Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN CHAT 27300 BENTA, KUALA LIPIS, PAHANG

KERTAS KERJA PROGRAM SEKOLAH RUMAHKU

17 ogos 2011

ANJURAN BIRO KECERIAAN PIBG

1.0 Tujuan mengemukakan kertas Kerja. Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk mengadakan gotong royong di Taman permainan Prasekolah SK Chat.

2.0 Pendahuluan PIBG telah bercadang untuk mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan kecerian di sekitar prasekolah. 3.0 Objektif 3.1 Merapatkan silaturrahim diantara ibubapa, guru SK Chat. 3.2 Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum. 3.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekitar prasekolah agar lebih terjamin keselamatan anak-anak sewaktu belajar.

4.0 Kumpulan sasaran. Semua ibubapa kanak-kanak prasekolah 5 dan 6 tahun dan guru serta pembantu pengurusan murid prasekolah. 5.0 Rasional menjayakan program 5.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan prasekolah termasuk kelas prasekolah. 5.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk kanak-kanak belajar.

6.0 Justifikasi Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja menyediakan suasana yang lebih ceria, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu.

7.0 Anjuran Biro Keceriaan PIBG, SK Chat. 8.0 Lokasi cadangan Sekitar kelas prasekolah, taman permainan, dalam kelas prasekolah. 9.0 Tarikh perlaksanaan 17 ogos 2011

10.0

Struktur organisasi

Penasihat YDP Pengerusi

: PN Asma HJ Yasin : En. Mohd Azman Mohd Noor : En. Mohd Fairuz Rahim : Pn. Rogayah BT Abd Hamid : Pn. Zuraini Ahmad : Pn. Alizan : En.Azmi Ibrahim : Pn. Jamiaton Shaharudin

Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Peralatan Jamuan

11.0

Tentatif Program : Berkumpul di tapak perhimpunan. : Ucapan YDP PIBG : Taklimat ringkas dan pembahagian lokasi : Rehat : Aktiviti diteruskan lagi : Berkumpul dan menyimpan alatan. : Bersurai

8.00 am 8.15 am 8.20 am 10.00 10.45 11.45 12.00

12.0

Anggaran perbelanjaan RM 200.00 RM 2.50 X 30 RM 75.00 RM 275.00

12.1 Peralatan mengecat 12.2 Jamuan Jumlah

13.0

Penutup

Program gotong royong ini adalah satu rancangan bagi Biro Keceriaan dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari ibubapa dan guru-guru. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan Sekolahku, rumahku.

Disediakan oleh:

Disemak oleh,

........................................ (CIK NUR AEKMAL MUSTAPHA) Setiausaha, Program Sekolah rumahku Sekolah Kebangsaan Chat, Kuala Lipis, Pahang.

........................................... (PUAN ZARINA BT MOHD HANAFIAH) Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Chat, Kuala Lipis, Pahang.

Diluluskan oleh:

......................................... (PN ASMA BT HJ MOHD YASIN) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Chat, Kuala Lipis, Pahang.

Anda mungkin juga menyukai