Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN

Guru dan alam pendidikan merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan kerana ia memang menjadi satu lumrah kehidupan. Guru akan dikaitkan dengan pendidikan kerana seorang guru pada hakikat sebenarnya adalah dilantik untuk mendidik anak bangsa agar modal insan yang dilahirkan cemerlang, gemilang dan terbilang. Peranan seorang guru benar-benar diperlukan untuk memastikan misi dan visi negara tercapai terutamanya menuju kea rah Wawasan 2020. Sufean Hussein (1993) menyatakan bahawa guru pada ketika yang sama ialah seorang pelajar. Ia sentiasa perlu belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjadi pendidik yang prfesional, cekap, berkesan dan humanistik. Menjadi satu kewajipan untuk kita menuntut ilmu walau di mana jua kita berada, dalam apa jua keadaan sekalipun. Maka kita wajib berguru untuk memperoleh ilmu secara formal mahupun tidak formal. Peranan guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong, penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Pentinganya peranan guru memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa. Menyampaikan ilmu secara ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.

Firman Allah dalam Surah Al-MUJAADALAH AYAT 11 :

Maksudnya: Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. (Surah Al-Mujaadalah ayat 11) Oleh sebab itu, guru amat diperlukan untuk sama-sama membantu mencapai tahap profesionalisme perguruan terbaik, menjadi guru cemerlang yang berwawasan selari dengan wawasan pendidikan sekaligus menyahut cabaran Wawasan 2020 seperti yang diharapkan Negara Malaysia. Guru penggerak budaya bangsa.

2.0

PROFESIONALISME PERGURUAN

Profesionalisme perguruan bermaksud satu pekerjaan mendidik dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab, bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu masyarakat. Satu proses pembelajaran tidak akan berlaku andai cuma ada satu pihak sahaja kerana untuk terlaksananya satu poses pembelajaran, ianya memerlukan adanya guru dan murid. Guru adalah insan yang memberi ilmu manakala pelajar ialah orang yang menerima ilmu. Oleh sebab itu, guru

mempunyai kelebihan status yang dipandang mulia di sisiNya mahupun masyarakat kerana guru pembentuk generasi masa hadapan. Seorang guru yang profesional adalah ditetapkan untuk memiliki beberapa ciri sebelum ianya layak digelar profesional. Menurut Lierberman, seorang tokoh pendidikan di Amerika Syarikat, terdapat beberapa ciri-ciri yang ditetapkan. Sama seperti bidang-bidang lain, bidang perguruan juga kini tidak lagi dipandang rendah dek kerana kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang guru profesional telah ditingkatkan. Jika pada masa lampau, guru hanya perlu menamatkan pengajian di Maktab Perguruan dengan Diploma Pendidikan, kini guru perlu memiliki segulung ijazah sebagai lesen untuk mendidik anak bangsa. Kenapa kriteria untuk profesion perguruan ditingkatkan?Adakah kerana takut tenggelam oleh peredaran zaman? Ini adalah kerana tugas guru telah bertambah dan berkembang. Berbeza dengan guru pada masa lampau yang hanya tahu menggunakan kapur dan bercakap. Tahap pendidikan dan pemikiran seorang guru perlu mencapai piawan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti penghasilan modal insan negara. Guru yang profesional mestilah mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut tempoh masa tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas. Guru juga perlu mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya. Ini bermakna, guru perlu mendidik dengan penuh keikhlasan bukan semata-mata kerana ganjaran kewangan tetapi keinginan serta keikhlasan memcurahkan ilmu kepada murid. Guru ibarat sebatang lilin yang membakar diri cuba menerangi orang lain walaupun belum tentu oang yang diteranginya itu menghargai pengorbanan yang dilakukan. Ini kerana tugas seorang guru sebenarnya lebih berat jika dibandingkan dengan imbuhan wang yang diberikan.

Seorang guru juga perlu bersikap jujur, berdedikasi, bertanggungjawab serta bermoral tinggi. Dewasa ini, banyak pihak yang cuba untuk mencemarkan nama baik bidang perguruan. Menjalankan tugas sebagai guru dengan tidak sepenuh hati menyebabkan banyak kes-kes yang dipaparkan di dada akhbar berkaitan sikap negatif seorang guru. Guru dilaporkan mencabul kehormatan murid, guru menjual dadah, guru terlibat dengan politik pembangkang dan banyak lagi kes-kes yang sedikit sebanyak mencemarkan nama guru dan alam pendidikan. Bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tidak dinafikan bahawa hanya segelintir yang terlibat namun ianya perlu ditangani dengan segera agar kredibiliti seorang guru tidak terus tercalar dek kontroversi. Atas kesedaran itulah, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

menggariskan beberapa kod etika yang wajib dipatuhi insan bergelar guru. Walaupun nampak sedikit jengkel membicarakan kepincangan kredibiliti guru namun inilah hakikatnya. Seorang guru yang diberi latihan ikhtisas yang bermutu juga diberi penekanan dari segi etika, samada etika berpakaian, bersosial dan sebagainya. Usaha ini adalah untuk menjamin nama baik guru dan sistem pendidikan di Malaysia. Penerapan nilai murni dalam jiwa seorang pendidik merupakan langkah awal mencegah dari berlakunya kejadian yang tidak diingini. Pendidikan ikhtisas yang lebih berkualiti diberikan agar guru yang lahir di era globalisasi ini terus mapan dan teguh menjai guru yang cemerlang dalam setiap aspek.

2.1

TANGGUNGJAWAB GURU

2.1.1 Tanggungjawab Terhadap Pelajar Seringkali profesionalisme perguruan dipandang golongan masyarakat mudah dan tidak berat. Tanggapan sebegini sebenarnya hanya kepada mereka di luar yang tidak tahu mengenai tugas sebenar seorang guru. Mereka hanya melihat waktu bekerja dan cuti yang panjang memberi keselesaan kepada guru kerana keistimewaan ini tidak ada pada bidang profesionalisme yang lain. Adakah hakikatnya begitu? Adakah tanggapan ini benar? Hakikatnya, seorang guru bukan sahaja mengajar atau mendidik murid di sekolah malah turut melakukan tugasan pengkeranian dan tugas-tugas khas lain yang hanya mereka dikalangan guru sahaja yang tahu. Pandangan sebegini dilabel pada bidang perguruan kerana mereka melihat tugas mengajar dan mendidik di sekolah selama 6 hingga 7 jam sehari dengan keistimewaan cuti yang pelbagai. Mudah dan senang ini pada dasarnya hanya akan berlaku sekiranya guru diberi skop tugas untuk mengajar semata-mata dan bertanggungjawab terhadap muridnya sahaja. Realitinya tanggungjawab seorang guru amat besar dan berat.

Tanggugjawab merupakan amanah dan komitmen untuk melaksanakan sesuatu tugas dan orang yang bertanggungjawab adalah orang yang dapat memenuhi komitmen dan amanah dalam menyempurnakan kerjayanya. Seorang guru mempunyai tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, rakan sejawat dan

profesion perguruan serta mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Setiap insan bergelar guru menanggung beban tanggungjawab kepada 6 elemen yang mana melibatkan manusia dan organisasi. Klien seorang guru adalah murid dan ibubapa. Organisasinya adalah sekolah dan pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru dikelilingi oleh rakan sejawat yang juga dikalangan guru yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Namun begitu,

tugas guru ini sebenarnya memang ditakdirkan bersama manusia bukannya mesin aatau alat. Menjadi tanggungjawab seorang guru untuk memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati bagi merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-9. Kebajikan dan keselamatan murid perlu diutamakan dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini adalah kerana, hak penjagaan seorang murid bertukar tangan sepenuhnya pada seorang guru ketika murid itu berada dalam kawasan dan jadual waktu persekolahan. Jika berlaku sebarang kecederaan atau sebagainya, guru merupakan orang yang akan dipersalahkan kerana

mengabaikan murid. Selain itu, seorang guru juga perlu mengamalkan sikap adil bagi setiap muridnya tanpa mengira status keluarga atau tahap kecerdasan murid tersebut. Sikap pilih kasih tidak boleh wujud dalam diari hidup seorang guru kerana jika ia berlaku, pincanglah alam pendidikan dan perguruan. Selain itu, guru juga perlu membimbing pelajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Ilmu yang dikongsi inilah sebenarnya pelaburan di masa hadapan kerana guru yang mencorakkan pemikiran murid sama ada baik atau buruk. Oleh sebab itu, seorang guru perlu baik dari segi emosi, rohani, jasmani dan sosial. Ini kerana guru seringkali dijadikan contoh oleh para pelajar dan menjadi tanggungjawab guru kepada murid untuk mempamerkan sikap dan perlakuan yang baik termasuklah dari segi etika, berpakaian, percakapan, disiplin dan sebagainya. Jika guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari. Oleh sebab itu, guru perlu menjaga perilaku dan jauhkan diri dari perkaraperkara yang negatif. Maklumat ikhtisas pelajar merupakan rahsia dan tidak boleh digunapakai atau didedahkan sesuka hati kerana ia melanggar polisi kerahsiaan maklumat

peribadi murid. Seorang guru wajib merahsiakan maklumat ikhtisas pelajar kecuali kepada pihak yang perlu mengetahui dan dalam keadaan tertentu. Guru juga perlu sentiasa belajar walaupun guru itu adalah guru cemerlang atau pentadbir. Ini kerana, menjadi tanggungjawab guru kepada murid untuk terus memperbaiki kecekapan guru. Kedengaran agak aneh namun itulah hakikatnya jika kita mahu menjadi guru yang profesional. 2.1.2 Tanggunjwab Terhadap Ibu Bapa Ibu bapa adalah klien kedua guru kerana seorang guru telah mengambil alih tanggungjawab ibu bapa ketika murid berada di kawasan dan waktu persekolahan. Menjadi tanggungjawab seorang guru untuk menghormati tanggungjawab utama ibu bapa dan menjaga hubungan baik antara pelajar dan ibu bapa. Guru adalah model terbaik di kalangan murid dan atas dasar itulah, seorang guru tidak boleh sama sekali memburukkan nama baik ibu bapa murid atau mewujudkan persengketaan di antara murid dan ibu bapa. Bahkan, guru dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kemesraan antara institusi pendidikan dan rumahtangga. Bermakna guru menjadi agen perantara anatar institusi pendidikan dengan ibubapa. Oleh sebab itu, guru perlu mengetahui maklumat pelajar secara terperinci dan merahsiakan segala maklumat yang diberikan sama ada mengenai murid atau ibu bapa murid. Elakkan diri dari terpengaruh dengan kedudukan dan ekonomi ibu bapa pelajar kerana hal ini boleh menyebabkan kita menghampiri rasuah dan pelbagai perkara negatif lain yang bakal memberi impak buruk terhadap profesion perguruan. Islam juga mengajar kita untuk adil dan bersederhana dalam apa jua hal dan jangan sesekali menghampiri perbuatan yang boleh menyebabkan kita terlalai.

2.1.3 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan Rakan sejawat bermaksud orang yang memegang tanggungjawab yang sama seperti kita, berada di kalangan kita dan mempunyai tugas dan menjawat jawatan yang sama seperti kita. Manakala profesion perguruan bermaksud apa sahaja yang berkaitan denga kerjaya seorag guru. Tanpa kita sedar sebenarnya guru juga dilatih dan diberi pendidikan untuk bertanggungjawab kepada rakan sejawat. Tujuannya adalah mengelakkan perpecahan di kalangan warga guru dan pendidik kerana kita adalah model untuk semua rakayat. Guru perlu bertanggungjawab sesama mereka kerana kesepaduan adalah teras kejayaan. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh amat sesuai untuk menggambarkan tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat. Guru bertanggungjawab menjaga nama baik rakan sejawat dan jangan sesekali cuba untuk menjatuhkan maruah guru lain dengan apa jua cara sekalipun walaupun menghadapi masalah peribadi bersama mereka. Serangan secara peribadi atau kerjaya akan menyebabkan maruah guru itu tercemar. Apabila rakan sejawat menghadapi masalah, rakan guru yang lain perlu saling bantu-membantu. Guru juga perlu berkongsi idea dan maklumat agar profesion perguruan akan lebih berkembang dan maju sejajar peredaran zaman. Tidak rugi berkongsi ilmu kerana jika ia diguanakan kearah kebaikan, maka faedahnya akan berterusan. Guru juga perlu berusaha menunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Sungguh memalukan andai ada di golongan guru yang terjebak ke kancah maksiat, jenayah dan perkara-perkara negatif lain seperti dadah,rasuah dan sebagainya. Ini kerana jika perkara seperti ini berlaku, guru sendiri yang menconteng arang ke muka sendiri. Guru sendiri yang mencemarkan maruah

bidang perguruan sehingga wujudnya satu tanggapan negative terhadap pihak guru di kalangan masyarakt. Persepsi masyarakat perlu dijaga agar profesion perguruan tetap dipandang satu bidang ilmu yang sihat dan bersih. National Union of the Teaching Profession Malaysia (NUTP) merupakan sebuah pertubuhan guru yang memperjuangkan hak guru di Malaysia. Tidak menjadi kesalahan andai guru tidak menjadi ahli pertubuhan ini namun jika ia memberi kebaikan di kalangan guru, lebih elok kiranya guru terlibat sama. Guru juga perlu melibatkan diri dalam pertubuhan agar dapat menyuarakan pendapat dan menyelesaikan masalah secara berkumpulan.

2.1.4 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara. Guru sebenarnya memikul tanggungjawab yang lebih besar berbanding yang dinyatakan di atas kerana mereka juga bertanggungjawab terhadap masyarakat dan juga negara. Sehinggakan ada yang menganggap guru adalah pencorak minda generasi akan datang sekaligus mencorakkan pentadbiran negara di masa depan. Amanah ini perlu dipikul seorang guru tidak kiralah guru tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah mahupun guru-guru di Institut Pengajian Tinggi kerana mereka adalah jentera kerajaan untuk mendidik gaya pemikiran anak-anak muda yang bakal menjadi pencorak negara bangsa. Guru-guru perlu memastikan apa yang diajar atau disampaikan mestilah tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara kerana itu adalah tunggak kesepaduan rakyat. Selain itu, guru juga bertanggungjawab dalam membentuk sikap dan nilai dalam diri murid. Sebagaimana yang kita ketahui, zaman kanak-kanak adalah zaman di mana mereka naf dan mudah menerima

apa sahaja yang diberitahu atau dilihat. Oleh sebab itu, guru bertanggungjawab dalam mencorakkan pemikiran muda murid-murid agar mereka menjadi insan yang berguna kepada negara. Tugas seorang guru tidak hanya setakat mengajar di kelas membentuk intelek tetapi juga bertanggungjawab terhadap masyarakat dalam membentuk moral serta perlakuan. Masyarakat memandang guru sebagai orang yang cerdik pandai dan dihormati kerana status guru pada namanya. Oleh sebab itu, menjadi tugas seorang guru menghormati budayadan adat masyarakat setempat. Guru memang sedia diajar tentang bagaimana hidup bersosial dan bermasyarakat agar tidak terdapat percanggahan pendapat tentang adat resam setempat. Guru juga perlu menjaga adab dalam pergaulan kerana setiap tempat mempunyai adat tersendiri. Guru mesti tahu membawa diri agar tidak dipandang serong masyarakat setempat. Selain itu, apabila seorang guru berada di sesebuah tempat di mana dia mengajar, menjadi tanggungjawab ke atas dirinya untuk membantu

meningkatkan moral masyarakat melalui kursus, seminar atau kempen yang bersesuaian dengan masyarakat setempat bertujuan memberi pendedahan dan ilmu untuk mereka. Selain mengajar di sekolah, guru juga perlu memberi bantuan mengajar sekitar daerah di mana ia diperlukan tanpa mengenakan sebarang bayaran. Khidmat sukarela ini akan menambahkan kemesraan antara golongan guru dan masyarakat. Tugas paling sukar untuk para guru adalah tanggungjawabnya

menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara kelompok guru, ibu bapa, institusi pendidikan dan masyarakat. Persefahaman ini hanya boleh dicapai andai guru itu kreatif dalam membentuk program-program yang boleh menerapkan elemen kesepaduan masyarakat seperti yang dibincangkan di atas.

Oleh sebab guru adalah ejen perpaduan, maka guru juga perlu menjadi yang terbaik, mempunyai pemikiran jauh ke hadapan untuk memacu rakyat menuju wawasan 2020 seperti yang diharapkan.

www.sabah.edu.my/.../GURU%20DAN%20ALAM ( Capaian 10/4/2012- 13.00 p.m) ww.slideshare.net/.../4-guru-dan-alam-pendidika. ( Capaian 13/04/2012 08.30 p.m) http://www.searchinpdf.com/GURU-DAN-ALAM-PENDIDIKAN (Capaian 11/04/2012 0930 p.m)

BIODATA DIRI Nama No. Kad Pengenalan No. Matrik No telefon Email Alamat semasa : : : : : : Hasnina Bt Che Hussin 840612-03-5266 LB110238 012-8223375 raymiena@gmail.com Nombor 19 A Jalan Melewar 1, Kolej Kediaman Melewar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Alamat tetap

No. 26 Jalan Badang, Zon A Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai