Anda di halaman 1dari 4

MUTIARA KATA

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan

balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak Janganlah takut mencuba sesuatu yang baru, asalkan kalau kita yakin dengan kebaikan yang akan diperolehinya Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu, kenalilah diri anda sebelum anda mengenali orang lain. Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir Tingkah laku yang sopan dan hormat terhadap orang lain adalah dua sifat utama seorang yang bijaksana Katakanlah yang benar walaupun pahit untuk dikatakan Ilmu pengatahuan itu adalah sahabat bagi teman hidup sampai kepada penghabisan umur kita

Kegagalan bukan beerti kehancuran tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu loncatan mencapai kejayaan Ilmu itu adalah suatu kemuliaan yang tidak ternilai harganya

"PERCAYALAH PADA DIRI SENDIRI. DENGAN ITU, ANDA AKAN MAMPU MEMBUAT BANYAK PERKARA, MALAH LEBIH DARIPADA YANG DIJANGKAKAN" "ILMU PENGETAHUAN PADA MASA MUDA AKAN MENJADIKAN SESEORANG ITU BIJAKSANA PADA MASA TUA" "BUKU IALAH GURU YANG PALING SABAR, DAN PENGALAMAN IALAH GURU YANG PALING BIJAKSANA"
Murid yang dipersenjatai dengan informasi Akan selalu memenangkan pertempuran
Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi. Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci. Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain. Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Ilmu itu bagaikan air yang tergenang kalau tidak di sampaikan, ilmu juga bagaikan air yang keruh kalau disampaikan tidak disertai pengamalan

Anda mungkin juga menyukai