Anda di halaman 1dari 2

Kata Pengantar

Dalam struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran di baw ah bidang perkembangan diri individu. Di samping memperkembang unsur kesenian pada diri murid, sebagai satu mata pelajaran, Pendidikan Muzik memberi ilmu pengetahuan dan membina kemahiran yang berkaitan dengan estetik bunyi. Setelah mengikuti program pembelajaran, murid seharusnya mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep-konsep dan terminologi yang berkaitan dengan muzik. Di samping itu, murid harus berpeluang membina kemahiran menyanyi dan ber main alat muzik supaya unsur seni dalam jiw a mereka dapat berkembang. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan hendaklah menekankan pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran di samping penerapan nilai-nilai murni. Untuk memastikan perkara ini berlaku, pengajaran dan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Muzik KBSR memerlukan guru-guru yang berkeyakinan melaksanakan tugas mereka. Sebagai usaha untuk membantu guru melaksanakan tugas dengan yakin, Pusat Perkembangan Kurikulum menghasilkan Buku Sumber Pendidikan Muzik KBSR. Adalah diharapkan buku sumber ini dimanfaatkan oleh guru-guru Pendidikan Muzik KBSR, terutama sekali guru-guru bukan opsyen yang diber i tanggung jaw ab mengajar mata pelajaran ini. Kandungan buku ini terdiri daripada fakta tentang elemen muzik, teknik vokal dan instrumental, contoh rancangan mengajar dan skor-skor lagu untuk latihan mur id. Semoga perkara-perkara tersebut dapat membantu guru melaksanakan tugas dengan lebih ber kesan serta menjadi titik per mulaan untuk guru meneroka dan meningkatkan lagi pengetahuan dan ketrampilan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Pelbagai pihak telah memberi sumbangan masa, tenaga dan fikiran dalam usaha menyempurnakan buku ini. Pusat Perkembangan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ter ima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Dr. SHARIFAH MAIMUNAH SYED ZIN Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai