak, sehinga orang bukan Islam pun dapat dikatakan seba gai Muslim, dan agama selain Islam pun dapat ditafsirkan sebagai Islam juga. AlQur an dalam bentuknya sebagai Mushaf Uthmani yang telah disepakati oleh semua kau m Muslimin, baik Sunni maupun Syi ah, juga perlu kapada deconstruction , kononnya unt uk mendapatkan wahyu Tuhan yang asal sebelum Khalifah Uthman merasmikan mushafny a untuk seluruh kaum Muslimin. Pemikiran Islam liberal juga memanfaatkan dan mendapatkan modal murah dari radik alisme yang terjadi pada sebahagian kaum Muslimin. Reaksi mereka bukan hanya ter tumpu kepada golongan radikal dari kalangan kaum Muslimin semata-mata, namun kep ada Islam dan sumber-sumber Islam yang telah disalah anggap sebagai sumber radik alisme oleh mereka. Hal ini sejalan dengan fahaman Barat terhadap Islam pada har i ini bahawa ajaran-ajaran Islam itu sebati dengan terorisme dan pengahalang kep ada kemajuan peradaban sekular mereka. Dalam hal ini politik Barat sudah tentu m empergunakan para pemikir Islam liberal untuk merongkai dan membongkar (deconstr uct) simpul-simpul Islam yang kukuh dari dalam tubuh umat Islam sendiri. Barat m

elihat ajaran Islam sebagai benteng penghalang globalisasi peradaban sekular yan g perlu diruntuhkan (deconstruct) terlebih dahulu menerusi para pemikir liberal ini. Dalam upaya meruntuhkan bangunan ajaran Islam yang kukuh, pemikiran Islam libera l tidak segan silu mengambil kajian-kajian orientalis, metodologi kajian agama l ain, ajaran human right dalam konteks humanisme Barat, falsafah sekularisme, dan pandangan-pandangan yang bercanggah dengan Islam. Untuk menyempurnakan penyamar an mereka terhadap kaum Muslimin awam dan supaya tetap dikatakan pemikiran itu s ebagai bahagian dari Islam, pemikiran Islam liberal juga menggunakan bahan-bahan dari turath dan persuratan Islam dengan mengambil bahan-bahan yang kontroversia l dan marginal. Alasan mereka, bahan-bahan yang menyokong mainstream Islam adala h hasil dari persekongkolan para ulama dan para penguasa di zaman dahulu. Bahanbahan itu adalah construction ulama yang perlu kepada deconstruction supaya pemikira n umat Islam bertambah maju, seiring dengan kemajuan sekularisme Barat. Pemikiran Islam Liberal di Indonesia Dalam konteks Indonesia ada disertasi yang ditulis oleh Greg Barton pada tahun 1 995 mengenai kemunculan pemikiran liberal di kalangan pemikir Indonesia. Diserta si yang asalnya bertajuk The Emergence of Neo-Modernism: A Progressive, Liberal Movement of Islamic Thought ini kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Indonesia menjadi satu buku yang bertajuk Gagasan Islam Liberal di Indonesia: Pemikiran Ne omodernisme Nurcholis Madjid, Djohan Effendi, Ahmad Wahib, dan Abdurrahman Wahid , yang diterbitkan atas kerjasama Paramadina, Yayasan Adikarya Ikapi, dan Ford Fo undation pada tahun 1999. Pemikiran Islam liberal, yang biasa disingkat sebagai I slib , kemudian dipopularkan oleh satu kumpulan para pemuda dengan menubuhkan satu rangkaian kerjasama di dalam dan di luar negara, yang mereka namakan sebagai Jar ingan Islam Liberal (JIL). Apa yang akan dipaparkan dalam kertas ini adalah beberapa isu pokok dalam pemiki ran Islam liberal yang berkembang di Indonesia. Memang terlihat jelas bahawa pem ikiran-pemikiran liberal yang dilontarkan oleh golongan ini merupakan penyerapan dan pengaruh dari isu-isu pemikiran yang berkembang di dunia Barat. Proses pemb aratan dan globalisasi kultural yang berjalan di Indonesia selama ini telah mela hirkan golongan pemikir yang merasa selesa dengan pemikiran agama seperti yang t erjadi di Barat. Islib kini menjadi satu lagi jentera globalisasi, bukan dalam b idang ekonomi, tapi dalam bidang agama. Seperti juga nasib agama-agama di Barat, Islib hendak menjadikan Islam sama seperti Kristian atau Faham Yahudi di Barat yang tunduk dengan kehidupan duniawi, dengan cara membebaskan umat Islam dari aj aran-ajaran Islam yang tulin menerusi tafsiran atau perubahan ajaran Islam itu s endiri sehingga sesuai dengan selera dan agenda Barat. Hal ini sesuai dengan mot to dan syiar Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia iaitu Islam Yang Membebask an. Pembebasan yang pertama, seperti yang terjadi di dunia Barat, adalah menerusi proses sekularisasi dan sekularisme yang berambisi membebaskan umat manusia dar i pengaruh-pengaruh alam ruhani. 1. Sekularisasi dan Sekularisme Sejak permulaan tahun 1970 isu sekularisasi di Indonesia telah dilancarkan oleh seorang sarjana agama yang bernama Drs. Nurcholis Madjid yang ketika itu menjawa t sebagai Ketua Umum Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam (HMI). Dalam ucapan nya pada 2hb Januari 1970 yang bertajuk Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi Umat (Arena 1), begitu juga dalam artikelnya yang lain yang be rtajuk Sekali Lagi Tentang Sekularisasi (Arena 2), Cak Nur, nama panggilan Nurchol is, telah memperkenalkan istilah sekularisasi kepada masyarakat Islam Indonesia de ngan mendakwa bahawa sekularisasi tidaklah dimaksudkan penerapan sekularisme. Ba hkan menurutnya proses sekularisasi itu merupakan proses Islami seperti tertuang dalam permulaan kalimah syahadah (La Ilaha ) itu sendiri. Beliau jelas-jelas meng atakan bahawa, Agama Islam bila diteliti benar-benar dimulai dengan proses sekula

risasi lebih dulu. Justru ajaran risasi besar-besaran .

Tauhied

itu merupakan pangkal tolak proses sekula

Pendapatnya yang aneh dan mengelirukan itu telah mendapat bantahan keras secara ilmiah oleh Prof. Dr. H.M. Rasjidi, yang ketika itu menjawat sebagai profesor In stitut Agama Islam Negri (IAIN). Dalam satu bukunya yang bertajuk Koreksi Terhada p Drs. Nurcholis Madjid Tentang Sekularisasi yang terbit tahun 1972, Prof. Rasjid i menyatakan bahawa Nurcholis telah menggunakan perkataan sekularisasi lantas me mberikan arti semahunya sendiri, padahal istilah sekularisasi dan sekularisme it u adalah istilah yang sudah mapan dari segi maknanya, dan kedua-duanya tidak bol eh dipisahkan. Seolah-olah Nurcholis ingin menunjukkan kepada masyarakat Islam d i Indonesia bahawa proses sekularisasi itu tidak semestinya bersifat negatif dal am pandangan Islam. Bahkan sekularisasi itu menjadi sesuatu yang sangat sebati d engan Islam, karena akar sekularisasi itu sudah ada pada kalimah tauhid itu send iri. Sebenarnya Nurcholis Madjid telah terpengaruh dengan cara analisis Harvey Cox d ari kalangan pemikir Kristian yang mengatakan bahawa akar sekularisasi itu sudah ada dalam ajaran-ajaran Bible. Cak Nur memang membaca karya Harvey Cox, The Sec ular City, yang terbit tahun 1965 dan ketika itu menjadi best-seller di Amerika. Nurcholis kemudian mengambil gagasan utama Cox itu untuk diterapkan pada Islam. Namun beliau tidak memberitahu masyarakat awam bahwa gagasan sekularisasi itu a dalah diciplak dari pemikiran Harvey Cox. Disinilah kerancuan pemikiran Cak Nur yang telah mencampur-adukkan antara istila h yang memiliki arti yang sudah mapan dengan pengertian bahasa semata-mata. Disi ni juga telah terlihat adanya usaha-usaha untuk menjungkir-balikkan makna-makna ilmiah yang sudah established dan mapan serta mengelirukan orang awam dengan penge rtian baru tanpa tanggung jawab ilmiah sama sekali. Oleh itu tidak aneh apabila Prof. Rasjidi yang memang sudah lama bergelut dalam kehidupan ilmiah menyindir Nurcholis Madjid muda dengan kata-katanya: Walaupun saya sendiri faham bahasa Inggeris sudah hampir semenjak 40 tahun yang lalu dan pernah mengajar dalam suatu Universitas dengan bahasa Inggeris, namun s aya tidak berani memaksakan suatu istilah yang sudah menjadi umum dalam dunia il mu pengetahuan. Bagi Drs. Nurcholis Madjid, sekularisasi artinya menganggap duni a ini arena kegiatan manusia, tidak ada yang tabu, tidak ada yang sakral. Faham ini adalah faham yang salah dan akan menyebabkan akibat-akibat yang sangat besar dan tidak kita harapkan. Nurcholis muda rupanya tidak mahu memperdulikan nasihat Pak Rasjidi. Pada 30hb O ktober 1972, Nurcholis sekali lagi membentangkan kertas karja di Taman Ismail Ma rzuki (TIM) dengan tajuk Menyegarkan Faham Keagamaan di Kalangan Ummat Islam Indo nesia . Apabia Prof. Rasjidi membaca dan mendengar menerusi keset ceramah Cak Nur itu, maka timbul rasa syak dan curiga dalam diri Pak Rasjidi. Beliau mengatakan: Setelah saya membaca dan mendengarkan ceramah Drs. Nurcholis di Taman Ismail Ma rzuki tersebut, berobahlah ganbaran saya tentang beliau. Gambaran saya yang baru itu bukanlah gambaran seorang muda yang penuh rasa gairah terhadap Islam dan in gin mempertahankannya, akan tetapi pada tingkat sekarang cukup saya katakan bahw a dengan singkat kesan saya adalah: saya dihinggapi rasa curiga. Dalam kesempatan yang lain, setelah menganalisis ungkapan-ungkapan Cak Nur, Pak Rasjidi merasakan bahawa Nurcholis seolah-olah mewakili orientalis yang tidak me mpunyai hubungan jiwa dengan Islam. Kata beliau: Dengan mencantumkan tiga paragraph di atas, saya merasa seakan-akan saya berhada pan dengan seorang sarjana Barat yang sama sekali tidak mempunyai hubungan batin dengan Islam.

Pada bahagian Penutup komentarnya itu, Pak Rasjidi menyimpulkan pemikiran Nurcholi s muda ketika itu sebagai pemikiran yang belum matang, mentah, serta tidak memen uhi syarat sebagai pembaharu dalam Islam. Bukan hanya itu, bahkan pemikiran-pemi kiran Cak Nur itu sangat berbahaya dan harus diwaspadai. Kata Pak Rasjidi: Dengan keterangan-keterangan diatas dapat saya simpulkan bahwa segala pemikiran Drs. Nurcholis dan kelompok pembaharuannya, merupakan pikiran-pikiran orang yang belum matang dan tidak memenuhi syarat .Terang sekali bahwa fikiran Drs. Nurcholis adalah berbahaya kepada ummat Islam Indonesis, karena fikiran-fikiran itu menuj u kepada sekularisasi. Mudah-mudahan kita selalu berwaspada. Namun sayang golongan pendokong pemikiran Islam liberal lebih suka mendengar gag asan Cak Nur yang keliru itu daripada nasihat Pak Rasjidi yang secara ilmiah dan akademik lebih bertanggung jawab. Jangkaan Pak Rasjidi bahwa faham ini adalah fa ham yang salah dan akan menyebabkan akibat-akibat yang sangat besar yang tidak k ita harapkan kini telah menjadi kenyataan apabila generasi muda setelah berlaluny a zaman Cak Nur, khususnya yang tergabung dalan Jaringan Islam Liberal (JIL), de ngan penuh semangat menyahut kembali seruan sekularisasi Cak Nur dan bahkan mend okong pembentukan negara sekular tanpa segan dan silu. Koordinator JIL, Ulil Abs ar-Abdalla mengatakan: Islam Liberal bisa menerima bentuk negara sekuler sebab, neg ara sekuler bisa menampung energi kesalehan dan energi kemaksiatan sekaligus. Dr. Denny JA, seorang lagi aktivis Islib (singkatan Islam Liberal) menyatakan: Sudah saatnya komunitas Islam Liberal di Indonesia mengembangkan sebuah teologi t ersendiri yang sah secara substansi dan metodologi, yaitu Teologi Islam Liberal. Ini sebuah filsafat keagamaan yang bersandar pada teks dan tradisi Islam sendir i, yang memberi pembenaran pada sebuah kultur liberal. Dalam politik, teologi it u menjadi Teologi Negara Sekuler (TNS), yaitu sebuah filsafat keagamaan, yang me nggali dari teks dan tradisi Islam, yang paralel atau membenarkan perlunya sebua h negara yang sekuler sekaligus demokratis. Seorang lagi aktivis JIL yang sering memuja dan memuji sekularisme adalah Luthfi Assyaukanie. Baginya sekularisme bukan sahaja tidak bercanggah dengan Islam, ma lah sekularisme itu dapat memberi berkah kepada Islam dan juga agama-agama yang lain. Oleh itu Islam mesti menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan sekularisme. (Lihat tulisan-tulisannya yang bertajuk Berkah Sekularisme dan Adaptasi Agama Terh adap Sekularisme , dalam Islamlib.com). Diakhir tulisan itu, Luthfi menyatakan: Say a meyakini, masa depan Islam --dan juga agama-agama dunia lainnya-- terletak pad a sejauh mana ia bisa berinteraksi dan beradaptasi dengan sekularisme dan dunia kita yang semakin sekular. Masalah Islam dan sekularisme ini sudah panjang lebar dikemukakan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Islam and Secularism yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tahun 1978. Kesimpulan beliau adalah sekularisme adalah memusuhi Islam dan proses sekularisasi memang ditujukan untu k melawan Islam. Oleh sebab itu istilah-istilah seperti sekularisme, sekularisas i, dan sekular itu sendiri tidak boleh dihubung-hubungkan dan dikait-kaitkan den gan Islam. Bahkan terjemahan perkataan sekularisme dalam bahasa Arab seperti ilma niyyah atau almaniyyah adalah tidak tepat sama-sekali, karena tidak ada padanannya dalam konsepsi Islam. Begitu juga pemikir Islam yang lain seperti Prof. Dr. Yusu f al-Qaradawi, menyatakan pendapat yang sama bahawa sekularisme dan sekularisasi itu bercanggah dengan Islam dan akan sentiasa berkonfrantasi dengan Islam, sepe rti dinyatakan dalam buku beliau al-Islam wa al- Ilmaniyyah Wajhan li Wajhin . Kesel arasan dua pemikir agung Muslim ini, ditambah lagi dengan hujah-hujah Pak Rasji di dalam menyanggah Nurcholis Madjid sebelum itu, sepatutnya menjadi pegangan um at Islam di Indonesia dan juga di Malaysia untuk menolak sebarang unsur faham se kular yang cuba diserapkan dalam pemikiran umat Islam di rantau ini.

Kita mesti terus menerus mengawasi, waspada dan peka terhadap perjuangan kelompo k Islam Liberal yang terang-terang hendak membentuk negara sekular yang tidak ak an memberi ruang publik kepada Islam yang syamil dan kamil. Dalam monteks Indone sia, Islam memang sejak awal tidak dinyatakan sebagai agama rasmi negara. Namun kerana majoriti penduduk Indonesia adalah Muslim, secara teori dan cultural, Isl am boleh lebih berkuasa di Indonesia dan lebih memungkinkan secara demokratik untu k diperjuangkan oleh umat Islam. Tapi dengan munculnya gerakan Islib, kesatuan a kidah dan pemikiran Islam telah dipecah belah lebih dahulu. Bagi mereka tidak ad a Islam yang satu; yang ada adalah Islams atau Islam warna-warni dan caca marba. Isl am yang liberal seperti itu sudah tentu Islam yang dikuasai oleh sekularisme, da n itu bukan Islam yang sebenarnya. Dalam konteks Malaysia pula, Islam telah dinyatakan dalam perlembagaan sebagai a gama rasmi negara. Disatu segi hal ini merupakan perlindungan undang-undang kepa da Islam itu sendiri. Namun perlu diingat bahawa proses globalisasi yang tengah berjalan lambat atau cepat akan melabrak juga undang-undang setiap negara. Apabi la kubu pertahanan ini tumbang, sementara bilangan penduduk kaum Muslimin di Mal aysia bukanlah majoriti, maka sudah pasti kedudukan Islam akan tergugat di Malay sia. Sepatutnya ada kerjasama yang rasmi dan khusus antara Malaysia dan Indonesia dal am usaha membangunkan Islam. Kerjasama ini dapat berjalan di peringkat kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kekuatan majoriti Muslim di Indonesia dan kekuatan undang-undang rasmi di Malaysia sepatutnya dilihat sebagai strength ( SWOT) masing-masing negara dalam membedung arus liberalisasi Islam yang sedang b erjalan, supaya Indonesia dan Malaysia tidak secara rasmi menyatakan diri sebaga i negara sekular. Na udzu billah min dzalik. 2. Pluralisme Agama Yang dimaksudkan dengan pluralisme agama adalah faham yang menyamakan semua agam a. Faham ini lahir sebagai akibat sekularisme and proses sekularisasi masyarakat Barat. Secara ringkasnya terdapat empat aliran pemikiran pluralisme agama yang berkembang sekarang ini: (1) Civil Religion; (2) Global Theology; (3) Transcende nt Unity of Religions; dan Syncretism. Dua yang pertama lahir di Barat akibat f aham sekularisme, dan dua yang terakhir merupakan reaksi terhadap sekularisme. Di Indonesia nampaknya aliran Transcendent Unity of Religions (TUR) mendapat sam butan dari tokoh-tokoh pemikir Islib. Ajaran TUR membagi agama-agama besar dunia (Islam, Kristian, Yahudi, Budha, Hind u, dll.) kepada dua struktur utama; Exoteric (Luaran/Zahir) dan Esoteric (Dalama n/Batin). Agama-agama ini menurut mereka hanya berbeda pada struktur luarannya d an zahirnya sahaja, sedangkan strukur dalamannya dan batinnya adalah sama, iaitu menuju pada tuhan yang satu. Pemikir Barat yang mengembangkan faham TUR adalah Rene Guenon (lahir di Perancis tahun 1883) yang kemudian menganut Islam serta Fr ithjof Schuon (lahir di Jerman tahun 1907) juga kemudian menganut Islam dan menu kar nama menjadi Isa Nuruddin Ahmad, sementara dalam dunia Islam faham ini menda pat sokongan dari Seyyed Hossein Nasr yang berlatar belakang Syi ah. Nasr yang ju ga berpegang dengan faham Filsafat Perenial (Perennial Philosophy) telah terpengar uh dengan pendekatan perbandingan agama (comparative religions) yang berkembang di Barat. Hal ini diakui juga oleh Nuh Ha Mim Keller, seorang sarjana Muslim ya ng suatu ketika dahulu tertarik dengan dan akhirnya memeluk Islam kerana tulisan -tulisan Nasr. Beliau mengatakan: While from a Shiite background, Hossein Nasr has a firmer footing in traditional Islamic knowledge than many other western interpreters of Islam, Muslims and no n-Muslims, and his works are generally free of the mistakes in detail found in o ther s books, though some passages are occasionally colored by the comparative rel igions approach that mars the writings of a number of Muslim intellectuals.

Paham TUR oleh sebahagian para pendokongnya, seperti Huston Smith yang menekuni bidang perbandingan agama di Barat, telah disederhanakan dengan sebuah permisala n segitiga, dimana Tuhan berada di titik tertinggi, sementara semua agama mengal ir ke bawah dari titik tersebut; begitu juga pada masa yang sama semua agama nai k dari bawah ke atas saling berdekatan dan akhirnya bertemu di titik puncak itu. Menurut mereka, itulah titik transcendent dimana semua agama-agama bersatu di sit u. Nurcholis Madjid, tokoh yang menggagaskan sekularisasi di Indonesia, adalah juga tokoh yang turut menyebarkan faham TUR. Hanya sanya permisalan yang digunakan o leh Cak Nur bukanlah segitiga sebagaimana Huston Smith, tetapi permisalan roda y ang memiliki jejari yang banyak, dan masing-masingnya bertemu di titik tengah bu latannya yang dikira sebagai titik transcendent . Dalam hal ini beliau menyatakan: Sebagai sebuah pandangan keagamaan, pada dasarnya Islam bersifat inklusif dan mer entangkan tafsirannya ke arah yang semakin pluralis. Sebagai contoh, filsafat pe renial yang belakangan banyak dibicarakan dalam dialog antaragama di Indonesia m erentangkan pandangan pluralis dengan mengatakan bahwa setiap agama sebenarnya m erupakan ekspresi keimanan terhadap Tuhan yang sama. Ibarat roda, pusat roda itu adalah Tuhan, dan jari-jari itu adalah jalan dari berbagai agama. Filsafat pere nial juga membagi agama pada level esoterik (batin) dan eksoterik (lahir). Satu agama berbeda dengan agama lain dalam level eksoterik, tetapi relatif sama dalam level esoteriknya. Oleh karena itu, ada istilah Satu Tuhan Banyak Jalan. Faham pluralisme agama, khususnya TUR, yang meyakini semua agama pada hakikatnya sama dan benar, kini semakin diterima oleh generasi muda Islib. Sukidi, koordin ator Jaringan Islam Muda Muhammadiyah (JIMM), kelompok Islib yang cuba masuk ke dalam pertubuhan Muhammadiyah, menyatkan hal yang sama tentang TUR. Beliau memin jam istilah Mahatma Gandhi dalam menggunakan permisalan pohon dan ranting bagi m engungkapkan kesatuan agama-agama di peringkat transcendent . Katanya: Dan, kosekuensinya, ada banyak kebenaran (many truths) dalam tradisi dan agama-ag ama. Nietzsche menegasikan [@menafikan] adanya Kebenaran Tunggal dan justru bersik ap afirmatif terhadap banyak kebenaran. Mahatma Gandhi pun seirama dengan mendek larasikan bahwa semua agama entah Hinduisme, Buddhisme, Yahudi, Kristen, Islam, Zoroaster, maupun lainnya adalah benar. Dan, konsekuensinya, kebenaran ada dan d itemukan pada semua agama. Agama-agama itu diibaratkan, dalam nalar pluralisme G andhi, seperti pohon yang memiliki banyak cabang (many), tapi barasal dari satu akar (the one). Akar yang satu itulah yang menjadi asal dan orientasi agama-agam a. Faham TUR yang pada asalnya masih bersifat teoritis dan filosofis, telah diterje mahkan oleh para pendukung JIL dalam bentuk yang lebih ekstrim dan radikal. Koor dinatornya, Ulil Absar Abdalla, tanpa segan silu lagi menyatakan bahawa Semua aga ma Sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar. A pabila akidah Islam telah rosak, maka syari ahnya menjadi tidak bermakna sama seka li. Jadi merekapun menolak larangan kahwin beza agama yang merupakan bagian dari syari ah Islam. Bagi mereka larangan itu sudah tidak lagi relevan dalam era plura lisme agama kini. Ulil Absar mengungkapkan dalam satu tulisannya yang bertajuk Me nyegarkan Kembali Pemahaman Islam dalam surat khabar Kompas, bahawa: Larangan kawi n beda agama, dalam hal ini antara perempuan Islam dengan lelaki non-Islam, suda h tidak relevan lagi. Faham pluralisme agama di Indonesia juga cuba diselundupkan dalam program pendid ikan sekolah rendah kononnya untuk melahirkan generasi masa depan Muslim yang plu ralis . Sekolah yang mencuba program pluralisme agama itu adalah Sekolah Madania d i Jakarta. Dr. Budhy Munawar Rahman, salah seorang aktivis JIL, yang juga menjad i pengurus Sekolah Madania menyatakan: Memang, ada suatu eksperimen yang dilakukan di Madania (TK, SD, SMP, dan SMU mili

k Paramadina). Dengan sistem active learning sejak SD, setiap anak biasanya mend apatkan pendidikan agama sesuai agama masing-masing. Juga ada sistem moving clas s; ketika pelajaran agama, mereka pindah ke kelas agama masing-masing. Ada macam -macam kelas agama terpisah-pisah; Christian class, Catholic class, Islamic clas s, dan lain-lain. Jadi, pasal 13 ayat 1 A RUU Sisdiknas sudah kami lakukan di Ma dania. Nah, karena kami mau menekankan pluralisme agama, pada masa-masa tertentu , misalnya tiga bulan sekali, kami adakan spiritual atau religion fair atau pekan raya agama. Setiap kelas agama akan berhias diri, simbol-simbol agama juga ditam pilkan, dan setiap anak akan datang berkunjung, melihat, dan mungkin bertanya ke pada guru agama; apa sih artinya pohon natal? Di sana kita jumpa Budha yang seda ng melakukan meditasi, tampilan Ka bah, dan lain-lain. Semua anak bisa melihat sim bol-simbol keagamaan yang sangat ekspresif dan penuh nilai kesakralan. Itu mungk in pengalaman tersendiri bagi anak-anak. Kami tak mungkin mengajarkan wawasan pl uralisme, tetapi guru-gurunya bukan pluralis. Bahaya sekali dan akan merusak ide besar kami. Makanya, orang tua juga harus mandapatkan training atau semacam aca ra bulanan sehingga mereka bisa memahami pluralisme. Mengapa sampai begitu dahsyat sekali faham pluralisme agama berkembang di Indone sia? Jawabannya adalah ringkas; kerana Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) secara perlembagaan tidak memberikan hak istimewa kepada Islam untuk menjadi ag ama rasmi negara, yang akhirnya Islam secara khusus tidak dilindungi dari segi u ndang-undang. Ini mesti menjadi pengajaran kepada Malaysia supaya terus memperta hankan Islam sebagai agama rasmi negara dalam perlembagaannya. Apabila tidak ada perlindungan undang-undang ini, maka anasir-anasir yang merosak Islam dari dala m begitu mudah disebarkan dalam masyarakat tanpa boleh dihalang oleh pemerintah Indonesia sendiri. Apabila Majlis Ulama Indonesia (MUI) pada tahun lepas mengeluarkan fatwa bahawa faham pluralisme agama adalah bercangggah dengan akidah Islam, maka fatwa itu te lah dikecam oleh kelompok JIL, bahkan MUI dianggap tolol dan diperbodoh-bodohkan oleh mereka. MUI pada 29hb Julai 2005 diantaranya mengeluarkan fatwa bahawa: Pluralisme agama adalah suatu paham yang mengajarkan bahwa semua agama adalah sam a dan kerenanya kebenaran setiap agama adalah relatif. Oleh sebab itu, setiap pe meluk agama tidak boleh mengklaim bahwa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain salah. . Pluralisme sebagaimana dimaksud pada bagian pertama adalah paha m yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Namun sayang, akibat tidak adanya kuasa undang-undang, fatwa di atas tidak mengi kat setiap Muslim di Indonesia. Akibatnya aliran Islam yang menyeleweng tetap su bur di negeri ini, maka masyarakatlah yang bertindak mengambil jalan sendiri. Ke s aliran Ahmadiyah menjadi bukti apabila akhirnya masyarakat Islam yang prihatin terhadap semakin merebaknya faham ini mengambil tindakan sendiri menceroboh pus at kegiatan Ahmadiyah di Parung, Jawa Barat, baru-baru ini. JIL atas nama plural isme dan kebebasan beragama mengecam keras tindakan tersebut, sementara Majlis U lama Indonesia (MUI) mengeluarkan kembali fatwa, memperkuat fatwa sebelumnya, ba hawa aliran Ahmadiyah adalah terkeluar Islam. Bahkan Majlis Ulama Indonesia meny atakan dalam fatwa yang sama bahawa, Pemerintah berkewajiban melarang penyebaran paham Ahmadiah di seluruh Indonesia dan membekukan organisasi serta menutup semu a tempat kegiatannya. Namun kerana fatwa tersebut tidak memiliki kuasa undang-und ang di Indonesia, kelompok Islib tetap berani mempersedakan MUI di hadapan publi k. Ajaran Islam mengakui adanya religious plurality dalam arti menerima adanya perbez aan dan kepelbagaian agama dalam kehidupan bermasyarakat, bukan religious plurali sm yang menyamakan semua agama. Prinsip lakum dinukum waliyadin dan juga la ikraha f iddin menjadi teras utama toleransi dan kerukunan beragama dalam Islam. Prinsip i ni pada dasarnya menerima adanya perbedaan agama dari segi akidah dan keyakinan masing-masing, sementara pluralisme agama ingin memansuhkan perbedaan tersebut s ehingga para penganut agama tidak boleh meyakini lagi agamanya sebagai kebenaran

. Pada akhirnya pluralisme agama itulah yang mengklaim dirinya sebagai kebenaran, sedangkan klaim kebenaran agama yang sedia ada dinafikan dan tidak boleh dikemuk akan di hadapan publik. Pluralisme agama dalam bentuknya sebagai civil religion ya ng sekular memang bercita-cita menjadi polis kepada agama-agama yang ada. Mana-m ana agama atau negara yang melanggar rule of the game paham ini akan dikenakan h ukuman dan didenda atas keyakinan dan perbuatannya. Bahkan agama yang mendakwa b ahawa dirinya sahaja yang benar boleh dikira sebagai agama jahat . Itulah kesan yan g ingin ditimbulkan oleh sebuah buku pendokong pluralisme agama yang bertajuk Whe n Religion Becomes Evil Kita melihat usaha penubuhan Interfaith Commision (IFC) di Malaysia adalah dalam rangka penyebaran faham pluralisme agama yang kita bincangkan. Semua tuntutan g olongan ini tanpa segan silu lagi jelas-jelas menyerang prinsip-prinsip Islam se bagai agama rasmi yang dilindungi oleh perlembagaan Malaysia. Marilah kita perha tikan tuntutan-tuntutan golongan ini: Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebeb asan untuk kembali kepada asal agama mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan t indakan undang-undang. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kapada bukan Islam tidak sepatutnya di kendalikan oleh mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah civil. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beraga ma Islam. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahw in dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (m urtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan hubungan kekeluargaan denga n seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya se lepas kematiannya. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelengga ra rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana ya ng serupa untuk masjid. Orang-orang bukan Islam handaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada m enggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya. Bible dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk die darkan kepada umum secara terbuka. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua s ekolah. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda suatu kaum handaklah ditiadak an. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disia rkan dalam bahasa ibunda masing-masing. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada mem bayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk kepe rluan orang-orang bukan Islam. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia separ ti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah. Tuntutan-tuntutan di atas sebahagian besarnya bercanggah dengan ajaran Islam dan kepentingan umat Islam di Malaysia. Bukankan aneh apabila ada orang Islam atau kumpulan Islam yang mendokongnya? Namun kenyataannya ada kumpulan yang menamakan diri Sisters In Islam (SIS) menyetujui dan menyokong IFC. Itulah realiti pemikira n Islib; orang-orang Islam sendiri yang secara zahirnya tidak mahu dikatakan buk an Islam, tetapi batinnya tidak mahu tunduk dan patuh pada ajaran-ajaran Islam, atau seperti ungkapan Pak Rasjidi, orang Islam yang tidak mempunyai hubungan bati

n dengan Islam. Persoalannya, bolehkah lagi pemikiran itu dinamai dengan nama Islam seperti dalam ungkapan Islam liberal apabila bagi mereka ajaran Islam pada hakikatnya tidak berb eza dengan ajaran-ajaran yang lain? Imam al-Ghazali pernah menulis satu risalah kecil dengan tajuk Faisal al-Tafriqah Baynal Islam waz Zandaqah (Fasal Kecil Tenta ng Perbezaan Islam dan Faham Zindiq). Berdasarkan risalah ini orang Islam yang b atinnya benci kepada Islam bolehlah disebut sebagai Zindiq. Pemikiran Islib keba nyakannya adalah pemikiran zindiq yang merosak Islam dari dalam tubuh Islam itu sendiri. 3. Al-Qur an Edisi Kritis Isu Qur an Edisi Kritis (QEK) juga datang dari kelompok Islib di Indonesia. Mereka mempunyai agenda untuk mengedit al-Qur an yang sedia ada. Bagi mereka teks-teks a l-Qur an yang beredar dikalangan kaum Muslimin hari ini mengandungi banyak permasa lahan yang memerlukan pengeditan semula secara kritikal. Sejarah pembukuan al-Qu r an dan berbagai macam qira ah (ragam bacaan) yang wujud dalam tradisi umat Islam d ijadikan modal oleh golongan ini untuk merealisasikan projek mereka. Tokoh utama Islib yang mempunyai minat dalam projek ini adalah Taufik Adnan Amal, seorang pensyarah Ulumul Qur an di Institut Agama Islam Negri (AIAN) Makasar. Penulis seca ra langsung pernah berdialog menerusi internet dalam mailing list Islib sendiri dengan beliau supaya menghentikan gagasan itu, sekitar empat tahun yang lalu. Walaupun projek QEK ini pastinya akan menemui kegagalan, tetapi isu yang mereka lontarkan tentunya boleh menyebabkan keraguan masyarakat awam terhadap keaslian kitab suci al-Qur an itu sendiri. Mereka mengungkit-ungkit semula sejarah pembukua n al-Qur an ditangan Saidina Uthman. Dituduhnya Khalifah Uthman membakar mushaf-mu shaf yang lain dengan menggunakan kuasa politiknya, sehingga hanya Mushaf Uthmani sahaja yang layak beredar di dunia Islam. Dituduhnya pula para ulama al-Qur an ber sekongkol dengan para penguasa politik, seperti Ibnu Mujahid, dalam memonopoli q ira ah-qira ah yang sekarang dibaca oleh umat Islam. Perhatikan kata-kata pendokong QEK ini: Sebagian besar kaum Muslim mayakini bahwa al-Quran dari halaman pertama hingga t erakhir merupakan kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara ve rbatim, baik kata-katanya (lafdhan) amaupun maknanya (ma nan). Keyakinan semacam i tu sesungguhnya lebih merupakan formulasi dan angan-angan teologis (al-khayal al -dini) yang dibuat oleh para ulama sebagai bagian dari formulasi doktrin-doktrin Islam. Hakikat dan sejarah penulisan al-Quran sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai nuansa yang delicate (rumit), dan tidak sunyi dari perdebatan, pertent angan, intrik (tipu daya), dan rekayasa. Projek Qur an Edisi Kritis ini sebenarnya dahulunya adalah ambisi kaum orientalis seperti G. Bergstrasser, Arthur Jeffery, dan Otto Pretzl yang menggeluti bidang al-Qur an. Namun setelah perang dunia kedua, ketika bahan-bahan yang mereka kumpul kan hancur lebur dihentam bom peperangan, semangat mereka untuk meneruskan proje k ini menjadi kendur. The plan of Bergstrasser, Jeffery, and Pretzl to prepare a critical edition of t he Qur an was not realized, and the collection of variants derived from real old c odices failed to survive the bombs of War World II. Kini minat para orientalis itu untuk memunculkan Qur an Edisi Kritis tidak terdeng ar lagi. Tapi sayangnya projek yang sudah terkubur itu kini ingin dibangkitkan k embali oleh golongan Islib. Mudah-mudahan ini hanya menjadi angan-angan mat jeni n sahaja. 4. Hermeneutika

Belum habis isu al-Qur an Edisi Kritis (QEK) ditimbulkan, isu hermeneutika pula di gulirkan. Apabila QEK bertujuan merombak al-Qur an yang sedia ada, hermenuetika pu la bertujuan merubah orientasi tafsir al-Qur an yang selama ini menjadi tradisi um at Islam dari zaman berzaman. Walaupun kedua-duanya berbeza tujuan, tetapi terka it dan terikat satu sama lain. Hermeneutika pada asalnya adalah metodologi penaf siran Bible, kemudian dikembangkan oleh seorang pemikir Protestant, Friedrich Sc hleiermacher, menjadi aliran falsafah moden, lantas oleh segolongan kaum liberal diterapkan kepada penafsiran al-Qur an. Dalam tradisi kajian Bible, para pemuka Kristian memang mengakui bahawa teks-tek s Bible bukanlah keseluruhannya wahyu Tuhan. Didalamnya terjadi percampuran anta ra firman Tuhan dan karangan-karangan manusia, selain bahasa wahyu yang asal jug a sudah tiada. Oleh itu dikembangkanlah suatu metodologi pentafsiran yang disebu t sebagai hermeneutika untuk mencari nilai kebenaran Bible itu sendiri. Encyclop aedia Britannica menyatakan: For both Jews and Christians throughout their histories, the primary purpose of hermeneutics, and of the exegical methods employed in interpretation, has been t o discover the truths and values of the Bible. Berbeza dengan hermeneutika, tujuan tafsir bukanlah untuk mencari nilai kebenara n al-Qur an, kerana kaum Muslimin telah sepakat bahawa al-Qur an keseluruhannya adal ah kalamullah, dan sekaligus kebenaran (al-haq) itu sendiri. Dalam perbahasan falsafah pula, hermeneutika sentiasa melihat sebuah karya dari sudut tiga serangkai (triadic relation); teks (text), pengarang (author), dan pe mbaca (reader). Ketika Bible dihadapakan kepada tiga sudut pandang ini, maka par a ahli teologi Kristian juga mengakui bahawa teks-teks Bible bukanlah wahyu Tuha n, bahawa Bible ada pengarangnya, dan bahawa pembaca Bible mempunyai jarak, baik masa mahupun bahasa, dengan dengan wahyu Tuhan yang sebenarnya, sehingga si pem baca tidak dapat secara langsung memahami firman Tuhan itu sendiri. Bahkan merek a juga mengakui bahawa teks-teks Bible mempunyai masalah yang banyak. Jadi apabi la teks-teks itu sudah bermasalah, bukankah tafsirannya juga akan bermasalah? It ulah dilema yang terjadi dalam hermeneutika Bible; disatu sisi hermeneutika dibe ri tugas untuk memperbetulkan teks, dan disisi lain dituntut membuat penafsiran terhadap teks itu sendiri. Apabila hermeneutika diterapkan pada studi al-Qur an, maka teks-teks dan ayat-ayat al-Qur an akan dipertanyakan dahulu kebenarannya; betulkah ia kalamullah, bukanka h ia telah bercampur dengan kata-kata manusia, bukankah bahasa yang digunakan ju ga adalah bahasa manusia yang menjadi bagian dari budaya dan sejarah manusia, ap akah Tuhan bercakap dalam bahasa Arab, dan lain-lain pertanyaan yang akan merong kai keimanan kaum Muslimin terhadap al-Qur an al-Karim. Belum lagi kita sampai kep ada tafsir al-Qur an, kita sudah diserang dahulu dengan persoalan-persoalan teks yan g dilahirkan oleh hermeneutika. Perhatikan ungkapan-ungkapan berikut ini yang diterbitkan dalam Jurnal Justisia, Fakulti Syariah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Semarang: Dalam studi kritik al-Qur an, pertama kali yang perlu dilakukan adalah kritik hist orisitas al-Qur an. Bahwa Qur an kini sudah berupa teks yang ketika hadir bukan beba s nilai dan tanpa konteks. Justru konteks Arab 14 abad silam telah mengkonstruk [@membentuk] Qur an. Adalah Muhammad saw, seorang figur yang saleh dan berhasil me ntransformasikan nalar kritisnya dalam berdealiktika dengan realitas Arab. Namun , setelah Muhammad wafat, generasi pasca Muhammad terlihat tidak kreatif .Dari seki an banyak daftar ketidak-kreatifan generasi pasca Muhammad, yang paling mencelak akan adalah pembukuan Qur an dengan dialek Quraisy, oleh Khalifah Usman ibn Affan yang diikuti dengan klaim otoritas mushafnya sebagai mushaf terabsah dan membaka r (menghilangkan pengaruh) mushaf-mushaf milik sahabat lain Karenanya muncul asumsi bahwa pembukuan Qur an hanya siasat bangsa Quraisy, melalui Usman, untuk memperta

hankan hegemoninya atas nasyarakat Arab [dan Islam]. Hegemoi itu tampak jelas te rpusat pada ranah kekuasaan, agama dan budaya. Dan hanya orang yang mensakralkan Qur anlah yang berhasil terperangkap siasat bangsa Quraisy tersebut. Seperti yang saya katakan sebelumnya, isu hermeneutika apabila diterapkan pada s tudi al-Qur an akan berkait dengan isu Qur an Edisi Kritis. Ini kerana hermeneutika adalah metodologi penafsiran yang mempermasalahkan teks yang akan ditafsirkannya . Apabila itu terjadi pada kajian Bible, maka hal itu adalah wajar dan munasabah , kerana memang itulah realiti kitab tersebut. Tetapi apabila hal itu diterapkan pada al-Qur an, bukankah itu berarti suatu kemunduran berfikir? Jelas sekali cara berfikir seperti yang terungkap pada petikan jurnal di atas adalah cara berfiki r mundur kebelakang. Kita punya tradisi tafsir yang tidak dimiliki oleh agama-agama lain yang kitab s ucinya masih bergelut dengan permasalahan teks. Seluruh umat Islam sepakat bahaw a lafaz al-Qur an adalah dari Allah SWT. Setelah kesepakatan ini, maka tugas umat Islam dan para ulamanya selanjutnya adalah menafsirkannya apabila ada ayat-ayat yang perlu diperhalusi lagi. Prof. Naquib al-Attas, misalnya, pernah mengatakan: Indeed, it was because of scientific nature of the structure of the language tha t the first science among the Muslims the science of exegesis and commentary (ta fsir) became possible and actualized; and the kind of exegesis and commentary no t quite identical with Greek hermeneutics, nor indeed with the hermeneutics of t he Christians, nor with any science of interpretation of sacred scripture of any o ther culture and civilization. Apabila kita mempermasalahkan teks-teks al-Qur an itu lagi, padahal kita tidak pun ya masalah itu, bukankah itu satu kemunduran? Anehnya, bagi golongan Islib mengu sik-usik teks al-Qur an dianggap satu kemajuan. Saat ini pengaruh hermeneutika sud ah masuk ke pusat pengajian tinggi Islam di Indoensia. Kini hermeneutika dan sem iotika dijadikan mata pelajaran yang wajib diambil oleh para mahasiswa program s tudi Tafsir-Hadis di Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta. Tujuan dari mata kuliah itu, seperti tertera pada course outline, adalah supaya Mahasiswa dapat menjelaskan dan menerapkan ilmu hermeneutika dan semiotika terha dap kajian al-Qur an dan Hadis. 5. Feminisme Gerakan feminisme Barat yang bertujuan mewujudkan persamaan laki-laki dan peremp uan (gender equality), juga mempengaruhi pemikiran Islib. Feminisme ala Islib bi asanya menuntut persamaan hukum-hakam syariah antara lelaki dan wanita. Perbezaa n hukum syara antara wanita dan lelaki Islam dianggap tidak adil oleh golongan in i. Di Indonesia hal ini ditandai dengan munculnya sebuah kertas kerja yang berta juk Counter Legal Draft Atas Kompilasi Hukum Islam (CLD-KHI) oleh satu jawatankuas a Kelompok Kerja Pengarusutamaan Gender (PUG) Departemen Agama Republik Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Musdah Mulia. Diantara isu-isu liberal dan controversial yang ditimbulkan dalam CLD-KHI ini adalah: Poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang. Perkahwinan yang berbeza agama, termasuk antara Muslimah dan bukan Islam mesti d ikira sah. Masa iddah bukan hanya untuk wanita sahaja, tapi juga untuk laki-laki. Masa iddah laki-laki adalah 130 hari. Isteri boleh juga menjatuhkan talak. Bahagian warisan anak laki-laki dan anak wanita adalah sama. Bibit-bibit feminisme di Malaysia juga sudah mulai muncul. Kewujudan kumpulan Si sters In Islam (SIS) yang dahulunya didirikan oleh Amina Wadud kini mulai mempen garuhi anak-anak wanita tokoh-tokoh negarawan Malaysia. BBC News (On Line) 11hb Mac 2006 misalnya telah menyiarkan kenyataan Marina Mahathir yang konon di Malay sia wanita Muslim menjadi mangsa apartheid . Kata Marina, We should also note that o

nly in Malaysia are Muslim women regressing; in every other Muslim country in th e world, women have been gaining rights, not losing them seperti yang dipetik BBC . Kenyataan beliau itu sebenarnya bercanggah dengan realiti sebenar dimana wanit a di Malaysia memainkan peranan yang lebih aktif dalam semua bidang kerjaya diba ndingkan dengan kebanyakan wanita di negara-negara Islam lainnya. Amina Wadud, tokoh pendiri SIS, yang belum lama ini menggemparkan dunia Islam de ngan bertindak sebagai khatib dan imam solat Juma at, masih mendapat sokongan kuat dari SIS. Laman Web SIS sampai hari ini (12 Mai 2006) masih lagi manyiarkan kon on hujah-hujah yang mendokong wanita menjadi imam bagi lelaki. Selain itu kitapu n tahu juga adanya hubungan komunikasi antara SIS dan JIL di Indonesia. Sebahagi an mereka biasa berkunjung ke pejabat JIL di Jalan Utan Kayu, Jakarta untuk berd iskusi. Penutup Isu Islib walaupun pada mulanya muncul di Indonesia tidak mustahil mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia juga. Isu pluralisme agama dan feminisme nampaknya sudah mula bertapak. Walaupun Malaysia diuntungkan dengan undang-undang yang men jadikan Islam sebagai agama rasmi, tetapi tekanan globalisasi apabila tidak dita ngani secara bijaksana, boleh mengakibatkan terhakisnya fungsi undang-undang ini . Komitmen Malaysia yang bersikap tegas terhadap pemikiran Islib perlulah dihargai . Dalam surat khabar Utusan Malaysia, 21 Mei 2005 Menteri di Jabatan Perdana Men teri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin mengingatkan umat Islam di negara ini supaya ti dak terpengaruh dengan fahaman Islam liberal kerana ia bertentangan dengan akida h dan syariat Islam. Katanya, ini boleh dilihat melalui prinsip fahaman ini yang melihat sesuatu perkara dalam kehidupan mengikut penerimaan masyarakat semasa, mengutamakan rasional pemikiran semata-mata dan menganggap semua agama adalah sa ma. Dan paling bahaya sekali ajaran ini turut disebarkan melalui serangan pemikir an yang dibuat secara halus .Malah, pengikut fahaman ini telah mewujudkan sebuah b adan yang dikenali sebagai Jaringan Islam Liberal yang bertujuan untuk menyebark an seluas-luasnya fahaman ini di samping mewujudkan rangkaian ke negara-negara l ain. Bagaimanapun katanya, Malaysia yang jelas termaktub Islam sebagai agama rasm inya tetap akan menghalang perkembangan ini walau melalui apa cara sekali pun. Ki ta akan menggunakan segala saluran secara bersepadu dan terancang bermula dari p endidikan hinggalah ke penguatkuasaan undang-undang bagi memelihara akidah umat Islam di negara ini, tambahnya. Mudah-mudahan Allah melindungi Indonesia dan Malaysia dari fitnah pemikiran Isla m Liberal. Amin Ya Rabbal Alamin. Sumber: http://www.haluan.org.my/v3/index.php/isu-islam-liberal.html Artikel asal: Dr.Ugi Suharto, International Islamic University Malaysia