Anda di halaman 1dari 21

Profesionalisme Perguruan Nilai & Etika

Oleh: Mohd Kamal bin Hassan (TASL)

Profesionalisme Perguruan
Profesion guru sangat penting kepada masyarakat dan negara. Setanding dengan profesion lain seperti doktor, jurutera dan akauntan.

Guru membentuk dan mendidik manusia supaya


menjadi ahli profesional.

Profesion & Profesional


1. Profesion - bermaksud pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu. - seseorang itu perlu menjalani latihan yang berstruktur dan bersistematik untuk suatu jangka masa tertentu. 2. Profesional - bermaksud seseorang yang pakar dalam bidang tertentu. - sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya,serta memberi perkhidmatan yang berkualiti.

- Jika profesion ialah kerja dan profesional ialah pekerja,apakah pula pengertian profesionalisme?

Profesionalisme
-

Maksud profesionalisme ialah satu set ciri; pengetahuan,kepakaran,sikap dan nilai dalam sesuatu profesion. Contoh: profesionalisme seorang doktor ialah kemahiran mendiagnosis penyakit dengan tepat atau membedah pesakit dengan cekap. Sufean Hussein(1996) menakrifkan profesionalisme sebagai suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Contoh: seorang jurutera yang amanah akan menjaga kualiti binaan atau bangunan yang dibina. Hedderdof(1971) pula mengatakan bahawa profesionalisme bermaksud suatu nilai yang murni jika individu itu mengamalkan tanggugjawabnya dengan penuh dedikasi dan tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan.

Profesionalisme dari Perspektif Islam


Kaitan profesionalisme dengan taqwa Seorang profesional yang bertaqwa akan sedar tentang tanggungjawabnya. Sebagai seorang hamba Allah,seseorang yang dikatakan profesional itu hendaklah sedar bahawa tanggungjawab itu ialah amanah Allah yang wajib dilaksanakan dan akan akan dipersoalkan nanti di alam akhirat(Abdul Halim,1996). Profesionalisme tanpa didasarkan kepada nilai agama akan menjadi hambar dan tidak mempunyai matlamat jelas.

Ciri-ciri Profesionalisme dalam Bidang Perguruan


Latihan dan pendidikan guru Pedagogi dan psikologi

Utamakan perkhidmatan

Profesion Perguruan

Kod etika perguruan

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Autonomi dalam pengajaran

Latihan dan Pendidikan Guru

Dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dan Badan Berkanun Tempatnya sama ada di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) atau universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf.

Pedagogi dan Psikologi

Kurikulum pendidikan guru disediakan dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan guru supaya dapat melahirkan guru yang profesional.

Subjek-subjek seperti pedagogi, psikologi pendidikan, bimbingan dan kaunseling, penilaian serta kokurikulum menjadi teras pendidikan guru.

Kod Etika Perguruan

Guru hendaklah mengamalkan tingkah laku selaras dengan kod etikanya. Ada guru yang melanggar kod etika tersebut disebabkan tekanan dan kurang ketahanan diri. Tugas pihak berautoriti untuk memantapkan etika,pemilihan guru dan usaha-usaha meningkatkan daya ketahanan diri.

Autonomi dalam Pengajaran

Seseorang guru itu mempunyai autonomi untuk menentukan pemilihan bahan pengajaran,jenis penilaian,kandungan pelajaran yang hendak diajar dan kaedah pengajaran yang akan diaplikasikannya. Tetapi autonomi ini dibatasi oleh kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Lantikan guru dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP).


Sebagai pengesahan untuk lantikan ke jawatan guru seperti juga profesian-profesion lain di bawah perkhidmatan awam.

Utamakan Perkhidmatan

Tidak seharusnya seorang guru untuk memikirkan soal gaji sahaja sehingga mengabaikan tanggungjawab utamanya terhadap pelajar. Gaji tinggi memberi motivasi kepada guru tetapi yang lebih penting ialah memberi perkhidmatan yang berkualiti lagi cemerlang tanpa terlalu memikirkan untung atau rugi.

Nilai & Etika Perguruan

Pengertian Nilai

Prinsip atau standard tingkah laku; penghakiman apa yang penting dalam kehidupan(Oxforddictionaries.com). Idea-idea yang dikongsi oleh masyarakat tentang apa yang baik, betul dan dikehendaki....., Sharifah Alwiah Al Sagoff (1985). Idea-idea yang dikongsi oleh masyarakat tentang apa yang baik meliputi tanggapan apa yang baik atau buruk dalam sesebuah kebudayaan...., Mohd Salleh Lebar (1998).

12 Nilai

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menyenaraikan dua belas nilai yang perlu dimiliki oleh kakitangan perkhidmatan awam termasuklah para guru iaitu: 7) Tekun 8) Bertanggungjawab 9) Ikhlas 10) Dedikasi 11) Sederhana 12) Taat Setia

1) Amanah 2) Bersih 3) Berdisiplin 4) Bekerjasama 5) Berbudi Mulia 6) Bersyukur

Etika

Pengertian Etika

Etika ialah satu sistem dasar akhlak,adat atau tingkah laku atau kesusilaan(Dewan Bahasa & Pustaka,1995).
Etika ialah prinsip moral atau set prinsip moral(Kamus Oxford,1994). Etika melibatkan perkara yang berkaitan dengan moral dan perkara tersebut boleh jadi betul atau salah.

Etika Profesion Perguruan


Mengelakkan tingkah laku yang boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap profesion keguruan Amanah berhubung kewangan Kepentingan murid harus mengatasi semua kepentingan lain Menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap murid Mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek dan status-status lain

Etika Profesion Perguruan(Samb)


Berperanan sebagai pengganti ibu bapa (in loco parentis) kepada pelajar Mengesan dan menerima perbezaan individu dan memperkembangkan potensi pelajar dari segi JERI Menghormati maklumat sulit pelajr Tidak menyatakan dan membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa Tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid untuk pengajaran tambahan semasa waktu sekolah/cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan

Etika Profesion Perguruan(Samb)


Tidak akan mengiklankan diri untuk tuisyen Tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid Tidak harus meminta/menerima hadiah daripada ibu bapa murid/ahli masyarakat dalam menjalankan tugas Tidak mejatuhkan nama baik guru-guru lain Hanya menggunakan cara yang sah untuk kenaikan pangkat

Terima Kasih