Anda di halaman 1dari 3

BAB 5

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN PROGRAM.

KEKUATAN PROGRAM. 1. a) Semua program dapat dijalankan dengan lancar. b) Mendapat kerjasama yang baik dari pihak SK Asam Kumbang samada daripada pihak pentadbir, guru atau kakitangan. c) Semua murid yang terlibat dengan program yang diadakan menunjukkan minat yang tinggi untuk menyertai program yang disediakan. Penyertaan daripada murid amat menggalakkan. d) Guru dapat pengalaman baru mengendalikan sebuah program dengan teratur dan lancar.

2. KELEMAHAN PROGRAM

a) Ketepatan masa tidak dipatuhi. Ada program yang lewat dimulakan dari masa yang telah ditetapkan kerana menunggu peserta bersedia untuk mengambil bahagian. Contohnya bagi pertandingan mendeklamasikan sajak. Murid mengambil masa yang agak lama untuk bersiap dengan pakaian dan bahan untuk persembahan. b) Pengurusan bagi program kuiz kurang baik kerana perlu mengumpul murid yang terlibat pada satu tempat. Ini menyebabkan suasana yang kurang teratur dan agak bising serta mengambil masa yang lebih untuk memastikan murid berada dalam keadaan bersedia. c) Tidak melibatkan murid tahun enam yamg sepatutnya perlu didedahkan dengan prinsip rukun Negara dan terlibat secara langsung dengan aktiviti yang dijalankan. d) Sajak yang disediakan agak panjang yang mana ini menyukarkan murid untuk menghafal.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

a) Merancang program dengan lebih teliti dan fikirkan kemugkinan yang mungkin berlaku semasa aktiviti dijalankan. b) Sepatutnya melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 kerana ini akan mendedahkan mereka kepada semangat cinta akan Negara dengan lebih mendalam lagi. c) Kuiz sepatutnya diadakan dalam bentuk bertulis dan diadakan didalam kelas kerana lebih mudah untuk mengendalikannya. d) Bagi projek sajak, sajak yang lebih pendek dan mudah dihafal sepatutnya diberi kepada murid. Boleh juga serahkan kepada murid untuk mencari sajak yang digemarinya asalkan bertepatan dengan tajuk yang ditetapkan.

4. IMPLIKASI PROGRAM

a) PIDATO - Melatih murid untuk berani berdepan dengan khalayak ramai. Murid juga mempelajari cara mencari isi-isi untuk pidato yang akan disampaikan. Dengan adanya program ini murid boleh berpidato dengan berani dan diharap dapat menjadi pemimpin yang baik pada masa hadapan. b) PENULISAN KREATIF - Murid dapat menulis asei dengan isi yang padat dan penggunaan bahasa yang menarik. Ini dapat meningkatkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Dari sini murid dapat menyelami dan menghayati semangat cinta akan bangsa dan negara yang mana akan melahirkan rakyat yang setia kepada raja dan negara. c) SAJAK- Dari sajak yang dideklamasikan akan menaikkan semangat kenegaraan kepada murid,guru dan kakitangan sekolah. d) KUIZ- Meningkatkan minat membaca kerana murid perlu mencari maklumat sebelum menjawab soalan kuiz. e) BUKU SKRAP- Menambahkan pengetahuan murid dan guru mengenai prinsip Rukun Negara melalui gambar-gambar dan maklumat yang dihasilkan melalui buku skrap

5. PENUTUP

Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa program yang telah dijalankan amatlah berjaya.Program yang telah dirancang berjalan dengan jayanya mengikut jadual yang telah ditetapkan walaupun ada beberapa kelemahan yang perlu diambil iktibar dan melakukan penambahbaikan pada masa akan datang. Kerjasama dari pihak sekolah, guru dan murid amat baik.

Dapat dilihat bahawa semua program yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid. Ini dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang 5 Rukun Negara kepada semua pihak terutamanya kepada murid dan guru.

Program ini juga dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, beretika, setia dan mematuhi undang-undang negara.Ini dapat mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur dan berdaulat.

Program-program seperti ini perlulah diadakan dari masa ke semasa demi menanam semangat cintakan negara kepada rakyat Malaysia sejak dari kecil lagi.Program seperti ini juga dapat melahirkan semangan perpaduan semua kaum.

Anda mungkin juga menyukai