Anda di halaman 1dari 2

Lampiran B

GARIS PANDUAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN ENAM BAWAH 2 012 TINDAKAN JABATAN PELAJARAN NEGERI 1. Jabatan Pelajaran Negeri akan menerima CD salinan dan satu salinan bercetak senarai murid yang layak untuk masuk Tingkatan Enam Bawah 2012 bagi negeri masing-masing. Seberapa boleh, calon hendaklah di tempatkan ke sekolah pusat Tingkatan Enam yang berhampiran dengan alamat kediaman masing-masing, tertakluk kepada jurusan pengajian dan kekosongan tempat belajar, kecuali bagi sekolah yang mempunyai kemudahan asrama. Murid hendaklah melapor diri pada hari pertama persekolahan Tingkatan Enam Bawah 2012. Jika terdapat juga murid yang lewat melapor diri (7 hari bekerja), terpulang kepada budi bicara pihak Jabatan Pelajaran Negeri untuk menerima murid berkenaan sekiranya sebab-sebab kelewatan adalah munasabah. Calon yang sedang menunggu tawaran masuk ke program-program tertentu di bawah rancangan bersama kerajaan seperti program Matrikulasi, Persiapan ke Seberang Laut dan sebagainya, mesti melapor diri dahulu ke Tingkatan Enam Bawah sehingga mendapat pengesahan tawaran berkenaan. Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki memaklumkan kepada Pengetua-p engetua Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maktab Rendah Sains MARA dan Maktab Tentera Diraja supaya menyediakan senarai nama murid (Lampiran T6SBP) berdasarkan alamat tempat tinggal dan negeri masing-masing. Senarai nama calon yang layak ke Tingkatan Enam hendaklah dihantar ke JabatanJabatan Pelajaran Negeri berkenaan untuk tujuan penempatan. Kerjasama pihak Jabatan Pelajaran Negeri dipohon agar data Tingkatan Enam Bawah/ Atas seperti dikehendaki dalam Borang KPT6 dapat dikembalikan semula ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Sekolah mengikut tarikh seperti yang ditetapkan. Bil I . I I . I I I . I V . V . Data Data seperti pada 8 Mei 2012 Data seperti pada 11 Mei 2012 Data seperti pada 31 Mei 2012 Tarikh Penghantaran 10 Mei 2012 18 Mei 2012 8 Jun 2012

2.

3.

4.

5.

6.

Data seperti pada 31 Julai 2012 Data seperti pada 31 Okt 2012

8 Ogos 2012 8 Nov 2012

7.

Pelajar yang telah mendaftar ke Tingkatan Enam tetapi terpilih ke Program Latihan Khidmat Negera (PLKN) diminta menangguhkan mengikuti program tersebut sehingga tamat STPM 2013. Pelajar dinasihatkan membuat permohonan penangguhan kepada pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melalui pengetua sekolah masingmasing.