Anda di halaman 1dari 19

PENGUASAAN KATA/FRASA KERJA DALAM KALANGAN PELAJAR PRAUNIVERSITI

1.0 PENDAHULUAN Bahasa 1.1 Latar belakang kajian Matlamat sukatan pelajaran bahasa Melayu prauniversiti adalah untuk : (a) membolehkan pelajar menguasai kecekapan berbahasa setaraf dengan peringkat intelek pelajar pada peringkat prauniversiti. (b) Meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan pelajar untuk kepentingan pendidikan tinggi dan kerjaya serta meningkatkan rasa bangga terhadap bahasa Melayu,dan; (c) Melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis berasaskan pemikiran logik.

Sehubungan dengan itu,antara objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang sistem bunyi,ejaan,kosa kata,dan tatabahasa bahasa Melayu.Objektif lain adalah untuk memantapkan penggunaan bahasa dari segi tatabahasa dan meningkatkan kebolehan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan-kesalahan bahasa.

Pengetahuan tatabahasa pelajar semasa di prauniversiti termasuklah

Kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh para pelajar khususnya dan pengguna bahasa Melayu umumnya merupakan masalah yang masih wujud dan belum ada kesudahan. Ramai yang sering mengaitkan pengaruh bahasa ibunda sebagai penyebab kesalahan bahasa. Untuk melakukan kesalahan bahasa merupakan sesuatu yang lumrah dalam situasi pembelajaran dan penggunaan bahasa.

Analisis Kesalahan bahasa digunakan sebagai alat pedagogi yang penting kerana : (i) Dalam Analisis Kesalahan Bahasa,kesalahan tidak dihadkan seperti Analisis Kontrastif yang hanya menumpukan kesalahan pemindahan

(interlingual).Analisis Kesalahan Bahasa juga mengkaji kesalahan-kesalahan

lain yang kerap dilakukan oleh para pelajar,contohnya kesalahan-kesalahan intralingual (intralingual errors) dan kesalahan perkembangan (development errors) yang muncul daripada strategi pengajaran dan pembelajaran tertentu yang digunakan (Richards,1974:173) (ii) Analisis Kesalahan Bahasa menyediakan data yang betul-betul wujud ,bukan semata-mata masalah-masalah hipotesis seperti dalam kajian Analisis Kontrastif . Oleh itu ,Analisis Kesalahan Bahasa lebih berkesan dalam merancang strategi strategi pedagogi (Lee,1968). (iii) Analisis Kesalahan Bahasa tidak menghadapi masalah-masalah teoretikal yang kompleks seperti yang dihadapi oleh Analisis Kontrastif ,misalnya masalah padanan,iaitu padanan antara bahasa ibunda dengan bahasa sasaran (Wardhaugh,1970 dalam Sridhar,1981)

1.2 Pernyataan Masalah Topik tatabahasa merupakan topik yang sering menjadi keluhan kepada para pelajar. Seharusnya pelajar prauniversiti yang telah mempelajari bahasa Melayu selama 12 tahun pada peringkat rendah dan menengah telah menguasai aspek tatabahasa . Malangnya,pada peringkat prauniversiti ini,mereka masih lagi lemah terutama pada bahagian golongan kata.

Dalam keempat-empat kecekapan berbahasa yang dinilai dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),bahagian analisis bahasa dalam kertas 2 ialah bahagian yang banyak mendatangkan masalah kepada pelajar. Pengkaji yang telah mengajar pelajar prauniversiti selama lapan tahun mendapati bahawa pelajar kurang mendapat markah pada bahagian ini disebabkan bukan disebabkannpengetahuan mereka tentang tatabahasa masih lemah tetapi mereka selalu melakukan kesalahan bahasa yang remeh. Setiap tahun pasti ada kesalahan kata kerja dalam bahagian analisis bahasa. Malangnya, pelajar sering melakukan kesilapan bahasa dalam golongan kata kerja ini menyebabkan pelajar

kehilangan markah pada bahagian tersebut.

Pelajar juga didapati banyak melakukan kesilapan kata dan frasa kerja pada bahagian penulisan karangan,rumusan,dan analisis bahasa. Pada bahagian ini,sekiranya pelajar melakukan kesalahan frasa,mereka akan dikenakan penalti dengan kehilangan markah pada bahagian bahasa. Oleh hal yang demikian,pelajar banyak kehilangan markah bahasa walaupun idea mereka menarik dan lancar. Hal ini bukan disebabkan kurangnya pengetahuan mereka dalam tatabahasa terutama dalam kata/frasa kerja namun mereka sering melakukan kesilapan disebabkan pelbagai faktor.

Dalam kertas 1 juga,dalam bidang Pengetahuan Bahasa Melayu,setiap tahun sekurang-kurangnya lima soalan berkenaan kata kerja ditanyakan dalam bahagian tatabahasa. Setiap kali post mortem selepas peperiksaan,pengkaji mendapati bahawa pelajar akan kehilangan markah pada bahagian ini disebabkan kesilapan mereka dalam bahagian kata/frasa kerja

1.3 Persoalan Kajian /Hipotesis (i) Sejauh manakah tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains SPM dengan pelajar aliran sastera SPM? Hipotesis Kajian : Ha = Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains dengan tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sastera Ho = Tiada terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains dengan tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sastera.

(ii)

Apakah jenis kesilapan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar?

(iii)

Apakah punca berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda?

1.4 Objektif Kajian : 1.4.1 Untuk membandingkan tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains(SPM) sastera(SPM). 1.4.2 Untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar 1.4.3 Untuk menghuraikan punca berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda. dengan tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran

Kepentingan Kajian Hasil kajian ini penting kerana semua jenis kesilapan yang dilakukan oleh responden akan menggambarkan kesalahan umum pelajar yang lain. Hasil kajian memberikan bukti kepada penyelidik tentang cara pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu bahasa serta prosedur dan strategi yang digunakan oleh pelajar untuk mempelajari bahasa.

Kajian ini penting kepada pelajar itu sendiri kerana mereka dapat mempelajari sesuatu daripada kesilapan yang dilakukan.Kajian ini juga memberikan maklumat kepada pihak yang berkenaan tentang kesilapan bahasa yang telah dilakukan supaya dapat dikaji,diselidik ,dan kemudian diperbetul agar aspek kesempurnaan bahasa Melayu dapat dikekalkan.

Bagi penyelidik ,melalui kajian ini,punca atau sebab berlaku kesilapan dapat diketahui. Penyelidik dapat memahami latar belakang kesilapan bagi memperbaiki kesilapan yang dilakukan pelajar serta mencegah kesilapan yang sama berulang pada masa akan dating agar pelajar dapat menggunakan bahasa dengan lebih baik dan teratur.

Hasil kajian diharapkan dapat membantu para guru bahasa merancang strategi dan menyediakan satu bentuk pengajaran bahasa Melayu yang lebih sesuai dan berkesan.

Skop Kajian Kajian ini hanya dijalankan di daerah Lipis . Responden kajian terdiri daripada pelajar prauniversiti di tiga buah sekolah yang menawarkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Kajian dibataskan kepada calon yang mengambil subjek bahasa Melayu sahaja. Sebanyak 90 orang (N= 90) daripada 240 jumlah keseluruhan populasi dijadikan responden dalam kajian ini.Responden terdiri daripada 45 orang pelajar yang merupakan pelajar aliran sains sewaktu SPM dan 45 orang pelajar aliran sastera sewaktu SPM. Pelajar diminta menjawab borang soal-selidik serta soalan yang berkaitan dengan penggunaan kata kerja yang diberikan .Jawapan pelajar akan dinilai menggunakan pendekatan analisis kesilapan.Melaluinya,pengkaji akan dapat mencapai kesemua objektif yang telah dinyatakan.

Bagi membuat penentuan salah atau betul aspek kesilapan bahasa tersebut,pengkaji menggunakan beberapa sumber rujukan berikut sebagai teks pegangan,iaitu : i. ii. iii. Tatabahasa Dewan (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu (2007) Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah (2006)

Definisi Operasional

Kata/Frasa Kerja Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja . Frasa Kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata Bantu,objek,pelengkap,ayat komplemen,dan keterangan. Beberapa contoh ayat yang mengandungi predikat frasa kerja adalah seperti yang berikut : 1. Ali tidur 2. Mereka sedang membaca buku. 3. Adik Fatimah bermain di padang. 4. Pemandu itu membelok ke kanan. 5. Peristiwa itu disaksikan oleh dua ratus orang.

Dalam kelima-lima ayat di atas,kata kerja masing-masing ialah tidur dalam ayat (1),membaca dalam ayat (2),bermain dalam ayat 3,membelok dalam ayat (4),dan disaksikan dalam ayat (5).

Bab 2 : SOROTAN KAJIAN

2.1 Sorotan Kajian Analisis Kesalahan Tabahasa Di Malaysia ,kajian tentang tatabahasa bahasa Melayu masih lagi berterusan hingga hari ini. Berdasarkan kajian yang lepas,Koh Boh Boon (1985) telah membuat satu kajian menganalisis kesalahan ejaan dan tatabahasa Bahasa Melayu yang dilakukan oleh sekumpulan siswazah. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebanyakan siswazah masih belum biasa dengan Sistem Ejaan Baru Baku. Kajiannya menunjukkan bahawa lebih daripada 75% siswazah yang tidak dapat mengenal pasti kata-kata seperti pelancong,pameran,perabot,dan laporan sebagai kekecualian keselarasan huruf vocal. Selain itu, siswazah juga tidak dapat membezakan makna dan penggunaan pasangan kata seperti penuntun dengan penonton,secucuk dengan secocok,resmi dengan rasmi,tempoh dengan tempuh.

Awang Sariyan (1980) telah menjalankan tinjauan secara umum tentang kesalahan tatabahasa dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan kajian,beliau mendapati bahawa aspek kesalahan umum penggunaan bahasa Melayu yang diperoleh meliputi aspek ejaan,kata dan frasa,imbuhan ,ayat,makna,dan terjemahan.

Kadir Amin (1981) telah membuat kajian tentang kesalahan penggunaan bahasa Melayu pelajar-pelajar Melayu darjah 6. Sampel kajiannya terdiri daripada 75 orang pelajar lelaki dan perempuan yang berada di darjah 6,Sekolah kebangsaan Melekek,Alor Gajah dan Sekolah Paya Dalam,Melaka. Beliau telah memberikan dua ujian kepada setiap sampelnya,iaitu ujian karangan dan ujian tatabahasa. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa daripada beberapa kesalahan seperti kesalahan ejaan,tanda baca,dan penggunaan huruf besar,kesalahan penggunaan ejaan sebanyak 29.8%. Pelajar lemah dalam aspek imbuhan meN-,teR-,MeNkan,dan beR-.

Mohd Daud Yusof (1990) telah membuat kajian tentang penguasaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 di Maktab Sultan Ismail,Kota Baru,Kelantan. Sampel yang digunakan 78 orang. Kumpulan sample telah menulis dua karangan. Hasil

kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar lemah dalam aspek morfologi. Daerah kelemahan para pelajar termasuklah penggunaan ejaan,terutama pengejaan perkataan yang menggunakan keselarasan vocal.

Supian Mohd Noor (1994) telah membuat tinjauan tentang kesalahan frasa kerja bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Cina di Sekolah Menengah Yu Hua,Kajang. Subjek kajian ialah 249 orang pelajar tingkatan empat. Dapatan kajian Supian mendapati bahawa pelajar melakukan 617 kesalahan frasa kerja.Pelajar didapati paling kerap membuat kesalahan frasa kerja transitif (173 orang),frasa kerja pasif pelaku diri ke-3 (167 orang),frasa kerja pasif pelaku diri 1 dan 2 (148 orang) dan frasa kerja tak transitif ( 129 orang) Noor Hayati Abdul Hamid (2000) melalui kajiannya yang bertajuk Analisis Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 3 telah menyenaraikan beberapa aspek kesalahan ayat yang biasanya dilakukan oleh pelajar. Aspek kesalahan tersebut ialah : i. ii. iii. Kesalahan ayat pasif berimbuhan Kesalahan ayat pasif dengan kata Bantu kena Kesalahan ayat pasif dengan kata sendi

Noor Fadilah Dawi (2010) yang mengkaji penguasaan kata kerja dalam kalangan pelajar Bacelor Sastera ,Universiti Putra Malaysia,mendapati dalam 100 sampel yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka bahawa jenis kekerapan kesilapan yang selalu dilakukan pelajar ialah ,pelajar tidak dapat membezakan kata kerja transitif iaitu sebanyak 57%. 55% pelajar tidak dapat mengenal pasti unsur keterangan ,pelengkap dan objek dalam sesuatu ayat. 50% pelajar tidak dapat menukarkan kata kerja transitif aktif kepada kata kerja transitif pasif iaitu jenis kekerapan yang ketiga tertinggi yang dicatatkan.

Berdasarkan sorotan kajian,kajian kesalahan dan kesilapan bahasa yang dijalankan kebanyakannya berminat kepada aspek tatabahasa secara keseluruhan dan banyak

tumpuan kepada pelajar universiti ataupun pelajar menengah rendah. Tidak banyak ,malah tidak ada tumpuan kajian kepada pelajar prauniversiti.Oleh itu,dalam kajian ini,pengkaji akan mengkaji aspek morfologi kata kerja dalam kalangan pelajar prauniversiti.

Bab 3 METODOLOGI 3.1 Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini, reka bentuk kajian berdasarkan pendekatan secara kuantitatif dan deskriptif . Reka bentuk kajian dijadikan sebagai rangka projek penyelidikan yang menyatakan corak jenis kajian yang hendak dilaksanakan oleh pengkaji secara keseluruhannya. 3.1.1 Kerangka Teori Rajah 1 : Model Kerangka Teori Punca kesilapan Penutur Jati Banyak peraturan Formal Tidak Formal Faktor Extralinguistis Lupa Gangguan Emosi Lalai Kurang Latihan Terpesong Daripada Hukum Tatabahasa

Kekacauan atau Kekeliruan Formal Tidak Formal

Rajah 1 menunjukkan Model Kerangka Teori yang digunakan pengkaji untuk mencapai objektif (iii) dalam kajian ini. Melalui model kerangka teori tersebut,punca kesilapan pelajar akan dikenal pasti.Pengkaji ingin mengetahui sama ada peraturan yang banyak atau terdapat pelajar yang terpesong daripada hukum tatabahasa ketika mempelajari bahasa Melayu menyebabkan berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda. Di samping itu,pengkaji juga ingin mengetahui sama ada faktor extralinguistics seperti masalah lupa,gangguan eosi,lalai,kurang latihan,dan sebagainya serta faktor 10

kekacauan dan kekeliruan dalam bahasa formal dan tidak formal berlaku semasa pelajar mepelajari bahasa ibunda.

11

3.1.2

Kerangka Konsepsi

Rajah 2 : Model Kerangka Konseptual Penguasaan Kata/Frasa Kerja Dalam kalangan Pelajar prauniversiti Teori : Analisis Kesilapan

Objektif : i. Untuk

membandingkan

tahap

penguasaan penggunaan kata/frasa kerja pelajar ii. Untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar iii. Untuk menghuraikan punca

Kaedah Lapangan Kajian Kepustakaan Kajian Deskriptif

Alat Kajian : Borang soal-selidik Soalan Latihan

berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda. Sampel : 90 orang pelajar prauniversiti

Dapatan Kajian : Rumusan Implikasi Kajian Cadangan

Analisis Data: Ujian-t Dua Min Sampel Bebas

Tempat Kajian : SMK Clifford SMK Seri Lipis SMK Kuala Lanar

12

3.1.3

Kaedah Kajian

Analisis kesilapan merupakan satu proses. Sebagai satu proses,korpus yang akan dianalisis kesilapannya memerlukan beberapa kaedah atau metadologi yang khusus. Dalam kajian ini ,terdapat beberapa kaedah yang digunakan iaitu merangkumi kaedah lapangan,kaedah kepustakaan, dan kaedah tinjauan. Kaedah yang dijalankan bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat dan kemudiannya akan dianalisis untuk menghuraikan permasalahan kajian. Kaedah yang digunakan juga merujuk kepada kaedah kualitatif untuk mengumpul data yang tertumpu kepada penghuraian tajuk yang dikaji secara deskriptif. Pada peringkat awal,soalan rintis atau prasoalan disiapkan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada 10 orang pelajar Melayu praniversiti yang tidak mengambil subjek bahasa Melayu untuk mendapatkan reaksi awal terhadap soalan yang dikemukakan dan menguji sejauh mana kefahaman mereka terhadap soalan . Jika didapati terdapat kelemahan dalam soalan-soalan tersebut,soalan akan diubah semula agar menepati kehendak tajuk dan objektif kajian yang hendak dibuat.

3.1.4

Tempat Kajian

3 buah sekolah menjadi tempat kajian pengkaji iaitu SMK Clifford Kuala Lipis,SMK Seri Lipis,Kuala Lipis,dan SMK Kuala Lanar ,Kuala Lipis.

3.1.5

Populasi dan persampelan

Sampel kajian terdiri daripada pelajar universiti yang mengambil subjek bahasa Melayu. Daripada jumlah keseluruhan populasi iaitu 240 orang,sebanyak 90 orang pelajar Melayu telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian (N=90) iaitu yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. 45 responden terdiri daripada mereka yang mengikuti aliran sains sewaktu SPM dan 45 responden lain ialah pelajar aliran sastera.

13

3.1.6

Pemboleh ubah Kajian

Pemboleh ubah bersandar ialah penguasaan kata.frasa kerja. Pemboleh ubah bebas ialah pelajar prauniversiti.

3.2 Alat Kajian Borang soal selidik merupakan instrumen kajian utama yang digunakan dalam kajian ini.Item yang terdapat dalam soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu : Bahagian 1 : Latar Belakang Pelajar Bahagian II : Permasalahan dan Aspirasi Pelajar Bahagian III : Pencapaian Akademik Pelajar Melalui soal-selidik ini,pengkaji akan dapat mengetahui punca yang menyebabkan berlakunya kesilapan dala penguasaan bahasa pelajar bahasa ibunda dalam bahasa Melayu. Selain soal- selidik,soalan berkaitan dengan penggunaan kata kerja juga diedarkan kepada pelajar untuk dijawab.Responden diminta untuk mengenal pasti kesalahan kata/.frasa kerja dan membetulkan kesalahan berkenaan.Item ini kemudiannya dikutip semula dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan teori analisis kesilapan . Untuk menjelaskan konsep analisis kesilapan ini,pengkaji memberikan soalan latihan berkaitan dengan penggunaan kata kerja/frasa kerja untuk mengenal pasti kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar dan mengukur sejauh mana tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja mereka. Setelah prasoalan diuji dan dimurnikan semula, soalan sebenar akan diedarkan kepada responden. Pengkaji akan mendapatkan senarai nama pelajar untuk mengenal pasti jumlah pelajar bahasa ibunda yang sebenar,iaitu bagi mewakili jumlah keseluruhan populasi. Namun hanya 90 orang pelajar yang dijadikan sampel kajian dan dipilih secara rawak. Pengkaji juga menentukan masa yang sesuai untuk membuat ujian supaya kajian ini tidak menganggu kelicinan pengajaran dan pembelajaran. Soalan berbentuk kertas edaran diberikan dan pelajar dikehendaki menjawab soalan yang diberikan.Seterusnya

14

jawapan diperiksa dan dibuat satu analisis kesilapan berdasarkan ciri kesilapan yang dilakukan oleh pelajar tersebut.

3.3 Tatacara Kajian Dalam kajian ini,pengkaji akan melakukan langkah-langkah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Usaha Memilih sampel kajian Membuat ujian untuk mendapat kekerapan kesilapan bahasa Menilai tahap keseriusan kesilapan Mengklasifikasikan kesilapan itu berdasarkan penyebabnya Membuat rumusan dan cadangan mengkasifikasikan kesilapan berdasarkan penyebabnya,pengkaji

dalam

menggunakan satu model kerangka teori yang telah disesuaikan dengan teori Frence (1955),Ray (1963),Corder (1973),Brown(1980),dan Sharma (1981) seperti Rajah 1. 3.4 Penganalisisan Data Data yang diperoleh dianalisis secara manual dengan menggunakan program Excel untuk menukarkannya ke dalam bentuk jadual,graf,dan carta pai yang sesuai.

15

BIBLIOGRAFI Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin. Prinsip pengajaran penulisan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. 2007.

Mohd Daud Yusof. Penguasaan Bahasa Melayu Baku dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 (KBSM). Satu Kajian Kes di Maktab Sultan Ismail,Kota Bahru ,Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.1990.

Nik Safiah Karim.Farid M.Onn.Hashim Hj. Musa.Abdul Hamid Mahmood.Tatabahasa Dewan.Dewan Bahasa dan Pustaka.2004.

Noor Fadilah Dawi.Penguasaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar Bacelor Sastera Universiti Putra Malaysia. Master Sastera. Universiti Putra Malaysia.2010.

Noor Hayati bt Abdul Hamid . Analisis Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif di Kalangan Pelajar Tingkatan 3. Latihan Ilmiah .Universiti Putra Malaysia. 2000.

Supian Mohammad Noor. Analisis Kesalahan Penggunaan Frasa Kerja Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 KBSM:Satu Kajian Kes. Tesis Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Putra Malaysia. 1994.

16

PENGUASAAN KATA/FRASA KERJA DALAM KALANGAN PELAJAR PRAUNIVERSITI

OLEH: INTAN SALWATI BT OMAR MOKHTAR GS 30148 MASTER SASTERA (BAHASA MELAYU) FAKULTI BAHASA MODEN DANKOMUNIKASI

17

Penguasaan Kata/Frasa Kerja dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti

Intan Salwati bt Omar Mokhtar


Abstrak:

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan tahap penguasaan pelajar prauniversiti dalam aspek kata/frasa kerja. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk membandingkan tahap

18

penguasaan kata/frasa kerja pelajar wanita dengan pelajar lelaki, untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan pelajar, dan menghuraikan punca berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda. Instrumen soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data.Kajian ini hanya dijalankan di daerah Lipis. Responden kajian terdiri daripada pelajar prauniversiti dari tiga buah sekolah. Kajian hanya dibataskan kepada calon yang mengambil subjek bahasa Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 90 orang pelajar bahasa ibunda yang terdiri daripada 45 orang pelajar lelaki dan 45 orang pelajar wanita. Responden diminta untuk menjawab borang soal-selidik serta soalan yang berkaitan dengan penggunaan kata kerja yang diberikan. Kata Kunci: tahap penguasaan, aspek kata/frasa kerja,kesilapan penggunaan,punca berlakunya,pelajar prauniversiti

19

Anda mungkin juga menyukai