Anda di halaman 1dari 27

570401­03­6165 

Soalan 1 

“Sebagai  golongan  yang  berada  di  barisan  paling  hadapan  dalam 

menjayakan  wawasan  negara,  peranan  guru  amat  penting  untuk 

memastikan nilai nasional dapat disempurnakan”. 

Y.B. Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein 

Perutusan Hari Guru 2006 

Bincangkan  bagaimana  martabat  profesion  keguruan  dapat  ditingkatkan 

selaras  dengan  perutusan  Y.B.  Menteri Pelajaran  agar misi  nasional dapat 

disempurnakan. 

Pengenalan. 

Profession perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa 

jenis  pekerjaan  yang  penting  dalam  proses  pembangunan  manusia,masyarakat 

dan  negara.  Profesion  perguruan  merupakan  profesion  paling  utama  di  dalam 

proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. 

Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks 

dan  mencabar.Golongan  guru  hendaklah  memastikan  martabat  keguruan 

sentiasa  dipertingkatkan  dari  masa  ke  semasa  ke  tahap  yang  lebih  tinggi  dan 

dihormati seterusnya  dapat merealisasikan misi nasional kerajaan.

570401­03­6165 

Mengikut    Kamus  Dewan,’profesion’  ialah  pekerjaan  terutamanya  yang 

memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang 

undang­undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain­lain.  ‘Martabat’ pula 

ialah kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat,tingkat. Dari pengertian 

tersebut  memberi makna bahawa imej profesion keguruan samada  tinggi atau 

rendah,  jaya  atau  gagal    dilihat  dan  dinilai  oleh  masyarakat  dari  sudut  peribadi 

para guru dan hasilnya kepada generasi pelajar. 

Dalam usaha  meningkatkan martabat profesion keguruan  maka pakatan 

bijak  semua  pihak  hendaklah  digerakkan  samada  secara  langsung  atau  tidak 

langsung.  Pihak­pihak  tersebut  ialah  kerajaan  khususnya  Kementerian 

Pelajaran Malaysia serta institusi­institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota 

masyarakat , pertubuhan­pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan­kesatuan 

guru  dan pihak swasta. 

Peranan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran  Malaysia. 

Peranan  kerajaan  khususnya  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  dalam 

memartabatkan  profesion ini  merupakan  kekuatan  utama  kerana  kerajaan  yang 

bertanggungjawab  dalam  penggubalan  dasar­dasar  pendidikan  negara.  Jika 

dilihat  dalam  misi  nasional  yang  telah  dilancarkan  semasa  pembentangan 

RMK9,  Perdana  Menteri  Y.A.B.  Dato’  Seri  Abdullah  Ahmad  Badawi  telah 

menggariskan lima teras utama iaitu: 

Teras 1: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

570401­03­6165  Teras  2  Meningkatkan  keupayaan  pengetahuan  dan  inovasi  Negara  serta  memupuk ‘minda kelas pertama’.  Teras  3:  Menangani  masalah  ketidak  samaan  sosioekonomi  yang  berterusan  secara membina dan produktif.  Antara  kandungan  program  besar  akan  dilaksanakan    untuk  meningkatkan  martabat  profesion  keguruan  berdasarkan  Laporan  Rancangan  Malaysia  Kesembilan  (RMKe9)  ialah:  1.  Teras 5: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.  mengkaji  aktiviti  kurikulum  dan  kokurikulum  peringkat sekolah. menambah baik  kandungan mata pelajaran.  usaha  dipergiatkan  bagi  membangunkan  modal  insan  demi  memacu  transformasi  negara ke arah keupayaan ilmu  pengetahuan .Meningkatkan  akses  dan  kualiti  sistem  pendidikan  di  semua  peringkat  kurikulum  dan  pengajaran.  Teras 4: Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup.  teras  yang  kedua  merupakan  teras  yang  berkait  rapat  dengan  tindakan  kerajaan  untuk  meningkatkan  martabat  profesion keguruan.  Dalam  tempoh  rancangan  tersebut. kajian terhadap kurikulum latihan perguruan.  Di  antara  kelima­lima  teras  di  atas. meningkatkan keupayaan siswazah tempatan 3  . meningkatkan kemahiran pedagogi dan penggunaan  ICT yang lebih meluas. Menambah baik sistem pendidikan  2.  pelaksanaan  Kurikulum  Prasekolah  Kebangsaan  yang  seragam  dan  berkualiti.  3  Kerjasama  antara  industri  dengan  institusi  pengajian  tinggi  untuk  responsif  kepada keperluan pasaran buruh.

  Melalui rangka dasar yang telah digariskan oleh kementerian di atas maka  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  haruslah  memperkukuhkan  dan  memperkemaskan  serta  membuat  reformasi  pendidikan  sepenuhnya  menjelang  tahun 2020.  IPT  akan  ditanda  aras  mengikut  piawai  antarabangsa  dan  satu  sistem  penarafan akan diperkenalkan.  4. 570401­03­6165  untuk kerjaya. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan.  6. Melahirkan Institusi Tertiari bertaraf antarabangsa. Sistem Latihan  Dual  Kebangsaan  akan  diperbaiki lagi  melalui  rundingan dengan  pihak  terbabit. 4  . program latihan praktikal dan penempatan industri.  Kualiti  pengajaran  di  sekolah  kebangsaan  akan  dipertingkatkan  dengan  100  peratus  guru  di  sekolah  menengah  dan 25  peratus  guru  di  sekolah  rendah  akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang 2010.  5. terutama kawasan luar bandar  serta Sabah dan Serawak.pembestarian  sekolah  dan penggunaan teknologi dan ICT..  Akses  kepada  pendidikan  prasekolah  akan  diperluaskan  dengan  penyediaan lebih banyak kelas prapersekolahan.  Peluang  pendidikan  untuk  kanak­kanak  istimewa. Infrastruktur dan kemudahan.  menubuhkan  Majlis  Penasihat  Kebangsaan  bagi  pendidikan  dan  latihan  bagi  memberi  panduan  mengenai  dasar  dan  strategi  berkaitan  pendidikan  dan  industri.

  ASAS PEMBANGUNAN PENDEKATAN · Misi Nasional · Kesamarata­  · Dasar­dasar  an Peluang  Pembangunan Negara Pendidikan · Dasar Pendidikan  · Kecemerlan­  Kebangsaan.  Kerangka  bagi  Pelan  Tindakan  Pembangunan Pendidikan seperti di bawah:  KERANGKA PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN  2006­2010. gan Institusi  · Islam Hadhari Pendidikan  · Pelan Intergriti Nasional  TERAS STRATEGIK PIPP MATLAMAT  · Membina Negara Bangsa · Membangun Modal Insan · Memperkasakan Sekolah  Kebangsaan PENDIDIKAN  TERAS  ASAS  · Merapatkan Jurang  BERKUALITI  PEMBANGUNAN  Pendidikan UNTUK  PENDIDIAKN · Memartabatkan Profesion  SEMUA  · Akses Keguruan · Ekuiti · Melonjakkan  · Kualiti Kecemerlangan Institusi  · Kecekapan dan  Pendidikan  keberkesanan  Pengurusan  FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN Meneliti kepada  · Kerjasama dan Komitmen  Warga Pendidik · Sistem Penyampaian  Pendidikan · Sistem Pemantauan dan  Penilaian 5  .B.  Perdana  Menteri  di  Pusat  Konvensyen  Antarabangsa  Putrajaya  (PICC)  pada  16  Januari  2007. 570401­03­6165  Teras  misi  nasional  tersebut  diperjelaskan  lagi  secara  terperinci  dalam  Pelan  Tindakan  Pembangunan  Pendidikan  (PTPP)  2006­2010  yang  telah  dilancarkan  oleh  Y.A.

  Antara strategi memantapkan kerjaya guru.  ii. 6  . Meningkatkan quota Guru Cemerlang PPP.  Menerusi  beberapa  strategi  pelaksanaan  penambah baikan perjawatan guru dengan menambah quota bagi gred kenaikan  pangkat  guru  besar dan pengetua cemerlang. Lepasan Diploma (PPPLD) Gred  DG32  serta  menambah  gred  kenaikan  pangkat  Guru  Cemerlang  PPPLD  sehingga ke Gred DGA34.  Dalam  proses  peningkatan  pula.Jusa  C  serta  Guru  Cemerlang  Gred  Khas  diwujudkan  .  Kerajaan  mewujudkan  gred  baru  guru  berasaskan  merit  dan  prestasi  tahunan  serta  menggariskan  langkah­langkah  bagi  menambah  perjawatan  dan  peluasan  naik  pangkat  guru­guru. 570401­03­6165  Bertolak dari misi nasional dan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan  maka  untuk mengangkat martabat profesion keguruan  berbagai langkah dapat  dilaksanakan oleh kementerian seperti:  1. dasar baru kementerian telah  mewujudkan:  i.Sekurang­kurangnya  seorang  Guru Cemerlang bagi setiap sekolah menengah pada Gred DG44.  Iii. Membuka peluang peningkatan kerjaya.  Gred  kenaikan  pangkat  untuk  mempercepatkan  Khas  Untuk  Penyandang  (KUP) pegawai di kementerian dan di JPN memegang jawatan hakiki .  konsep  Pengetua  Cemerlang  dan.

  Melalui proses  seperti  ini  dapat  meyakinkan  bahawa  guru  yang  diambil  mampu  menyumbang  dan merealisasikan wawasan negara.  melepasi  tapisan  keselamatan.  Calon  bagi  Kursus  Perguruan  Lepasan  Ijazah  (KPLI)  perlu  memiliki  ijazah  yang  menepati  bidang  yang  dipohon.  aktif  dalam  kokurikulum.menduduki  Ujian  Sahsiah Guru.  menduduki  Ujian  Pemilihan  Calon  Guru  Malaysia  (MteST).  Begitu  juga  dengan  Program  kursus  perguruan  lepasan  SPM  pula  calon  perlu  melepasi  syarat­syarat  akademik  yang  ditetapkan.  Syarat pengambilan calon guru telah diperketatkan sejak 2005 lagi dalam  usaha  melahirkankan  tenaga  pengajar  yang  mahir  dan  berwibawa. 570401­03­6165  2. Pengambilan calon guru.ujian bertulis Bahasa Inggeris dan lulus temu duga.  Tiga  pelan  tindakan telah dirangka  mencakupi Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah  (KPLI)  dan  calon  lepasan  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM).  Pemilihan  guru  bukan  sekadar  akademik  semata­mata  malah  mereka  yang  aktif  dalam  kegiatan  kokurikulum  bagi  membentuk  modal  insan  yang  cemerlang.  Kementerian  juga  telah  mengambilkira  kelayakan  dalam  memenuhi  Petunjuk Prestasi Utama  untuk diberi insentif kepada para guru.  bebas  dari  penyalahgunaan  bahan dadah dan lulus temuduga. 7  .

755.  Dalam  usaha  melahir  dan  melestarikan  guru  yang  berkualiti. 570401­03­6165  3.129 pensyarah serta enrolmen 28. dengan  ‘Malaysian  Quality  Framework’  diguna  sebagai  garis  panduan  dalam  usaha  mempertingkatkan  kelayakan  guru  ke  tahap  siswazah  dan  memastikan  tenaga  kerja yang berkualiti dapat dihasilkan.kementerian  telah menaikkan taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Program Ijazah Sarjana Muda  Perguruan. Proses  seperti  ini  dapat  meyakinkan  bahawa  guru  yang  diambil  merupakan  guru  yang  mampu menyempurnakan misi pendidikan negara. Menaik taraf maktab perguruan Institut Pendidikan Guru.  Dengan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru  (IPG).  Pada  ketika  ini  terdapat  27  Institut  Pendidikan  Guru  (IPG)  di  seluruh  negara dan melibatkan seramai 3.  Pengiktirafan ini telah diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai  2005.kementerian  dapat  memantapkan  pemilihan  bakal  guru    dan  memberi  latihan serta menambah baik karier keguruan dan persekitaran kerjanya.  Program  berkembar  Praperkhidmatan  (Sarjana  Muda  Pendidikan  Pengajaran  Bahasa  Inggeris  Sebagai  Bahasa  Kedua)  dan  Program  Bahasa­  Bahasa Antarabangsa.  Kementerian juga telah menjenama dan merangkaikan Institut Pendidikan  Guru  dengan  universiti  serta  kolej  terkenal  di  luar  negara  dan  dalam  negara.  Mewujudkan Program Khas  Pensiswazahan guru.  Langkah  kementerian  menaik  taraf  IPG  juga  mampu  melahirkan  guru  siswazah  yang  memahami  keperluan  dan  cabaran  sekolah  kearah  mencapai 8  .

  prasarana.  masyarakat  dan  negara.  Pendidikan Islam juga perlu didedahkan kepada orang yang bukan Islam supaya  mereka  memahami  agama  tersebut  dan  seterusnya  dapat  mengikis  prasangka  buruk terhadap Islam dan penganutnya serta tidak mengeluarkan tuduhan yang  tidak benar tentang Islam.  Khatam  Al­Qur’an.Perdana  Menteri  telah  mengatakan  bahawa  kerajaan  akan  meningkatkan  tahap  latihan  dan  kurikulum  termasuk  menarik kerjasama dan kepakaran asing dalam bidang perguruan sebagai usaha  memartabatkan profesion keguruan (Bernama:30 Sept. 570401­03­6165  sasaran  kementerian  untuk  mengisi  100  peratus  guru  siswazah  di  sekolah  menengah dan 50 peratus di sekolah rendah menjelang 2010. Kementerian telah merangka strategi pelaksanaan program tersebut  yang  melibatkan  bahan.  keluarga.  modul.  tenaga  guru.  penilaian  dan 9  .  Pendidikan  Islam  merupakan  suatu  usaha  untuk  memberi  ilmu  dan  pendidikan  berteraskan  wahyu  kepada  penganutnya  supaya  dapat  memahami  dan  dapat  menghayatinya  dalam  kehidupan  demi  untuk  kebahagiaan  diri.  Kementerian juga akan melahirkan guru Pendidikan Islam yang berkualiti  dan  berkesan  dengan  menubuhkan  Institut  Pembangunan  Pendidikan  Islam  (IPPI). Guru Pendidikan Islam.  Pelaksanaan  Program  j­QAF  (Jawi.  4.2006).(Kementerian  Pendidikan  Malaysia  1887).  Bahasa  Arab  dan  pengukuhan  Fardhu  Ain)  sekolah  rendah    juga  merupakan  langkah  untuk  meningkatkan  martabat  profesion  keguruan  dan  memperkasakan  Pendidikan  Islam.  Semasa  membentangkan  bajet  2006.

Kemudahan kediaman guru dan persekitaran kerja yang kondusif.  bermoral  tinggi  dan  mempunyai  perasaan  bertanggungjawab yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.terutama  untuk  guru  di  luar  bandar.Tujuannya untuk membentuk dan melahirkan masyarakat Malaysia  yang  mempunyai  nilai­nilai  rohani.  peruntukan sebanyak 690 juta ringgit disediakan untuk membina rumah guru dan  dan  hampir  separuh  dari  peruntukan  tersebut  untuk  projek  rumah  guru  di  luar  bandar.  membina  bangunan  tambahan  dan  pembinaan  bangunan­bangunan  baru. 10  .951buah  sekolah  rendah  dan  870  buah  sekolah  menengah  yang  berusia  lebih  30  tahun  dan  membangunkan  infrastruktur  yang  membabitkan  767  buah  sekolah  rendah  dan  28  buah  sekolah  menengah  yang  belum mempunyai bekalan elektrik selama 24 jam.  Selain itu kemudahan bilik guru  dan bilik darjah yang kondusif juga akan  disediakan    melalui  projek  naik  taraf.  Setakat  ini  telah  dikenalpasti  sekolah  usang  sejumlah  5.  5 .  pedalaman  dan  bandar­bandar  besar  melalui  pembinaan  kuarters  baru  serta  membaik  pulih  kuarters  yang  sedia  ada.  Bagi  keselesaan  para  guru.  Kemudahan kediaman disediakan supaya guru lebih selesa menjalankan  tugas  tanpa  menghadapi  masalah  tempat  tinggal. 570401­03­6165  pemantauan.

  Kementerian Pelajaran haruslah memperkukuhkan dan memperkemaskan  sistem  pengawasan  dan  pemantauan  ke  atas  guru­guru  untuk  memastikan  mereka  sentiasa  bertugas  dengan  betul.  Pemantauan  yang  sistematik  merupakan  ciri  penting  bagi  memastikan  pengajaran  dan  pembelajaran  berjalan  seperti  yang  dirancangkan.  Selain  itu  kementerian  menyediakan  infrastruktur  dan  kemudahan  asas  yang  mencukupi  serta  berkualiti  termasuk  melengkapkan  prasarana. Sistem pengawasan dan pemantauan.  kementerian  perlu  menambahkan  bilangan  kelas  prasekolah  terutama  di  kawasan  luar  bandar  dan  menggunakan  Kokurikulum  Prasekolah  Kebangsaan. 11  .Memperkasakan sekolah kebangsaan.  2.  Pendidikan awal kanak­kanak merupakan masa yang amat penting dalam  melahirkan  generasi  yang  berwawasan.  Dalam  memperkasakan  sekolah  kebangsaan.  mengubah  suai  dan  menaik  taraf  sekolah  –sekolah  yang  usang  dan  menambah  bilangan  bilik darjah.  Untuk  mengetahui  keberkesanan  pengajaran  guru  berkesan  atau  sebaliknya  serta  mengesan  masalah dan membuat pemulihan. 570401­03­6165  Tindakan­tindakan  lain  kementerian  dalam  mengangkat  martabat  profesion keguruan ialah:  1.  berdedikasi  dan  telus.

  Datuk  Sri  Najib  Tun  Razak  pernah  mengatakan.  Peranan guru.  ”Dengan  terlaksananya  kesemua  akta  berkenaan  membolehkan  kita menjalankan transformasi yang menyeluruh kpada sistem pendidikan negara  selaras dengan wawasan negara dan tuntutan globalisasi dan zaman maklumat”  Dua akta baru telah dikuatkuasakan iaitu Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi  Pendidikan  tinggi  Swasta  1996. Laporan pemantauan boleh digunakan untuk pengesahan dan  kenaikan pangkat guru.  Para  pendidik  hari  ini  telah  memainkan  peranan  penting  di  dalam  merealisasikan  aspirasi  negara.  Semasa  menjadi  Menteri  Pendidkan.  3.  Guru  merupakan  ejen  kepada  keberkesanan 12  .  Sementara  pelaksanaan  Akta  Institusi  Pendidikan  Swasta  1996  pula  selaras  dengan  hasrat  hendak  menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik. 570401­03­6165  Proses  pemantauan  harus  dilakukan  secara tekal oleh  pentadbir  sekolah  dan jemaah nazir.  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD)  seterusnya  ke  peringkat  sekolah  mengikut  rangkaian  bagi memastikan kejayaan wawasan negara 2020 menjadi suatu kenyataan. Penguatkuasaan Akta Pendidikan.  Dengan  iltizam  serta  usaha  kementerian  ini  seterusnya  akan  diimplikasikan  ke  peringkat  Jabatan  Pendidikan  Negeri  (JPN).  Beliau  menjelaskan  Akta  Pendidikan  1996  bagi  membolehkan  matlamat  pendidikan  diperluaskan  dan  disesuaikan  dengan  keperluan  wawasan  dan  tuntutan­tuntutan  tersebut.

570401­03­6165  pendidikan.  rakan  sejawat  dan  tanggungjawab  terhadap profesion keguruan.  Kemahiran  dan  pengetahuan  dalam  aspek  pendidikan  perlu  dikemaskini.  2.  Berusaha  mengaplikasi  kaedah­  kaedah pengajaran dan pendidikan terkini.Mempertingkatkan Profesionalime  Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik  generasi  yang  akan  mencapai  wawasan  negara.  1.  Guru  perlu  menyambut  baik  dengan  mengikuti  kursus­kursus  pendidikan  yang  dianjurkan  oleh  pihak­pihak  berwajib  agar  dapat  mempertingkatkan  keupayaan.  ibu  bapa.  Mahir IT dan ICT.  Dengan  ini  suatu  anjakan  paradigma  dapat  dilakukan  oleh  para  pendidik.  Kedudukan  perguruan  sebagai  suatu  profesion  di  dalam  Dasar  Pelajaran  Kebangsaan  turut  menghadapi  cabaran­cabaran  masa  kini  dan  akan  datang.  Bidang  keguruan  sentiasa  berkembang  dan  berubah  sejajar  dengan  perubahan  zaman  Perkembangan  global  dengan  teknologi  telekomunikasi  dan  internet  menuntut  banyak  cabaran  kepada  pendidik  untuk  mencapai  misi 13  .  masyarakat.  Di  tangan  guru  sendiri  martabat  profesion  keguruan  dapat  ditingkatkan  dengan    memainkan  peranan  dan  melaksanakan  tanggungjawab    terhadap  palajar.  negara.  ketahan  dan  prestasi  bagi  mendepani  cabaran  yang  semakin  kompleks  ini.

14  .  Jangan  ada  di  kalangan guru dan pentadbir sekolah yang berfikiran sempit dengan ‘mengunci’  segala  peralatan  kerana  takut  rosak. 570401­03­6165  nasional.  Guru  juga  harus  memperlengkapkan diri  secara  global  kerana  dalam  era  teknologi  maklumat    masa  kini  masyarakat  terpaksa berdepan dengan  pelbagai  peralatan  elektronik    dalam  kehidupan  harian  sebagai  cara  hidup  moden.  Guru  juga  perlu  melengkapkan  diri  dengan  kemahiran  terkini  bagi  menyempurnakan  penubuhan  sekolah  bestari  yang  berteraskan  penggunaan  komputer  sebagai  satu  bentuk  kurikulum  wawasan  negara  Malaysia  untuk  menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga tidak menjadikan alasan  teknologi yang dibekalkan sebagai satu masalah kepada mereka.  Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet. hendaklah  dihargai  oleh  guru  dengan  menggunakan  semaksima  mungkin.  Para  guru  mesti  bersikap  proaktif  dan  terangsang  dengan  perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Kerajaan membangunkan koridor raya  multimedia  (MSC)  sebagai  pusat  telekomunikasi    dan  penyiaran  serantau  dan  antarabangsa.Guru  tidak  menyalahgunakan  teknologi  dengan  mengunjungi  laman­  laman web yang tidak sepatutnya dikunjungi.  Situasi  ini  akan  merugikan  pelajar  dan  kerajaan  . Ilmu IT mesti terlebih dahulu  dapat  dikuasa  oleh  para  pendidik  sebagai  golongan  yang  akan  menyebar  luaskan kepada para pelajar.

  4.  pengurus.Guru  yang  berpengetahuan  dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.  pelaksana. Berpengetahuan dan berdaya fikir dan berakhlak. Menyedari tanggungjawab.  ekonomi  dan  politik.  Para  pendidik  juga  mesti  sedar  bahawa  profesion  mereka  bukan  sahaja  mengajar  tetapi  terlibat  sebagai  pentadbir.  penilai. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai­nilai murni yang  perlu  diserapkan  kepada  pelajar  dalam  pengajaran. Berupaya membuat keputusan dan menyelesai masalah  serta berfikiran  kritis dan kreatif.  5.  perancang. pengawal dan sebagainya.  Menyedari  betapa  besarnya  tanggungjawab  membimbing  pelajar  untuk  mencapai  kemajuan  dan  wawasan.  Isu­isu  semasa  berkaitan  dengan  kekeluargaan  dan  komuniti. penyelia.  profesion  keguruan  perlu  menyediakan  diri  dengan  amalan  nilai  murni  dan  akhlak yang terpuji.  Dalam  perubahan  sistem  pendidikan  yang  semakin  mencabar  ini.  Penerapan  nilai  murni  ini  penting  untuk  menyediakan  para  pelajar  menjadi  warga  yang  berguna  kepada  bangsa dan negara . 570401­03­6165  3.  Guru  yang  berpengetahuan  perlu  serba  tahu  dengan  menambah  pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu­isu semasa untuk  dibincang  dan  mencari  penyelesaian.  para  guru  perlu  melaksanakan  tanggungjawab terhadap: 15  .

  iii.  menghormati  masyarakat  setempat  serta  menggalakkan kerjasama dan persefahaman. 570401­03­6165  i. memupuk nilai murni.  tidak  melibat  diri  dalam  kegiatan  yang menjejaskan kepercayaan masyarakat.  Bagi mempertingkatkan profesion perguruan.Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari  menyebar  perkara  negatif.  tidak  dipengaruhi  oleh  kedudukan  sosial  dan  ekonomi  mereka  dan  memberi  maklumat  kepada  mereka  untuk  kepentingan  anak­anak mereka.  6.  menghormati  mereka. membantu rakan sejawat.  iv.  Seseorang guru hendaklah mempunyai kualiti­kualiti berikut:  Peribadi  Profesional  Sosial  ­  penyayang  ­  dedikasi  ­  inovasi  ­  adil  ­  peka  ­  bermoral  ­  kelonggaran  ­  mengingati  ­  penyesuaian  ­  pandai berjenaka  keperluan negara  ­  kepimpinan 16  .Tanggungjawab  terhadap  pelajar  seperti  mengutamakan  kebajikan  dan  keselamatan pelajar.Tanggungjawab  terhadap  ibu  bapa  seperti  mewujudkan  hubungan  mesra. seseorang guru mempunyai  ciri­ciri guru yang berkualiti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan  Guru jika mahu dipandang tinggi oleh masyarakat. Menjadi guru yang berkualiti.Tanggungjawab  terhadap  rakan  sejawat  dan  profesion  seperti  mengelak  dari  membuat  kenyataan  negatif. bersikap adil.  ii.

  Penilaian  Menengah  Rendah  (PMR).  Penubuhan  Institut  Aminudin  Baki  (IAB) dalam meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan dalam melahirkan  para guru yang lebih efisien.  Analisa  peperiksaan  awam  seperti  Ujian  Penilaian  Sekolah  Rendah  (UPSR).  dan  lain­lain  kursus  dalam  perkhidmatan.  Kes­kes  jenayah  pelajar 17  .  Sijil  Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dibuat  setiap kali keputusan diumumkan dan analisa serta komen berbagai pihak  akan  dapat dilihat. Kecekapan dan martabat  profesion  ini  dilihat  baik  jika  ramai  pelajar  mendapat  kecemerlangan  dalam  peperiksaan  awam  dan  sebaliknya. seminar.  Pelajar  merupakan  modal  insan  yang  akan  dibentuk  oleh  guru.  Pandangan  umum  juga  melihat  tahap  disiplin  pelajar  di  semua  peringkat  pelajar sebagai angka tunjuk kecekapan profesion keguruan. Sejak akhir­akhir ini  masalah  pelanggaran  disiplin  hebat  diperbincangkan.  Kecemerlangan  pelajar  menjadi  ukuran  keberkesanan  pengajaran  dan  pendidikan para guru serta dilihat oleh berbagai pihak .  Peranan  pelajar. 570401­03­6165  ­  tegas  ­  sikap  positif  untuk  ­  peka  terhadap  ­  dedikasi  pelajar  alam sekitar  ­  toleransi  ­  inovatif  ­  toleransi  Kualiti guru dapat diperkemaskan dari masa ke semasa dengan latihan.

pelacuran. Satu model telah dirangka  bagi  menunjukkan  kepentingan  hubungan  antara  pencapaian  akademik  dengan  motivasi.  Oleh  itu  peranan  para  pelajar  sendiri  merupakan  faktor  penting  dalam  meningkatkan  profesion  ini.ponteng.  Motivasi  dan  matlamat  ini  mendorong  pelajar  yang  cemerlang  disiplin  dan cemerlang akademik.pembunuhan.vandalisme dan banyak  lagi salah laku pelajar semakin kerap diperbincangkan .  Mendapat  Pencapaian  Cemerlang  Taraf hidup  perhatian  akademik &  dan  terjamin penuh  konsep  bermotivasi  daripada ibu  kendiri tinggi  tinggi untuk  bapa dan  berjaya  guru  P  E  L  Kurang  Pencapaian  Kurang  Taraf hidup  J  perhatian  akademik &  motivasi  kabur  A  daripada ibu  konsep  untuk berjaya  R  bapa dan  kendiri  guru  sederhana  Mendapat  Pencapaian  Cemerlang  Tiada  perhatian  akademik &  dan  matlamat  penuh  konsep  bermotivasi  hidup  daripada ibu  kendiri tinggi  tinggi untuk  bapa dan  berjaya  guru  Model hubungan Antara Pencapaian Akademik Dengan Motivasi.  Pelajar  mesti  menyambut  baik  program  dan  dasar  yang  telah  ditetapkan  demi  untuk    kesejahteraan  mereka. 570401­03­6165  seperti peras ugut.  18  .  Pelajar  yang  bermotivasi mempunyai matlamat hidup masa depan.rogol.

  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah  kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan  guru  di  sekolah.  Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja  dan  selebihnya  pelajar  berada  di  tangan  keluarga  dan  masyarakat.  Jawatankuasa  Kemajuan  Kampung  (JKKK).  Konsep  “School­Home­Community  Partnership”  perlu  diterapkan  dengan  mengadakan  program­program  permuafakatan  dan  perkongsian  yanag  melibatkan pihak sekolah.  Anggota  masyarakat  harus  memberi  maklumat  dan  maklum  balas  kepada  sekolah  serta  memberi  kerjasama  di  dalam  pelbagai  aktiviti  pembinaan  ilmu  yang  dijalankan  oleh guru dan sekolah.  Penglibatan anggota –anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga  tidak  kurang  pentingnya.  Pihak  Berkuasa  Tempatan  (PBT).  khususnya  institusi­institusi  Persatuan  Ibu  Bapa  Guru  (PIBG).  jawatankuasa  masjid  dan  surau. 570401­03­6165  Peranan ibu bapa dan  anggota masyarakat.  Peranan  ibu  bapa  dan  anggota  komuniti  juga  faktor  yang  boleh  mengangkatkan  martabat  guru.  RELA  serta  pihak  polis  harus  sentiasa  berdamping  dengan  sekolah­sekolah  dan  guru­guru  serta  mengambil  tahu  proses  pendidikan  di  sekolah­sekolah  di  kawasan  masing­masing  secara  tidak  langsung  Mereka  perlu  dilibatkan  bersama  untuk  memainkan  peranan  dalam  menentukan  persekitaran  selamat  kepada  pelajar  dan  penduduk  setempat.ibu bapa dan masyarakat  setempat.  Pemuafakatan  ini  dapat  membina  kesefahaman  tentang 19  .  Ibu  bapa  sebagai  anggota  masyarakat  mesti  memainkan  peranan  yang  serius  terhadap  pendidikan  anak­anak  mereka.

  motivasi. MAYC.  PIBG  juga  berperanan  ke  arah  menjaga  kesetabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.  Sebahagian  besar  ahli  NGO  terdiri  dari  kalangan  guru­guru  muda  dan  pelajar  yang  masih  aktif  dan  bertenaga.  Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).  Tamil  Bell  dan  lain­lain  juga  penyumbang  kepada  peningkatan  martabat  profesion  keguruan  melalui  aktiviti­aktiviti  penerangan  kepada  ahli. ABIM.  kemudahan  dan  suasana  sekolah  yang  selesa. 570401­03­6165  tanggungjawab bersama  dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan  pembelajaran  murid  di  sekolah.  pembinaan  semangat.  Pihak  swasta  dianjurkan  memulakan  ‘program mesra pekerja ‘ dengan mewujudkan pusat­pusat penjagaan anak dan  taman  didikan  di  tempat­tempat  yang  berhampiran  dengan  kawasan  industri  masing­masing.  Penglibatan  badan  bukan  kerajaan  (NGO)  seperti  PEMADAM  dan  pertubuhan­pertubuhan belia seperti GPMS.  PIBG  juga  sebagai  pelengkap  terhadap  fungsi  Kementerian  Pelajaran  dalam  menyediakan  prasarana.  Aktiviti­aktiviti  kepimpinan. 4B. Pihak swasta  juga  harus  menjalankan  aktiviti­aktiviti  membantu  kegiatan  sekolah  dan  guru­  guru  di  dalam  proses  pembinaan  ilmu  ini.  Lain­lain  pihak  yang    menyumbang  kepada  memartabatkan  profesion  keguruan ialah seperti badan swasta dan kesatuan­kesatuan guru. Belia Bimbingan.  gotong royong adalah antara aktiviti positif ke arah mencapai matlamat tersebut.  Pihak  swasta  juga  boleh  mengambil  sekolah­sekolah  berdekatan sebagai sekolah angkat mereka dan menyediakan peruntukan untuk 20  .

  dan  penginapan  bagi  pegawai  yang  bertugas  di  luar  pejabat  serta  menuntut  tempoh  pengesahan  jawatan  lebih  awal  daripada  tiga  tahun sekarang.  berbanding hanya RM165 sekarang.  Kesatuan­kesatuan  guru  juga  memainkan  peranan  dalam  memperjuangkan  kebajikan  guru  demi  meningkatkan  martabat  guru.  harian. Antaranya ialah  tuntutan  kenaikan  kadar  imbuhan  tetap  perumahan  (ITP)  bagi  pegawai  perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG 3 (DG 41) kepada RM400.  satu  resolusi  yang  menggariskan  27  perkara  bagi  meningkatkan  martabat  profesion keguruan telah diserahkan kepada Menteri  Pendidikan . Tuntutan­tuntutan lain ialah kenaikan kadar  elaun  makan. 570401­03­6165  membantu program­program kecemerlangan di sekolah­sekolah angkat tersebut.  Turut  diperjuangkan  ialah  skim  gaji  berasingan  bagi  pensyarah  di  politeknik dan maktab  serta hadiah pergerakan gaji (HPG) kepada PPPS DG 3  dan  DG  2  yang  mempunyai  kelayakan  lebih  tinggi  terutama  peringkat  sarjana  dan doktor falsafah.  Dengan cara ini profesion perguruan akan lebih kukuh dan meyakinkan.  Persatuan  Perkhidmatan  Perguruan  Kebangsaan  (NUTP)  juga  memperjuangkan  kebajikan  guru­guru  siswazah  dimana  sebanyak  12  perkara    yang  membabitkan  guru  kumpulan pengurusan dan professional itu telah diperjuangkan.  Kesatuan  Guru­Guru  Mlelayu  Malaysia  Barat  (KGGMB)  telah  mengadakan    Seminar  Kebangsaan    Kebangsaan  Profesion  Perguruan  2002.Tan Sri Musa 21  .

570401­03­6165  Mohamad    boleh  dijadikan  panduan  betapa  peningkatan  profesion  ini  perlu  ditingkatkan.  c. 22  .  Antara perkara yang dicapai ialah;  a.  Sebuah  jawatan  kuasa  mesti  diwujudkan  untuk  meneliti  kepiawaian  dalam  latihan  praperkhidmatan di samping konsep pembelajaran sepanjang hayat harus  diterapkan kepada guru supaya peningkatan ilmu dapat dilakukan.  Pendedahan  semula  melalui  latihan  dalam  perkhidmatan  yang  menfokus  kepada  etika  keguruan dan dipastikan menjadi garis panduan kepada para  pendidik.  manakala  latihan  dalam  perkhidmatan  perlu  dimantapkan  dari  aspek  kesesuaian  bidang  pendidikan  semasa  supaya  bergerak  seiring  dengan  perkembangan  terkini.    Tatasusila  profession  keguruan  harus  memberi  tumpuan  kepada  ikhtisas  dan  ilmiah. Profesor  Madya  Dr.  Etika  profession  keguruan  sedia  ada  harus  disemak  semula  bersesuaian  dengan  cabaran  pendidikan  kini.  b.Abdul  Rahman  Daud  manyatakan  resolusi  tersebut  telah  melalui  proses  pemurnian  secara  teliti  bagi  memastikan  perkara  yang  hendak  di  sampaikan jelas dan tepat.  Presiden Kesatuan Guru­Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB).  Kurikulum  pendidikan  guru  harus  mengambil  kira  kepentingan  hubungan  interpersonal  antara  guru  dan  pelajar.  Latihan  dalam  perkhidmatan  dan  kursus  jangka  pendek  boleh  dijalankan  untuk  tujuan  berkenaan.

 dihormati.  Pejabat  Pendidikan  Daerah  dan  sekolah  harus  dibentuk  untuk  memastikan  budaya  profesionalisme  diikuti  pada setiap peringkat.  Pemantauan  harus  dilakukan  ke  atas  guru  permulaan  untuk  meningkatkan kredibiliti mereka dalam aspek amalan pengajaran .  seterusnya memastikan profesion ini terus diiktiraf.  Dengan  resolusi  yang  digariskan  itu.    Budaya  profesionalisme  harus  diterapkan  pada  semua  peringkat  organuisasi  pendidikan.  e.    Program  pengenalan  kepada  profesion  keguruan  harus  dijalankan  untuk guru permulaan dengan menggunakan konsep mentoran. manakala  pentadbir  pula  perlu  memainkan  peranan  lebih  berkesan  dalam  menangani perubahan supaya dapat diterima oleh pendidik. 23  .  sebenarnya  menunjukkan  kesungguhan  warga  pendidik  untuk  mengangkat  martabat  profesion  keguruan.  Sebuah  jawatankuasa  peringkat  Kementerian  Pendidikan.  f.  Jabatan  Pendidikan  Negeri. dan dikagumi bagi  merealisasikan misi nasional. 570401­03­6165  d.

  institusi­institusi  yang  berkaitan  serta  individu  terlibat  dalam  proses  pendidikan. 570401­03­6165  Kesimpulan. 24  .  Usaha­usaha  yang  berterusan  dan  kemaskini  Insya  Allah  akan  dapat  menyempurnakan  wawasan  negara  Malaysia  bukan  saja  setakat  2020  bahkan  melangkaui masa­masa selepasnya.  Sebagai  kesimpulannya  peningkatan  martabat  profesion  keguruan  sebagaimana  yang  dihasratkan  oleh  kerajaan  dapat  dilakukan  dengan  gandingan  mantap  berbagai  pihak  khususnya  Kementerian  Pelajaran  Malaysia.

my/Mei 2001/htm 25  .Kuala Lumpur:Kumpulan  Budiman.muka surat 1  Berita Harian.Johor Bharu 6­  8 Disember.html  http://berita.my/hariguru/perutusan. Pendidikan di Malaysia: Sejarah sistem dan  falsafah.my/hariguru/tatasusila.moe.Pendidikan di Malaysia.  Sufean Hussin (1993).moe.gov.Kuala . Dewan Bahasa dan Pustaka. KONPEN V.perak.  Mok Soon Sang (1996).2006.  Berita Harian.edu.Lumpur.edu.17 Januari 2007.htm  http://www. 30 September 2006  http://www. 570401­03­6165  RUJUKAN  Awang Had Salleh (1980 ) ”Keguruan dan perguruan di Malaysia :  Keperihalan kini dan arah yang ditujui”.

570401­03­6165  26 .

570401­03­6165  27 .