Anda di halaman 1dari 2

Definisi:Jika anda mempunyai tanah yang terletak dalam kawasan yang digazetkan sebagai kawasan bandar / operasi , maka

harta berkenaan layak dikenakan cukai pintu. Kuasa untuk menentukan, menguatkuasakan dan pembayaran cukai pintu terkandung dalam akta kerajaan Temapatan (Akta 171). Cukai Pintu juga dikenali sebagai Cukai Taksiran.

Apakah Asas Penilaian Cukai Pintu ? Asas penilaian cukai pintu, bagi semua Penguasa tempatan untuk setipa negeri adalah berasakan nilai tahunan, kecuali Negeri Johor yang berasakan nilai improve Apakah Jenis harta yang dikenakan cukai pintu seperti yang dinyatakan? Harta-harta yang boleh dikenakan cukai pintu adalah seperti berikut:x Rumah Kediaman x Harta Perusahaan, Perniagaan, Hotel, Litar Lumba, Stadium, Pusat Rekreasi Persendirian, Hentian-hentian Syarikat dan Sebagainya. x Tanah Pertanian. x Tanah Kosong. x Bagi bangunan-bangunan yang dimiliki oleh kerajaan dan badan-badan berkanun, maka Caruman Membantu Kadar (CMK) boleh dikenakan. Bagaimakah Proses Kerja Penilaian Ini Dilakukan?. Pegawai-pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), akan menjalankan kerja penyiasatan tapak dan ukur periksa bangunan berkenaan. Semasa menjalankan tugas ini, pemilik-pemilik harta atau penghuni bangunan adalah diminta member kerja sama dengan membenarkan mereka

memasuki bangunan serta memberikan maklumatmaklumat atau mengisi boring yang diperlukan. Pegawai-pegawai ini memakai tandanama dan memiliki kad kuasa. Sekiranya pemilik berasa curiga, mereka boleh meminta untuk memeriksa kad kuasa berkenaan. Satu notis akan dikirimkan kepada pemilik harta sebelum cukai pintu tersebut dikuatkuasa. SEKIRANYA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PENILAIAN YANG DITETAPKAN, APAKAH HAK ANDA? Anda boleh mengemukakan surat bantahan dengan syarat ianya mengikut tarikh seperti yang dinyatakan dalam notis. PBT akan menimbang bantahan anda dan membuat keputusan terhadap bantahan tersebut. Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, anda boleh mengemukakan rayuan seterusnya ke Makamah Tinggi. Apakah Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh PemilikPemilik Harta? Terdapat dua masalah yang biasa dihadapi oleh Pemilik:i. Tidak menerima sebarang Bil untuk bayaran Cukai Pintu. Dan ii. Kesalahan nama pada bil berkenaan atau bil tersebut masih tercatat nama pemilik terdahulu. Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Tidak Menerima Bil Cukai Pintu? Jika tidak merima bil anda, perlu memaklumkan kepada pihak PBT dengan cara:i. Datang sendiri ke pejabat PBT bersama-sama maklumat harta iaitu, nama pemilik, alamat harta, no lot, nombor bil berdasarkan bil terdahulu. ii. Anda Boleh menhubungi terus Unit Penialaian PBT bagi memaklumkan perkara tersebut.

Jika Anda Seorang Penyewa Rumah /Bangunan Tersebut, Apakah Yang Perlu Dilakukan? Anda boleh mengemukan bil-bil kepada pemilik dengan segera. Jika pemilik gagal membuat bayaran, harta anda didalam bangunan tersebut boleh ditahan. Oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewajarnya kepada PBT sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(5) Akta 171, Kerajaan Tempatan melindungi anda. Apakah Yang Harus Dilakukan Apabila Anda Ingin Membeli Sebuah Rumah /Tanah Kosong /Pegangan?. Semak Dahulu dengan PBT nama yang didaftarkan dan tunggakan yang dikenakan bagi rumah / tanah tersebut. Seksyen 146 Akta 171, menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawag pemilik semasa (sekarang) untuk menjelaskannya. Perlu juga disemak perkara ini terlebih dahulu dengan peguam atau agen pengurusan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskn oleh pemilik sebelumnya. Jika Anda Telah Menukar Milik/ Menjual/ Mewariskan Rumah/ Harta, Apakah Yang Perlu Dilakukan? Sila memaklumkan kepada PBT dengan mengisi BORANG I/BORANG J dengan lain-lain yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik dilakukan. Jika gagal berbuat demikian, pihak PBT boleh mengambil tindakan Makamah dan anda boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Mengikut Seksyen 160(6) Akta 171. Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976: i. Sebarang pindah milik harta, mesti dimaklumkan kepada PBT oleh pemilik baru/asal selepas pindah milik dilakukan. ii. Sebarang pindah milik harta pusaka mestilah dimaklumkan selewat-lewatnya 1 tahun selepas disempurnakan

Bagaimana Ianya Boleh Dibayar? Ianya boleh dibayar 2 kali setahun, iaitu:i. tahun pertama, mulai 1hb Januari hingga 28hb Febuari. ii. tahun kedua, Mulai 1hb Julai hingga 31hb Ogos. Apakah Tindakan Terhadap Anda Jika Tidak Menjelaskan Cukai Pintu?. Anda akan dikenakan tindakan-tindakan berikut:i. Jika gagal membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, notis boring E Seksyen 148(1) akan dikeluarkan. ii. Waran penahanan dalam Borang F akan dikeluarkan berikut jika anda tidak menjelaskan bayaran yang dinyatakan dalam notis tuntutan dalam masa 15 hari dari tarikh notis dikeluarkan.

Sila Hubungi Unit Penilaian Dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Machang. Tel: 09- 975 1076 smb.

Anda mungkin juga menyukai