Anda di halaman 1dari 2

MEMO KOLEJ KEDIAMAN

DARIPADA KEPADA TARIKH RUJUKAN : PENGURUS ASRAMA : SEMUA PELAJAR PKK SESI JUN 2011 : 06 OKTOBER 2011 : PKK / KAMSIS / 015 ( 145 )

PERMOHONAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN SESI DIS 2011 DAN SESI JUN 2012 (LI)

Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. 2. Dimaklumkan kepada :

Pelajar SESI JUN 2011 dan ingin memohon untuk mendiami kolej kediaman bagi SESI DIS 2011.

Pelajar yang akan menjalani Latihan Industri SESI DIS 2011 dan ingin memohon untuk mendiami kolej kediaman bagi SESI JUN 2012

3.

Pelajar hendaklah :
i.

Memuat turun sendiri borang di Laman Web Politeknik Kota Kinabalu Bermula 10 Oktober 2011

ii. iii.

Menghantar borang yang telah lengkap diisi. Salinan Slip gaji terbaru ibu/bapa/penjaga @ surat pengesahan akuan pendapatan daripada ketua kg ( yang tidak mempunyai slip gaji ) serta sijil lahir/Mykad/Mykid adik- beradik yang masih dalam tanggugan.

iv.

Menyertakan Sijil Kematian/Surat Cerai/Kad Pesara atau Surat Pengesahan Status Ibu/bapa .

v.

Menghantar sendiri borang ke pejabat Kolej Kediaman selewat-lewatnya pada 11 November 2011 (KHAMIS).

vi.

Permohonan pelajar tidak akan dipertimbangkan sekiranya borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tidak check out pada Sesi Jun 2011.

vii.

Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman untuk SESI DIS 2011 tidak dibenarkan membawa kenderaan bermotor ke kawasan Politeknik. Sekiranya didapati melanggar peraturan ini tindakan Disiplin serta-merta akan diambil.

viii.

Masa penghantaran borang permohonan mendiami kolej kediaman pada masa pejabat sahaja.(Isnin - Jumaat) 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Keputusan permohonan samada berjaya/tidak berjaya akan dipaparkan dilaman web Politeknik Kota Kinabalu ( www.polikk.edu.my ). Pelajar yang tidak berjaya pada penempatan awal hendaklah menguruskan sendiri tempat penginapan bagi sesi tersebut, pada Sesi Dis 2011 tiada sebarang rayuan akan di buka dan semua kemasukan adalah melalui merit yang di berikan oleh Warden Blok masing-masing.

**Bagi pelajar yang tidak menghantar borang permohonan kolej kediaman pada Sesi Dis 2011 dan Jun 2012 (Latihan industri pada Sesi Dis 2011) anda tidak berpeluang mendapat Kolej Kediaman pada sesi tersebut)**
Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah t.t.. (Ag. Ali Bin Mohd Yusof)

Pengurus Asrama Politeknik Kota Kinabalu

s.k

1. Pengarah 2. Timbalan Pengarah Akademik 3. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

4. Pegawai Hal Ehwal Pelajar ( KD ) 5. Ketua Warden 6. Fail Kamsis

Anda mungkin juga menyukai