Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN TAKRIF KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN TIGA ERA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI

MUKA SURAT 2

MALAYSIA.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA

MENYEBABKAN KEMALANGAN AKIBAT

4-6

DARIPADA KELEMAHAN MANUSIA.

TIGA PRINSIP UTAMA DI DALAM AKTA KESELAMATAN PEKERJAAN 1994. DAN KESIHATAN

7-9

RUJUKAN

10

TAKRIF BAGI KESELAMATAN DAN KESIHTAN.


Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.Keselamatan dan kesihatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994.

Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut. Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupakan salah satu tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia dan dibahagikan kepada limabelas b ahagian iaitu Pe rmulaan (Preliminary), Perlantikan Pegawai (Appointment of Officers), Majlis Negara bagi Keselamatan & Kesihatan (National Council for OSH) , Kewajipan Am Majikan & Orang Yang Bekerja Sendiri (General Duties of Employers and Self-Employed Persons), Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang & Pembekal (General Duties of Designers, Manufacturers and Suppliers), Kewajipan Am Pekerja (General Duties of Employees), Organisasi Keselamatan & Kesihatan (Safety and Health Organizations), Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan & Siasatan (Notification of Accidents, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and Occupational Diseases and Inquiry), Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan (Prohibition Against Use of Plant or Substance), Tataamalan Industri (Industry Codes of Practice), Penguatkuasaan & Penyiasatan (Enforcement and Investigation), Liabiliti bagi Kesalahan (Liability for Offences), Rayuan (Appeals), Peraturanperaturan (Regulations), dan Pelbagai (Miscellaneous). Artikel ini akan membincangkan tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.

ERA PENGURSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA.

1. Era Keselamatan Dandang - sebelum 1914

2. Era Keselamatan Jentera - 1914 hingga 1952

3. Era Keselamatan Industri - 1953 hingga1967

4. Era Keselamatan dan Kesihatan Industri - 1970 hingga 1994

5. Era Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan - selepas 1994 Prinsip

PUNCA-PUNCA

MENYEBABKAN

BERLAKUNYA KELEMAHAN

KEMALANGAN AKIBAT DARIPADA MANUSIA.

1.TIDAK MEMAHAMI APA SEBENARNYA KESELAMATAN: -Bagi sebilangan majikan dan juga pekerja,keselamatan adalah sesuatu yang tidak mutlak dan risiko sifar tidak wujud.Ini bermakna setiap pekerjaan mempunyai risikonya.Sebagai contoh:apabila

berlaku kemalangan kecil yang boleh membawa kecederaan atau kecelakaan kepada diri pekerja atau majikan,pekerja atau majikan tidak ambil serius terhadap kemalangan kecil yang jika ianya kerap berlaku dan berkemungkinan boleh membawa ke arah kemalangan yang serius dan boleh membawa maut terhadap dirinya dan orang lain.Dan ini boleh membawa masalah kepada orang lain.

2.SIKAP MEMENTINGKAN DIRI: -Seseorang akan merasakan impak sesuatu kemalangan dan peka serta mengambil berat terhadapnya jika kemalangan itu mempunyai kepentingan kepada dirinya.Ini termasuklah kemalangan yang melibatkan diri sendiri,keluarga,kenalan dan harta

bendanya.Mereka ini kurang mengambil berat terhadap kemalangan itu jika ia melibatkan orang yang tidak dikenali olehnya.Sebagai contoh:majikan tidak mengambil peduli terhadap persekitaran bekerja dan pekerjanya.Apabila berlaku sesuatu kemalangan

kecil,majikan tidak melaporkan keadaan yang berlaku kepada pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dan ini akan menyebabkan persekitaran tempat bekerja akan merbahaya kepada orang lain.

3.FOKUS YANG SALAH: -Jika kemalangan berlaku,persoalannya bukan untuk mencari sebab musabab berlakunya kemalangan dan mencegah kemalangan yang serupa berulang,tetapi fokusnya lebih menentukan siapa yang membuat kesilapan.Begitu juga pencegahan kemalangan lebih kepada tindakan reaktif untuk setakat mematuhi keperluan undangundang dan kurang kepada usaha mengubah sikap dan budaya kerja.Sebagai berkumpulan,sikap contoh:dalam bekerjasama membuat amatlah kerja penting secara dalam

melaksanakan tugasan yang diberi.Selain itu,terdapat juga masalah yang timbul seperti apabila berlaku sesuatu kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau yang boleh menyebabkan

kecederaan dalam sesuatu pekerjaan,mereka hanya mencari pesalah atau pelaku yang menyebabkan kemalangan itu berlaku dan TIDAK mencari sebab mengapa boleh terjadinya kemalangan itu.Ini akan menyebabkan kemalangan yang sama akan berulang.

4.ORANG RAMAI MENGATASI INDIVIDU: -Masyarakat lebih mengambil berat jika masalah itu adalah masalah ramai,dan kemalangan melibatkan ramai orang berbanding dengan jika ia berlaku kepada beberapa individu sahaja.Sikap inilah yang menjadikan satu insiden kepada satu bencana yang trajik di tempat kerja kerana tindakan yang diambil sudah terlewat dan bencana yang menimpa sukar dikawal atau lebih mahal untuk dikawal.Contohnya:kemalangan yang berlaku kepada hanya

segelintir pekerja atau majikan tidak dipandang serius dan hanya dipandang remeh dalam masyarakat berbanding dengan

kemalangan yang melibatkan ramai individu.

5.MEREMEHKAN INSIDEN NYARIS: -Insiden nyaris yang berlaku di tempat kerja dianggap remeh dan tidak perlu diambil kira.Mereka melakukan kesilapan yang besar dengan membuat andaian bahawa insiden nyaris tidak akan menjadi kemalangan yang tragis.Contohnya:seorang pekerja menggunakan mesin sambil lewa dan mesin itu hampir-hampir meragut nyawanya akibat kealpaan dirinya menggunakan mesin.Tetapi perkara itu hanya dianggap remeh dan menghiraukan kejadian yang terjadi kepadanya kerana tiada kecederaan atau kecelakaan yang berlaku kepada dirinya.

TIGA PRINSIP UTAMA DI DALAM AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994.

1. Prinsip pertama ialah Self- regulation atau pengaturan kendiri. Untuk menangani perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas. Bermula dengan mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerjapekerjanya, pihak majikan perlu mengadakan satu perkiraan atau arrangement yang baik untuk dilaksanakan

2. Prinsip kedua ialah perundingan atau consultation, iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja. Walaupun kewajipan-kewajipan tersebut adalah berbentuk am, ia memerlukan perhatian yang serius, dan membawa pelbagai tanggungjawab yang luas

3. Prinsip ketiga ialah kerjasama atau co-operation, iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Tanpa kerjasama di antara majikan dan pekerja tiada satu pun program-program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan akan berjaya.

RUJUKAN.

1.

F:\KESELAMATAN

DAN

KESIHATAN

PERSEKITARAN

NOTA.htm

2.MODUL C1403:KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

3. AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN 1994 4.Kamal Halili Hassan, Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia 1st ed, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001.

10

11

Anda mungkin juga menyukai