Anda di halaman 1dari 2

Isu yang cuba diketengahkan oleh penulis surat ialah kewajaran Kementerian Pelajaran menjadikan seni silat sebagai

salah satu gerak Ko-kurikulum yang wajib di semua sekolah. Ini disebabkan pertama kerana persekitaran yang semakin tidak selamat lantaran dihuni oleh manusia yang terdesak atas desakan hidup yang susah dan sanggup melakukan ape sahaja untuk meneruskan hidup. Kes rogol, penculikan juga penganiayaan terhadap kaum wanita dan anak-anak kecil menjadikan penulis merasakan sudah tiba masanya silat dijadikan salah satu gerak Ko-kurikulum yang wajib di sekolah Saya cuba melihat dari segi aspek yang lain di mana benarkah silat merupakan penyelesaian yang terbaik terhadap segala kes-kes yang selalu berada di dada akhbar saban hari. Adakah dengan seni silat ini kaum wanita dan kanak-kanak akan lebih terpelihara.Maka saya merasakan yang seni silat sebenarnya bukan lah satu jalan penyelesaian tetapi lebih kepada merupakan satu lagi cara untuk menjadikan kerja guru bertambah banyak. Seni silat juga akan mengakibatkan kes disiplin di sekolah akan semakin meningkat malah berani saya katakana bahawa seni silat ini lah nanti yang akan menyebabkan anak murid langsung tidak menghormati guru sendiri yang sememangnya tiada kuasa untuk bertindak di sekolah sekarang ini. Hujah saya yang pertama kenapa perlu ditambah seni silat andai kita dikatakan mempunyai pasukan polis yang sangat hebat di mata dunia. adakah polis kita hanya hebat di atas kertas tetapi dari segi aplikasinya sangat lemah. Hujah yang kedua dengan silat maka cikgu perlu datang ke sekolah pada hari sabtu,ini kerana kekurangan guru silat yang bertauliah di Negara kita ini menyebabkan kerja guru bertambah.Masalah disiplin juga menjadi hujah saya yang ketiga kerana pergaduhan antara kaum akan bertambah akibat darah panas anak muda ditambah dengan ilmu yang baru dicedok dalam seni silat.Akhirnya kuasa guru nanti akan semakin hilang malah guru tidak langsung ditakuti kerana tanpa kuasa merotan dan memukul murid merasakan mereka kebal di sekolah untuk melakukan apa sahaja degan ilmu tempur yang mereka pelajari Kesimpulannya seni silat bukan lah penyelesaian yang terbaik dalam menangani kes-kes penganiayaan ini kerana terdapat beberapa kepincangan yang akan berlaku kelak. Bukan lah saya mengatakan semua pelajar seni silat akan menjadi punca peningkatan kes pergaduhan kerana tidak semua pelajar silat yang berdarah panas. Masih ada di antara mereka yang mampu bersabar. Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ahmad Safwan bin Raihan G1128517

Anda mungkin juga menyukai