Anda di halaman 1dari 14

SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 16100 KOTA BHARU, KELANTAN Tel : 09 7738277, fax : 09 7739139 Webmail : smstmfp.edu.

my
TAJUK: MENGUASAI REDOKS MELALUI KAEDAH RAD IAITU:(I) REALISED BASIC CONCEPT OF CHEMISTRY (II) ANALYSED REDOX REACTION (III) DESCRIBE REDOX REACTION

CHE RAMLI BIN CHE ISMAIL Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra 16100 Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan E-mail: cheramli_cri@yahoo.com

ABSTRAK: Tajuk Reduction and Oxidation (Redox ) merupakan salah satu tajuk yang agak sukar dalam subjek Kimia. Untuk memahami sesuatu tindak balas Redox, pelajar mesti mempunyai kemahiran tentang konsep mol, menulis formula dan persamaan kimia seimbang, membuat pemerhatian dan menjelaskan persamaan kimia secara kualitatif dan kuantitatif. Dalam kajian ini, saya menggunakan modul pembelajaran khusus bagi pelajar sekolah saya (SMSTMFP) iaitu Chemistry Guide Module sebagai sumber rujukan penting selain buku teks kimia tingkatan 5. Kelemahan-kelemahan pelajar berpunca daripada pelajar tidak dapat menentukan perubahan kimia dalam sesuatu tindak balas kimia terutama bagi tindak balas metal displacement dan halogen displacement dari aspek pemindahan elektron. kajian dibuat melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penguasaan konsep-konsep asas kimia dan gambar rajah berskema tindak balas redoks. Pelajar diajar sehingga faham betul konsep redoks dari setiap aspek iaitu dari segi penambahan dan kehilangan oksigen dan hidrogen, pemindahan elektron dan perubahan nombor pengoksidaan dengan melibatkan penggunaan ICT dan sumber internet. Penguasaan konsep redoks diperolehi melalui pendedahan turutan aliran konsep redoks dimana pelajar dibimbing untuk membina konsep redoks dari semua aspek yang disebut di atas melalui:1. Realise Basic Chemistry (R) Memantapkan: menulis persamaan zarah dan membuat pemerhatian kimia seimbang, keadaan fizik bahan, jenis

2. Analyse Redox Reaction (A) Menganalisis: jenis zarah yang terlibat dalam tindak balas, pemindahan elektron, perubahan nombor pengoksidaan, tindak balas pengoksidaan dan penurunan, agen pengoksidaan dan agen penurunan. 3. Describe redox reaction (D)

Menghurai tindak balas redoks dengan lengkap dari aspek penambahaan dan kehilangan oksigen dan hidrogen, pemindahan elektron dan perubahan nombor pengoksidaan. Keputusan ujian,mendapati bahawa pelajar boleh menjawab soalan struktur dan esei dengan cemerlang dimana pelajar dapat menghuraikan konsep redoks berdasarkan pemindahan elektron dan perubahan nombor pengoksidaan dengan lengkap.Pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran masteri yang digunakan ini telah menjadikan P&P lebih efektif dan pembelajaran akif berlaku dikalangan pelajar. Semoga pendekatan RAD dimana konsep kimia dipermudahkan melalui gambar rajah berskema dan pembelajaran modul ini menjadi satu inovasi yang dapat memudahkan penguasaan konsep redok bagi semua pelajar.

BIODATA PENULIS Che Ramli Bin Che Ismail ialah Guru Cemerlang Kimia DG54 di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) dengan pengalaman mengajar Kimia selama 25 tahun. Mula bertugas di sekolah SMSTMFP pada 15 Jun 2003. Sebelum ini pernah mengajar di tiga buah sekolah iaitu di Sekolah Menengah KebangsaanTanah Merah (I), Tanah Merah dari tahun 2001 hingga 2003. Mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas dari tahun 1976 hingga 2003. Sekolah pertama tempat bertugas ialah Sekolah Menengah Agama Falahiah, Tumpat dari tahun 1977 hingga 1983. Menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pada Julai 1983 hingga Disember 1985 dan kemudian memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1986. Mula dilantik menjawat jawatan Guru Cemerlang DG48 pada tahun 2002. Hasil perkongsian hidup dengan isteri, Nillah Bt. Ibrahim, telah dikurniakan 5 orang anak, 4 anak perempuan dan 1 anak lelaki. Penulisan ilmiah yang telah dihasilkan ialah dua buah modul kimia iaitu Chemistry Guide Module Form 4 dan Chemistry Guide Module Form 5 yang diterbitkan pada tahun 2008.

1.0 PENGENALAN (REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)

Tajuk Reduction and Oxidation (Redox ) merupakan salah satu tajuk yang agak sukar dalam subjek Kimia. Tindak balas Redok ialah tindak balas Oxidation dan Reduction yang berlaku serentak. Tajuk ini ada kaitan rapat dengan beberapa tajuk kimia yang lain seperti: (i) Formulae and Equations, (ii) Electrochemistry, (iii) Acid and Alkali and (iv) Salt. Ini bermakna untuk menghuraikan sesuatu tindak balas Redox, pelajar perlu mengaplikasikan konsep-konsep asas kimia tentang (i) konsep mol (ii) menulis formula dan persamaan kimia seimbang (iii)membuat pemerhatian dan inferens yang tepat terhadap sesuatu tindak balas kimia (iv) menjelaskan sesuatu persamaan kimia dari segi kualitatif dan kuantitatif Dalam kajian ini saya, saya menggunakan modul pembelajaran khusus bagi pelajar sekolah saya (SMSTMFP) iaitu Chemistry Guided Module sebagai sumber rujukan penting selain buku tek kimia tingkatan 5.Hanya dengan benar-benar memahami konsep-konsep asas tersebut, membolehkan pelajar menguasai Redox sebaik mungkin. 2.0 FOKUS KAJIAN Berdasarkan keputusan ujian diagnostik (formatif) dan temu bual atau tinjauan masalah pelajar yang telah dilaksanakan mengenai tajuk ini, didapati sebahagian besar pelajar tidak betul-betul memahami tentang tindak balas Redox Kelemahan-kelemahan berpunca daripada: (i) Pelajar tidak dapat menentukan dengan tepat hasil sesuatu tindak balas kimia, seperti dalam tindak balas metal displacement dan halogen displacement . (ii) Pelajar tidak dapat mengenalpasti perubahan yang berlaku ke atas sesutu zarah 3

bahan tindak balas dari segi pemindahan elektron (iii) Pelajar tidak dapat mengenalpasti perubahan yang berlaku ke atas sesutu zarah bahan tindak balas dari segi perubahan nombor pengoksidaan (change in oxidation number) (iv) Pelajar tidak pasti tentang oxidation reaction dan Reduction reaction yang berlaku ke atas sesuatu bahan tindak balas atau zarah bahan tindak balas. (v) Pelajar tidak jelas tentang konsep pemindahan elektron (vi) Pelajar tidak dapat memberi takrif tepat tentang istilah-istilah berikut: (a) Oxidation reaction dan reduction reaction (b) Oxidising agent dan redusing agent Oleh itu semua masalah di atas perlu ditangani segera, agar pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan dan ianya menjadi fokus kepada kajian ini. Kajian yang dibuat adalah berdasarkan suatu inovasi pengajaran dan pembelajaran terhadap tajuk redoks berdasarkan penggunaan modul kimia Chemistry Guide Module Form 5.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Melalui kajian ini diharap akan dapat, 1. menghasilkan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran berkesan berdasarkan penguasaan konsep-konsep asas kimia dan gambar rajah berskima tindak balas redok. 2. memantapkan penguasaan sesuatu tindak balas redok berdasarkan perkara-perkara berikut: 4

(a) Dapat menjangkakan dengan tepat hasi-hasil (products) tindak balas (b) Dapat menentukan perubahan zarah bahan tindak balas kepada zarah hasil tindak balas (c) Dapat menentukan pemindahan elekton yang berlaku dalam tindak balas itu (d) Dapat menentukan perubahan nombor pengoksidaan (change in oxidation number) (e) Dapat menentukan bahan yang mengalami oxidation dan reduction reaction (f) Dapat menentukan bahan yang berfungsi sebagai reducing agent dan oxidizing agent (g) Dapat menghuraikan maksud bagi oxidation reaction, reduction reaction, oxidizing agent and reducing agent 4. menghurai dengan betul dan lengkap sesuatu tindak balas redox dari semua aspek berikut: (a) penambahan oksigen dan kehilangan oksigen (b) penambahan hydrogen dan kehilangan hydrogen (c) pemindahan elektron (d) perubahan nombor pengoksidaan 4.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam kajian ialah pelajar tingkatan 5 Delta 2009 seramai 32 orang. 5.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini mengambil kira semua langkah yang terdapat dalam gelung kajian tindakan. Langkahlangkah ini seperti membuat refleksi, menentukan fokus kajian, merancang tindakan dan melaksanakan tindakan. Pada asasnya kajian tindakan ini melibatkan empat peringkat/langkah iaitu: 1. Merancang 2. Bertindak (Melaksanakan Rancangan) 3. Memerhati (Mengumpul Bukti) 4. Merefleks (Analisis dan Refleksi)

5.1 MERANCANG TINDAKAN Dalam perancangan ini saya akan: (i) Menggunakan masa kelas prep. petang dan hujung minggu selama 4 minggu iaitu 4 jam seminggu. (ii) Melibatkan saya sebagai guru kimia dan seorang pembantu makmal kimia (iii) Melibatkan penggunaan makmal kimia (iv)Melibatkan penggunaan ICT (v) Melibatkan sumber dari internet Untuk menyelesaikan masalah, ujian formatif/diagnostik tentang rindak balas redok (redox reactions) iaitu soalan struktur mudah diberikan terlebih dahulu. Analisis pencapaian dibuat. Kemudian pelajar diajar semula sehingga faham betul konsep redok dari semua aspek berikut: (a) penambahan oksigen dan kehilangan oksigen (b) penambahan hydrogen dan kehilangan hydrogen (c) pemindahan elektron (d) perubahan nombor pengoksidaan . Pelajar diwajibkan merujuk modul pembelajaran Chemistry Guide Module. Penguasaan konsep redok diperolehi melalui pendedahan turutan aliran konsep redok. dimana pelajar dibimbing untuk membina konsep redok dari semua aspek yang disebut di atas melalui RAD iaitu, 5. Realise Basic Chemistry (R) Memantapkan: menulis persamaan kimia seimbang, keadaan fizik bahan, jenis zarah dan membuat pemerhatian 6. Analyse Redox Reaction (A) Menganalisis: jenis zarah yang terlibat dalam tindak balasa, pemindahan electron, perubahan nombor pengoksidaan, tindak balas pengoksidaan dan penurunan, agen pengoksidaan dan agen penurunan. 6

7. Describe redox reaction (D) Menghurai tindak balas redok dengan lengkap dari aspek penambahaan dan kehilangan oksigen dan hydrogen, pemindahan elektron dan perubahan nombor pengoksidaan. Pelajar diminta selesaikan beberapa tugasan iaitu latihan mingguan untuk tujuan penguasaan konsep. Konsep dipermudahkan melalui: Menggunakan strategi atau pendekatan khusus iaitu pembeajaran melalui gambar rajah berskema, konstruktivisme dan pembelajaran masteri Melengkapkan modul latihan RAD Mengguna atau merujuk modul Chemistry Guide Module Dua latihan mingguan diberi sebagai latihan . Soalan berbentuk penyelesaian masalah dengan melengkapkan carta aliran konsedp redok diberi untuk pengkayaan konsep.

Contoh Latihan Mingguan: 1. Based on the transfer of electrons Example: Reaction betwen magnesium and oxygen gas (i) Realise Basic Chemistry (R)

(a) Write balance chemical equation: (b) State the physical state of the substances (c) State the particle in each substance (d) State the colour of each substance (e) State the observations

(ii) Analyse Redox Reaction (A) Mg as a reducing agent (Reductant) why? ..

Mg

Mg2+ + 2 e - Oxidation : Mg loses electrons to form Mg2+

2Mg

O2

2MgO

MgO contains Mg2+ ions and O2- ions

O2 + 4e

2O2- -: Reduction: O2 molecule gains electrons to form O2-

O2 as an oxidizing agent (oxidant) why? Important information:(i) Mg undergoes oxidation because it loses electrons (ii) Mg is a reducing agent because it loses electrons (iii) O2 moecule undergoes reduction because it gains electrons 8

(iv) O2 moecule is an oxidizing agent because it gains electrons

2. Based on the changes in oxidation number Example : Reaction between zinc and copper(II) chloride (i) Realise Basic Chemistry (R) (a) Write balance chemical equation: (b) State the physical state of the substances (c) State the particle in each substance (d) State the colour of each substance (e) State the observations (ii) Analyse Redox Reaction

CuCl2 solution as an oxidizing agent .Why? Cu2+ + 2e +2 Zn + CuCl2 ZnCl2 + Cu Reduction : Cu2+ gains electrons to form Cu 0 Cu oxidation number of Cu decreases from +2 to 0

0 Zn

+2

oxidation number of Zn increases from 0 to +2

Zn2+ + 2e - Oxidation: Zn loses electrons to form Zn2+

Zn as a reducing agent. Why? : Oxidation number of Zn increases from 0 to +2 (i) Zn undergoes oxidation because its oxidation number increases from 0 to +2 (ii) Cu2+ undergoes reduction because its oxidation number decreases from +2 to 0 State two observations: (1) The blue solution turns colouress (blue solution, green solution) (2) Brown substance formed ( Gey, brown)

5.2 PELAKSANAAN TINDAKAN Dalam pelaksanaan tindakan: Tempoh kajian ialah 4 minggu iaitu memakan masa selama16 jam, iaitu masa 4 jam digunakan bagi setiap minggu. Diadakan dari jam 8.00 hingga 10.00 atau 10.30 pagi.(2 ke 2 1/2 jam) Kajian ini dibuat mulai awal Julai hingga awal Ogos 2009. Pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran masteri digunakan. Berikut adalah peringkat-peringkat penguasaan pengetahuan dan kemahiran semasa pengajaran dan pembelajaran serta kelas bimbingan kepada pelajar yang terlibat:TINDAKAN (i) Ujian Diagnostik tajuk Oxidation and 10 TARIKH/TEMPOH 10 Julai 2009 (Jumaat)

Reduction reaction (Redox reaction) (ii)Memahami dan menguasai redok berdasarkan penambahan dan kehilangan oksigen dan hydrogen melalui RAD

(1 Jam) 10 Julai 2009 11 Julai 2009 (Sabtu) 17 Julai 2009 (Jumaat) 18 Julai 2009 (Sabtu) (Tempoh: 2 Jam 30 minit) 19 Julai hingga 23 Julai 2009 (Ahad hingga Khamis)

(iii)Latihan redok mingguan berdasarkan konsep redok yang baru dipelajari dan pemantauan serta semakan tugasan oleh guru kimia (iv) Memahami dan menguasai redok berdasarkan pemindahan elektron dan perubahan nombor pengoksidaan (Change in oxidation number) melalui RAD (v)Menjalankan eksperimen-eksperimen penting yang berikut:(i) Metal displacement (ii) Halogen displacement (iii)Transfer of electron at a distance using U tube (v) Latihan redok mingguan berdasarkan konsep redok yang baru dipelajari dan pemantauan serta semakan tugasan oleh guru kimia (vi) Ujian Post dan analisis pencapaian

20 Julain 2009 (Malam Isnin) 22 Julai 2009 ( Malam Rabu) (Tempoh: 2 Jam 30 minit) 28 Julai 2009 (Petang Selasa) (Tempoh: 2 Jam 30 minit)

28 Julai hingga 30 Julai 2009 (Selasa hingga Khamis)

6 Ogos 2009 (Malam Jumaat) (1 Jam 20 Miniit)

6.0 KEPUTUSAN/DAPATAN KAJIAN (MENGUMPUL BUKTI) 11

Pelajar dinilai melalui soalan struktur dan esei yang mempunyai stimulus gambar rajah berskema tentang tindak balas redok melalui: (a) tugasan soalan struktur yang terdapat dalam modul Chemistry Guide Module Form 5 (b) tugasan soalan esei yang melibatkan tindak balas berikut: 1.Metal displacement reaction 2.Halogen displacement reaction 3.Transfer of electron at a distance (c) Ujian Post: 10 soalan objektif (10 markah- 20 minit) 2 soalan struktur (20 markah 30 minit) 1 soalan esei (20 markah 30 minit) Jadual : Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2008, Ujian Pra dan Ujian Pos Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 Nama Pelajar L1 Pelajar L 2 Pelajar L 3 Pelajar L 4 Pelajar L 5 Pelajar L 6 Pelajar L 7 Pelajar L 8 Pelajar L 9 Pelajar L 10 Pelajar L 11 Pelajar L 12 Pelajar L 13 Pelajar L 14 Pelajar L 15 Pelajar L16 Pelajar P17 Pelajar P 18 Pelajar P 19 Pelajar P 20 Pelajar P 21 TOV 59 55 70 51 61 62 32 43 61 60 74 60 65 66 60 48 71 53 70 54 54 Gred 5C 5C 2A 6C 4B 4B 9G 8E 4B 4B 2A 4B 3B 3B 4B 7D 2A 6C 2A 6C 6C U.Diag/Pra 66 60 70 53 56 66 45 50 65 57 66 58 66 66 62 49 66 58 66 55 57 12 Gred 3B 4B 2A 6C 5C 3B 7D 6C 3B 5C 3B 6C 3B 3B 4B 7D 3B 5C 3B 5C 5C U.Post 70 66 84 62 66 68 55 64 70 66 76 68 72 72 68 55 76 66 76 66 66 Gred 2A 3B 1A 4B 3B 3B 5C 4B 2A 3B 2A 3B 2A 2A 3B 5C 2A 3B 2A 3B 3B

22 Pelajar P 22 23 Pelajar P 23 24 Pelajar P 24 25 Pelajar P 25 26 Pelajar P 26 27 Pelajar P 27 28 Pelajar P 28 29 Pelajar P 29 30 Pelajar P 30 31 Pelajar P 31 32 Pelajar P 32 Jumlah Markah Purata Markah (%) Markah Terendah (%) Markah Tertinggi (%) RUMUSAN.
Ujian Ujian Diag/Pra Ujian post 1A 0 2 2A 2 8 Ju m 2 10

63 57 56 56 48 58 60 70 57 40 60 1514 47.3 32 74

4B 5C 5C 5C 7D 5C 4B 2A 5C 8E 4B

66 60 56 57 52 58 60 70 52 50 66 1553 48.5 45 70

3B 4B 5C 5C 6C 5C 4B 2A 6C 6C 3B

68 68 66 66 60 64 66 82 62 56 70 1766 55.2 55 84

3B 3B 3B 3B 4B 4B 3B 1A 4B 5C 2A

% 6.25 31.25

3B 10 14

4B 4 5

Jum 14 19

% 43.75 59.38

5C 8 3

6C 6 0

Jum 14 3

% 43.75 9.38

7D 2 0

8E 0 0

Jum 2 0

% 6.25 0

Jum 32 32

7.0 REFLEKSI DAN PENILAIAN Keberkesanan kajian: Tidakan yang dibuat telah memberi kesan yang positif dimana pelajar telah dapat menyatakan contoh-contoh tindak balas redok berdasarkan 1. Tindak balas metal displacement 2. Tindak balas halogen displacement 3. Pertukaran ion Fe2+ kepada Fe3+ 4. Pertukaran ion Fe3+ kepada Fe2+ 5. Tindak balas redoks dalam elektrolisis dan sel kimia 13

Pelajar boleh menjawab soalan esei dengan menghuraikan konsep redok berdasarkan pemindahan electron dan perubahan nombor pengoksidaan dengan lengkap dan betul. Pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran masteri yang digunakan dalam inovasi P&P untuk penguasaan tindak balas redoks ini telah menjadikan P&P lebih efektif dan pembelajaran akif berlaku di kalangan pelajar. 8.0 CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG Semoga pendekatan RAD dimana melibatkan pembelajaran melalui gambar rajah berskema dan pembelajaran modul ini menjadi satu inovasi yang dapat memudahkan penguasaan konsep redok bagi semua pelajar melalui P&P yang mudah tetapi berkesan. Seterusnya saya berharap ianya menjadi bahan perkongsian dengan guru-guru lain untuk meningkatkan kecemerlangan dalam mata pelajaran Kimia. Inovasi seperti ini diharap menjadi asas untuk membatu guru membina kreativiti mewujudkan P&P lebih efektif atau membina item ujian berkaitan dengan redoks.

9. BIBLIOGRAFI/RUJUKAN 1. Yee Sye Foong dan Tan Pek Soo, (2006), Chemistry Form 5, Integrated Curriculum Secondary Schools. First Publisher. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.Shah Alam, Selangor 2. Lim Eng Wah, Low Swee Neo, Lim Yean Ching, Eng Nguan Hong dan Umi Kalthom bt. Ahmad, (2006), Chemistry Form 5, Integrated Curriculum Secondary Schools. First Publisher. Runz Creative Sdn. Bhd. Cheras, Selangor 3. Che Ramli bin Che Ismail, (2008) Chemistry Guide Module Form 5, Integrated Curriculum Secondary Schools. First Publisher. Penerbitan dan Percetakan J.M. Kota Bharu, Kelantan. 4. Cik Norjiah bt. Sulaiman dan Tn.Hj.Ab. Ghani bin Mat, (1996), Kajian Tindakan: Penyelidikan Dalam Bilik Darjah, Cetakan Pertama, Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan), Kuala Lumpur

14

Anda mungkin juga menyukai