Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA DUA, PETALING JAYA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 DUNIA SENI VISUAL (KSSR TAHUN

2) MASA : 1 JAM 15 MINIT NAMA: ____________________________ KELAS: K / P / B / H

ARAHAN: Anda dikehendaki memilih SATU (1) soalan daripada 4 soalan yang diberikan. Karya mestilah dihasilkan di sekolah pada waktu yang ditetapkan. Semua bahan yang diperlukan perlu dibawa oleh murid sendiri kecuali kertas lukisan.

Bidang A ( Menggambar) Rumahku syurgaku. Tidak kira bagaimana jenis rumah dan bentuknya, dirumahlah kita berlindung dari keadaan panas dan hujan. Dengan menggunakan teknik pelbagai garisan, hasilkan sebuah lukisan rumah untuk menggambarkan rumah kamu. Alat : tiada Bahan: pensil, pensel warna atau oil pastel ATAU Bidang B ( Membuat corak dan rekaan) Kertas yang berwarna warni dapat menghasilkan pelbagai corak yang menarik. Anda dikehendaki menghasilkan dua corak lipatan dan guntingan menggunakan kertas warna. Alat : Gunting Bahan : kertas warna dan gam ATAU Bidang C( Membentuk dan membuat binaan) Bahan kitar semula mempunyai pelbagai kegunaan jika kita kreatif menerokanya. Anda dikehendaki membuat stabail daripada botol plastik, penyedut minuman dan guntingan gambar dari majalah. Alat : gunting Bahan : botol plastik, penyedut minuman, gam, plastisin, kad manila ATAU Bidang D (Mengenal Kraf Tradisional) Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Anda dikehendaki menghasilkan satu gasing mudah diperbuat dari lidi sate dan box board Alat : gunting Bahan : lidi sate, box board, krayon , gam

Disediakan oleh, _______________ (CIK UMMU HANI) GURU PANITIA DUNIA SENI VISUAL

Disemak oleh, _______________ (PN INTAN JUHANA) KETUA PANITIA DUNIA SENI VISUAL

Anda mungkin juga menyukai