Anda di halaman 1dari 6

2.

6 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah alQuran (Ayat Hafazan) Hafazan al-Quran merupakan suatu proses mengingati ayat-ayat suci al-Quran yang dilakukan secara sistematik dan berulang-ulang berdasarkan panduanpanduan tertentu (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Di antara beberapa panduan atau tatacara menghafaz al-Quran yang penting ialah seperti berikut: - ikhlas dalam niat dan amalan, - menggunakan satu mushaf, - memahami apa yang dihafaz, - meninggalkan maksiat, - hafaz secara berperingkat-peringkat, - kerap mendengar bacaan al-Quran dan - kerap tasmi` hafazan al-Quran di hadapan orang lain yang berkemahiran. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Quran (ayat hafazan) ini. Di antaranya seperti yang ditunjukkan dalam grafik berikut: (PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 24 Rajah 8 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Hafazan 2.6.1 Cuba Jaya Dalam melaksanakan kaedah cuba jaya ini, murid-murid diberi masa yang terhad (10 hingga 15 minit) untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas tempoh itu, murid diminta membaca ayat secara hafaz di hadapan guru. Jika murid belum hafaz, guru meminta murid itu cuba hafaz ayat tersebut sekali lagi. Kaedah ini boleh dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu. 2.6.2 Sambung Bacaan Kaedah sambung bacaan dilaksanakan dengan guru membaca satu ayat dan meminta murid-murid menyambung secara hafaz. Kumpulan A membaca ayat pertama secara hafaz, kumpulan B menyambung ayat ke dua secara hafaz, kumpulan C menyambung ayat ke tiga secara hafaz juga dan begitulah seterusnya sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara beberapa kumpulan murid. Kemudian guru meminta seorang murid membaca ayat pertama dan meminta seorang murid lain menyambung bacaan ayat ke dua secara hafaz. Begitulah seterusnya sambung-menyambung bacaan hafazan dalam kalangan murid.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ayat Hafazan


CUBA JAYA SAMBUNG TIKRAR BACAAN GERAK KERJA KUMPULAN GERAK KERJA INDIVIDU TASMIK

(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 25 2.6.3 Tasmik Kaedah tasmik dilaksanakan dengan murid diberi tugas menghafaz ayat tertentu di rumah atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid membaca ayat yang sudah dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Guru tasmik hafazan murid tersebut. Murid yang sudah hafaz dicatat sebagai sudah hafaz, manakala murid yang belum hafaz diminta menghafaz lagi. Setiap guru al-Quran wajib mengetahui dan memahami panduan dan teknik menghafaz al-Quran dengan betul supaya mereka dapat mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan mencapai hasil yang diharapkan. Teknik menghafaz al-Quran: - Membaca ayat berkenaan dengan sebutan yang betul dan perlahan-lahan (tartil). Jika ayat panjang ambil sebahagiannya sahaja. [Bacaan berpandukan mashaf] - Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar. - Setelah lancar baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir). - Ulang beberapa kali dengan bacaan tadwir - Cuba mengingati ayat-ayat berkenaan tanpa melihat mushaf. Kalau tersangkut barulah lihat mushaf. Kemudian teruskan bacaan secara hafazan. - Setelah dapat ingat tanpa lihat mushaf, baca pula ayat sambungannya mengikut langkah-langkah di atas. - Setelah dapat mengingati ayat kedua ini, mula balik membaca ayat pertama dan ayat kedua secara hafaz, kecuali kalau tersangkut bolehlah merujuk sekejap kepada mushaf. - Ulang bacaan beberapa kali secara tadwir supaya lancar tanpa merujuk mushaf. - Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat. (PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 26 Peringatan: Metodologi dan Psikologi Pendidikan Tilawah al-Quran hendaklah diterapkan secara maksimum dan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar tidak mudah jemu, cepat ingat dan tidak mudah lupa, belajar dalam keadaan tidak tertekan dan berlumba-lumba untuk menghafaz. Tanamkan semangat ukhuwah dan kasih sayang di antara guru dan murid. Guru-guru al-Quran hendaklah menjaga personaliti mereka. Antaranya ialah boleh membaca dengan baik, fasih dan bertajwid serta menjadi contoh bacaan kepada anak-anak didiknya. Selain itu, mereka mestilah ikhlas dan mempunyai keperibadian yang luhur. Aktiviti Pembelajaran: Berdasarkan kepada panduan dan teknik hafazan di atas, cuba anda susun langkah-langkah secara terperinci bagaimana anda hendak mengajar manamana ayat dari ayat-ayat hafazan yang anda mengajar di sekolah.

Adab Terhadap Al-Quran


Berikut adalah antara adab-adab dalam menyentuh atau membawa kitab Al-Quran: Wajib, dengan ada wudhuk, 1. Menyentuh atau membawa kitab Al-Quran termasuk helaian kertasnya biarpun sudah terpisah daripada kitab tersebut. 2. Menyentuh atau membawa rehal yang dikhususkan untuk meletakkan kitab Al-Quran. 3. Menyentuh atau membawa, beg atau sarung yang ada Al-Quran di dalamnya, apabila beg atau sarung itu memang dikhususkan untuk mengisi kitab Al-Quran. Tidak haram tanpa ada wudhuk, 1. Menyentuh atau membawa kitab Al-Quran yang huruf terjemahannya lebih banyak daripada huruf Al-Quran. 2. Menyentuh atau membawa, beg yang ada Al-Quran di dalamnya, apabila beg itu bukan dikhususkan untuk mengisi kitab Al-Quran. Jika dibawa beg itu, maka diniatkan membawa beg, bukan membawa Al-Quran. Adab Membawa Al-Quran. 1) Membaca doa sebelum memulakan bacaan al-Quran. 2) Memulakan bacaan dengan membaca auzubillahi minasy syaithonirrojim. 3) Membaca al-Quran dengan menghadap qiblat. 4) Meletak al-Quran ditempat yang sesuai, seperti papan rehal. 5) Memakai pakaian yang suci, lengkap dan menutup aurat. 6) Membaca dengan tertib dan beradab. 7) Membaca dengan nada suara yang baik. 8) Menumpukan perhatian kepada bacaan dan menjauhkan daripada amalan-amalan seperti bercakap-cakap, ketawa dan bertepuk-tepuk tangan. 9) Mengakhiri bacaan dengan sodaqollahulazhim. Adab Membawa Al-Quran 1) Hendaklah mempunyai wuduk. 2) Memegang al-Quran dengan tangan kanan. 3) Membawa separas bahu. Adab Menyimpan Al-Quran 1) Simpan al-Quran di tempat yang tinggi

2) Simpan al-Quran di tempat yang bersih. Itulah dia pembaca sekelian antara adab-adab yang patut kita amalkan apabila kita hendak memulakan bacaan al-Quran. Selain itu, adab ketika membawa dan menyimpan al-Quran juga tidak sepatutnya kita remehkan kerana ianya juga akan memberikan kesan dalam usaha kita mempelajari al-Quran, khususnya ilmu tajwid. Semoga dapat beramal. __________________ Hilangkan keraguan dan ketakutan anda untuk membaca al-Quran kerana tiada pengetahuan Tajwid!Ikuti Kelas Tajwid Online saya!PERCUMA!!!Klik di sini SEKARANG!!!
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=4450699 http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=93336

. Tidak menyentuh Al-Qur`an kecuali dalam keadaan suci Dalil akan hal tersebut adalah firman Allah taala : Tidaklah ada yang menyentuhnya selain kaum yang suci ( Al-Waqiah : 79 ) Dan larangan menyentuh Al-Qur`an kecuali bagi seseorang yang telah bersuci dengan tegas disebutkan pada sebuah kitab yang ditulis oleh Nabi Shallallahu alaihi wa sallam kepada Amru bin Hazm, dan paa kitab tersebut tercantum : Dan janganlah seseorang menyentuh Al-Qur`an kecuali dia dalam keadaan bersih/suci *11+ Masalah : Apakah boleh membawa mushaf Al-Qur`an jika menggunakan pembungkus (kantung)[12] atau diantara kain bagi seorang yang berhadats? Jawab : Iya, diperbolehkan membawa Al-Qur`an dengan menggunakan pembungkus/kantung, karena yang seperti itu tidak termasuk menyentuh.[13] Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan : Dan barang siapa yang membawa mushaf , maka sebaiknya dia membawanya diantara kainnya, yang terletak pada pelananya maupun barang bawaannya. Dan tidak dibedakan apakah kain tersebut teruntuk bagi kaum laki-laki , wanita ataukah anak kecil dan walau kain tersebut berada diatasnya atau dibawahnya, wallahu alam.*14+ Faedah : Bolehnya membawa mushaf dengan meletakkannya pada saku, dan tidak diperbolehkan bagi seseorang untuk masuk wc dengan membawa mushaf. Akan tetapi dia harus meletakkan mushaf pada tempat yang sesuai dengannya dalam rangka mengagungkan kitabullah dan menghormatinya. Akan tetapi jika terpaksa masuk ke wc dan takut mushhaf tersebut akan dicuri jika ditinggal di luar, boleh baginya masuk wc dengan membawa mushaf dengan alasan darurat.[15] 8. Boleh membaca Al-Qur`an dari hafalannya bagi orang yang berhadats kecil.

Adapun orang-orang yang junub, maka tidak diperkenankan baginya membaca Al-Qur`an dalam keadaan bagaimanapun. Hal ini sesuai dengan hadits yang diriwayatkan oleh Ali radhiallahu anhu yang mengatakan : Dahulu Rasulullah biasa membacakan kepada kami ayat-ayat Al-Qur`an selama beliau tidak dalam keadaan junub.*16+ Jika hadatsnya hanya sekedar hadats kecil, maka boleh membaca Al-Qur`an melalui hafalannya, hal ini sesuai dengan hadits dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma ketika beliau menginap dibibi beliau Maimunah istri Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, beliau berkta, Hingga ketika sampai pada pertengahan malam kurang atau lebih, Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam terjaga lalu beliau duduk dan mengusap wajahnya dengan kedua tangan beliau, kemudian beliau membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Ali Imran, lantas beliau bangun dan menuju ketempat air yang tergantung lalu berwudhu` darinya dan membaguskan wudhu`nya.*17+ Bacaan Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam , setelah beliau terbangun dari tidur dan belum berwudhu` adalah dalil diperbolehkannya membaca Al-Qur`an bagi orang yang berhadats kecil seperti kencing, buang air besar, atau tidur. Sedangkan yang lebih utama dan sempurna adalah membaca AlQur`an dalam keadaan suci dari hadats. Tidak ada celaan maupun pengingkaan bagi seseorang yang membaca Al-Qur`an dalam keadaan seperti ini. Bahkan celaan tertuju bagi orang yang mengingkari masalah ini dan kepada orang-orang yang menolak sunnah yang shahih yang menerangkan perkara ini. Diriwayatkan didalam Al-Muwaththa` karya Imam Malik bahwa Umar bin Khaththab sedang berada pada suatu kaum dan mereka sedang membaca Al-Qur`an. Kemudian beliau buang hajat dan kembali lalu membaca Al-Qur`an. Maka berkatalah salah seorang diantara mereka : Wahai Amirul Mu`minin, apakah engkau membaca Al-Qur`an sedangkan engkau tidak berwudhu`?, maka Umar mengatakan :Siapakah yang memberimu fatwa seperti itu? Apakah Musailamah?*18] Masalah : Apakah boleh bagi orang yang berhadats kecil membaca Al-Qur`an dari mushaf? Jawab : Al-Lajnah Ad-Daimah dalam salah satu jawabannya mengatakan :Tidak diperbolehkan bagi orang yang sedang junub membaca Al-Qur`an sampai dia mandi. Baik membaca dengan mushaf maupun dari hafalannya. Juga tidak boleh baginya membaca Al-Qur`an memakai mushaf kecuali setelah suci secara sempurna dari hadats besar maupun kecil.[19] Masalah : Manakah yang lebih utama, membaca Al-Qur`an dari hafalan atau dengan mushaf? Jawab : Terdapat perbedaan pendapat diantara ulama tentang hal ini. Sebagian mereka mengutamakan membaca Al-Qur`an dari hafalan dari pada membaca melalui mushaf. Ulama lainnya menolak pendapat ini, mereka mengatakan :Sesungguhnya membaca melalui mushaf lebih utama, karena dengan begitu berarti mencermati Al-Qur`an. Akan tetapi pendapat ini didukung oleh atsar-atsar yang tidak shahih. Ulama lainnya lagi merinci permasalahan ini.

Ibnu Katsir mengatakan : Sebagian ulama mengatakan, inti perkara ini adalah masalah kekhusyuan. Jika membaca Al-Qur`an melalui hafalan lebih khusyu, maka ini yang utama. Sedangkan jika membaca dengan mushaf lebih khusyu, maka inilah yang utama. Jika membaca dengan hafalan sama khusyunya dengan membaca menggunakan mushaf, maka membaca melalui mushaf lebih utama. Karena akan lebih cermat dan mendapatkan kelebihan dengan melihat mushaf.