Anda di halaman 1dari 2

Tema dan Persoalan dalam Novel Papa(akhirnya kau tewas jua!

) Tema: Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga. Kasih sayang amat penting untuk
mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Buktinya, 1. Papa Sebelum mama koma, hubungan mama dan papa sangat mesra dan erat. Setelah mama koma, papa tidak pernah cuai menjaga mama. Papa sentiasa menemani dan berbual-bual dengan mama. Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Walaupun telah berkahwin lain, kasih sayang papa kepada mama tidak pernah pudar bahkan papa melarang isteri keduanya, Aisyah masuk ke dalam bilik mama berseorangan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Kali terakhir papa menangis sewaktu kelahiran Julia, namun papa menangis lagi sewaktu mama meninggal dunia. 2. Mama Mama membuktikan kasih sayangnya kepada papa dengan mengandung lagi walaupun dia mengetahui risiko yang bakal dihadapinya. Mama pernah mengalami komplikasi dan koma semasa melahirkan Julia. Namun begitu, mama tetap meneruskan kandungannya walaupun telah dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan rakannya, Cikgu Suzie. 3. Julia Demi kebahagiaan dan kesejahteraan papa, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat papa itu.

Persoalan:
1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup. Papa tetap tabah menerima kenyataan yang anak kembar yang dinanti-nantikan meninggal dunia manakala isteri yang amat disayanginya pula koma. Papa sentiasa bersikap optimis dan berharap mama akan pulih pada suatu hari nanti. Papa telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa dengan baik. Julia juga tabah mengharungi dugaan hidup tanpa seorang ibu di sisinya.

2. Kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Julia gigih dan tekun belajar untuk menghadapi SPM. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan meneruskan pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA. Walaupun Julia menghadapi tragedi dan masalah keluarga serta cinta, dia tetap gigih menimba ilmu. 3. Poligami dalam sesebuah keluarga. Sebagai manusia biasa, papa juga mempunyai naluri dan berasa sunyi apabila insan yang dicintainya telah koma. Akhirnya, papa membuat keputusan untuk berkahwin lagi walaupun tidak dipersetujui oleh

Julia. Setelah mendengar alasan-alasan papa yang munasabah, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah. Walau bagaimanapun, papa tetap mendahulukan kebajikan dan keperluan mama dan Julia. 4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain. Mak Cik Noraini dan Cikgu Suzie amat prihatin dengan masalah kesihatan mama (Intan Maliana). Mereka meningatkan mama keadaannya semasa melahirkan Julia 17 tahun lalu. Mama mengalami komplikasi dan koma. Julia dilahirkan tidak cukup bulan dan menghidapi demam kuning. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana mama tetap dengan keputusannya untuk meneruskan kandungannya. 5. Cinta pada zaman remaja. Julia berkenalan dengan Rasylan sejak di tingkatan lima. Hubungan mereka bertambah intim selepas mereka belajar di kolej matrikulasi yang sama. Rasylan dan Julia sering bertukar-tukar pendapat jika salah seorang daripada mereka mempunyai masalah. Namun begitu, sudah menjadi lumrah orang bercinta, masalah cemburu telah timbul sehingga merunsingkan hati Julia. 6. Gejala sosial dalam masyarakat. Rasylan menjadi mangsa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Dia merupakan anak luar nikah yang dibuang oleh ibu dan bapanya. Dia dijaga di rumah JKM sebelum menjadi anak angkat Datuk Mustakim. Rasylan mengalami konflik apabila Encik Muaz al-Khalibi tiba-tiba datang mengaku sebagai ayah kandungnya.

Anda mungkin juga menyukai