Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN POST MORTEM STPM 2011 SMK PINAWANTAI KUDAT MATA PELAJARAN NAMA GURU : EKONOMI : HOZANA CHRISTY

SIPON

a. ANALISIS PEPERIKSAAN KESELURUHAN Secara keseluruhan peraturan lulus bagi matapelajaran Ekonomi bagi tahun 2011 mengalami sedikit peningkatan jika dibandingkan dengan keputusan pada tahun 2010. Pada tahun 2010, peratus lulus sebanyak 76.5% dan meningkat sebanyak 11% kepada 87.5% pada tahun 2011. Walaubagaimanapun, terdapat penurunan dari segi Nilai Gred Purata Matapelajaran (NPGMP) iaitu dari 1.51 menurun kepada 1.44 pada tahun 2011. Berikut merupakan perincian analisis peperiksaan STPM Ekonomi bagi SMK Pinawantai untuk tahun 2011. GRED A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F LP LS NPGMP 2010 0 1 0 0 0 3 4 2 2 4 8 8 2 (47%) (29.5%) 1.51 2011 0 0 0 0 0 2 7 3 6 3 9 9 12 (37.5%) (50%) 1.44 Analisis perolehan gred pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi STPM 2011 b. KELEMAHAN Terdapat beberapa kelemahan yang dikesan dan secara tidak langsung membawa kepada kejatuhan NPGMP dalam matapelajaran ii . i) ii) Lebih 50 peratus pelajar dalam kelas tidak mengambil elektif Ekonomi semasa SPM oleh itu, ia menyukarkan mereka untuk membiasakan diri dengan subjek ini pada peringkat STPM. Pelajar mengalami masalah untuk mendapatkan buku rujukan dan terpaksa bergantung kepada pengajaran guru di dalam kelas semata-mata kerana rumah mereka terletak jauh dari kedai buku ataupun perpustakaan besar. Mereka hanya bergantung kepada buku rujukan yang terdapat di pusat sumber sekolah dengan bilangan yag amat terhad. Dari aspek penguasaan pelajar terhadap agiha kertas, sebilangan pelajar hanya dapat menguasai satu kertas sahaja iaitu sama ada Kertas 1 atau Kertas 2 sahaja. Hal ini meyebabkan kertas yang tidak dikuasai akan mengurangkan markah pelajar bagi subjek Ekonomi walaupun mereka cemerlang pada satu-satu kertas. Pelajar kurang keyakinan diri terhadap mata pelajaran ini dan fokus mereka hanyalah untuk lulus dan bukannya untuk meguasai subjek ini. Oleh itu, tidak ada seorang pun pelajar aliran ekonomi yang memperoleh gred A, Aataupun B+. Pelajar juga kurang inisiatif untuk membuat latihan sendiri sebagai praktis kendiri, oleh itu mereka tidak dapat menguasai subjek ini dengan baik.

iii)

iv)

v)

c. KEKUATAN i) Guru yang mengajar subjek ini telah mengajar kelas STPM sejak tahun 2007 lagi. ii) Pelajar telah didedahka dengan cara dan teknik menjawab soalan STPM sebenar. iii) Pelajar-pelajar telah menyertai bengkel menjawab Ekonomi sebelum peperiksaan sebenar bermula. iv) Sukatan pelajaran telah dihabiskan pada pertengahan bulan Ogos yang membolehkan proses ulangkaji serta membuat latih tubi berjalan dengan lebih awal sebelum bulan November. v) Sokongan kuat dari pihak pentadbiran sekolah kea rah peingkatan prestasi akademik STPM secara keseluruhan. d. PROGRAM MENINGKATKAN KECEMERLANGAN KEPUTUSAN EKONOMI i) Program latih tubi ekonomi. Program ini bertujuan untuk mengesan pelajar-pelajar yang berpotensi lulus dalam ekonomi serta memberikan keyakinan kepada mereka. ii) Mengedarkan ringkasan setiap bab yang padat dengan nota-nota serta teknik menjawab yag penting kepada pelajar. iii) Kelas tambahan setiap sesi persekolahan. Kelas tambahan ini bertujuan untuk membolehkan pelajar membuat latihan serta berbicang dengan guru pada akhir waktu persekolahan serta dijalankan pada setiap hari selasa dan khamis. e. KESIMPULAN Post Mortem keputusan STPM Ekonomi ini diharapkan dapat mencari penyelesaian kea rah meningkatkan peratusan lulus dan Nilai Purata Gred Mata Pelajaran subjek. Semoga kerjasama erat tenaga pengajar dan pihak sekolah akan membuahkan hasil yang terbaik untuk STPM 2012 kelak. Disediakan Oleh ; .. HOZANA CHRISTY SIPON Guru Matapelajaran Ekonomi, STPM 2011, SMK Pinawantai, Kudat

TARIKH : 18 Mac 2012