Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI BAB 1 Dalam bab satu ini, saya telah didedahkan dengan perkembangan pendidikan dari zaman sebelum

kemerdekaan, selepas kemerdekaan sehingga zaman kini. Hari demi hari negara kita cuba dengan usaha yang maksima dalam memartabatkan negara terutama dalam bidang pendidikan. Saya dapat lihat perkembangan pendidikan yang bermula daripada ilmu yang disampaikan secara tidak formal di masjid-masjid atau surau dan dinaiktarafkan kepada sekolah pondok yang dibina oleh rakyat tempatan. Kemudian wujudkan sekolah varnekular dan akhirnya sekolah-sekolah ini diseragamkan dari segi kurikulum dan ilmu yang disampaikan sehinggalah diwujudkan sekolah kebangsaan seperti mana yang kita masih gunakan sehingga hari ini. Kurikulum yang telah dilaksanakan berganti dari beberapa tahun ke tahun yang lain kerana pihak kerajaan ingin menambah baik kurikulum supaya dapat mencapai pendidikan bertaraf dunia seperti hari ini. Daripada bab ini, saya dapati bahawa sikap ingin memajukan diri, bangsa dan negara sangat penting dalam memartabatkan negara. Dalam bab ini, aspek yang diberi penekanan dalam memajukan diri ialah aspek pendidikan. Dengan adanya pendedahan kepada rakyat akan pendidikan, rakyat akan menjadi lebih arif dalam bidang-bidang tertentu seperti pengurusan, pentadbiran dan sebagainya kerana dengan bekalan ilmu yang ada, rakyat mampu membawa negara ke taraf dunia. Apa yang saya boleh katakan adalah sebagai seorang bakal guru, sikap ingin memajukan diri, bangsa dan negara harus ada dalam diri. Hal ini penting kerana tugas guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi tugas guru adalah untuk memastikan semua murid dibawah jagaannya dapat ilmu pengetahuan yang mampu memperkembangkan potensi murid-murid tersebut. Selain itu, bab ini membolehkan saya memahami perjalanan hidup pendidikan di negara kita. Tujuannya adalah untuk memberi dorongan yang padu kepada muridmurid memahami bertapa pentingnya memiliki pendidikan dalam kehidupan hari ini. Saya juga boleh membandingkan pendidikan zaman dahulu dan kini di mana walaupun pendedahan ilmu pada zaman dahulu sangat kurang tetapi ramai ilmuan telah dilahirkan dari tanah melayu kerana dengan usaha dan minat untuk menimba ilmu berbanding zaman sekarang.

Anda mungkin juga menyukai