Anda di halaman 1dari 1

UNDANG2 PENGAKAP-maksud Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

(DIPERCAYAI) Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. (TAAT) Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. (BERGUNA) Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. (BERSAUDARA) Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. (BERBUDI) Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. (KASIHKAN BINATANG) Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.(MENURUT PERINTAH) Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. (TABAH HATI) Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat. (BERJIMAT) Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. (SUCI FIKIRAN, PERKATAAN, PERBUATAN)