Anda di halaman 1dari 9

PROLOG

Pintu yang terkuak dari luar menyedarkan Mel

daripada lamunannya yang panjang.

Wajahnya didongak serta-merta, bersama seribu harapan. Ruang dewan yang kosong itu terasa bergema dengan bunyi derap kaki yang kian menghampirinya. Mel cuba berdiri tegak meskipun kakinya terasa lumpuh. Benarkah dia sudah datang? Hatinya berdegup kencang tatkala dia cuba mengamati wajah lelaki yang kian hampir mendekatinya. Senyumannya mati. Mel, suara serak basah itu cukup dikenalinya. KA tersenyum nipis. Matanya kelihatan redup. Pipinya lebam. Hidungnya dibasahi beberapa tompok darah. Khai? Ap..apa yang Syhhh.. KA mematikan pertanyaan Mel dengan pandangan redupnya. Mata Mel yang sudah basah ditatapnya tiada puas. Sudah lama dia merindui mata itu. Pandangannya jatuh pula pada hidungnya, bibirnya, wajahnya, rambutnya, segalagalanya. Termasuklah Jimmy Choo kesayangan gadis itu juga beg Louis Vuittonnya. Segalagalanya tentang gadis itu membuatkannya menjadi gila. Im sorry for what Id done, Mel..Im regretting it now. For Gods sake, I wont take you for granted any longer, bisiknya romantis. Tangannya mencapai jemari halus gadis itu lalu dibawakannya ke bibir. Mel hanya terkaku di situ. Lidahnya kelu untuk membalas segala kata-kata KA. Ya benar, sekarang KA sudah kembali pulang ke pangkuannya. Ya benar, segala perancangannya sudah dikira berjalan dengan lancar. Tetapi kenapa.. Mel?

Teguran KA membuatkan Mel kembali tersedar. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Ya? I love you, ucap KA perlahan. Mel tertunduk. Tatkala itu matanya terpandang kelibat seseorang di sebalik pintu dewan itu dari jauh. Mel kembali mengangkat wajahnya. Dia tersenyum pahit lalu membalas, I love you too, . Sengaja mahu menyakitkan hati gadis yang sejak tadi bersembunyi disebalik pintu dewan itu. Senyuman yang dilemparkan KA sudah tidak dihiraukan lagi namun wajah mendung yang dipamerkan gadis itu ditatapnya puas. Dia dapat melihat dengan jelas betapa kecewanya gadis disebalik pintu tersebut. Mel, kau sepatutnya gembira sekarang. Kau dah berjaya rampas balik hak kau! Hatinya bersorak gembira. Namun senyumannya mati tatkala kelibat seorang lelaki muncul di belakang gadis itu. Dan kelibat itu membuatkan matanya kembali berair tanpa bersyarat.

5 bulan sebelum

Bab 1

Langkah kakinya diatur dengan penuh bergaya. Tanpa menghiraukan pandangan jelik sesetengah orang di situ, tangannya ligat melibas-libas beg tangan Louis Vuitton edisi terhad itu. Ray Bean pula lekat tak berganjak daripada matanya yang sudah dihiasi dengan maskara berjenama. Bibirnya usah dicerita, penuh dicalit dengan warna pink ala-ala Barbie and The Pauper. Bajunya pula sarat dengan hiasan labuci dan glitter yang menyakitkan mata, apatah lagi bila matahari dah terpacak atas kepala. Segala umpatan dan kejian yang didengarinya sipi-sipi itu langsung tidak memberi kesan. Sikit pun dia tak hairan. Alah biasalah tu, bila dah jadi orang paling cantik dan famous kat kolej ni, mestilah ramai orang dengki kan ! Oleh kerana dia dah selalu sangat tonton drama, maka dia pun tahu bahawa watak gedik sepertinya memang selalu muncul dalam televisyen. Yelah, selalunya orang gedik ni dicop sebagai watak jahat la, watak membunuh la, watak bohsia la. Tapi baginya tidak. Cukuplah sebagai seorang gadis yang pandai berfesyen, up-to-date dan hot. Babak membunuh tu tak payah la. Langkahnya terhenti secara mengejut bila terpandangkan KA. Ray Beannya diangkat hingga melekat di celahan rambut lurusnya. Dengan senyuman manis dia merapati jejaka itu. Hai, KA berpaling lalu membalas senyuman itu. Hey there! Lewat hari ni? Well..you tahu-tahu jelah macam mana driver papa I tu bawak kereta, kan? Lambat macam siput! Entah kenapa papa masih simpan Pak Abu tu. Kalau I la kan, I dah la Err, you tak lapar? Wanna grab lunch? KA segera mematikan rungutan entah-apaapa Mel itu. Jika dibiarkan, makin mencarut la gadis dihadapannya ini.

Mel kembali tersengih. No sweetheart..Im on diet okay? Takkan you dah lupa? KA tayang muka bosan. Diet lagi? Buat apa nak diet? Bukannya gemuk pun, Its okay sayang. You can grab your lunch on your own. See you, bye, Mel mula meninggalkan KA yang masih terpinga-pinga. Tanpa sedar, lelaki itu tersenyum meleret. Entah bagaimana dia boleh berpacaran dengan gadis itu? Baginya, gadis itu sama sahaja seperti gadis-gadis yang lain. Tiada apa yang menarik selain daripada gayanya yang over mengalahkan Pengerusi Persatuan Datin Ghairah Malaysia. KA tersengih sambil tergeleng-geleng. Girls! Any hot news? tempik Mel girang dan manja. Tangannya dilambai-lambai seperti ingin mencecah awan. Teman-teman rapat Mel bertempik kegirangan tika ketua mereka sudah sampai. Kini tibalah masa untuk bergosip dengan aman. Mel..you takkan percaya yang you akan dengar lepas ni. You ingat tak budak perempuan yang cari pasal dengan you dulu tu? Sara mula berbisik dengan mata meliar. Entah apa yang diintainya. Mel buat muka kaget. Perempuan mana? Dont recall any, Alah..yang post benda teruk-teruk pasal you kat Twitter tu! Takkan you dah lupa kot, babe? tambah Lela pula. Hah, bagus sangatlah tu. Fine, kenapa dengan dia? Dia dah delete account dia! Hah, tahu pun takut, Ye ke? Baguslah, Mel menjawab tanpa nada. Tak sangka begitu kuat kesan

daripada misi buli yang dijalankannya bersama-sama gengnya terhadap perempuan tersebut. Hasilnya, segala kata-kata cacian dan kejian di Twitter itu dipadam dan perempuan tersebut menangis teresak-esak dan merayu segala bagai supaya menghentikan pembulian tersebut. Hah, baru kau tahu siapa Amelia Hani bt. Dato Khaled.

Perbualan mereka terhenti tatkala pensyarah mula melangkah masuk. Mel sudah mula menguap meskipun kelasnya belum lagi bermula. Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki yang berada dua baris dihadapannya. Rambutnya dibelah tengah, bajunya kelihatan kolot dan dibutang sehingga ke pangkal leher. Cermin matanya tebal dan besar. Oh my God! Mulut Mel terasa seperti hendak memuntahkan sesuatu. Entah kenapa tetapi dia merasakan tekaknya loya bila melihat penampilan kolot lelaki tersebut. Allergic! Kenapalah aku tak pernah perasan dia wujud dalam kelas ni? Huh, whatever!

SATU bungkusan roti diletakkan di atas meja. Mel angkat muka dari BlackBerry. Ah..so sweet.. Thanks honey, Mel mengambil roti tersebut lalu terus mengoyakkan plastik dibahagian luar. KA di hadapannya tersenyum manis. Yelah, orang tu kan diet. Lunch pun tak makan. Keshiannya.. Untuk you jugak! Nanti you lari bila nampak perempuan lebih cantik, siapa nak bertanggungjawab? Takkanlah I nak lari tinggalkan you.. you lah perempuan paling cantik kat kolej ni, Mel menjeling manja KA. Mulutnya mengunyah roti tersebut perlahan. Jika ditanya dengan jujur, sebenarnya dia sendiri tidak pasti mengenai perasaannya terhadap lelaki di hadapannya kini. Sayangkah dia? Cintakah dia? Entah. Tapi bila teman-temannya sering memadankan dirinya dengan KA, dia hanya menurut. Mengikut cerita mereka, perempuan paling cantik perlulah bergandingan dengan lelaki paling kacak. Itulah teori yang sering diungkit Sara, tambahan lagi drama-drama di kaca tv selalunya begitu. Pstt, Mel, kau nampak mamat yang berdiri sebelah tiang tu? lengan Mel dikuis lembut Sara. Mana satu?

Tu..yang paling tinggi tu. Nama dia Khairul Azwan. FYI, dialah lelaki paling hot kat kolej ni. Pemain bola keranjang, band member, anak orang kaya pulak tu. Sepadanlah dengan kau, Mel! sakat Sara lagi. Bibirnya tersengih-sengih. Apa pulak kau ni..tak nak la aku! Yela masa tu aku baru je masuk kolej ni. Tabiattabiat gedik tu belum berjangkit lagi. Alah..cubalah nasib! KA! KA! Tak semena-mena Sara memanggil lantang nama lelaki tersebut. Sebelum dia mendekat, KA kelihatan mengangkat tangan kanannya sambil tersenyum. Lengan Sara dicubit Mel kasar. Isyarat matanya mengatakan malu-lah-aku-weh namun Sara masih dengan muka toyanya. Hye there ladies. Whats up? ayat mukaddimah pun dah masuk piawai ayat Romeo. Hai..saya Sara. Ni kawan saya, Mel. Dia baru daftar sini semalam, Oo..nice meeting you, balas KA agak sopan. Senyumannya masih belum cair. Malulah.. entah kenapa tiba-tiba Mel menuturkan ayat tersebut sambil menutup mukanya dengan kedua belah tangannya. KA tertawa kecil melihat telatah gadis itu. Manja. Comel. Naughty. Mel? I kena pergi dulu ni. Make sure you eat dinner, ok? Nanti gastrik susah pulak, pesannya pendek lalu berlalu meninggalkan Mel sendirian di situ bersama rotinya. Mel mengangguk lambat meskipun kelibat teman lelakinya itu sudah hilang daripada pandangan. Mungkin aku memang sayangkan dia. So?

BAB 2

KA mengecilkan bebola matanya. Sinaran terik matahari benar-benar menyilaukan pandangannya. Sudahlah keretanya mati ditengah jalan, bateri handphone pulak dah habis. Terpaksalah dia berjalan kaki lebih kurang setengah jam semata-mata untuk berteduh di bawah bus stand ini, selain daripada menunggu bas yang tak kunjung tiba. Sedang dia meneliti segala bagai papan iklan di situ, kedengaran bunyi bersin yang agak kuat dan mengejut daripada belakang. Aa..choom! kelihatan seorang gadis bertudung litup sedang mengusap-usap hidungnya yang kemerah-merahan. Mungkin selesema agaknya. Namun pandangan mata KA tidak lepas daripada memerhatikan gelagat gadis itu, sekurang-kurangnya dia tidak perasan dirinya sedang diperhatikan. hidungnya daripada meleleh keluar. Pencarian gadis tersebut terhenti bila matanya terpandang satu huluran sapu tangan betul-betul di hadapan wajahnya. Kepalanya didongakkan. Gunalah yang ni dulu, KA menghulur sapu tangan tersebut dengan senyuman. Awak siapa? dingin suara itu bertanya. KA angkat bahu. Nak ke tak nak? Tanpa dapat ditahan, sapu tangan itu bertukar tangan. Gadis itu bersungguhsungguh mengeluarkan segala cecair yang terperap di dalam hidungnya sejak tadi. Wajahnya bertukar kepada rona merah, mungkin malu apabila diperhatikan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Ter..terima kasih, ucap gadis itu perlahan. Gadis itu nampak kelam-kabut menyelongkar sesuatu di dalam tas tangannya sementara tangan satu lagi sedaya-upaya menahan cecair

No problem, balas KA selamba. Kemudian, kedengaran ngauman bas mula menghampiri mereka. Bila melihat gadis itu tidak berganjak daripada tempat duduknya, KA beranggapan mungkin bukan bas ini yang ditunggunya. Selangkah dia menaiki tangga bas itu, gadis bertudung litup itu teragak-agak bersuara. Awak nak saya pulangkan ke? KA tersengih nakal. Rendam Downey dulu ya,

LELAKI yang baru sahaja menaiki tangga bas itu dilihatnya berhenti seketika. Dia seperti mengatakan sesuatu tetapi ayat yang hanya didengarinya hanyalah Downey. Apa yang dibualkan antara mereka berdua? Cermin mata tebalnya diangkat sekali lagi. Matanya mengekori gadis bertudung litup itu yang kembali duduk di tempat asalnya tadi. Sebenarnya dia sudah menonton babak tadi. Babak dimana seorang lelaki menghulurkan sapu tangannya kepada seorang gadis yang sedang sakit. Gadis ayu dan manis itu kelihatannya tersenyum-senyum sambil mencium sapu tangan itu berkali-kali. Tanpa semena-mena, api cemburu mula melingkari hati lelakinya. Sudah lama dia meminati gadis ayu itu. Malah dia sanggup menaiki bas yang sama hampir setiap hari sedangkan rumahnya bertentangan dengan arah laluan gadis ini. Syuk mengeluh. Mana mungkin gadis itu perasan akan kehadirannya. Dengan penampilannya yang kolot ditambah lagi dengan sikap pendiamnya, sesiapa pun tidak akan tertarik untuk berkenalan dengannya. Tapi..tunggu. Ya, betul ! Syuk, masa inilah untuk mengubah segala-galanya. Masa inilah untuk tampilkan diri kau yang sebenar. Dengan azam yang membukit mengalahkan Gunug Kinabalu, Syuk berdiri dan menghampiri gadis manis itu. Ehem.. suaranya bergetar hebat. Peluh dingin mula memenuhi tubuhnya.

Gadis itu mengangkat kepala. Riak bertanya, Ada apa? Nama saya Syuk. Saya dah lama memerhatikan awak. Sudikah sekiranya Syuk melabuhkan punggungnya di sisi gadis itu lalu menyambung, sekiranya awak jadi suri hati saya? Pelengkap kepada hidup saya?, tanyanya yakin diselangi senyuman yang entah dari mana tiba-tiba terukir. Gadis itu tergamam. Tangannya melekap dimulut yang dinganga. Oh Syuk! Saya pun sebenarnya dah lama sukakan awak! Jomlah kita kahwin, gadis itu mengangguk laju. Wajahnya excited macam Shin Chan

Anda mungkin juga menyukai