Anda di halaman 1dari 12

Tajuk: Keruntuhan Akhlak

Ahli kumpulan: Jackson Kong Ling Chee Huat Sii Hee Hing Kiu Kwong Chieh

Didikan ibu bapa yang kurang tepat adanya bapa yang berkelakuan tidak ubah seperti bapak haruan, begitu juga dengan ibu yang tidak boleh dijadikan contoh baik oleh anak-anak Pengaruh media massa ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancanganrancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik.

Perasaan ingin cuba dan ingin tahu remaja


Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada guide line dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Pengaruh rakan sebaya Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk.

Kesan terhadap diri sendiri

Kesan terhadap keluarga

Akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling

Memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.

Remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya memalukan agama, bangsa dan Negara

Menyumbang kepada penceraian dan memusnahkan masa depan seseorang anak

Kesan terhadap masyarakat


Masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa

Kesan terhadap negara

Negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan

Sifat saling curigamencurigai akan bertahta di hati masyarakat dan secara langsungnya menyebabkan pertelingkahan antara kaum

Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap

Peranan ibu bapa

Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut.

Peranan pihak sekolah

menambahkan aktiviti berteraskan akademik dan separa akadenik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah. peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar sekolah di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan sebaik-baiknya oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Penguatkuasaan kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang dengan undang-undang menyatakan bahawa pembuangan bayi merupakan sejenis kes oleh pihak pembunuhan.
berkuasa

Bimbingan kaunseling

Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka Program sedemikian akan lebih bermakna sekiranya kaunselorkaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan bimbingan kaunseling tersebut.

Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

1) Seorang bayi yang baru dilahirkan telah dibuang ke dalam semak rumput begitu sahaja. Bayi itu masih dibasahi dengan darah. Betapa kejamnya manusia kini.

2) Kejadian pembuangan bayi sering dipaparkan di dada akhbar kini

3) Gejala mat rempit ini sukar ditangani walaupun pihak berkuasa telah melakukan pelbagai usaha seperti sekatan jalan, ceramah dan sebagainya. Kalau mahu menunjukkan kehebatan menunggang motosikal, pergilah menyertai pertandingan Motor GP yang halal.

4) Anggota masyarakat kini terutamanya remaja langsung tiada rasa malu untuk bercium-ciuman, berpeluk-pelukan di tempat awam.

Kesimpulannya, setiap pihak mesti melaksanakan amanah dan tanggung jawab menangani masalah keruntuhan akhlak ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Kesan positif daripadanya akan lahirlah generasi-generasi muda-mudi yang cemerlang dari sudut akhlak yang sudah tentu akan membimbing negara yang tercinta ini ke arah kemakmuran dan kesejahteraan. Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembar-gemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa. Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran besar pemimpin dan semua pihak untuk menentukan negara dan rakyat benar-benar menepati kecemerlangan 55 tahun kemerdekaan.

Anda mungkin juga menyukai