Anda di halaman 1dari 5

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENDENGAR DAN BERTUTUR 1 Mengetahui perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis.

B1 DL1 Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah B1 DL1 E1 Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian 1. Guru berbual dengan murid tentang pengalaman hari pertama persekolahan. 2. Murid-murid memberikan respons kepada isi perbualan. 3. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan. 4. Dalam kumpulan kecil,setiap pelajar berbual tentang pengalaman masing-masing. Contoh Perbualan : Pelajar A Pelajar B : Apakah perasaan awak apabila masuk ke sekolah menengah? : Mula-mula saya berasa janggal , namun saya tetap berbangga.Sesekali teringat juga sekolah rendah yang telah ditinggalkan. : Mengapa awak berasa janggal?Mungkinkah sebab ada pelajar senior? : Hal ini disebabkan suasana dan pembelajaran yang berbeza. Selain itu, kita terpaksa balik lambat kerana mata pelajaran bertambah.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Pelajar A Pelajar B

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MEMBACA 1 Mengetahui perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis B1 DB1 Membaca ayat daripada sesuatu sumber B1 DB1 E1 Membaca ayat secara mekanis daripada sesuatu sumber dengan bimbingan 1. Guru mengedarkan petikan yang mengandungi beberapa ayat kepada murid-murid. 2. Guru meminta beberapa orang murid membaca ayat-ayat tersebut. 3. Guru membimbing murid-murid yang kurang lancar bacaannya. 4. Ketika murid membaca, guru mengisi Borang Inventori Bacaan. Contoh Bahan Bacaan : Golongan remaja merupakan aset negara yang amat berharga. Golongan ini bakal menjadi pewaris kepimpinan negara dan seterusnya meletakkan negara Malaysia ke mercu kecemerlangan. Persoalannya, mampukah para remaja memikul tanggungjawab tersebut. Lihat sahaja jenayah yang mereka lakukan. Saban hari ada sahaja kes - kes terpampang di dada- dada akhbar. Kegiatan salah laku remaja bukan sahaja berlaku di luar waktu sekolah, bahkan telah menular ke dalam sekolah. Terdapat dalam kalangan mereka yang tidak boleh dikawal lagi oleh guru-guru dan ibu bapa sehingga mengakibatkan berlakunya keciciran dalam pelajaran. Terdapat banyak faktor mengapa golongan remaja terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini. Sebagaimana diketahui umum, pengaruh media massa kini semakin sukar untuk dikawal pengedarannya. Banyak 2

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

agenda yang berbentuk keganasan ditonjolkan sehingga mempengaruhi para remaja. Begitu juga pengaruh perbandaran yang semakin cepat menular ke kawasan luar bandar. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang semakin baik memudahkan penularan budaya yang tidak sihat. Akibatnya golongan remaja di kawasan luar bandar akan mudah terpengaruh. Sikap ibu bapa yang hanya mementingkan kebendaan turut menyumbang kepada salah laku remaja. Ibu bapa tidak mempunyai masa yang cukup serta selalu balik lewat menyebabkan mereka gagal mendidik atau memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak mereka. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang memberi kebebasan kepada anak anak. Kesempatan ini telah digunakan oleh anak anak mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat beli belah, dan pusat hiburan. Remaja yang suka melakukan aktiviti ini akan cuba mempengaruhi rakan rakan yang lain. Akibat pengaruh rakan sebaya, akan menjurus kepada pembentukan kumpulan gangster dan kumpulan samseng dalam kalangan remaja. Remaja tersebut akhirnya melakukan jenayah seperti peras ugut dan penagihan dadah. Sikap sesetengah guru yang kurang memberi perhatian dalam menangani kes disiplin di sekolah turut mendorong kepada berlakunyaX BIL Soalan / gejala buli. Kurangnya tindakan disiplin, pelajar bebas dan sanggup melakukan apa 1 sahaja mengikutAdakah murid itu menyebut perkataan kehendak hati mereka. dengan betul? 2 3 4 5 Adakah murid itu menggantikan perkataan dengan perkataannya sendiri? Adakah murid itu enggan menyebut sesuatu perkataan? Adakah murid itu meninggalkan manamana perkataan? Adakah murid itu meng ulangulang perkat aan atau frasa?

Adakah murid (lemah/kurang lancar) dapat membaca dengan lancar setelah diberikan bimbingan oleh guru? 3

Contoh Kad Inventori Bacaan :

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENULIS 1 Mengetahui perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

B1 DT1 Menulis ayat mudah. B1 DT1 E1 Menulis ayat mudah berdasarkan gambar yang diberikan. 1. Guru menunjukkan beberapa gambar kepada murid-murid. 2. Murid menulis ayat mudah berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Contoh gambar :

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Contoh ayat : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pelajar sedang merokok. Pelajar menconteng papan tanda. Lelaki berbadan gemuk. Lelaki itu gemuk kerana kuat makan. Beberapa kereta ditenggelami banjir. Hujan lebat menyebabkan banjir.

Anda mungkin juga menyukai