Anda di halaman 1dari 15

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

MISKONSEPSI Konsep Miskonsepsi Memahami apa itu miskonsepsi. Miskonsepsi adalah satu istilah untuk menerangkan idea yang sedia ada pada murid yang mana idea tersebut tidak selari dengan penerangan saintifik oleh mana-mana ahli sains yang telah digunapakai sebagai teori, prinsip atau hukum sains. Kanak-kanak membesar dengan persekitaran yang boleh menjurus kepada miskonsepsi. Pengalaman yang dilalui semasa dirumah atau semasa bermain boleh mewujudkan miskonsepsi berdasarkan atas pemerhatian kendiri. Sesuatu perkara yang kurang jelas akan dinilai dengan pengamatan kanak-kanak itu sendiri. Sudah tentu penilai mereka adalah cetek dan hanya berdasarkan pengalaman yang pernah mereka lalui sahaja. Maka mereka akan membentuk satu konsep yang dangkal tentang sesuatu pemerhatian. Hancock (1940) mendefinisikan miskonsepsi sebagai satu idea yang kurang berasas yang tidak dipengaruhi oleh elemen rasa takut, tuah, takdir atau fenomena luar biasa. Barrass (1984) pula menyatakan bahawa guru atau murid yang pintar boleh membetulkan miskonsepsi. Miskonsepsi bukanlah sesuatu yang bersifat kekal. Ianya boleh dibetulkan, dengan bimbingan dan langkah pengajaran yang terancang dan terbimbing sesuatu miskonsepsi pada kanak-kanak boleh diperbetulkan selari dengan idea saintifik yang tergunapakai. Malangnya jika ianya tidak diperbetulkan miskonsepsi ini akan dianggap betul selamalamanya dan menjadi pegangan individu tertentu untuk menerangkan sesuatu kejadian atau fenomena yang diperhatikan. Harus ditegaskan bahawa miskonsepsi boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Seseorang yang mendapat kurang penjelasan tentang sesuatu perkara akan cuba membuat sesuatu generalisasi yang adakalanya amat bertentangan dengan idea asas sesuatu perkara tersebut. Miskonsepsi bukan hanya berlaku pada kanak-kanak malah guru juga boleh mengalami miskonsepsi. Sesetengah orang rasa berpuashati dengan ilmu yang ada dan tidak cuba mengembang atau memperbaharuinya. Jika ada idea yang baru tentang sesuatu perkara ianya tidak diendahkan kerana berpuashati dengan penerangan yang ada pada dirinya. Ini boleh menyebabkan miskonsepsi. Ilmu itu sentiasa berkembang dan jika ada penerangan yang lebih baik terhadap sesuatu perkara maka ianya perlu diambil perhatian yang secukupnya. Guru mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap pelajar. Sebarang miskonsepsi yang ada pada guru akan diperturunkan dengan mudah kepada murid-muridnya. Guru harus bersedia untuk sesuatu pelajaran , kaji dengan teliti isi sesuatu topik, buat rujukan yang sesuai supaya apa yang akan kita sampaikan nanti adalah benar-benar relevan.
1

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

Murid murid datang ke sekolah dengan membawa bersama mereka satu kerangka pengetahuan yang telah wujud melalui pengalaman seharian. Melalui proses pembelajaran kerangka pengetahuan ini akan dapat diasimilasikann dengan ilmu sains atau diperbetulkan jika ianya bersifat kontra dengan penerangan sains yang relevan. Perancangan pelajaran yang sesuai harus dirangka dan dilaksanakan bersesuai dengan miskonsepsi yang berkemungkinan ada pada set pelajar yang kita ada. Banyak faktor yang berupaya menymbang kepada miskonsepsi berlaku dalam kelas atau semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ; 1. Pemahaman kanak-kanak berkembang lebih perlahan dari kadar sesuatu konsep itu dipersembahkan melalui buku teks atau arahan guru secara langsung. 2. Penggunaan bahasa dalam buku teks atau guru secara langsung yang mengelirukan. 3. Terdapat konflik yang tidak difahami berhubung pengalaman sedia ada murid dan apa yang dipersembahkan oleh buku teks. 4. Kita selalu mengharapkan murid akan faham dengan hanya satu penerangan yang ringkas tanpa cuba menyelidiki adakah murid telah betul-betul memahami satu idea atau konsep yang diperkenalkan. 5. Pembelajaran yang berbentuk pasif dimana guru menerang dan murid mendengar. Ini menyebabkan murid mungkin faham dari segi teori tetapi tidak faham dari segi aplikasi sesuatu teori atau idea.

Keadaan di atas boleh mengakibatkan murid gagal untuk memahami idea kerana dari aspek pembejalaran adalah tidak selari dengan tahap kesediaan dan pemaham,an murid. Ini akan menjerumuskan murid berpegang kepada sesuatu konsep yang memang telah sedia ada padanya berbanding menerima sesuatu penerangan dari guru. Maka miskonsepsi boleh berlaku walaupun dalam bilik darjah. Tanpa pemahaman tentang miskonsepsi murid, pembelajaran yang dirancang dengan begitu teliti sekali[pun akan gagal kerana pengetahuan sedia ada murid memainkan pertanan bagaimana sesuatu idea itu diasimilasikan menjadi sesuatu pengalaman baru yang bermakna. Idea sains kanak-kanak boleh dikumpul dengan cara : 1. Pemerhatian ke atas murid yang dikenalpasti 2. Menemubual murid yang dikenalpasti. Pemahaman yang jelas tentang miskonsepsi amat membantu dalam merancang pembelajaran yang relevan dengan tahap dan pengetahuan murid.

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

Pengumpulan Maklumat Maklumat dikumpul dengan cara : 1. Pemerhatian 2. Menemubual 3. Memberi tugasan atau soalan yang relevan

Pendekatan : Pemerhatian

Murid yang berpotensi untuk dikaji diperhatikan untuk beberapa hari. Semua jawapan untuk setiap tugasan yang diberikan oleh guru dipantau bagi mengesan miskonsepsi yang ada. Selain itu jawapan murid secara lisan diteliti dan dicatatkan. Hasil dari pemerhatian dua orang murid telah dikenalpasti untuk dijadikan bahan kajian. (Sila Lihat lampiran Biodata murid A dan B). Kedua-dua murid ini kerap memberikan jawapan yang menunjukkan adanya miskonsepsi pada mereka. Namun mereka juga memberikan jawapan yang relevan untuk idea-idea sains yang tertentu.

Pendekatan : Temubual

Satu temu bual ringkas telah dijalankan ke atas kedua-dua murid tersebut berkaitan topik benda hidup. Soalan soalan yang dikemukakan adalah sama. Temubual dijalankan secara tertutup tanpa kehadiran murid-murid yang lain dan juga guru yang tidak terlibat. Dapatan dari sesi temubual ini adalah seperti berikut : 1. Murid A 1.1 Soalan pertama : Boleh kamu ceritakan apa yang kamu faham tentang benda Hidup? Jawapan : Boleh, benda hidup boleh bernafas dan membiak. Melalui jawapan murid ini kita boleh katakan yang murid ini secara asasnya memahami apa itu benda hidup tetapi ianya tidak diterangkan secara terperinci merangkumi ciri- ciri bagi haiwan dan tumbuhan. (Sukatan Sains Tahun 4).
3

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

1.2 Soalan kedua : Cuba kamu sebutkan ciri-ciri benda hidup? Jawapan : Ciri-ciri benda hidup ialah memerlukan air, makanan dan udara.

Melalui jawapan ini jelas murid keliru dengan ciri-ciri benda hidup dan keperluan asas benda hidup. Ini merupakan satu miskonsepsi pada murid A kerana pada pemahamannya ciri-ciri benda hidup adalah sama dengan keperluan asas benda hidup.

1.3 Soalan ketiga : Bagaimana dengan pokok, adakah pokok benda hidup? Jawapan : Ya, kerana pokok boleh mencari cahaya dan air.

Disini kita boleh katakan yang murid ini cenderung untuk mengaitkan ciri benda hidup dengan keperluannya. Melalui jawapan ini murid keliru dengan gerak balas rangsangan geotropisme dan fototropisme pada tumbuhan dengan ciri-ciri tumbuhan sebagai benda hidup.

1.4 Soalan keempat : Bagaimana pokok mendapatkan makanannya? Jawapan : Cara pokok mendapatkan makanan ialah kerana akar boleh men cari air, pucuk boleh mencari cahaya.

Murid ini cuba menyatakan yang jika pokok perlu untuk mendapatkan makanan maka ianya hanya perlu menyedut air dan mendapatkan cahaya. Ini menunjukkan yang murid beranggapan pokok menyedut secara terus keperluan zatnya dari tanah dan cahaya.

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

2. Murid B 2.1 Soalan pertama : Boleh kamu ceritakan apa yang kamu faham tentang benda hidup? Jawapan : Boleh cikgu. Melalui jawapan ini murid beranggapan yang soalan ini adalah satu permintaan dan aka nada soalan seterusnya untuk dijawab.

2.2

Soalan kedua : Cuba kamu sebutkan ciri-ciri benda hidup? Jawapan : Cikgu, benda hidup boleh bernafas bergerak dan sebagainya.

Melalui jawapan yang diberikan oleh murid ini menunjukkan beliau faham tentang ciri benda hidup hanya jawapan yang diberikan agak ringkas dan tidak menyeluruh.

2.3

Soalan ketiga : Bagaimana dengan pokok, adakah pokok benda hidup? Jawapan : Ya, cikgu.

2.4

Soalan keempat : Bagaimana pokok mendapatkan makanannya? Jawapan : Pokok mendapatkan makanan melalui proses fotosintesis.

Jawapan yang jelas menunjukkan murid ini faham yang tumbuhan perlu menjalankan proses fotosintesis untuk mendapatkan makanan atau nutrien yang diperlukan.

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

Pendekatan : Menjawab Soalan Seterusnya murid A dan B diminta untuk menjawab soalan atau tugasan yang berkaitan. Hasilnya adalah seperti berikut :Sila Lihat lampiran (Jawapan murid) 1. Murid A 1.1 Soalan 1 : Apakah ciri-ciri benda hidup?

Jawapan yang diberikan oleh murid ini menunjukkan yang murid ini mempunyai pengetahuan yang amat kurang berkaitan ciri benda-benda hidup. 1.2 Soalan 2 : Apakah keperluan asas bagi tumbuhan?

Murid ini menambahkan baja kepada keperluan asas bagi tumbuhan. Mungkin murid ini beranggap bahawa jika tidak diberi baja tumbuhan tersebut akan mati. 1.3 Soalan 3 : Terangkan bagaimana haiwan ini membiak?

Jawpannya menunjukkan murid ini faham dengan fakta bahawa paus membiak dengan melahirkan anak. 1.4 Soalan 4 : Bagaimana haiwan ini bernafas?

Jawapan ini menunjukkan yang murid keliru dengan fakta yang paus bernafas menggunakan paru-paru. Ini kerana paus tinggal di laut dan dianggap sama seperti ikan ia bernafas menggunakan insang.

2. Murid B 2.1 Soalan 1 : Apakah ciri-ciri benda hidup?

Jawapan yang diberikan oleh murid menunjukkan yang murid ini faham tentang ciri benda hidup berbanding dengan jawapannya dalan sesi temubual. 2.2 Soalan 2 : Apakah keperluan asas bagi tumbuhan? Melalui jawapan yang diberikan murid faham tentang keperluan tumbuhan. Tetapi mungkin konsep makanan bagi tumbuhan perlu dijelaskan lebih terperinci. 2.3 Soalan 3 : Terangkan bagaimana haiwan ini membiak? Murid ini faham yang paus membiak dengan melahirkan anak.
6

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

2.4 Soalan 4 : Bagaimana haiwan ini bernafas? Melalui jawapan yang diberikan jelas murid menganggap paus sama dengan ikan dari segi pernafasannya kerana sama-sama tinggal dilaut. Ini merupakan satu lagi miskonsepsi yang ada pada murid B.

Pendekatan : Tugasan Sila rujuk lampiran. Murid A Tugasan 1 : Bina satu peta konsep tentang benda hidup. Melalui jawapan yang diberikan murid ini boleh menerangkan ciri-ciri benda hidup secara asasnya. Tugasan 2 : Bina satu peta konsep tentang pembiakan haiwan. Murid ini tidak faham atau mempunyai pengetahuan yang kurang berhubung perkara yang berkaitan. Tugasan 3 : Bina satu peta konsep tentang bumi. Hasil kerja murid menunjukkan bahawa murid faham serba sedikit fakta-fakta berkaitan murid.

Murid B Tugasan 1 : Bina satu peta konsep tentang benda hidup. Jawapan yang diberikan menunjukkan murid faham idea tentang konsep benda hidup. Tugasan 2 : Bina satu peta konsep tentang pembiakan haiwan. Jawapan yang diberikan amat relevan menunjukkan murid ini faham tentang fakta berkaitan pembiakan haiwan. Tugasan 3 : Bina satu peta konsep tentang bumi. Jawapan murid ini amat relevan menunjukkan yang murid ini faham tentang fakta berkaitan dengan bumi.

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

Perbandingan Dari maklumat yang dikumpul melalui kajian di atas kita dapat mengesan murid A mengalami miskonsepsi yang pelbagai berbanding dengan murid B. Ini boleh dilihat melalui perbandingan di bawah. MISKONSEPSI MURID A 1. Tumbuhan mendapatkan makanan dengan menyedutnya secara langsung dari alam. 2. Ciri tumbuhan adalah sama dengan keperluan asas tumbuhan. 3. Paus bernafas melalui insang MURID B 1. Paus bernafas melalui insang.

Murid A mempunyai miskonsepsi yang lebih banyak berbanding Murid A mungkin berpunca dari segi umur dan belajar dalam kelas yang berbeza. Murid A mungkin baru belajar tentang konsep-konsep yang disoal berbanding murid B yang telah mempelajarinya lebih awal dan mungkin juga fakta-fakta yang lebih kedepan berbanding Murid A. Kedua-dua murid ini mempunyai satu miskonsepsi yang sama iaitu paus bernafas melalui insang. Jenis miskonsepsi Murid A dan B sama-sama menganggap yang paus bernafas melalui insang. Perkara ini timbul kerana paus tinggal sepenuh masa di dalam air dan dianggap sama sifatnya dengan ikan-ikan yang tinggal di dalam laut. Maka mereka membuat satu generalisasi yang paus bernafas melalui insang kerana ia tinggal didalam laut. Satu lagi perkara yang mengelirukan murid ini adalah istilah yang biasa kita gunakan termasuk buku-buku teks yang digunakan di sekolah. Iaitu paus biasanya akan disebut atau ditulis sebagai ikan paus. Penggunaan istilah ikan telah memesongkan fakta sebenar tentang paus. Maka ini telah mewujudkan miskonsepsi. Oleh kerana penggunaan istilah yang kurang sesuai pada paus telah menyebabkan berlakunya miskonsepsi maka kita boleh mengkategorikan miskonsepsi ini sebagai Miskonsepsi Vernakular. Miskonsepsi yang wujud kerana penggunaan istilah yang maksudnya berbeza dalam konteks sains dan kehidupan harian.

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

Pendekatan pembelajaran yang sesuai bagi mengatasi masalah miskonsepsi Pendekatan : Konstruktivisme Tema : Menyiasat alam kehidupan Topik : (2) Proses kehidupan Objektif Pembelajaran : Murid-murid akan belajar tentang : 2.3 Menganalisa proses kehidupan haiwan Hasil Pembelajaran : Murid-murid akan dapat :2.3. Mengenalpasti struktur pernafasan bagi haiwan. Aktiviti/ langkah-langkah pengajaran. 1. Set induksi - Guru meminta murid menarik nafas - Guru meminta murid menyatakan laluan udara yang disedut - Guru meminta murid untuk menyatakan organ pernafasan bagi manusia. 2. Pencetusan idea - Guru menunjukkan gambar beberapa jenis haiwan - Guru meminta murid menyatakan organ pernafasan bagi haiwan yang ditunjukkan. - Guru mengedarkan lembaran aktiviti berkaitan jenis organ pernafasan. 3. Penstrukturan semula idea - Guru meminta beberapa orang murid untuk menuliskan jawapan di papan hitam - Guru membimbing murid membincangkan jawapan rakan mereka. - Guru membimbing murid untuk memahami fakta berkaitan organ pernafasan haiwan 4. Aplikasi idea - Guru menunjukkan beberapa jenis haiwan lagi dan meminta murid mengenalpasti organ pernafasan haiwan tersebut. (Termasuk Paus). - Guru membimbing murid untuk mengenalpasti organ pernafasan bagi paus. - Guru menerangkan bahawa paus bukan ikan sebaliknya ia adalah mamalia dan bernafas menggunakan paru-paru. 5. Refleksi - Guru menayangkan video ikan paus sedang bernafas - Guru bertanyakan soalan berkaitan - Guru bertanya soalan berkaitan isi pelajaran - Guru membimbing murid membuat kesimpulan pelajaran pada hari tersebut.

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

Refleksi

Setelah menyelesaikan tugasan ini seharusnya kita faham bahawa murid mempunyai miskonsepsi tertentu terhadap idea-idea sains. Miskonsepsi ini jika kita abaikan akan mengakibatkan murid menghadapi konflik idea atau penerangan mengenai sesuatu perkara. Justeru adalah wajar bagi kita untuk memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh murid terutama berkaitan miskonsepsi mereka. Miskonsepsi ini boleh kita kesan sama ada melalui pemerhatian, jawapan yang diberikan oleh murid atau temubual yang dirancang. Kenapa kita perlu mengenalpasti miskonsepsi murid? Ini kerana jika kita tahu idea murid atau kerangka alternative murid terhadap sesuatu perkara, kita boleh merancang aktiviti atau pendekatan yang bersesuaian untuk menangani masalah tersebut. Miskonsepsi juga sebenarnya membantu kita membuat refleksi terhadap Pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Miskonsepsi menunjukkan murid belum faham tentang perkara yang telah diterangkan atau diperkenalkan dalam sesi pembelajaran yang lepas. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan miskonsepsi yang timbul akibat pembelajaran yang mungkin dirancang kurang sesuai dengan faktor kesediaan murid. Miskonsepsi juga boleh berlaku kepada guru. Fakta ini seharusnya membuatkan kita agar sentiasa waspada dengan fakta-fakta yang disampaikan agar ianya tidak menyimpang dari idea sebenar perkara tersebut.Pengaruh guru ke atas murid amat besar. Walaupun maklumat yang disampaikan tidak tepat namun ianya akan dianggap betul. Maka miskonsepsi yang lebih rumit akan berlaku malah akan lebih berakar umbi kerana yang menyampaikannya adalah seorang guru! Pengetahuan mengenai bagaimana miskonsepsi berlaku boleh membantu kita untuk menanganinya dari peringkat awal lagi. Kerangka idea seorang kanak-kanak adalah bersifat cetek kerana wujud dari permerhatian dan pengalaman mereka. Maka kalau miskonsepsi ditangani dari awal ianya adalah lebih mudah untuk ditangani bernbanding jika seseorang itu telah lebih berumur. Ini kerana miskonsepsi terhadap sesuatu perkara telah menjadi pegangan hidup mereka dan amat sukar untuk dicabar.

10

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

Rujukan :

National Science Teachers Association. Childrens Ideas in Science (1999 2002) Dimuat turun pada 24 April 2012 daripada http://homepage.mac.com/vtalsma/misconcept.html

Thompson, F dan Louge, S. An exploration of common student misconceptions in science. International Education journal, 2006, 7(4), 553-559. Dimuatturun pada 25 April 2012 daripada http://ehlt.flinders.edu.au/education/iej/articles/v7n4/Thompson/paper.pdf

Missouri Department of Elementary and Secondary Education. Misconceptions in Science (2005) Dimuatturun pada 25 April 2012 daripada http://Dese.mo.gov/divimprove/science/SciMisconc11.05.pdf

11

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

12

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

13

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

14

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

BATI ANAK AING

PPG FEB 2012

15