Anda di halaman 1dari 11

Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp

muhammad syahir Document Transcript


- 1. 1.0 PENDAHULUAN ue\#(#-!e&ue\#('t#
B=+)#(#-!ee==~+ukt- {uA|_ut&u<_#-9+A=ut&
(BeZ3'O(#- Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada
Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang- orang
Yang berkuasa) dari kalangan kamu. Apabila berbincang mengenai kepimpinan Islam,
maka tidak dapat tidak untuk menyatakan tentang ayat Allah yang mewajibkan setiap
manusia untuk taat kepada pemimpin di kalangan umat berkenaan selagi
pemerintahannya adalah menurut syarak dan tidak melewati batasannya.Tidak kira di
mana sahaja sekalipun setiap daripada manusia itu juga adalah seorang pemimpin
bahkan dalam satu keadaan yang terakhir manusia itu adalah pemimpin bagi dirinya
sendiri. Penerapan kepimpinan Islam seharusnya diberi perhatian yang serius terutama
sekali dalam kalangan guru pelatih sendiri dalam sesebuah kelas atau dalam situasi
realitinya adalah kepimpinan Islam oleh guru terhadap murid di sekolah kerana
sekiranya seseorang pemimpin yang dipilih oleh rakannya adalah seseorang yang
mempunyai fikrah seorang pemimpin berlandaskan al-Quran dan Sunah maka
sempurnalah pemilihan pemimpin yang dipilih berkenaan. Kepimpinan Islam yang
dapat dilaksanakan secara sepenuhnya dalam sesebuah organisasi terutamanya di
kalangan bakal guru dapat membantu mewujudkan suatu biah solehah yang sesuai
menurut syarak. Seorang pemimpin yang mampu untuk menjaga beberapa perkara
utama 1
- 2. yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kini amnya yang bukanhanya
terjadi dalam kalangan mereka yang bekerja di dalam profesion lainbahkan dalam
profesion perguruan juga adalah persoalan tentangpemisahan antara pergaulan bebas
lelaki dan perempuan terutama sekalidalam susunan koordinat kelas dan lain-lain lagi.
Pepatah ada menyebuttentang Bagai mengajar anak ketam berjalan betul yang
biasanyaberlaku di dalam sesuatu keadaan guru yang sering meminta muridnyauntuk
tidak duduk dalam keadaan yang mencurigakan di dalam kelastetapi hal berkenaan
dilakukan sendiri oleh guru berkenaan.Maka sudahtentu murid berkenaan akan
mempersoalkan tindakan guru berkenaanyang melarang murid melakukannya tetapi
guru sendiri melakukanperkara yang ditegahnya sendiri. Jika diamati pada Sirah
Rasulullah SAW semasa pemerintahanIslam sejak zaman Baginda sendiri sehinggalah
zaman khalifah yangterakhir iaitu di dalam pemerintahan Turki Uthmaniyah yang
berakhirsekitar awal tahun 1924 masihi yang lalu, sistem pemerintahan
Islammerupakan satu daripada sistem yang tidak pernah dipinggirkan dalampemilihin
seorang pemimpin sebagai ketua negara dalam segala aspekberkaitan dengan sesebuah
negara meliputi ekonomi, sosial, politik danapa sahaja adalah berdasarkan kepada
yang digariskan oleh al-Qurandan sunah nabi.Berdasarkan kepada sebuah Hadis Nabi
SAW yangbermaksud:Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya
mengenaikepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan
ditanyamengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akanditanya
mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminyadan akan ditanya
mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpinkepada harta benda yang
diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanyamengenai kepimpinannya. Tiap-tiap
kamu adalah pemimpin dan kamu 2
- 3. akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.( Hadis Riwayat al-Bukhari,Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad ) Matlamat sebenar daripada kepimpinan Islam
yang diterapkansendiri adalah sesuatu yang jelas lagi nyata iaitu untuk
mendapatkankeredhaan Allah di dunia dan akhirat.Dengan penerapan
kepimpinanIslam terhadap sesebuah organisasi atau kumpulan maka
tercapailahmatlamat satu daripada aspek yang perlu dilaksanakan oleh manusia
iaitumenerapkan hukum Allah yang selama ini tidak diendahkan oleh
segenapmasyarakat kini yang sebenarnya semakin hari semakin jauh
daripadamatlamat untuk mendapatkan redha Allah bahkan disayangi nabi.
Pengiktirafan Allah terhadap manusia sebagai seorang pemimpinatau khalifah
sebenarnya telah dinukilkan di dalam al-Quran dalam surahal-Baqarah ayat 30 yang
bermaksud: Sesungguhnya aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah dimuka
bumi ini. Dengan ini jelaslah betapa pentingnya keberadaan seseorangpemimpin
tidak kira pemimpin daripada sebesar-besar organisasi bahkansekecil-kecil organisasi
maka sekiranya terterapnya kepimpinan Islammaka baiklah seluruh keadaan apa yang
dipimpin oleh seseorang itu. 3
- 4. 2.0 PENERAPAN KEPIMPINAN ISLAM DALAM BILIK DARJAH
KALANGAN GURU PELATIH Kepimpinan Islam merupakan satu daripada aspek
yang diperlukan dalamkalangan guru pelatih dalam usaha untuk mewujudkan bakal
guru yangmempunyai pengetahuan dan ilmu tentang bagaimana kepimpinan Islam
dapatditerapkan semasa di sekolah kelak.Secara umumnya, kepimpinan
merupakankata terbitan yang terbit menerusi kata akar pimpin yang
bermaksudseorangindividu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab
mengarah danmenyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan.
Sesetengahorang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan
mendorongpengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang
yangmembantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah.Walau
apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagaipengarah,
pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin Syed Mustapa. Ahmad SubkiBin Miskon,
2010) Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989)kepimpinan pula membawa
maksud keupayaan memimpin. Manakala menurutkata-kata seorang ahli falsafah barat
Certo (1997) kepimpinan membawamaksud proses pengarahan tingkah laku orang lain
kearah penyempurnaansesuatu objektif. Dalam erti kata lain, ia bermaksud suatu
desakan terhadapsikap seseorang bagi mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan
oleh seorangpemimpin. Bagi Ahmad Mohd Salleh (2008) kepimpinan bermaksud satu
prosesdi mana seorang individu mendapatkan kerjasama orang lain kearah
pencapaianmatlamat dalam suasana tertentu dan menurut Razali Saaran (2008)
kepimpinandalam konteks bilik darjah membawa maksud kemampuan seseorang
gurumempengaruhi para pelajarnya turut serta dalam aktiviti pengajarannya
sertamemimpin para pelajarnya ke jalan yang benar dan diredhai Allah. 4
- 5. Bagi pengertian Islam pula, terdapat beberapa pandangan yangdikeluarkan
antaranya ialah menerusi kamus dewan yang bermaksud sejahterayang berasal
daripada perkataan . Bagi pengertian dari segi istilah pula Islammerujuk kepada
penyerahan dan tunduk kepada Allah (Wikipedia,2011) MenurutSaid Hawa (2000)
Islam bermaksud ketundukan seorang hamba kepada wahyuIlahi yang diturunkan
kepada para nabi dan rasul khususnya Muhammad SAWguna dijadikan pedoman
hidup dan juga sebagai hukum/ aturan Allah SWT yangdapat membimbing umat
manusia ke jalan yang lurus, menuju ke kebahagiaandunia dan akhirat. Kefahaman
yang menyeluruh tentang definisi kepimpinan danIslam secara jelas seterusnya dapat
membantu tentang pemahaman tentangpenerapan kepimpinan Islam seperti yang
dinukilkan oleh Dr Siddiq Fadzil(2010), kepimpinan dalam Islam bukan hanya
mempengaruhi orang tetapipemimpin menurut Islam ialah pemandu umat dalam
melaksanakan amanahketuhanan Devine Trust iaitu memelihara agama dan
menguruskandunia.Kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab dan amanah
bukansuatu tashrif iaitu kebesaran atau kebanggaan (Siddiq Fadzil, 2010). Dalam
menerapkan kepimpinan Islam dalam kalangan guru pelatihseterusnya daripada guru
pelatih kepada murid-murid di sekolah terdapat banyakkaedah atau cara yang boleh
digunapakai untuk menerapkan kepimpinan Islam.Jika kita menelusuri sirah Nabi
Muhammad SAW pada masa lalu, sudah tentukita memperakui bahawa baginda
merupakan seorang daripada pendidik yangterulung pada zaman baginda. Melalui
segala apa yang baginda lakukan tidakkira perbuatan, percakapan, tikrar dan segala
yang berkaitan dengan bagindamaka adalah sesuatu yang terbaik yang pernah
dicatatkan di dalam sirah Nabi.Berdasarkan kepada suatu hadis yang menjelaskan
tentang sebab utama NabiMuhammad diutuskan adalah untuk menyempurnakan
akhlak, maka sudahtentulah sebagai umat Nabi Muhammad kita perlu meletakkan
akhlak bagindasebagai rujukan utama dalam penerapan kepimpinan Islam. 5
- 6. Di samping itu juga, sarjana Islam membicarakan tentang kepemimpinansebagai
satu daripada tiang agama dan tidaklah sempurna urusan agama itutanpa adanya
kepemimpinanKrisis yang sedang melanda umat Islam saat iniadalah kerana tiada
pendidik yang dapat diteladani atau pemimpin berjiwapendidik.( Jamal Hasan Sad
Madhi, 2010) Maka, menjadi kewajipanlah bagibakal pendidik bagi kaedah atau cara
penerapan kepimpinan Islam yang dapatdiperlihatkan secara jelas adalah menerusi
sebuah sepotong ayat di dalam surahal-Ahzab ayat 21
&(to#-!tAe9u3'N|.|=9e)u(iaitu:
9.t|H=#-!e=|#(.|=9e0T,Ztt
_..eZ##-!eutu.=#-u,=ut#- Maksudnya: Demi sesungguhnya,
adalah bagi kamu pada diri Rasulullahitu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang
Yang sentiasa mengharapkan(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia
pula menyebut danmengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Menerusi ayat ini berkenaan, jelaslah bahawa kaedah penerapankepimpinan Islam
yang pertama adalah menerusi pendekatan Qudwah Hasanah.Menerusi pendekatan ini,
walaupun terdapat sedikit perbezaan yang tidak begituketara antara qudwah hasanah
dan uswah hasanah maka ia tidak lari darimendefinisikan hal ini iaitu sebagai seorang
pemimpin maka adalah amatdiperlukan dalam akhlak mereka untuk menjadi uswah
hasanah kepada murid-murid atau rakan-rakan di dalam kelas. Penerapan sikap ini
penting agar setiapperbuatan dan tingkah laku pemimpin berkenaan adalah berasaskan
daripadaakhlak baginda SAW yang mementingkan kepada manusia untuk
menerapkanprinsip qudwah hasanah kepada orang yang dipimpin. Menerusi
pendekatanqudwah hasanah ini, seseorang pemimpin akan sentiasa menjaga
perbuatandan percakapan yang disampaikan di dalam sesebuah kelas agar
setiapperbuatan dan percakapan yang disampaikan adalah sesuai dan mengikut 6
- 7. segala panduan yang ditetapkan Islam dan seterusnya diteladani oleh orangyang
dipimpinnya. Sebagai contoh, sebagai seorang bakal guru semasa sedang
mengajaratau menyampaikan ilmu tentang akhlak dan adab Islamiah, seseorang itu
perluuntuk menunjukkan contoh teladan (uswah hasanah) yang baik dan terusmenerus
mengamalkan adab yang disampaikan kepada orang yang diajar
ataudipimpin.Sekiranya perkara yang diajarkan adalah mengenai adab dengan
rakanmaka seseorang guru itu perlu melakukan amalan itu terlebih dahulu
sebelumdilihat dan difahami oleh orang yang dipimpin.Dengan yang demikian,
sekiranyaorang yang dipimpin berkenaan dapat menghayati dan mengamalkannya
puladalam kehidupan seharian maka tercapailah penerapan kepimpinan Islammenerusi
qudwah hasanah dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran yangdisampaikan. Jika
diteliti menerusi sirah Nabi SAW, baginda banyak mengamalkanadab-adab yang
sering diamalkan dalam kehidupan seharian baginda disamping menyampaikan ilmu
berkenaan kepada orang ramai.Terdapat suaturiwayat yang menceritakan bagaimana
Nabi Muhammad menerapkan qudwahhasanah dalam kehidupan seharian baginda
untuk diteladani oleh masyarakatlain iaitu dalam hal bersosial dengan seluruh
masyarakat baginda tidak pernahmemilih siapa pun untuk mendekati diri atau
menjauhkan diri daripada umatnyasebelum ini seperti suatu ketika Nabi Muhammad
sendiri boleh dudukbersebelahan dengan seorang orang tua yang pada diri orang tua
itu mempunyaikudis, miskin dan dengan keadaan yang kotor. Hal ini menerangkan
kepada kitaakan sifat rendah diri yang diperlukan oleh seorang pemimpin Islam
dansekiranya diamalkan oleh pemimpin berkenaan maka akan dijadikan contohyang
baik oleh pengikutnya. 7
- 8. Dalam pendekatan ini juga, Allah SWT ada menukilkan tentangpentingnya untuk
seseorang pemimpin atau manusia itu untuk melaksanakansesuatu yang sering
diungkapkan atau diucapkan dalam kehidupan seharianmelalui al-Quran dan sekiranya
tidak dilaksanakan oleh seseorang itu maka akandilaknat oleh Allah menerusi Surah
AS-Saff ayat 2 dan 3 '_9eN,'t#B=Z#(#-!ee==~+ukt-iaitu:
e+B=).u-29t.?u.\=\|=oB=-?u)^9 ?u)^9'#(&u|#-!
c?u.\=\_oB=- Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, mengapa
kamumemperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar
kebenciannyadi sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak
melakukannya Oleh itu, menerusi pendekatan qudwah hasanah ini maka
penerapankepimpinan Islam dapat diwujudkan dalam sesebuah kelas dan dikira
berjayasekiranya setiap perbuatan atau perkataan yang disampaikan oleh
seseorangpemimpin itu dituruti dalam kehidupan orang yang dipimpin itu dengan
kerap danistiqamah.Kaedah ini juga sebenarnya tidak dapat tidak pemimpin
berkenaantelah memperoleh pahala kerana berusaha untuk menerapkan sunah Nabi
SAWyang semakin hari dilupakan. Seterusnya, bagi menerapkan kepimpinan Islam
dalam kalangan gurupelatih mahupun murid-murid di dalam kelas maka pengetahuan
dan amalanberkaitan nilai-nilai Islam tidak boleh dipandang enteng oleh
seseorangpemimpin dalam sesebuah kelas atau organisasi.Sirah Nabi
menunjukkantentang banyak kisah-kisah yang berlaku hasil daripada penerapan nilai-
nilaiIslam dalam sesebuah organisasi.Dengan pengetahuan tentang beberapa sifatatau
tingkah laku yang diperlukan oleh seseorang pemimpin Islam sepertimanapada zaman
kegemilangan Islam terdahulu sudah tentu keadaan sesebuahmasyarakat itu menjadi
lebih baik dan aman serta sempurna dari segi amalan 8
- 9. kehidupan bermasyarakat.Terdapat beberapa sifat yang diperlukan untukditerapkan
oleh seseorang pemimpin dalam usaha menerapkan kepimpinanIslam. Antara sifat
yang penting adalah amanah, bertanggungjawab, mempunyaikeseimbangan bersepadu,
dan adil.Seterusnya perbincangan tentang sifat yangdiperlukan oleh seseorang
pemimpin dalam kepimpinan Islam akan dihuraikansecara terperinci. Bagi sifat yang
pertama yang diperlukan oleh seorang pemimpin dalamusaha menerapkan kepimpinan
Islam adalah sifat amanah. Berkenaan sifatamanah ini maka ia tidak dapat tidak lari
daripada sifat bertanggungjawab yangamat diperlukan dalam seseorang diri pemimpin
Islam. Melalui sifat amanah iniAllah SWT telah menetapkan di dalam al-Quran
tentang pentingnya menjagaamanah yang telah ditaklifkan oleh Allah kepada mereka
yang dilantik sebagaipemimpin melalui Surah Al-Baqarah ayat 286
-4u(\-)eoP=.T-#-!3u=ke#oiaitu:
3#-..u=T,6=M(B=-ut==v|kt-.T,6=M(B=-9u .. Maksudnya: Allah tidak
memberati seseorang melainkan apayang terdayaolehnya. ia mendapat pahala
kebaikan yang diusahakannya, dan ia jugamenanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. .. Menerusi ayat ini, Allah menyatakan tentang amanah yang
diberikankepada setiap manusia adalah berdasarkan kepada ilmu Allah yang
mengetahuitentang kemampuan seseorang hambaNya.Begitu juga kepada pemimpin
Islam,Allah tidak akan memilih seseorang itu untuk memimpin sesebuah
organisasitanpa sebab musabab yang kadang kala tidak difahami oleh manusia itu
sendiri.Maka, amanah untuk melaksanakan dan menjaga apa yang dipimpin amat 9
- 10. diperlukan dan memastikan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan jujurdan
ikhlas.Menerusi sifat rasulullah yang sentiasa amanah dalam
melaksanakantanggungjawab sebagai pemimpin terdapat kisah yang boleh
diketengahkansebagai pengetahuan dan pengajaran yang boleh diambil.Kisah ini
adalahberdasarkan kepada kisah yang berlaku semasa zaman pemerintahan
selepasKhulafa Ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul
Aziz. Menerusi kisah ini, dikisahkan bahawa khalifah Umar Abdul Aziz yangterkenal
dengan sifat amanah telah sanggup memadamkan sebuah lampu lampumeja dikala
anaknya yang datang untuk bertanyakan sesuatu tentang urusankeluarga dengan alasan
bahawa minyak lampu berkenaan adalah kepunyaankerajaan dan dibeli dengan duit
kerajaan.Khalifah Umar Abdul Aziz telahmeminta pelayan beliau untuk membawakan
lampu kepunyaannya sendiri.Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini adalah
pentingnya amanahterutama sebagai seorang pemimpin walaupun adakalanya
dirasakan bahawasesuatu perkara itu adalah remeh tetapi jika ia tidak berkaitan dengan
amanahyang diberikan maka keperluan untuk tidak menyalahi amanah adalah
amatdititikberatkan. Begitulah sikap seorang pemimpin yang sentiasa
menerapkankepimpinan Islam di dalam kehidupan seharian. Bagi aplikasi di dalam
kehidupan seharian guru tidak kira di rumah atau disekolah, seseorang guru atau
pemimpin berkenaan juga seharusnya tidakmenyalahi amanah yang diberikan untuk
memimpin sesebuah organisasi.Sebagai contoh, sebagai seorang guru atau pemimpin
amanah untukmenyerahkan wang yuran sekolah kepada pihak sekolah mesti
dijalankandengan baik dengan tidak mendahulukan wang berkenaan untuk digunakan
bagikehidupan peribadi atau perkara lain yang tiada kena-mengena dengan
amanahyang diberikan.Contoh yang lain pula adalah seperti seorang guru yang
diberikanamanah untuk mengajar, maka guru itu perlu mencari kaedah yang paling
sesuai 10
- 11. dan baik bagi memudahkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikandan
secara tidak langsung meninggalkan kesan dalam jiwa para pelajarnya.(Razali Saaran,
2010) Dengan penerapan sifat yang pertama ini, maka sudah tentulah ia
akanmembantu memimpin murid-murid akan pentingnya sifat amanah
dalamkehidupan seharian dan dalam kepimpinan Islam sendiri juga
menyatakanbahawa Nabi S.A.W. memperingatkan umatnya tentang amanah
semasamemimpin dengan sabda baginda, yang dilapor oleh Ibn Umar yang
bermaksudSetiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan
dipertanggungjawabkanterhadap mereka yang berada di bawah kepimpinan kamu.
Bagi sifat yang kedua yang diperlukan oleh seorang pemimpin dalamusaha
menerapkan kepimpinan Islam dalam bilik darjah ialah sifat mempunyaikeseimbangan
bersepadu.Seseorang pemimpin yang ingin menerapkankepimpinan Islam sepatutnya
mempunyai keseimbangan yang bersepadu dalamdiri seseorang itu. Dalam erti kata
lain, keseimbangan bersepadu adalahmempunyai keseimbangan yang baik antara roh
dan jasad iaitu pembangunanspiritual dan mental demi menjamin kesejahteraan hidup
di dunia dan akhirat.Dalam sifat ini, seseorang guru atau pemimpin perlu mempunyai
pandanganyang jelas tentang keperluan memahami realiti keadaan semasa dan
kaedahpenyelesaian yang boleh memberikan kebaikan tanpa menjejaskan
matlamatdunia dan akhirat.Mohd.Kamal Hassan (1984) telah mencadangkan satu
kaedahuntuk menyelamatkan manusia. Menurut beliau, "Ilmu yang diajar dan
dikembangkan mestilah dipadukan dengan imankepada Allah, ilmu yang bermanfaat,
amal yang soleh, dan akhlak yangmulia.Semuanya ini berdasarkan tauhid dalam
mempelajari, mengajar danmengembangkan ilmu pengetahuan." 11
- 12. Menurut pandangan yang dikemukakan beliau kesepaduan antara aspekrohani dan
jasad serta akal perlu disepadukan lebih-lebih lagi kepada guru ataupemimpin bagi
memastikan setiap perkara yang disampaikan dapat difahamidengan mendalam dan
dihayati dalam kehidupan seharian.Terdapat satu dalildaripada al-Quran yang
menekankan tentang pentingnya keseimbanganbersepadu ada dalam diri manusia
lebih-lebih lagi pemimpin yang inginmenerapkan Islam dalam pimpinannya. Dalam
al-Quran surah uP|\~Out#-!-ut#!Y#-9Z+-+utBeCal-Fathir ayat 28iaitu:
.9e&u9.tP.X\.u==e#ut#-{
~+u^#(e6=-ev_Be(#-!eu.)eP+0-3 Maksudnya: dan demikian
pula diV.^=_#-!e)e_3#-9.\=v0 antara manusia dan
binatang-binatang yangmelata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis
dan warnanya?sebenarnyayang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah)
Allah darikalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.
SesungguhnyaAllah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. Dalam konteks kepimpinan
Islam, maka dengan kesepaduan antarakognitif (akal) dan afektif yang dapat
menyampaikan ilmu maka ia sekaligusdapat melahirkan insan yang dapat beramal dan
patuh kepada perintah AllahSWT.Dalam ayat berkenaan juga, menyatakan tentang
peri pentingnya konsepilmu, iman dan amal yang perlu diaplikasikan dalam kehidupan
seseorangpemimpin dahulu sebelum dapat disampaikan kepada pengikut atau orang
yangdipimpin olehnya dengan baik. Secara tidak langsung dengan
mempunyaikeseimbangan bersepadu seseorang pemimpin dapat membantu
pengikutnyauntuk bukan sahaja mempelajari ilmu untuk ganjaran atau dunia semata-
mata 12
- 13. bahkan ia juga atas dasar iman dan perlu diamalkan untuk kebaikan diriseseorang
itu. Sebagai contoh aplikasi keseimbangan bersepadu yang dibawa oleh
NabiMuhammad SAW semasa hayat baginda ialah berdasarkan hadis Nabi
yangdiriwayatkan oleh Ibnu Abdil Birr dari Anas.Di dalam kisah berkenaan Anas
RAtelah bertanya kepada baginda tentang apakah amalan yang lebih utama
danRasulullah telah menjawab ilmu pengetahuan tentang Allah.Seterusnya
sahabatbertanya lagi tentang apakah ilmu yang dimaksudkan dan Rasulullah
menjawabilmu pengetahuan tentang Allah SWT.Selepas daripada Rasulullah
menjawabpersoalan berkenaan sahabat berkenaan menyangka bahawa Rasulullah
telahtersalah dalam memahami soalan yang dikemukakan sahabat berkenaan
dansahabat berkenaan menegaskan bahawa beliau bertanya tentang amalansedangkan
Rasulullah menjawab tentang Ilmu. Melihat akan penegasan sahabatberkenaan
Rasulullah telah menyatakan bahawa sesungguhnya sedikit amalanakan berfaedah
apabila disertai dengan ilmu tentang Allah dan banyak amalantidak akan bermanfaat
apabila disertai kejahilan tentang Allah.Begitulahpenerangan Rasulullah tentang
persoalan yang menyatakan keperluan akankeseimbangan antara 3 aspek yang penting
itu iaitu Ilmu, Iman dan Amal yangdisebut keseimbangan bersepadu dalam diri setiap
pemimpin Islam. Sebagai contoh dalam usaha untuk mengaplikasikan
keseimbanganbersepadu yang boleh dijalankan oleh guru atau pemimpin di dalam
kelas ialahseperti di dalam bidang Ibadah, seseorang guru berkenaan boleh
membawahadis Nabi yang berkaitan dengan sebuah kisah yang menyatakan
bahawaterdapat seorang manusia pada zaman nabi yang masih lagi melakukan
maksiatwalaupun beliau bersolat pada waktu yang ditetapkan.Maka, mengikut
kisahberkenaan Rasulullah menyatakan bahawa lama kelamaan maksiat
yangdilakukan akan ditinggalkan oleh orang berkenaan disebabkan oleh amalan baik
13
- 14. yang dilakukannya.Hal ini boleh diterangkan oleh guru tentang
pentingnyamempelajari, di samping mempercayai dengan hati serta beramal dengan
ikhlasakan dapat membantu seseorang murid atau pengikutnya untuk
meninggalkanmaksiat. Penerapan keseimbangan bersepadu ini mampu menghasilkan
muridyang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah di samping
tidakmeninggalkan kepentingan kehidupan di dunia untuk kebaikan akhirat. Bagi sifat
ketiga yang diperlukan oleh seorang pemimpin untukmenerapkan kepimpinan Islam
adalah sifat adil.Adil menurut Kamus Dewan ialahpertimbangan yang wajar atau tidak
memihak kepada mana-manapihak.Manakala menurut maksud dari segi istilah syarak
adil ialah meletakkansesuatu pada tempat yang sesuai dan betul. Adil merupakan satu
daripada sifatyang seharusnya dipunyai dan difahami dengan jelas oleh seseorang
pemimpinyang ingin orang lain mengikuti pimpinannya.Keadilan seharusnya
dilaksanakankepada semua pengikut kepada pemimpin berkenaan tanpa mengira
warna kulit,etnik, bangsa,budaya dan latar belakang dalam sesebuah masyarakat.
(AgusSaputera,2008) Keadilan yang dilaksanakan seharusnya berdasarkan kepada apa
yangtelah digariskan di dalam al-Quran dan Hadis bagi menerapkan kepimpinanIslam
dalam sesebuah organisasi sepertimana yang diterangkan di dalam al-Quran
=Tu(Me&u2~=\|=9e=(3u>0s~\_Surah Al-Maidah ayat 42 iaitu:
=+|O(?\\|cv(ut)e|(=||kN|&u(_v(&uu|/=|Ztq|N|(u--v|3'N
-!'u8(u-e|49e v|3'N3u0(M,ut)e||(e.-ou8(u=v
=#-!e)e|+4/e--9.)T(l/=|Ztq|N(u-- ._#-9.0).T:e='=e
14
- 15. Maksudnya: mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat
sukamemakan Segala Yang haram (rasuah dan sebagainya). oleh itu kalau
merekadatang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang
telahditerangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau
Engkauberpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat
membahayakanmusedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara
merekaDengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang
berlakuadil. Ayat berkenaan menjelaskan betapa pentingnya penerapan
prinsipkeadilan yang dipertanggungjawabkan terhadap pemimpin tanpa
mengirasesiapa pun yang berada di sekeliling atau dibawah bidang kuasa
seseorangpemimpin dan yang lebih penting adalah seseorang pemimpin
berkenaanberusaha untuk menggunakan hukuman yang telah ditetapkan oleh
Allahterhadap mereka yang melanggar batasan syara agar setiap pemimpin
yangdipertanggungjawabkan untuk menjalankan kewajipan mereka tidak
dipersoalkandi akhirat kelak. Apabila menyoroti kisah yang terdapat disebalik sifat
keadilan yangberlaku pada zaman Rasulullah dan para sahabat terdapat beberapa kisah
yangboleh dijadikan panduan dan teladan akan pentingnya keperluan pemimpin
yangingin menerapkan kepimpinan Islam untuk menjalankan sesuatu tugasan
denganadil dan saksama. Antara kisah yang sering diceritakan adalah kisah
tentangkeadilan yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Urwah yang
menceritakanbahawa ketika zaman penaklukan Mekah dahulu, terdapat seorang
perempuanyang mulia dalam kalangan Bani Makhzum yang telah mencuri. Maka kes
initelah mendapat perhatian kaum Quraisy dan dirujuk kepada Nabi MuhammadSAW
yang menjadi ketua negara pada ketika itu. 15
- 16. Bagi menyampaikan kes ini kepada baginda maka Usamah Bin Zaid telahdiminta
untuk menyampaikan kes berkenaan kepada Rasulullah dengan harapanperempuan
berkenaan dapat diampunkan dosanya.Maka setelah kes berkenaandiberitahu kepada
baginda maka baginda telah menyampaikan sebuah pidatoyang antara isinya adalah
tentang hancurnya kaum sebelum ini adalahdisebabkan tiada tindakan atas kesalahan
yang dilakukan dan Rasulullah jugamenegaskan sekiranya anaknya sendiri iaitu
Saidatina Fatimah yang mencurimaka baginda sanggup memotong tangan anaknya
atas dasar keadilanIslam.Maka dalam kisah ini Rasulullah menitahkan perempuan
yang dikatakanmulia itu dijatuhi hukuman potong tangan dan bertaubat dengan taubat
yangbersungguh-sungguh.Berdasarkan kepada cerita ini maka, jelaslah tanpamengira
darjat, pangkat, kedudukan, harta dan sebagainya semuanya berada didalam
timbangan dan keadilan yang sama rata. Sekiranya Rasulullah yangmaksum
menyatakan akan pentingnya berlaku adil pada zaman baginda sendiriapatah lagi pada
masa kini yang diperlihatkan akan terlalu berleluasanya maksiatdi sana sini. Bagi
pengaplikasian sifat adil di dalam bilik darjah atau sesebuahorganisasi maka seseorang
pemimpin itu perlu berlaku adil dalam semua halyang berkaitan dengan sesebuah
organisasi sebagai contoh di dalam kelasseseorang guru itu tidak boleh memilih kasih
antara seorang murid dengan muridyang lain dengan tidak menjalankan hukuman
kepada murid yang adakalanyadianggap mempunyai wajah yang comel atau cantik
dengan murid yang kurangcantik. Keperluan guru berlaku adil dengan memberikan
hukuman kepadasesiapa sahaja yang melanggar peraturan kelas dan peraturan agama
adalahbersifat universal kepada mana-mana murid yang berada di dalam kelas.
Contohyang lebih jelas adalah seperti seorang murid yang pandai akan
dikenakanhukuman yang sama dengan murid yang kurang pandai sekiranya
melakukankesalahan seperti mengejek rakan dan tidak menyiapkan kerja
rumah.Makadengan itu tercapailah hasrat seseorang guru atau pemimpin untuk
menerapkan 16
- 17. salah satu kepimpinan Islam dalam sesebuah kelas atau organisasi apabilaprinsip
keadilan dalam kepimpinan dapat dilaksankan dengan baik danberkesan. Jika diamati
dengan jelas dan terperinci akan ayat al-Quran ini yangmenyatakan tentang pentingya
keadilan maka sesebuah kepimpinan Islam akanterus mekar subur dan difahami
dengan baik serta diamalkan oleh pemimpinIslam berkenaan iaitu di dalam Surah
Shadd ayat |(uc=#u.=?v4,=\#()e.32:
|+oZt-(u--v|3'//=\|.<=?v4/=\|^Zt-/=|4,(0-|(?u#(ou
-9'#((Be||kN #-o|eP=-!~\(:el)uto/e--9.u,o/= Maksudnya:
Iaitu ketika mereka masuk..#-9tt#!'e)e<v4ut kepada Nabi
Daud, lalu ia terkejutmelihat mereka; mereka berkata kepadanya: " janganlah takut,
(Kami ini) adalahdua orang Yang berselisihan, salah seorang dari Kami telah berlaku
zalimkepada Yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara Kami Dengan adil,
danjanganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah Kami ke jalan Yang lurus.
Bagi sifat yang terakhir yang diperlukan oleh seorang pemimpin untukmenerapkan di
dalam kepimpinan Islam ialah sifat sabar sebagaimana yangdijelaskan oleh Allah
Taala di dalam Surah As-Sajdah ayat 24 iaitu:
#((=,9u#(9u0s-/euA|_P=-tk|u_&u,_0stZBe||kN|ut\=(+o-
.eZ|=/e=-=~IeZt-ut2P _ 17
- 18. Maksudnya: dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin,
Yangmembimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama
merekabersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin
akanayat-ayat keterangan kami. Sebenarnya menerusi sifat sabar inilah akan terbit dan
lahir sifat-sifatmahmudah yang lain dalam diri seseorang pemimpin dalam
menerapkankepimpinan Islam dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang mempunyai
sifatsabar yang tinggi seharusnya menjadi kriteria untuk diangkat menjadi
pemimpinkerana dengan sifat itulah mereka mampu mendepani pelbagai cabaran
dandugaan yang bakal mendatang. (Agus Saputra, 2008) Sifat sabar ini
sebenarnyatidak mudah untuk ditonjolkan kepada orang lain tetapi ia hanya dapat
dinilaisekiranya seseorang bakal pemimpin itu diberikan tugasan untuk
dilaksanakandalam syarat dan tempoh yang tertentu.Dengan tugasan itulah seseorang
ituboleh dinilai akan ketinggian sifat sabar yang ada dalam diri seseorang itu samaada
tinggi atau rendah. Menerusi kisah yang juga banyak ditonjolkan pada zaman Nabi
dansahabat kebanyakan daripada kisah itu juga banyak menyelitkan tentang
hakikatsebenar sifat sabar yang diperlukan oleh seseorang pemimpin dalam
usahamenerapkan kepimpinan Islam dalam sesebuah organisasi.Antara kisah
yangpopular berkaitan sifat sabar Baginda Nabi Muhammad ialah semasa
menahankemurkaan, kesakitan dan penganiayaan kaum Musyrikin di permulaan
dakwahbaginda. Contohnya adalah berkaitan kisah Abu Jahal dan rakannya
yangmeletakkan perut unta di bahu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
ketikaBaginda sedang sujud menunaikan salat, selepas itu mereka pun ketawa
melihatkejadian itu sambil mengejek-ejek Baginda. Walau bagaimanapun,
RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam tetap sabar dan tidak bersedih di atas
penganiayaan 18
- 19. itu. Sifat kesabaran Rasulullah Alaihi Wasallam itu telah digambarkan
dalamfirman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl, ayat 127
e--!)eo=,9|8utB=-ut#-=(9|iaitu:
9e?uuto|==v.eO(Bu=.=||uto4/ Maksudnya: Dan bersabarlah
(wahai MuhammadZ._=0(6^u_Bie0s-_,., terhadap perbuatan
dantelatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu
melainkandengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau
berdukacitaterhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada
disebabkantipu daya yang mereka lakukan. Bagaimanakah sekiranya seseorang
pemimpin masa kini dikenakan halyang sedemikian sebagaimana yang berlaku
terhadap Rasulullah SAWberkenaan, maka sudah tentu mereka akan bertindak tegas
terhadap mereka.Hal ini berlainan dengan sikap dan pendirian yang diambil oleh
Rasulullah SAWiaitu dengan berdiam diri dengan hanya meminta bantuan daripada
Allah SWT. Sebagai contoh, di dalam sesebuah kelas atau organisasi guruseharusnya
mempunyai sifat sabar yang tinggi kepada murid-murid di dalamkelas lebih-lebih lagi
semasa menyampaikan ilmu mengenai akidah tahun 1contohnya yang menceritakan
tentang topik beriman kepada Allah dan sudahpasti terdapat murid-murid yang
bertanyakan soalan yang sukar dijawab olehguru sendiri.Bahkan mungkin juga guru
akan berdepan masalah untuk mengawalmurid yang terlalu bising di dalam kelas dan
guru perlu bersabar dalam situasi iniagar dapat mendidik murid yang bising dengan
cara yang baik dan sesuai.Sekiranya murid telah mengikuti arahan dan peraturan yang
disampaikan olehguru di dalam kelas hasil daripada sifat sabar guru maka inilah
merupakan satudaripada tanda berjayanya penerapan kepimpinan Islam dalam bilik
darjah. 19
- 20. Kesimpulannya, sekiranya seseorang guru atau pemimpin yang pentingdalam
sesebuah organisasi dapat melaksanakan beberapa pendekatan dankaedah yang
digariskan sebelum ini seperti pendekatan Qudwah Hasanah sertapenerapan nilai-nilai
murni seperti amanah, keseimbangan bersepadu, adil, dansabar maka dengan izin
Allah terhasillah suatu masyarakat yang dipimpin yangmempunyai ciri-ciri sebagai
seorang muslim yang mempunyai jati diri yang tinggi,pengetahuan am yang luas serta
kemampuan menguruskan diri yang baik.Dengan itu, generasi yang bakal terhasil pada
masa akan datang akan kembalimenjadi generasi yang bukan hanya berusaha untuk
melengkapkan diri denganilmu keduniaan sahaja bahkan ilmu akhirat yang seimbang
untuk kebaikan duniadan akhirat. 20
- 21. REFLEKSI Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana telah memberi saya
sedikitkekuatan untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Setelah
selesaitugasan ini terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan serta
penambahbaikanyang boleh saya jadikan pedoman dan iktibar kepada saya selaku
bakal gurukelak. Saya telah menganalisis beberapa kekuatan yang ada pada diri
sayaantaranya ialah mempunyai keazaman yang tinggi untuk melaksanakan tugasanini
yang pada asasnya sumber rujukan yang menjurus kepada tajuk ini adalahsangat
kurang tetapi atas keazaman yang tinggi bagi mencari sumber yanghampir dengan
tajuk ini saya berjaya mendapatkan beberapa rujukan yangsesuai dengan tajuk ini.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa dengan kemahiran menggunakanICT saya
dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam mendapatkanbahan rujukan dalam
internet dengan tajuk yang berkaitan. Manakala, bagi kelemahan pula adalah dari segi
kecetekan ilmuberkenaan dengan penerapan kepimpinan Islam. Saya
seharusnyamenambahkan ilmu dengan berusaha untuk menghafaz beberapa ayat al-
Qurandan hadis yang diperlukan oleh seorang bakal guru yang akan menjadi
rujukanmasyarakat kelak dengan mantap dan baik. Di samping itu, kelemahan lain
yang dikenalpasti ialah kurangnyapendedahan tentang kaedah penggunaan gaya
bahasa yang sesuai denganpenulisan akademik. Kemungkinan besar terdapat beberapa
gaya bahasa yang 21
- 22. kurang sesuai atau tidak menepati akan ciri penulisan akademik yang
diperlukandan saya seharusnya menambah bahan bacaan dalam penulisan akademik
bagipenambahbaikan dalam penulisan akademik akan datang. Bagi penambahbaikan
pula, saya merasakan bahawa sudah sepatutnyasaya berusaha untuk menghafal
beberapa ayat dan hadis yang penting sebagaihujah kepada setiap apa yang ingin
disampaikan tidak kira di dalam penulisanataupun ucapan seharian. Di samping itu,
penambahbaikan dari segipengurusan penulisan akademik bermula daripada
pendahuluan perludikemaskini agar penulisan adalah lebih matang dan realistic.
Sebagai kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya dalam usahauntuk
menjadi pemimpin bukan sahaja pemimpin di sekolah sahaja bahkansebagai pemimpin
di kalangan masyarakat atau komuniti di mana-mana sahajasetelah dihantar bertugas
kelak. 22
- 23. BIBLIOGRAFIAhmad Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam dan j-QAF
Metolodogi dan Pengajian Pendidikan.Shah Alam: Oxford Fajar Sdn BhdAl-Quran
Al-KarimHadis Sahih Bukhari dan MuslimKamus Dewan Bahasa dan Pustaka
(1989)Hawwa, Said. Al-Islam.(Terj. Oleh Abu Ridha dan AR Shaleh Tamhid) Cet. I
2000.Jakarta : Al-Itisham Cahaya Umat.Razali Saaran (2010) Hebatnya Cara
Rasulullah Mendidik. Batu Caves: Must Read Sdn. Bhd.Masnur Hamzah (2010)
Quranic Leadership : Seni Memimpin Gaya Al-Quran. Batu Caves: PTS Islamika Sdn.
Bhd.Kertas Kerja yang diterbitkanMohd Amin Salih (1991) Kepimpinan Menurut
Pandangan Islam.Di dalam Buku Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan
dalam Islam. (ms. 96- 114) Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN)Kertas Kerja yang tidak diterbitkanAgus Saputera (2008) Petunjuk Al-Quran
dalam Memilih Pemimpin.Penyuluh Agama Islam Kantor Urusan Agama Kecamatan
Bagan Sinembah Rokan Hilir: Indonesia 23
- 24. Laman WebAbdul Wahab b Hj Zakaria (1998) Konsep Pimpinan dalam
Islam.www.angelfire.com/in/elcom98/pimpin.html. Diakses pada 15 September
2011.Lokman Mohd Hashim (2009) Amanah Dalam Memimpin Organisasi Dituntut
Oleh Islam.http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/04/14/amanah-dalam-
memimpin-organisasi-dituntut-oleh-islam/. Diakses pada 5 September 2011Model
Pendidikan Dalam Islam.
http://reocities.com/CapeCanaveral/runway/6217/Akalroh.htm Diakses pada 2
September 2011 24

Anda mungkin juga menyukai