Anda di halaman 1dari 3

APA KAITAN STRES(TEKANAN) DENGAN MUZIK???

Sebelum kita melihat perkara ini dengan lebih lanjut, kita perlu mengetahui perkara yang paling asas iaitu makna tekanan itu sendiri. Tekanan adalah satu symptom yang khusus dimana ia mengandungi perubahan yang tidak spesifik dalam sistem biological (Seyele,H. in Dunham, 1984). Sebab dimana berlaku tekanan ini adalah kerana pemikiran dan sebarang tingkah laku yang membawa kepada kerisauan, tekanan serta mempengarhi keadaan fizikalnya. Tekanan sangat berkait rapat dengan manusia. Setiap manusia terutama sekali mempunyai tekanan masing masing. Ini adalah kerana tekanan berkait rapat dengan perlakuan hasil daripada interaksi antara persekitaran dan organism (Woodfolk & Richarson, Dunham, 84). Kita perlu faham bahawa tekanan ini bukanlah satu penyakit seperti sakit jiwa mahupun sebarang kebimbangan. Selain itu tekanan bukanlah satu hasil kemusnahan yang tidak spesifik. Paling penting adalah tekanan adalah bukan sesuatu perkara yang boleh dielakkan. Dimana mana sahaja tekanan boleh berada. Terdapat dua jenis tekanan iaitu: a) Eustress tekanan yang positif dan baik dimana kita akan mencapai keseronokan seperti menerima hadiah. b) Distress tekanan negatif. Ia merupakan satu pengalaman emosi seperti dimarah, diejek, didenda dan lain lain. Sebagai seorang pelajar perlu diambil perhatian terutama sekali kepada tuan empunya badan bagi memastikan tugas sebagai seorang pelajar dapat dilaksanakan dengan baik. Mengapa boleh terjadi satu tekanan negatif dalam kalangan pelajar? Kita boleh mengambil beberapa faktor : a) Persekitaran a. Keadaan sebagai contoh mengulangkaji pelajaran dalam suasana dimana buku buku serta lain lain tidak dikemas dan dibiarkan bersepah. b) Masalah pelajar sendiri a. Gagal untuk mengurus emosi dan memotivasikan diri sendiri

b. Hubungan pelajar dengan individu lain seperti ibu bapa mahupun rakan rakan c. Ketiadaan individu yang sudi berkongsi masalah mahupun perasaan. d. Sering melakukan kerja/tugasan pada saat akhir Jika masalah ini terus menyelubungi pelajar, maka akan terdapat kesan kesan seperti menjadi lebih malas, gagal untuk menguruskan diri sendiri, menjadi pemarah, lebih suka memencilkan diri, tidak mahu bergaul dengan sesiapa, tidak ceria, mengabaikan diri sendiri. Dalam tekanan terdapat 4 peringkat kesan tekanan negatif :

FRUSTRATION

ANXIETY

(KEKECEWAAN)

(KEBIMBANGAN)

BURN OUT

EXHAUSTION (KELETIHAN)

(UNABLE TO COPE)

Salah satu penyelesaian terutama sekali dalam situasi seorang pelajar adalah dengan mendengar muzik. Kajian oleh Stanford University, Amerika Syarikat pada 2006 menunjukkan bahawa muzik yang berentak rancak dapat meransang gelombang otak. Muzik yang rancak akan menyebabkan seseorang itu lebih fokus dan peka dalam berfikir manakala bagi muzik yang bertempo rendah ia akan lebih kepada merehatkan diri. Selain itu muzik juga boleh mempengaruhi kadar pernafasan dan denyutan jantung. Ia diaplikasikan melalui satu aktiviti atau bidang dinamakan terapi muzik (music therapy). Lebih perlahan kadar pernafasan maka kadar denyutan jantung juga akan

perlahan dan akhirnya akan mengaktifkan relaxation response. Muzik membolehkan seseorang itu menjadi lebih positif dalam melaksanakan sebarang tugas dan seterusnya mengurangkan keletihan dan tekanan perasaan.