Anda di halaman 1dari 16

1

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENDIDIKAN TELAH MEMBERI KESAN POSITIF DALAM SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. TERANGKAN BAGAIMANA ANDA MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN ICT SEBAGAI SATU KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APAKAH HALANGAN DALAM PENGGUNAAN ICT DI INSTITUSI ANDA.

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Ogos 2007 yang lalu di mana ianya berkait secara langsung dengan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi ( Information and Communication Technology atau ICT ) . Aspek ini begitu jelas dinyatakan dalam teras kedua yang berbunyi Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan

menitikberatkan penggunaan ICT dalam penyampaian ilmu serta memperolehan kemahiran abad ke-21 dengan lebih berkesan lagi. Selain itu, teras ke 6 iaitu, Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, turut melihat ICT sebagai wacana pemangkin pembangunan modal insan. Dengan penggunaan ICT,

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) akan lebih mudah dan berkesan melalui kemudahan Internet dan e -pembelajaran.

1.2

Perkembangan ICT telah mendorong Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

untuk melakukan pelbagai perubahan. Perubahan ini bukan sahaja untuk membolehkan IPT berkembang seiring dengan perkembangan ICT, malahan untuk menjaminkan kemajuan dan kelangsungan organisasi. Menurut Y. Bhg.

DatoDr. Hj. Ahmad bin Sipon (2003) dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional, bagi memenuhi ciri pekerja k-ekonomi,

siswazah Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu mahir dalam penggunaan ICT kerana ICT merupakan tonggak utama untuk mendapat dan menyebar pengetahuan. Seperti yang diperkatakan oleh ahli pemikir sosial yang terkemuka, Alvin Toffler, bahawa dunia sekarang berada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang teknologi maklumat (Rozinah Jamaludin, 2005). Justeru itu, beberapa pengubahsuaian perlu dibuat dari segi penggunaan media pengajaran dan pembelajaran.

1.3

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi

telah meningkatkan

penggunaan internet, laman web (web page) dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran

pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991). Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha untuk para pendidikan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan. Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada masa hadapan (Yahya, 2005). Perkembangan teknologi juga telah memberi implikasi positif iaitu seperti sekolah tanpa sempadan telah muncul, universiti tanpa kampus sudah wujud, pusat latihan bersepadu dengan persekitaran kerja sangat popular, dan cantuman pendidikan awam dan swasta menjadi satu kebiasaan (Ismail Zain, 2002).

1.4

Sekiranya para pelajar dapat berfikiran positif dan bersedia menyahut

cabaran dan dugaan ICT, ianya boleh memberikan manfaat yang besar dalam kehidupan dan alaf mendatang. Pendapat ini turut disokong oleh seorang pengkaji dalam bidang IT (Zoraini, 1997 ) yang menjelaskan bahawa :Kini kita tidak boleh menoleh ke belakang. Jalan ke hadapan akan menuju ke dunia teknologi maklumat. Mereka yang sentiasa memperbaharui

pengetahuan dan kemahiran merekalah yang akan maju dalam masyarakat

masa hadapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah , peranan pensyarah telah berubah dari instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan kebolehannya.

2.0

MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.1

Penggunaan

ICT

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

(P&P)

bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT. Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Menurut Eh (1994), pembelajaran juga dikatakan telah berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya.

2.2

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan

keperluan dalam pembelajaran: Menurut Marry Jo Langhore. et. al (1989) telah menyatakan,Computer literacy might be conceptualized as having three components; knowledge about computer, knowledge of computer application and knowledge about social issues pertaining to computer . Ianya berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran dan memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan . Penggunaan ICT juga dapat meningkatkan motivasi pelajar serta membolehkan pem- belajaran bersendiri (individualise learning ) di samping dapat meningkatkan kemahiran ICT.Tidak dinafikan juga

penggunaan ICT dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

3.0

BAGAIMANA MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN ICT SEBAGAI KAEDAH DALAM P&P

3.1

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengoptimumkan penggunaan

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Antaranya:

Soalan tugasan dan tutorial melalui Blog pensyarah. 3.2 Pelajar dinilai melalui dua kaedah iaitu Penilaian Berterusan dan

Peperiksaan Akhir. Penilaian Berterusan merangkumi kuiz, tugasan, amali dan ujian. Pelajar dikehendaki mendapatkan soalan tugasan dan tutorial melalui Blog pensyarah. Ini dapat melatih pelajar dalam penggunaan komputer serta meningkatkan kemahiran dalam ICT. Secara tidak langsung ianya dapat mengubah sikap pelajar agar lebih positif terhadap penggunaan ICT. Menurut (Raja Maznah Raja Hussain, 1995), sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa sahaja .

Rajah 1: Tugasan yang boleh diakses melalui Blog pensyarah

Bahan rujukan diperolehi melalui laman web

3.3

Pelajar diberikan tugasan dan tugasan tersebut hendaklah mempunyai

bahan rujukan. Bahan rujukan bukan sahaja diperolehi daripada buku rujukan tetapi melalui laman web. Sumber yang diperolehi adalah percuma dalam internet di mana ianya banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Pelajar dikehendaki menggunakan sekurang-

kurangnya 3 buah buku rujukan dan 3 alamat laman web. Tujuannya untuk membiasakan pelajar mengakses internet . Kecekapan diri menggunakan internet merujuk kepada kepercayaan seseorang tentang kemampuan beliau untuk mengorganisasi, melaksanakan dan menyempurnakan kursus yang berkaitan dengan internet dengan berjaya (Eastin & LaRose, 2000). Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contohcontoh yang praktikal. Manakala dapatan kajian Inoue (1999-2000), penggunaan web adalah pelengkap berkesan kepada kuliah tradisional.

Tugasan dihantar melalui email pensyarah 3.4 Tugasan yang telah siap dan lengkap memenuhi kehendak soalan

hendaklah dihantar kepada pensyarah dengan melalui email yang boleh diakses oleh setiap pelajar. Ini bertujuan melatih pelajar supaya mahir dalam menggunakan komputer dan akses internet. Internet adalah satu medium yang berkembang dan dinamik yang digunakan untuk menghantar maklumat merentas rangkaian pengguna-pengguna yang besar, (Bailey,2002).

Kecekapan diri menggunakan komputer merujuk kepada pengadilan terhadap seseorang tentang kebolehan untuk menggunakan komputer (Campeau & Higgins,1985).

Rajah 2: Alamat email pensyarah yang terdapat di laman web Politeknik Merlimau Melaka

Penggunaan kemudahan ICT

3.5

Pengajaran di bilik kuliah bukan sahaya menggunakan white board

tetapi menggunakan kemudahan ICT yang disediakan. Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional . Kemudahan hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. biasanya

menggunakan elemen- elemen teks, video, audio, animasi, dan persekitaran maya ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.

Rajah 3: Contoh Bahan Pengajaran Yang Menggunakan Power Point

Pelajar berinteraksi dengan pensyarah melalui email

3.6

Pelajar yang menghadapi masalah tentang pengajaran sesuatu subjek

boleh mengajukan soalan melalui email pensyarah. Ini dapat menjimatkan masa pelajar daripada berjumpa pensyarah yang kadangkala tidak berada di pejabat kerana berkursus atau mesyuarat. Berbagai istilah telah

diperkenalkan dalam memperkenal dan membincangkan instruksi dan pembelajaran dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini. Di antaranya adalah pembelajaran secara elektronik, pembelajaran dalam talian/ rangkaian, pembelajaran digital, pembelajaran berasaskan internet,

pembelajaran berasaskan web, pembelajaran berasaskan hipermedia/ multimedia, pembelajaran berasaskan komputer dan pembelajaran

berbantuan komputer (Ameran, 2005). Urdan dan Weggen (2000) telah mengaitkan Pembelajaran berasaskan komputer (computer based learning) pula adalah subset bagi pembelajaran dalam talian (online learning). pembelajaran secara elektronik ini adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara terarah guru (pendekatan sistem) atau terarah pelajar dan akan lebih berkesan terutama menggunakan internet. Antara lain, pembelajaran secara elektronik mempunyai ciri-ciri seperti teknologi elektronik sebagai bantuan,

bahan yang direka dan dibina oleh pasukan pembina bahan yang professional, kurikulum dan kursus yang disediakan dalam rangkaian/ talian, sistem penilaian diurus oleh komputer, boleh belajar bila-bila masa dan tempat dan pengurusan kursus yang efektif.

Rajah 4: Pelajar boleh mengajukan soalan melalui email pensyarah

Bahan pengajaran menggunakan integrasi ICT

3.7

Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan menggabungkan

visual realistik dengan teks dan suara dan berupaya membenarkan pelajar menggunakannya dalam apa juga cara. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan

pensyarah kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada

proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan pensyarah memberi arahan kepada pendekatan hands on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Keratan video yang menggambarkan penggunaan tajuk pelajaran

10

dalam situasi sebenar mengikut konteks realistik. Para pensyarah

mesti

mampu mewujudkan suasana di mana pelajar lebih seronok belajar dengan menggunakan komputer.

Rajah 5 : Contoh bahan pengajaran yang menggunakan integrasi ICT

Projek pelajar menggunakan integrasi ICT

3.8

Pelajar diberikan projek berkumpulan di mana mereka dikehendaki

membuat ringkasan setiap topik yang dipelajari dengan menggunakan komputer. Kandungan projek tersebut bergantung kepada kreativiti ahli

kumpulan masing-masing. Projek ini kemudiannya akan dipersembahkan di kelas. Tujuannya untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya dapat menggunakan teknik yang ada pada ICT. Kunci untuk pembelajaran yang efektif adalah menvariasikan jenis-jenis kandungan. Imej, bunyi, dan teks boleh digunakan bersama-sama untuk membina suatu memori dalam beberapa bahagian otak, dan justeru itu menyebabkan pengekalan bahan ajaran dalam ingatan. Kumpulan terbaik akan diberi hadiah. Ini bertujuan memberikan motivasi kepada pelajar agar lebih rajin dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menghasilkan projek yang berkualiti. Permainan, kuiz, dan juga manipulasi sesuatu objek pada skrin yang diperlukan untuk mendatangkan minat yang lebih dan juga membolehkan pengekalan sesuatu

11

ajaran (Abdul Razak et al., 2004). Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2000) pula, multimedia merujuk kepada proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks, grafik, audio,video dan animasi. Ini bertepatan dengan pandangan Setiausaha Tetap Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) Y.M.Tengku Datuk Mohd.Azman Sharifadeen di dalam Rozinah Jamaludin (2000) yang menyatakan bahawa pengetahuan teknologi multimedia akan melengkapkan seseorang individu menjadi masyarakat bermaklumat (information society) kepada masyarakat berilmu (knowledge society).

4.0

HALANGAN DALAM PENGGUNAAN ICT DI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

4.1

Halangan didefinisikan sebagai rintangan yang dihadapi yang akan

membawa kesan yang negatif terhadap mereka dalam menggunakan ICT. Halangan pembelajaran didapati membawa kepada kesan terhadap

seseorang individu dalam pembelajaran dan tahap kepuasan (Giles, 1999; Schilke, 2001). Halangan yang terdapat di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dalam penggunaan ICT boleh dikategorikan kepada empat iaitu:

Halangan Teknologikal

4.2

Halangan teknologikal merujuk kepada halangan mengenai teknologi

pembelajaran. Halangan teknologikal merangkumi rangkaian internet yang sangat perlahan, pengaksesan ICT dan kos yang tinggi dalam perkakasan, perisian, pembaikian, atau servis komputer. Jadual di bawah menunjukkan Unit ICT Politeknik Merlimau Melaka memerlukan RM 100,000.00 untuk kerjakerja penyelenggaraan perkakasan ICT pada tahun 2009. Jumlah ini adalah satu angka yang besar.

12

Jadual 1: Ringkasan perbelanjaan Unit ICT Politeknik Merlimau Melaka 26000 Unit Multimedia & Sumber (UMS) Unit ICT RM 30,000 RM 100,000 RM 380,760 RM 5,000 28000 RM 10,000 35000 RM 13,000

Petunjuk: 26000 28000 35000 Barang luak atau alat ganti Penyelenggaraan Aset

Rajah 6: Rangkaian internet yang perlahan

4.3

Rangkaian internet yang sangat perlahan sering berlaku di Politeknik

Merlimau. Situasi ini sering mengganggu pensyarah yang ingin membuat persediaan awal bagi P&P dan juga pelajar yang ingin membuat rujukan atau tugasan yang diberikan pensyarah.

4.4

Pelajar tidak mempunyai komputer sendiri yang boleh mengakses

internet juga telah menjadi halangan teknologikal kepada pelajar untuk

13

mengakses ICT. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam

pekerjaan. Halangan teknologikal adalah termasuk kepunyaan komputer yang mampu mengakses internet (Gorard & Selwyn, 2000), konsisten untuk

mengakses internet, kos komputer dan kos pengaksesan internet (Kramarae, 2001; Pollard & Hillage, 2001), masalah teknikal (Bischolf, 2000),

pengaksesan kepada teknologi (Schilke, 2001: Pollard & Hillage, 2001; Williams, 20011)dan kebolehpercayaan teknologi. Halangan teknologikal yang lain termasuk kualiti teknologi, kekurangan bantuan teknikal, kekurangan kemahiran teknikal, keselesaan penggunaan teknologi, perubahan teknologi dan masalah log-in (Schilke, 2001). Pelajar tidak mempunyai komputer

sendiri yang boleh mengakses internet juga telah menjadi halangan teknologikal kepada pelajar untuk mengakses ICT. Daripada tinjauan yang dijalankan, hanya 5% pelajar Politeknik Merlimau Melaka yang mempunyai komputer sendiri . Walaupun mereka mempunyai komputer sendiri tetapi tidak terdapat kemudahan internet di tempat kediaman mereka.

Halangan Personaliti

4.5

Halangan personaliti adalah merujuk kepada persepsi kewujudan

halangan-halangan disebabkan pelajar dan sikap pelajar terhadap ICT. Halangan personaliti juga merujuk kepada halangan personaliti pelajar . Halangan gaya pembelajaran adalah dikategorikan di bawah halangan personaliti. Halangan gaya pembelajaran merujuk kepada keselesaan pelajar terhadap teknologi dan menyesuaikan ICT sebagai gaya pembelajarannya. Terdapat juga pelajar yang baru mengenali ICT dan kurang menunjukkan minat terhadap ICT di mana tugasan yang hantar tidak berkualiti.

Halangan Situasi

4.6

Halangan situasi adalah dikaitan dengan situasi atau persekitaran

seseorang itu berada (Schilke, 2001). Contohnya Terlalu sibuk dengan kerja lain, gangguan daripada kerja lain, hal rumah dan tempat belajar, kekurangan

14

masa untuk belajar atas talian. (Berge, 2001; Garland, 1993; Kramarae, 2001; OMalley & McCraw, 1999; Schilke, 2001). Terdapat juga di kalangan pelajar PMM ini yang sering menghantar tugasan lewat . Kelewatan ini disebabkan terlalu banyak tugasan lain yang perlu disiapkan di mana

mereka tidak mempunyai komputer sendiri. Mereka harus meminjam daripada kawan ataupun pergi ke pusat komputer yang berdekatan. Pusat komputer yang terdapat di Pekan Merlimau ini adalah terhad di mana persekitaran masih belum menguasai Teknologi ICT. Walaubagaimana pun, terdapat juga pensyarah tidak menggunakan peralatan ICT bagi menjalankan P&P kerana mereka juga mempunyai tugasan lain yang banyak dan tidak mencukupi masa untuk menyediakan bahan-bahan dan peralatan ICT, serta mereka juga mempunyai jadual yang padat selain dari menyampaikan pelajaran.

Halangan Institusi

4.7

Halangan institusi mengambil kira dua aspek iaitu pengajar dan reka

bentuk bahan pengajaran bagi ICT (Schilke, 2001). Sokongan organisasi dan reka bentuk pengajaran merupakan faktor yang penting dalam ICT. Pendapat O;Connor, et al.(2003) bahawa polisi institut memainkan peranan yang penting. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa menyediakan tugasan atau tutorial adalah kekurangan kemudahan internet . Menurut Eastin & LaRose (2000), seseorang yang memiliki tahap kecekapan diri terhadap internet yang kurang akan kurang yakin terhadap kebolehan beliau mengakses internet dan tidak cekap dalam menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan beliau. Nisbah bilangan komputer dengan bilangan pelajar di Politeknik Merlimau ini masih pada tahap yang rendah. Jumlah pelajar di PMM dianggarkan 5000 orang manakala bilangan komputer adalah sebanyak 889 buah sahaja. Kemudahan internet untuk diakses oleh pelajar dalam usaha

meyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah adalah terhad. Adalah disarankan penyediaan peralatan ICT tambahan kepada pelajar untuk digunakan sebagai rujukan di luar waktu kuliah.

15

4.8

Manakala halangan reka bentuk pengajaran berkaitan dengan kualiti

bahan pembelajaran, halangan bahasa dan kebolehan untuk penggunaan media. Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen pensyarah secara tekal dan berfokus. Peranan pensyarah dalam

mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan pensyarah dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan. Jika dilihat dari segi kursus yang dijalankan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan PMM, kursus yang berkaitan ICT adalah terhad. bertujuan Kursus ICT ini

memantapkan lagi pengunaan ICT dalam pengajaran dan

pensyarah, Kursus komputer mampu meningkatkan kecekapan diri seseorang dalam menggunakan komputer (Cassidy & Eachus, 2002).

4.9

Terdapat juga peralatan ICT yang telah lama di mana tidak mengikut teknogi

terkini yang lebih canggih. Jika ada pun bilangannya masih terlalu kurang jika dibandingkan dengan bilangan pensyarah yang ingin menggunakannya dalam P&P . Pihak pengurusan disarankan untuk menyelaras semua latihan berkaitan penggunaan peralatan ICT secara berterusan serta membeli peralatan ICT yang canggih mengikut teknologi terkini bagi memantapkan sistem

penyampaian pembelajaran di Politeknik Merlimau Melaka.

5.0

KESIMPULAN Politeknik Merlimau bertanggungjawab untuk menyediakan

persekitaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang dapat memberi sumbangan ke arah kecemerlangan akademik dan kecekapan pentadbiran. Kemudahan ICT yang mencukupi dan terkini adalah penting bagi

mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan graduan yang berkualiti, mempertingkatkan kualiti penyelidikan dan

pembangunan (R & D), mempertingkatkan kualiti dan kecekapan pentadbiran serta menjadikan warga politeknik yang bermaklumat, berpengetahuan dan berkemahiran untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dan

16

tanggungjawab dengan cara yang paling berkesan bagi mencapai misi dan visi politeknik. Walaupun ICT seringkali dianggap sebagai pengupaya kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan tetapi ia memerlukan penguasaan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kemahiran pemudahcaraan bagi memberi makna yang lebih lengkap terhadap penggunaannya. Oleh yang demikian, para pensyarah perlu memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut dalam usaha mengintegrasikan ICT dalam pendidikan seterusnya melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai