Anda di halaman 1dari 19

Sabtu, 2009 Februari 14

MENGENALI KANAK-KANAK DISLEKSIA


DISLEKSIA DEFINISI Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah: Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi motomata-tangan

APA ITU DISLEKSIA? Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA? Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. Jenis-jenis Disleksia Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

Disleksia visual-auditori Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio . PUNCA-PUNCA DISLEKSIA Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; Keturunan atau genetik Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia CIRI-CIRI DISLEKSIA Kanak-kanak pra-sekolah : - Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan - Suka mengganti perkataan dan hiperaktif - Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah - Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari - Tidak merangkak semasa bayi - Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri - Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanakkanak Sekolah Rendah : 6 hingga 9 tahun - Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor - Menggunakan jari untuk mengira dan membaca - Keliru dengan kiri dan kanan - Tulisan cermin atau terbalik 9 hingga 12 tahun - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan - Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang - Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah : - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten - Kesukaran menulis karangan - Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral

- Kesukaran mempelajari bahasa lain - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan - Jenis orang yang suka senyap - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten - Kurang kemahiran bersosial MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada; Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m w y g j u n m n cepqhnbd Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti thfv Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukanrujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti: Batu tuba Gula - lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut : Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam jem cat - cat Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik Bercakap dan mendengar Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut : 35-8 9-6 Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut - Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh - Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA - Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya - Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. - Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi - Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. - Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa - Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika - Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni - Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik - Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri - Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

Dicatat oleh Pendidikan Khas di 00:04


http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/mengenali-kanak-kanak-disleksia.html

Sindrom Lambat Membaca


Biasanya kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu? Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas yang masih tidak mampu mengeja dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanakkanak ketinggalan dalam pembelajaran. Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom "lambat baca" di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal, pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya. Rawatan bagi sindrom ini adalah dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran bagi membentuk minat mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan padu amat penting bagi kanak-kanak terbabit.

Sindrom disleksia agak sukar dikenal pasti kerana ia tidak seperti sindrom atau penyakit lain. Jika kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia. Apabila mereka mula memasuki alam persekolahan keadaan itu akan kelihatan lebih ketara termasuk ketidakupayaan mengenal huruf, membaca, memahami, cepat lupa serta menterbalikkan huruf.

Kanak-kanak ini juga membaca dari kanan ke kiri, tidak dapat membezakan persamaan perkataan dan kesukaran untuk menyebut ayat yang dieja. Disleksia juga boleh diklasifikasikan sebagai kelewatan pembelajaran dari segi umur daripada yang sepatutnya. Kebanyakan kanak-kanak yang berumur enam tahun sudah mampu untuk belajar membaca, tetapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka tidak dapat memahami asas pembacaan walaupun sudah mencapai Tahun Satu. Tiada ujian tunggal yang dilakukan untuk mengenal pasti disleksia. Penilaian diagnosis yang dilakukan adalah berkaitan dengan perubatan, proses mengenal (kognitif), pengolahan pancaindera dan sejarah perubatan keluarga. Rawatan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak ini. Ini boleh menentukan bahawa mereka mengalami masalah sosial atau tidak. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh merencatkan kebolehan mereka.

Komplikasi yang dihidapi oleh kanak-kanak disleksia ini mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain itu disebabkan membaca adalah perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi. Pengajar perlu menggunakan teknik mendengar, melihat dan sentuhan untuk membantu meningkatkan kemahiran pembacaan mereka.

FAKTA: Disleksia

Disleksia adalah sejenis sindrom lambat membaca Kanak-kanak berusia lima tahun boleh dikenal pasti sama ada menghidap disleksia atau tidak. Kanak-kanak ini adalah normal seperti kanak-kanak lain, malah mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir. Masalah utama penghidap disleksia ialah ketinggalan dalam pelajaran. Cara pembelajaran yang sesuai dan menarik mampu merawat permasalahan disleksia ini.

Sumber Maklumat: Berita Minggu


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=511:sindromlambat-membaca&catid=200:jenis-jenis-penyakit

7 Februari 2011

Laman Utama Negara! Hiburan! Sukan! Dunia! Kosmo2 o Rencana Utama o Stailo o Horizon o Akademi o Pemotoran o Varia o Infiniti o Pesona o GenK o Urban o Komuniti Kita o Kesihatan Arkib Berita Iklan Hubungi Kami

RENCANA UTAMA
Bukan lembap atau malas
Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF Selama enam tahun, Hainan Hamzah bergelut dengan masalah pembelajaran dan tingkah laku yang membimbangkan kedua-dua ibu bapanya. Tetapi, kini tidak lagi.

MESKIPUN lemah menulis dan membaca, Hainan begitu kreatif membina model daripada Lego.

"TAK pernah timbul soal malu dan rendah diri apabila anak saya mengalami masalah ini. Tetapi, saya rasa kecewa sekiranya dia tidak mengerti apa-apa. "Bayangkan perasaan saya tatkala melihat kanak-kanak lain sudah mampu menguasai subjek yang dipelajari di tadika. Mereka boleh mengira, mengeja dan membaca dengan lancar, tapi anak saya sebaliknya," jelas Faezah Salleh mengenai perihal putera sulungnya, Hainan Hamzah yang sukar membaca, menulis dan mengeja seperti rakan sebayanya. Dari segi fizikal dan pandangan 'mata kasar' mungkin Hainan, 12, tiada bezanya dengan kanak-kanak lain. Namun secara tersirat, murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, Selangor ini terpaksa bergelut selama enam tahun untuk keluar daripada masalah yang dialaminya. "Saya terkejut melihat rekod prestasinya. Meskipun sudah dua tahun menimba ilmu di Tadika Qdees, Hainan tidak menampakkan sebarang kemajuan. Bahkan tenaga pengajar semakin gusar kerana dia masih tidak tahu membaca, mengira dan menulis. "Setiap kali guru mengajar, dia enggan berada di tempatnya untuk menyalin atau cuba memahami subjek yang diajar. Sebaliknya, dia buat bising, menyakat dan suka menolak pelajar lain," tambah Faezah.

FAEZAH SALLEH sering menghadapi masalah sejak anaknya mengalami masalah disleksia.

Menurutnya, kelakuan Hainan itu menyebabkannya beberapa kali dipanggil pengetua tadika bagi mengatasi dan membincangkan masalah Hainan. Sejak meneliti buku laporan dan buku latihan Hainan di tadika, hati Faezah berbisik menyatakan anaknya bukan seorang individu yang lembap atau malas belajar, tetapi menghadapi masalah lain. Banyak faktor yang menunjukkan Hainan berhadapan dengan kemelut pembelajaran. Daripada pengamatannya, Faezah mendapati Hainan sukar menyalin huruf-huruf yang tertera di papan hitam. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran Faezah. Bolehkah masalah anaknya diatasi? Mengapa dia tidak boleh membaca atau menulis? Jika menulis sekali pun, tahap tulisannya memang sukar untuk dibaca dan dimengerti. Ini kerana perkataan yang ditulis langsung tidak mempunyai ruang di antara satu perkataan dengan satu perkataan lain atau tertinggal satu huruf. Sebagai contoh (sayaqergikesekolah = saya pergi ke sekolah). Pada masa yang sama, Hainan juga keliru membezakan antara huruf B dan D; P dan Q; N dan U atau M dan W. Dia juga menulis sesuatu perkataan secara terbalik (anagram), seperti qergi untuk pergi. Bukan itu sahaja, setiap kali pulang dari sekolah, buku sekolahnya pasti terdapat tanda soal yang besar yang ditulis oleh gurunya. Tambahnya: "Jika saya sendiri tidak memahami tulisannya, tidak mustahil gurunya turut mengalami masalah yang sama. Hainan bukan sekadar bermasalah untuk menulis malah bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pun sukar."

Sambil menunjukkan contoh tulisan anaknya, Faezah menjelaskan Hainan juga bermasalah berkaitan masa. Sukar baginya untuk menentukan waktu, mengingati hari dalam seminggu, bulan, tarikh lahirnya dan detik bagi sesebuah peristiwa. Sebelum menjalani diagnosis, Hainan atau lebih mesra membahasakan dirinya abang selalu memberitahu mamanya: "Mama, semalam abang terjatuh atau mama, semalam abang bermain bola atau mama, semalam cerita kartun tu best sangat!. Anak sulung daripada dua adik-beradik ini akan menceritakan setiap kejadian yang berlaku semalam sedangkan peristiwa itu berlaku pada minggu atau bulan lepas. Selain itu, sekiranya Faezah memberi dua atau tiga arahan dalam satu masa, sukar untuk Hainan mengikut arahan itu. Apa yang pasti, dia pasti tercicir salah satu arahan. Tambah Faezah lagi, anaknya yang gemar bermain permainan playstation, turut menghadapi masalah dalam subjek Matematik. Dia begitu lemah untuk mengingati turutan nombor, apatah lagi untuk menyelesaikan masalah subjek tersebut (melibatkan proses menolak, darab dan tambah). "Terlalu banyak masalah 'mengganggu' Hainan sehingga dia kerap menangis kerana enggan masuk ke kelas formal (bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik). Ini kerana dia berasa bosan dan penat apabila mengetahui dirinya sukar untuk menerima pelajaran yang diajar guru. "Oleh kerana sukar menulis atau membaca di dalam kelas, dia lebih cenderung membuat bising dan mengacau murid lain. Dia juga tidak boleh fokus dalam melakukan sesuatu perkara. Tempoh paling lama untuk dia bertahan hanya lima minit sahaja," ujar Faezah ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Sri Petaling, Selangor baru-baru ini. Oleh kerana kasihan melihat Hainan, Faezah membawa anaknya berjumpa Pakar Psikologi, Pusat Psikologi Malaysia Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr.Erward Chan, untuk merungkai segala permasalahan yang dihadapi ini.

KANAK-KANAK disleksia perlu mendapat pendidikan dan pendedahan yang lebih berbanding kanak-kanak normal.

Pertemuan tersebut berhadapan masalah kerana anaknya sukar memahami dan gagal bertutur dengan betul dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Namun Dr. Erward enggan mengalah lalu menjalani ujian minda ke atas Hainan. Hasil pemeriksaannya, beliau mendapati IQ Hainan normal, cuma menghadapi masalah bertutur, penulisan dan pendengaran. Mengapa? Akhirnya segala persoalan terjawab apabila Dr. Edward memberitahu Hainan mengalami kondisi kesukaran pembelajaran atau disleksia. Sementara itu, Hainan berkata: "Sejak belajar di Persatuan Disleksia Malaysia, Titiwangsa Kuala Lumpur, saya sudah boleh membaca, mengira dan bertutur dengan betul. Jika sebelum ini, saya kurang memahami apa yang diperkatakan oleh mama, tetapi hari ini saya boleh bergurau senda. "Paling menggembirakan, saya sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal tiba. Dahulu, tulisan saya teruk, buruk dan susah cikgu nak baca. Selepas ke kelas persatuan, tulisan saya cantik sedikit (tergelak)," ujarnya yang juga mendapatkan guru persendirian di rumah ketika berusia tujuh tahun. Selepas lapan bulan belajar, Hainan menunjukkan peningkatan apabila memperoleh markah penuh bagi subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik ketika berada di Tahun Satu. Kemajuan peperiksaan ini menambahkan semangatnya untuk terus berusaha dan belajar. Walaupun kanak-kanak disleksia mengalami kesukaran membaca dan menulis, tetapi mereka memiliki kecerdasan, kepintaran dan berbakat dalam bidang kreatif, kesenian serta cekap membuat mainan binaan. Seperti Hainan, dia mahir membina bangunan, robot atau bentuk yang disusun menggunakan blok-blok Lego. "Kebanyakan ibu bapa berpendapat, sekiranya anak-anak menghadapi masalah ini, mereka dianggap malas dan bodoh. Saranan saya, tangkis tanggapan negatif itu," nasihat Faezah yang masih menghantar Hainan ke kelas disleksia setiap hari Sabtu.

Kelainan pada struktur otak APA itu disleksia? Disleksia bukan penyakit kronik yang boleh membawa maut. Ia merupakan proses pembelajaran yang terganggu. Bagi golongan normal, mereka menerima proses membaca, mengira dan mengeja dalam jangka masa cepat, tetapi kumpulan disleksia sebaliknya. Ini kerana otak mereka tidak memproses dan menerima maklumat seperti kanak-kanak normal. Sistem impuls otak yang bergerak ke kiri dan ke kanan tidak sama. Dan, mereka juga tidak mempunyai bahagian otak yang dominan, jelas Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Dr. Samsilah Roslan.

Disleksia disebabkan oleh kelainan di dalam struktur dan fungsi otak, malah ia boleh diwarisi dari ahli keluarga. Namun begitu, kajian masih tidak dapat memastikan punca sebenar yang menyebabkan kondisi ini. Statistik menunjukkan lebih 500,000 kanak-kanak Malaysia menghadapi cabaran hidup disleksia. Pecahan peratusan sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus mendapati kanak-kanak mengalami masalah disleksia pada tahap ringan manakala empat peratus di tahap yang teruk.
DR. SAMSILAH ROSLAN

Walaupun dislesksia merupakan masalah yang dihadapi sepanjang hayat, kanak-kanak yang mengalaminya masih dapat diatasi dengan dorongan, sokongan dan bantuan yang sewajarnya.

Sekiranya mendapati anak-anak mengalami masalah dislesksia, segeralah dibawa berjumpa pakar atau guru pendidikan khas. Ini kerana jika tidak dibendung pada tahap awal masalah ini akan melarat sehingga dewasa. Kesannya, kanak-kanak menerima sumber maklumat yang terhad, keyakinan diri semakin menurun kerana rasa malu dan bodoh, tidak bijak dalam pelajaran dan sukar untuk menjadi individu yang profesional, ujar Dr. Samsilah yang memberitahu kanak-kanak disleksia tidak boleh berasa cemas dan takut.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Rencana_Uta ma&pg=ru_01.htm

Sep 19

Kenali Disleksia

Isu Pendidikan,

LINUS, Pemulihan Khas

by CikguFais Apa itu Disleksia? Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa. Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah: * Dyscalculia (Diskalkulia) bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik; * Dysgraphia (Disgrafia) bermasalah dalam bahasa; dan * Dyspraxia (Dispraksia) bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan.

Ciri-ciri penghidap Disleksia 1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. 2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. 3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. 4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya b dianggap p dan p dianggap q. 5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis. 6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. 7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki. 8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala. 9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa. Punca-Punca Disleksia Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. Masalah Kanak-Kanak yang Menghadapi Disleksia Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m w y g j u n m n cepqhnbd Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti thfv Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti: Batu tuba Gula lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut: Jam jem cat cat Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.

Bercakap dan mendengar Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut : 358 96 Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial - Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut - Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh - Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah. Rawatan Kanak-Kanak Disleksia Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak. 1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal. 2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. 3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi. 4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan

yang berterusan. 5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka. 6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika. 7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni. 8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik. 9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai. Disunting dari: 1. http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia
http://www.cikgufais.net/2010/09/kenali-disleksia

Disleksia Kesihatan - Kesihatan Kanak-kanak Ditulis oleh Dr. Ramli Jumaat, 09 Januari 2009 Sejenis masalah pembelajaran. Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran yang agak biasa berlaku. Kebanyakkan mereka yang mempunyai masalah ini tidak tahu pun yang mereka mempunyai masalah tersebut. Adalah dianggarkan 4-8 % pelajar mempunyai masalah ini. Kanak-kanak lelaki lebih ramai yang mempunyai masalah ini berbanding perempuan. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Namun begitu mereka mempunyai keupayaan intelek yang normal. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran : Membaca, Menulis, Memahami, Mengeja, Mengira.

Ciri-ciri kanak-kanak Disleksia. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :


Lambat bertutur Mengalami kesukaran sebutan atau rima Sukar menulis nama sendiri Payah mengenal bentuk atau warna Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :


Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : 37 menjadi 73, was menjadi saw atau b dibaca sebagai d Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Keistimewaan individu Disleksia

Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein) Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialami kenak-kanak disleksia.


Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan o Gangguan emosi (seperti kemurungan) o Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku) o Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak Disleksia Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah : 1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak 2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan 3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui : o Terapi pertuturan o Latihan pendengaran dengan bantuan komputer o Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran) 1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) 2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) 3. Merasa pergerakan bibir 4. Menulis huruf atau perkataan

4. Langkah-langkah pemulihan : o Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur o Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan) o Gunakan video atau kaset untuk belajar

5. Program pemulihan khusus : o Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia Sumber : Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.
http://www.dr.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=267&Itemid=26

Anda mungkin juga menyukai