BAHAN LAPISAN MILO :-) 8 gram agar-agar serbuk (resipi asal guna agar2 tali) 2 cawan air (resipi

asal guna 13/4 cawan) 1/3 cawan gula (mat luakkan 1 camca teh) 3/4 cawan MILO BAHAN LAPISAN SUSU :-) 10 gram agar-agar serbuk 1 3/4 cawan air 1 cawan susu sejat (mat guna jenama "IDEAL") 1/3 cawan gula (resipi asal guna 1/2 cawan) Beberapa titik esen vanilla CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK LAPISAN MILO :- Satukan semua bahan2 lapisan milo, kecuali "milo". Kacau rata dan masak hingga suam, masukkan milo, kacau hingga milo larut dan mendidih. Gunakan api sederhana. Matikan api dan tuang dalam bekas sesuai. Mat guna bekas kecil, jadi tuang 1/2 penuh sahaja. Biarkan beku sekejap. 2. UNTUK LAPISAN SUSU :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan susu, kacau rata dengan whisk dan jerang hingga gula larut dan bancuhan mendidih. Matikan api. 3. UNTUK AGAR2 MILO :- Keruk2 sedikit permukaan milo dengan garfu, kemudian tuang lapisan susu. Buat hingga siap. Biarkan hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga mengeras dan dingin. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful