Anda di halaman 1dari 6

NOTA KEMBARA AMIRA

URUTAN PERISTIWA NOVEL KEMBARA AMIRA

1.Amira memujuk Jacinta supaya menyertai projek cari gali bahan arkeologi di Bukit Mat Raya yang diketuai ibunya. 2.Amira dan Jacinta menaiki kereta api menuju ke Stesen Keretapi Dahan Hijau. 3.Mereka mandi-manda di Air Terjun Angin dan berkenalan dengan Malique. 4.Di Air Terjun Angin, Amira tergelincir lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras. 5.Persahabatan antara Itai dengan Amira dan Jacinta mula terjalin apabila Itai melawat mereka di Desa Karpus. 6.Itai dan Taun menyelamatkan Amira lalu mereka berkenalan 7.Amira dibawa oleh Itai ke sebatang sungai untuk mengambil emas. Mereka terserempak dengan makhluk berbulu dan berkaki dua. 8.Amira, Itai, Pak Lias, dan Roslan mencari Malique di G. Gua Gajah. Mereka diserang makhluk berbulu berkaki dua. 9.Kejayaan empat remaja pintar. Amira melanjutkan pelajarn dalam bidang aeroangkasa, Jacinta dalam bidang perniagaan fesyen, Itai dalam bidang perubatan dan Malique Berjaya menggagalkan projek cari gali emas 10.Amira menyaksikan peleraian konflik keluarga Tau dan mengetahui rahsia hubungan Tau, Jennifer , Malique dan Itai 11.Amira dan Jacinta berjaya menemui barang artifak yang merupakan tembikar di kawasan cari gali Desa Karpus. 12.Amira, Dr. Zawawi, Rusdi, Jacinta, dan Itai mengikut Tau ke Gunung Gua Gajah untuk mencari bahan artifak. Amira menemukan mobile disk Malique 13.Amira melawat Itai di perkampungan orang Asli dan terlibat dengan perbicaraan terhadap Itai di mahkamah adat Orang Asli.

KAJIAN NOVEL KEMBARA AMIRA : TEMA PERNYATAAN TEMA Kesanggupan remaja menyertai aktiviti lasak dan mencari pengalaman yang mencabar untuk mengisi masa cuti sekolah. HURAIAN Amira Amir menghabiskan cuti sekolah dengan membantu ibunya Profesor Zaidah melakukan kerjakerja arkeologi di Bukit Mat Raya. Amira menempuh banyak pengalaman yang sangat mencabar sepanjang berada di tapak arkeologi itu. Antaranya, lemas di dalam sungai, berkenalan dengan remaja suku Orang Asli Semai, memahami corak kehidupan masyarakat Orang Asli, bertemu dengan Malique, dan menghadapi pelbagai dugaan semasa mencari Malique yang hilang di dalam hutan. Perkenalannya dengan Itai, iaitu remaja dari suku Orang Asli Semai menjadikan Amira lebih dekat kepada alam sekitar, berusaha menjaga alam sekitar, serta menghalang kegiatan cari gali emas. Di samping itu, dia menimba banya pengalaman berharga apabila turut serta dalam usaha cari gali itu. Dia juga menemukan tembikar dan lakaran manusia purba di dinding Gunung Gua Gajah.

PERSOALAN NOVEL KEMBARA AMIRA PERSOALAN Kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya Persahabatan erat antara dua insane berlainan bangsa Semangat kerjasama dalam melakukan sebarang pekerjaan Kemusnahan hutan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kehidupan manusia HURAIAN Tau akhirnya bertemu dengan anaknya Sabi yang telah dilarikan isterinya Ipah. Tau dapat mengenali Sabi meskipun anaknya itu sudah besar dan ditukarkan nama kepada Malique. Amira dan Jacinta berkawan baik bukan sekadar semasa di sekolah sahaja. Jacinta sering mengikuti ke mana-mana sahaja Amira pergi. Selain itu, banyak rahsia hidup Jacinta diketahui Amira. Pelajar Profesor Zaidah saling bekerjasama dalam melakukan kerjakerja arkeologi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar projek cari gali mereka berjalan lancar. Kemalangan yang menimpa Pak Lias dan Profesor Zaidah apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Hal ini membuktikan bahawa kemusnahan alam sekitar member kesan buruk kepada kehidupan kita. Pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh disembuhkan dengan menggunakan daun-daun herba yang diambil dari hutan oleh Ludin. Tindakan John OHara yang berusaha mencari gali emas akan menyebabkan kawasan hutan musnah .

Hutan menyimpan pelbagai khazanah yang berharga Sikap tamak manusia yang mementingkan keuntungan berbanding kesejahteraan alam sekitar

BINAAN PLOT NOVEL KEMBARA AMIRA BAHAGIAN PLOT Bahagian Pengenalan / Eksposisi HURAIAN Pembaca diperkenalkan dengan watak Amira dan Jacinta yang berada di dalam kereta api menuju ke Bukit Mat Raya. Mereka akan menghabiskan masa cuti sekolah di tapak projek arkeologi yang diketuai oleh ibu Amira, Profesor Zaidah. Ketika berehat di kawasan air terjun, Amira berkenalan dengan MAlique, pemuda yang sama di dalam kereta api. Malique dipertanggungjawabkan menyediakan laporan tentang projek cari gali emas di Bukit Kerengga. Amira dihanyutkan oleh arus deras sungai ketika menunggu MAlique di kawasan air terjun. Amira hamper lemas, tetapi diselamatkan oleh Itai dan Tau. Malique pulq menemani john OHara ke Pulau Pinang untuk berbincang dengan pelabur emas. Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit. Kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan Profesor Zaidah terseliuh. Itai membawa Amira ke hulu sungai yang mempunyai ketulan emas. Mereka mengambil emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berbulu hitam.Tau membawa Amira, Itai, Dr, Zawawi, dan Rusdi ke Gunung Gua Gajah. Mereka menemukan lakaran pada dinding gua dan kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik. Malique pula hilang selepas keretanya dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Dia disembunyikan oleh makhluk berbulu di sebuah pondok. Amira, Itai, Jacinta, dan Pak Lias Berjaya menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Mereka nyaris diserang makhluk berbulu hitam tetapi diselamatkan oleh Pak Lias. Misteri makhluk itu terbongkar apabila Ludin tiba di puncak gunung. Tau rupanya yang menyamar sebagai makhluk itiu. Jennifer yang baru tiba di hutan itu sebenarnya isteri Tau manakala MAlique dan Itai ialah anak Tau. Amira kini bergelar mahasiswa dalam bidang aeroangkasa di sebuah university di ibu Negara. Sebelum pulang bercuti, Amira membaca e-mel yang dihantar oleh ibu dan rakan-rakannya. Itai melanjutkan pelajaran di Kubang Kerian dalam bidang perubatan. Jacinta menguruskan perniagaan

Bahagian Perkembangan

Bahagian Konflik

Bahagian Klimaks / Puncak

Bahagian Peleraian

fesyen bapanya di Paris. Ibu Amira masih meneruskan kerja arkeologi di Bukit Mat Raya. Malique Berjaya menggagalkan projek cari gali emas. Dr. Zawawi bertukar bidang, iaitu terlibat dalam aktiviti mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut. WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL KEMBARA AMIRA PERWATAKAN WATAK UTAMA : AMIRA AMIR - Anak kepada Profesor Zaidah ,pensyarah arkeologi di sebuah university - Bapanya ialah jurutera komputer di sebuah syarikat multinasional. - Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas dalam segala hal, lasak, pintar, dan manja. - Baik hati : Dia berusaha menggembirakan hati Jacinta. Dia mengajak Jacinta menyertai kembara arkeologi ibunya kerana tidak mahu Jacinta melayan perasaan sedihnya. - Berani : Amira mengikut Itai meneroka hutan, mendaki gunung , masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai. Kebanyakan aktiviti kembara bersama-sama Itai dilakukan tanpa pengetahuan ibunya. -. Jujur : Dia berterus-terang kepada Ludin dan Tau tentang emas yang diambilnya dari sungai. Dia juga memulangkan emas kepada Ludin. - Berhemah tinggi : Walaupun dia anak professor dan jurutera, dia tetap menghormati Pak Lias, pemandu ibunya. Dia juga menghormati Ludin dan Tau menyebabkan kedua-duanya menyenangi Amira - Berdikari : Amira bertindak mengajak Itai menyelamatkan Malique tanpa meminta bantuan ibu dan orang dewasa yang lain. PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : JACINTA - Anak hartawan yang menjalankan perniagaan di dalam dan di luar negara - Berketurunan Cina dan berasal dari Pulau Pinang - Telah kematian ibu sejak empat tahun yang lalu - Mudah merajuk : Dia kerap tidak pulang ke pelbagai PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : ITAI - Remaja lelaki Orang Asli suku Semai seusia dengan Amira. - Anak kedua kepada pasangan Ipah atau Jennifer atau Samantha dan Tau - Pelajar sekolah menengah yang pintar - Sedia membantu orang lain : Dia berusaha memujuk Jacinta yang merajuk kerana ditanyakan hal peribadi. Bersama-sama Amira, Itai mengambil emas dari sungai walaupun melanggar peraturan kaumnya untuk dihadiahkan kepada Jacinta. - Berani : Itai menyelamatkan Amira yang hampir mati lemas dibawa arus deras sungai. Itai juga membantu mencari Jacinta dan Malique yang hilang di hutan. - Rajin belajar : Apabila cuti sekolah, Itai kembali ke perkampungan dan belajar pelbagai ilmu tentang hutan daripada Tau. - Bertanggungjawab : Itai menjaga keselamatan Amira ketika meredah hutan untuk mengambil emas. Dia menutup mata Amira apabila makhluk berbulu itu melibas parang kea rah orang yang ditawannya.

PERWATAKAN WATAK MALIQUE / SABI

SAMPINGAN

- Remaja lelaki berketurunan Inggeris dan Orang Asli suku Semai - berusia awal 20-an - Anak sulung Tau dan Ipah - bertubuh besar dan tegap - Sayang akan alam semula jadi : Walaupun Malique

banglonya di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada musim cuti sekolah kerana dia berasa jauh hati setelah bapanya berkahwin lain. - Tidak tahan menghadapi cabaran : Jacinta berasa lemas ketika berada di dalam Gunung Gua Gajah. Dia tidak tahan bau busuk daripada najis kelawar. - Mementingkan diri sendiri : Jacinta tidak mahu bercuti ke Eropah walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang sebagai protes bapanya berkahwin lain. Dia tidak mempedulikan perasaan orang lain akibat perbuatannya. - Meminati seni hiasan dan kecantikan : Setelah tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen di Paris. Dia juga tertarik dengan rantai batu kuarza milik Amira.

membantu OHara untuk menyimpan semua laporan dan data tentang emas di dalam system komputernya supaya pelabur-pelabur dapat maklumat terbaharu tentang projek cari gali emas di hutan itu. - Redha pada ketentuan Ilahi : Malique berusaha menerima Tau sebagai bapanya setelah mengetahui keadaan sebenarnya. Dia sanggup tinggal di dalam hutan sehingga kakinya sembuh dan enggan mengikut Jennifer pulang ke Melaka. - Taat kepada ibu : Malique mengikut OHara ke dalam hutan itu atas arahan ibunya walaupun dia tidak mengenali lelaki Inggeris itu. - Tidak lupa asal usul : Malique tidak membantah apabila dia dicalonkan untuk menjadi ketua kaumnya bagi menggantikan Ludin .Dia juga kembali ke kampungnya untuk berbakti kepada masyarakat kampong dan penduduk Dahan Hijau dengan projek literasi computer. PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : PROFESOR ZAIDAH - Pakar arkeologi yang berasal dari Kedah. - Pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi - Berusia 40-an dan merupakan ibu Amira - Cekal : Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan kerjanya, antaranya anaknya Amira hamper mati lemas, beliau tetap meneruskan projek mencari gali bahan arkeologi di hutan itu. - Bersikap professional dalam menjalankan tugas : Dia memasukkan maklumat penemuannya dalam sistem komputer. Beliau juga tenang berhadapan dengan sebarang masalah, sehingga tidak diketahui ahli kumpulannya. - Suka membantu : Beliau membantu MAlique mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan projrk teknologi komunikasi di kampong Orang Asli. - Tegas : Walaupun Amira dan Jacinta bukan pelajar university yang terlibat dalam kerja mencari gali, namun beliau tetap tegas supaya mereka juga mematuhi peraturan.

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : TAU - Lelaki Orang Asli dari suku kaum Semai. Berusia dalam lingkungan 40-an - Bertubuh tegap, sasa dan berkulit hitam - Mahir mengesan sesuatu di dalam hutan. - Penyayang : Dia amat menyayangi anak-anaknya Sabi dan Itai. Ketika Sabi kecil, dia sering member Sabi makan daging bakar yang menjadi kegemarankanak-kanak itu. - Sanggup berkorban : Tau sanggup mengahwini adik angkatnya Ipah yang berketurunan Inggeris demi abangnya Ludin supaya abangnya berpeluang menjadi ketua masyarakat. - Baik hati : Dia bersusah payah selama empat jam mencari Jacinta yang hilang di dalam hutan. - Mengakui kesalahan : Tau meminta maaf daripada Pak Lias atas sikapnya yang ganas ketika dia dipengaruhi roh beruang dan hampie mencederakan Pak Lias.

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT LATAR MASA Malam Pagi Tengah hari LATAR TEMPAT Di dalam Kereta api Stesen Kereta api Dahan Hijau Sungai Bukit Mat Raya Perkampungan orang Asli Bukit Mat Raya Gunung Gua Gajah PERISTIWA Amira dan Jacinta menuju ke stesen Dahan Hijau untuk ke Bukit Mat Raya yang terletak di banjaran Titiwangsa Amira dan Jacinta menunggu kedatangan Pak Lias untuk ke Bukit Mat Raya Amira berkenalan dengan Itai. Itai membakar ikan sebagai makanan tengah hari Amira yang baharu diselamatkan daripada mati lemas. Amira melawat Itai yang telah dikurung selama dua hari kerana melanggar peraturan orang Asli Kumpulan Profesor Zaidah yang diketuai Dr. Zawawi mengikut Tau ke gua itu dan menemui banyak artifak sejarah antaranya lukisan di dinding gua.

Petang

LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang mencintai alam semula jadi Ludin, Tau, Itai, Malique, Jennifer dan kumpulan Profesor Zaidah amat mencintai hutan dan keindahan alam semula jadi. Tau bertindak terhadap pembalak dan pekerja cari gali emas kerana dia menganggap kumpulan itu akan memusnahkan kawasan hutan Itai dan Tau menyelamatkan Amira yang hamper mati lemas. Mereka juga membantu mencari Jacinta yang sesat di dalam hutan. Itai yang pernah menang dalam Pertandingan Saintis Muda dengan mengemukakan rawatan berasaskan herba, masih berhasrat memperdalam ilmu pengetahuannya. Dia menanya Amira dan Jacinta tentang laman web yang memberikan maklumat rawatan berasaskan herba. Amira mengendalikan laman web ibunya dan kerap mengemaskinikan laman tersebut dengan laporan penemuan bahan kajian arkeologi.

Masyarakat yang saling membantu Masyarakat yang mencintai ilmu

Masyarakat yang celik teknologi maklumat dan komunikasi

TEKNIK PLOT Ialah cara pengarang menyampaikan ceritanya. Pengarang menggunakan kepelbagaian teknik plot untuk menjadikan novel lebih menarik. Antaranya : TEKNIK PLOT Teknik Pemerian PERISTIWA / CONTOH Pengarang menggambarkan keindahan alam dan penjelasan tentang orkid liar ( muka surat 50 ). Pengarang juga memperkenalkan ibu bapa Jennifer dan tragedy yang menimpa mereka ( muka surat 275 ). Pembaca dimaklumkan kesudahan cerita dan perjalanan hidup empat orang remaja pintar itu melalui e-mel. E-mel tersebut dihantar oleh Itai, Malique, dan Jacinta kepada Amira. Pembaca mengetahui bahawa Jacinta terlibat dengan perniagaan bapanya dalam bidang fesyen di Paris melalui e-melnya kepada Amira. Di dalam kereta api ke Bukit Mat Raya, Amira teringat kejayaannya memujuk Jacinta menyertai ekspedisi arkeologi ibunya.

Teknik e-mel

Teknik imbas kembali

Teknik saspens

Teknik kejutan

Kumpulan Profesor Zaidah diganggu dengan pelbagai misteri dan pada suatu malam tali khemah mereka dipotong orang. Misteri itu menjadi tanda tanya pembaca. Malique yang biasa hidup di Bandar, tiba-tiba mengambil keputusan untuk tinggal di dalam hutan sehingga kecederaan kakinya sembuh setelah mengetahui Tau ialah bapanya.

SUDUT PANDANGAN Dalam novel Kembara Amira, pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga iaitu pengarang menceritakan semua peristiwa. Pengarang juga dapat memberikan gambaran perkara yang difikirkan oleh watak seperti pemaparan perkara yang dikenangkan oleh Tau. Pengarang juga dapat menceritakan peristiwa silam tentang tragedy nahas kapal terbang yang melibatkan keluarga Ridley untuk mewujudkan konflik dalam novel ini. NILAI DAN PENGAJARAN NILAI Kecekalan CONTOH Walaupun pergelangan tangannya terseliuh selepas terlibat dalam suatu kemalngan, Profesor Zaidah tetap meneruskan usahanya mencari gali bahan arkeologi. Tau membantu mengesan Jacinta yang hilang ketika mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai. Jidin membesarkan Samantha atau Ipah dengan penuh kasih saying walaupun kaumnya tidak menerima Samantha kerana berlainan rupa denga orang asli. Amira mengajak Jacinta menghabiskan cuti bersama dengan ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya supaya Jacinta tidak keseorangan di asrama. Ludin amat simpati terhadap Tau yang mengasingkan diri daripada kaumnya kerana kecewa dengan tindakan Ipah yang lari meninggalkannya tanpa sebab.

Bantu-membantu Kasih sayang

Setia kawan

Belas kasihan

PENGAJARAN Kita hendaklah mengisi masa lapang dengan Amira dan Jacinta mengisi masa cuti sekolah dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja arkeologi kegiatan yang berfaedah di Bukit Mat Raya. Kita perlu menghulurkan bantuan kepada Ludin membantu merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan mereka yang ditimpa musibah menggunakan kaedah rawatan herba. Kita perlu mengamalkan kerja secara Amira, Jacinta, dan Itai sering melakukan pekerjaan berpasukan untuk memastikan usaha kita secara berkumpulan seperti membantu mencari dan mengesan Malique yang hilang. membuahkan hasil Kita harus berani bertindak untuk Pak Lias berani berdepan dengan makhluk berbulu tebal yang cuba menyerangnya demi menyelamatkan nyawa menyelamatkan nywa Amira, Itai, Roslan dan Malique. Itai yang kini melanjutkan pelajarannya dalam Janganlah kita lupa asal usul kita bidang perubatan tidak lupa aka nasal usulnya yang pernah dibesarkan oleh Ludin di perkampungan suku Orang asli Semai.

Anda mungkin juga menyukai