Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Saya sekeluarga peminat ikan keli. Kalau boleh setiap miggu mesti nak beli ikan keli. Masakan yang biasa dimasak untuk ikan keli selain sambal dan goreng begitu je, saya gemar masak ini....
Bahan2 Ikan keli - dibakar terlebih dahulu. kalau nak goreng pun boleh. Saya goreng je, sebab malas bakar. 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 8 tangkai cili padi 5 atau 6 biji cekur - saya punya cekur saiznya agak kecil. sedikit kunyit hidup santan 4-5 helai daun limau purut 10 helai daun cekur - dihiris halus
Ketepikan dahulu ikan keli yang telah dibakar/digoreng tadi. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur dan kunyit hidup. Didihkan sedikit air dalam periuk, dan masukan bahan yang ditumbuk. Rebus sehingga naik Bila dah agak mendidih, masukkan santan dan daun limau purut. Kemudian masukkan ikan keli tadi. Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Siap dihidang.... Bagi yang tak kenal apa itu cekur, sila lihat gambar yang saya snap ni.....
Bahan-bahan:
1 kilo ikan keli [dipanggang] 4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi) 1 mangkuk santan pekat sedikit santan cair sedikit buah cekur hirisan daun cekur sedikit garam sedikit perasa
Cara-cara:
1. Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih, dan buah cekur sehingga lumat. 2. Masukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk. 3. Masukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang sederhana. 4. Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat, gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih. 5. Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi..
Selamat mencuba :D