Anda di halaman 1dari 5

LAMPIRAN A

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA 2012

Anjuran bersama

Dengan kerjasama

MAKLUMAT DAN SYARAT SYARAT PERTANDINGAN

1)

MAKLUMAT PERTANDINGAN a) Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia ini dibuka kepada para pelajar sekolah rendah Tahun 3 hingga Tahun 6 (Kategori A), para pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (Kategori B) dan para pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 (Kategori C) di seluruh Malaysia. Pertandingan ini dibuka dari 1 April 2012 hingga 15 Jun 2012. Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja. Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan mengikut kategori seperti berikut: i. Sekolah Rendah (Tahun 3 hingga Tahun 6) Tulis sepucuk surat kepada rakan anda menceritakan tentang amalan berbudi bahasa yang diamalkan dalam kehidupan seharian anda. ii. Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) Tulis sepucuk surat kepada datuk anda tentang kebaikan penggunaan internet dalam kehidupan seharian pada hari ini. iii. Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5) Semangat kejiranan kian pudar dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tulis sepucuk surat menceritakan peri pentingnya semangat hidup berjiran dan harapan anda kepada rakyat Malaysia. e) f) Format surat adalah SURAT TIDAK RASMI. Bukti tarikh penghantaran pos tidak akan diambil kira sebagai bukti penerimaan. Pihak penganjur dan agensi-agensi yang terlibat tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lambat, dicuri, rosak atau disalah alamatkan. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan. Semua surat penyertaan yang diterima oleh penganjur menjadi hakmilik penganjur dan penganjur boleh menggunakan surat-surat penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan.

b) c) d)

g) h)

2)

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN a) b) c) d) e) f) g) h) Para pelajar yang ingin menyertai mestilah merupakan warganegara Malaysia. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja. Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 15 JUN 2012 kepada Sekretariat Pertandingan. Surat yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan di perenggan 1 (d). Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta. Surat mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja. Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin taip atau komputer. Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah patah perkataan mengikut kategori seperti yang berikut: i) Kategori A: Sekolah Rendah ii) Kategori B: Sekolah Menengah Rendah iii) Kategori C: Sekolah Menengah Atas i) j) - 200 hingga 350 patah perkataan - 500 hingga 750 patah perkataan - 850 hingga 1000 patah perkataan

Borang penyertaan boleh didapati di laman web Pos Malaysia (www.pos.com.my) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.skmm.gov.my). Surat dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan kepada: Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012 P.O. Box 1000 50796 Kuala Lumpur

k)

Sila sertakan sampul surat kosong bersaiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM0.80 untuk pihak penganjur mengirimkan sijil penyertaan. Satu sampul surat untuk satu sijil penyertaan sahaja. Setiap penyertaan mestilah disahkan/dicop oleh pihak sekolah. Penyertaan yang dihantar melalui serahan tangan kepada Sekretariat Pertandingan tidak akan diterima.

l) m)

n)

Sila nyatakan kategori anda di sudut atas kiri sampul surat penyertaan anda.

Contoh:
KATEGORI A SETEM 80 SEN

Kepada: Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia P.O. Box 1000 50796 Kuala Lumpur

o)

Sijil penyertaan TIDAK AKAN diberi sekiranya: i) Tiada sampul surat kosong beralamat sendiri ii) Tiada setem bernilai 80 sen. iii) Alamat rumah/sekolah yang tidak lengkap iv) Tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan

3)

KRITERIA PENGHAKIMAN Keseluruhan surat yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skima pemarkahan berikut: i) Takrif Tajuk ii) Idea iii) Bahasa iv) Olahan Keseluruhan = = = = = 10 markah 40 markah 30 markah 20 markah 100 markah

4)

SENARAI HADIAH PEMENANG a) Seramai 3 pemenang utama dan 10 pemenang saguhati akan dipilih bagi setiap kategori ;
KATEGORI A Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00 Album Setem JOHAN Sijil Penghargaan Hadiah Iringan Wang Tunai berjumlah RM3,000 untuk Sekolah Sijil Simpanan Premium bernilai RM 700.00 NAIB JOHAN Album Setem Sijil Penghargaan Hadiah Iringan Sijil Simpanan Premium bernilai RM 500.00 TEMPAT KETIGA Album Setem Sijil Penghargaan Hadiah Iringan Sijil Simpanan Premium bernilai RM 200.00 SAGUHATI Album Setem X 10 Sijil Penghargaan Hadiah Iringan KATEGORI B Sijil Simpanan Premium bernilai RM 2,000.00 Album Setem Sijil Penghargaan Hadiah Iringan Wang Tunai berjumlah RM3,000 untuk Sekolah Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,500.00 Album Setem Sijil Penghargaan Hadiah Iringan Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00 Album Setem Sijil Penghargaan Hadiah Iringan Sijil Simpanan Premium bernilai RM 200.00 Album Setem Sijil Penghargaan Hadiah Iringan KATEGORI C Sijil Simpanan Premium bernilai RM 2,500.00 Album Setem Sijil Penghargaan Hadiah Iringan Wang Tunai berjumlah RM3,000 untuk Sekolah Sijil Simpanan Premium bernilai RM 2,000.00 Album Setem Sijil Penghargaan Hadiah Iringan Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,500.00 Album Setem Sijil Penghargaan Hadiah Iringan Sijil Simpanan Premium bernilai RM 200.00 Album Setem Sijil Penghargaan Hadiah Iringan

5)

Untuk sebarang maklumat/pertanyaan, sila hubungi: Sekretariat Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012 Bahagian Komunikasi Korporat Pos Malaysia Berhad Tingkat 7, Ibu Pejabat Pos Malaysia Kompleks Dayabumi 50670 Kuala Lumpur Tel : 03-2267 2206 Faks : 03-2267 2255 Email : surat1malaysia@pos.com.my Facebook : www.facebook.com/surat1malaysia

Anda mungkin juga menyukai