Anda di halaman 1dari 4

Kerja Projek Matematik Tambahan 1/2012

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN SARAWAK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 1/2012

Rajah 1

Pak Samy mempunyai sebidang tanah terbiar bersebelahan rumahnya. Tanah ini dikelilingi oleh sebatang sungai dan dekat gunung. Setelah dia bersara, dia bercadang membersihkan tanah itu untuk menanam sayur-sayuran. Kedudukan tanah itu adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.

Pada pendapat Pak Samy adalah lebih elok kalau tanah itu dipagar. Dia mengukur jarak pepenjuru dari sungai ke kaki bukit (A ke B) ialah 500m. Manakala jarak dari kaki bukit sehingga berdekatan dengan sungai di kaki bukit (B ke C) ialah 800m. Pak Samy juga membina blok pasir di sepanjang tepi sungai untuk mengelak berlakunya banjir apabila hujan turun lebat. Sudut yang tercangkum antara jarak pepenjuru AB dengan blok pasir itu ialah 30 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sarawak

Kerja Projek Matematik Tambahan 1/2012

B 800m 500m A

Rajah 2

(a) Pak Samy merancang untuk menggali sebuah perigi berbentuk sektor bulatan berpusat B untuk memudahkan kerja penyiraman sayur-sayuran. Bahagian atas perigi itu berjejari 1m dan ketinggian perigi 1m. Anda dikehendaki untuk membantu dia mengira sudut ABC supaya dia boleh membina perigi itu. Berikan penyelesaian anda dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua kaedah.

(b) Pak Samy ingin membina dinding perigi yang tebal. Anda dikehendaki membantu dia mengira bilangan batu-bata yang diperlukan, seperti dalam Rajah 3. Untuk bahagian permukaan lengkung, pengiraan adalah berdasarkan permukaan dalaman. Gunakan 400 cm2 = 4 batu-bata termasuk simen di antara batu-bata, sementara harga seketul batubata ialah 40 sen. Bantu Pak Samy untuk menghitung kos yang diperlukan.

Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sarawak

Kerja Projek Matematik Tambahan 1/2012

Simen

1m

1m

Permukaan dalaman

Rajah 3

(c) Pak Samy daif dalam hal kira-mengira, tetapi dia hendak mendirikan pagar di tanah itu dalam bentuk segitiga. Anda dikehendaki membantu dia untuk menghitung jumlah panjang bahan pagar yang diperlukan tersebut. Gunakan sekurang-kurangnya dua kaedah penyelesaian.

(d) Selepas membersihkan tanah dan membuat pagar itu, dia ingin membeli biji benih sayursayuran dan tumbuhan untuk ditanam. Walau bagaimanapun, sebelum dia membeli biji benih, dia perlu tahu luas tanah tersebut bagi membolehkan dia membeli biji benih yang secukupnya. Sebagai pelajar yang mengambil matapelajaran Matematik Tambahan, anda dihendaki menolong Pak Samy menentukan keluasan tanah dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua kaedah.

Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sarawak

Kerja Projek Matematik Tambahan 1/2012


(e) Setelah sekian lama, pagar itu semakin usang. Pak Samy berhasrat untuk membina pagar baharu dengan kos yang minimum. Dia ingin menggunakan kawat pagar secara minimum sementara keluasan tanah masih sama. Titik B dan titik C adalah tetap. Hanya titik A sahaja yang boleh bergerak. Buat satu konjektor pada kedudukan titik A. (Bina jadual untuk beberapa set nilai AB dan AC, dan kira panjang minimum untuk pagar). (f) Satu tahun kemudian: memandangkan harga kelapa sawit sangat lumayan. Pak Samy merancang untuk membahagikan tanah itu kepada dua bahagian. Dia ingin menanam kelapa sawit iaitu tanaman emas di kawasan tanah yang lebih jauh dari rumahnya. Dia masih mempunyai stok kawat pagar yang sama panjang dengan jarak AB. Dia hendak membina pagar dari titik B di luar perigi itu lurus sehingga ke garisan AC. Anda diehendaki membantu Pak Samy membina kedudukan pagar itu dalam bentuk grafik. Dia membuat keputusan memilih warna berbeza untuk pagar bagi dua tanaman tersebut di tepi sungai. Anda dikehendaki membantu Pak Samy untuk mencari panjang pagar kawasan sayur dan kawasan kelapa sawit. (g) Pak Samy mengupah beberapa orang pekerja untuk membersihkan tanah bagi penanaman kelapa sawit. Pekerja-pekerja minta upah sebanyak RM60.00 untuk setiap 400 m 2 . Pada akhir pembersihan, Pak Samy membayar jumlah upah sebanyak RM6126.40 kepada pekerja-pekerja itu. Carikan luas tanah yang Pak Samy gunakan untuk menanam kelapa sawit tersebut.

Penerokaan Lanjutan Selepas 5 tahun, kelapa sawit itu sudah matang dan boleh dituai, Pak Samy mendapati pulangan adalah sungguh lumayan. Dia bercadang untuk menukar keseluruhan tanah itu untuk penanaman kelapa sawit. Dia ingin mendirikan pagar yang lebih kukuh lagi mengelilingi seluruh kawasan tanah itu. Dia membeli 2000m bahan pagar. Sisi pada bukit adalah tetap (BC), carikan dimensi segitiga ABC supaya keluasan tertutup adalah maksimum bagi membolehkan dia menanam pokok kelapa sawit yang paling optimum. Seterusnya, carikan luas maksimum ladang itu.

Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sarawak

Anda mungkin juga menyukai