Anda di halaman 1dari 4

KELAS SOSIAL Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial seperti pekerjaan, gaji

yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik.


Walau bagaimanapun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan.

Ketidaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya. Hal ini berlaku apabila wujudnya jurang pendidikan antara kaum tertentu dengan kaum yang lain di samping berlakunya jurang antara jantina murid-murid di dalam kelas. Apa yang dikatakan sebagai kelas sosial? Merujuk kepada Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010) dalam Budaya dan Pembelajaran, Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, kelas sosial bolehlah dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan puncapunca pengeluaran. (p:79)

Sehubungan dengan perkara di atas, sekiranya tidak mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran, maka kelas sosial ini wujud. Sebagai contoh golongan Bourgeoisie yang mana mempunyai puncapunca kuasa, pengagihan dan pertukaran. Tidak seperti golongan Proletariat yang bukan hanya tidak mempunyai modal, malah menawarkan tenanga kerja sahaja.

Sebagai seorang guru, strategi adalah satu peranan yang amat penting dalam menangani ketaksamaan peluang pendidikan ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Melalui idea Kamarudin Hj. Husin (1998) dalam Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi Bahasa (Perkaedahan), Strategi yang berpusatkan pelajar pula akan menekankan lebih banyak peranan dan penglibatan pelajar dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mengambil bahagian dan bekerja secara aktif. (p:81)

Guru harus menjalin dan membina sebuah hubungan yang harmonis dengan murid-murid. Strategi pemusatan murid ini adalah satu strategi yang baik kerana melibatkan murid secara keseluruhan. Selain daripada itu, melalui proses strategi pemusatan murid dalam pembelajaran sesebuah bilik darjah murid-murid digalakkan untuk berinteraksi sesama rakan sekumpulan mahupun kumpulan yang lain. Di samping itu juga, pada masa ini murid-murid dapat meluahkan pandangan dan idea-idea masing-masing. Sewaktu melaksanakan strategi ini, guru memainkan peranan untuk tidak membeza-bezakan kelas sosial murid dalam kelas. Ini bermakna, guru hendaklah mencampur-campurkan kelas sosial ini dalam kumpulan agar tidak berlakunya puak-puak. Antara strategi dan teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah teknik drama, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, lakonan, projek dan sebagainya. Membina hubungan yang baik dengan murid bagi menangani

ketaksamaan peluang pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan. Mengikut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008) dalam Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku,

Apabila peraturan dibina bersama dengan murid (bukannya arahan guru sahaja) akan timbul rasa tanggungjawab untuk mematuhi arahan tersebut, Guru pula bertindak untuk memastikan peraturan itu dijalankan dan dipatuhi. (p:54)

Guru boleh menggunakan strategi ini dalam memupuk murid membuat keputusan dan memikul tanggungjawab melibatkan kelas dan sesi pengajaran dan pembelajaran di samping merupakan satu strategi untuk membina hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Guru memberi peluang kepada murid-murid dalam memikul tanggungjawab untuk memastikan

kesejahteraan kelas dengan melaksanakan peraturan kelas tanpa membezakan kelas sosial murid. JANTINA Di sekolah, murid-murid lelaki dan perempuan memilih mata pelajaran yang sekufu dengan mentaliti mereka atau dari erti kata lain, mengikut kesukaan mereka sendiri. Secara tidak langsung, hal ini mengakibatkan wujudnya jurang antara murid dengan murid yang berlawanan jantina. Oleh yang demikian, gurulah yang perlu memainkan peranan dalam merancang aktivti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid tanpa mengira jantina. Guru perlu menyediakan aktiviti yang melibatkan murid berinteraksi dan
berbincang dengan berlainan jantina. Dalam pada masa yang sama, mereka

haruslah diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam berinteraksi ini. Oleh yang demikian, strategi berpusatkan bahan memainkan peranan yang baik sekiranyan ingin melibatkan kedua-dua jantina berinteraksi antara satu sama lain. Melalui hal ini, murid-murid dapat menerima pembelajaran secara lebih efektif. Menurut Mok Soon Sang 2010 dalam Siri Pengajian Sosial Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran,

Di bawah strategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pengajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara sendiri atau secara berkumpulan tanpa kehadiran guru. (p:95)

Secara keseluruhannya, guru menggunakan strategi berpusatkan bahan ini untuk melaksanakan aktiviti yang dapat menarik dan merangsang minat murid-murid yang berlainan jantina. Sekiranya guru mengambil perhatian akan minat yang ditonjolkan oleh murid-muridnya, sudah pasti guru itu mampu untuk menghasilkan aktiviti yang mampu menarik minat semua muridnya. Guru yang kreatif akan dapat mengendalikan sebuah aktiviti yang dapat menggabungkan minat murid lelaki dan perempuan tanpa mewujudkan jurang sesama mereka. Strategi ini amat mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Selain daripada itu, komunikasi dan interaksi dapat dibina sewaktu dalam dalam aktiviti berkumpulan. Kemahiran komunikasi memainkan peranan pembentukan budaya
penyayang.

Di samping itu, bahan yang disediakan hendaklah sesuai dan kumpulan perlulah dicampur agar tidak berlakunya jurang di antara gender. Guru perlu membimbing murid-murid untuk memupuk minat dan semangat setiakawan terhadap rakan-rakan mereka. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah, pengajaran dan pembelajaran kesepaduan, penggunaan buku teks, penggunaan komputer, perbincangan berpandukan teks dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai