Anda di halaman 1dari 2

APLIKASI TERAPI MULTISENSORI UNTUK MASALAH DISLEKSIA

Teknik multisensory untuk kanak-kanak disleksia diperkenalkan oleh Dr Samuel Torrey Orton pada pertengahan tahun 1920-an. Beliau kemudian bekerjasama dengan Anna Gillingham dan menghasilkan Kaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini kemudian dikenali sebagai kaedah multisensory untuk rawatan disleksia. Menurut McIntrye dan Pickering, terdapat 6 aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah multisensory iaitu kesedaran fonologi, gabungan bunyi dan simbol, pembinaan suku kata, morfologi, sintaksis dan semantik. Kaedah multisensory semasa mengajar kanak-kanak disleksia bukan sahaja menggunakan pelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan. Philomena Ott (1997) mengatakan kaedah multisensory dalam mengajar bacaan ialah seperti berikut: Murid melihat perkataan menggunakan mata. Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat menggunakan mulut. Murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama menyebut huruf dalam perkataan tersebut. Kemudian murid membaca perkataan yang ditulis.

Aktiviti ini perlu diulang seningga menjadi tabiat. Coterall (1970) meringkaskan kaedah multisensory Fernald seperti berikut: Perkataan ditulis di atas kertas A4 oleh guru menggunakan tulisan berangkai. Guru menyebut perkataan tersebut dengan jelas dan perlahan. Murid mengulang sebutan guru. Murid meneliti perkataan yang ditulis oleh guru. Murid menyalin semula perkataan tersebut di atas kertas menggunakan tangan sambil menyebut perkataan tersebut dengan kuat. Murid melipat kertas tersebut. Murid menulis perkataan tersebut semula daripada memori. Murid membuka semula lipatan kertas semula dan menyemak semula perkataan yang ditulis. Murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat. Kajian National Institutes of Child Health and Human Development di Amerika mengatakan kaedah pembelajaran multisensory ialah kaedah yang paling efektif untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian tersebut menunjukkan kaedah multisensory lebih berkesan daripada kaedah fonetik. Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau huruf menggunakan kertas pasir digunakan. Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja bergantung kepada keupayaan kanakkanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan menulis. Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran ini.