Anda di halaman 1dari 7

Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau

beberapa orang bertutur,berkomunikasi atau berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, proses ini berlaku apabila orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas atau respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.

Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterprestasi apa yang didengar.

Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa

Bertindak balas terhadap bunyibunyi tersebut.

PROSES MENDENGAR

Memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut

Menilai bunyibunyi yang diperdengarkan

Objektif mengajar kemahiran mendengar (a) memperoleh idea; (b) mencari isi-isi penting; (c) melakukan arahan/ tindak balas; (d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan; (e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat; (f) mentafsir makna-makna yang te rsirat, (g) mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan (h) mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat

Proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi

Berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkatperingkat

Berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR

Secara pasif

Secara bertelau-telau

Tanpa tindak balas

Secara menebuknebuk

Dengan beremosi

Secara berhati-hati dengan pengamatan

Secara kritikal

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar

(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan diIngati (b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya (d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang (e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan (f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan (g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu (h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika (i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi

KEMAHIRAN BERTUTUR Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, proses bertutur juga melibatkan proses mental iaitu memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi

Konsep Pertuturan

Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.

Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apaapa yang didengarinya

Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya

Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak

Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

Aspek-Aspek Pertuturan

Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian dalam kemahiran bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan laras bahasa.

i.

Sebutan: Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyibunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna.

ii.

Tekanan: Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.

iii.

Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam Bahasa Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris dan Arab.

iv.

Jeda (persendian): Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan.

v.

Intonasi: Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh

mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun.

vi.

Nada: Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina.

vii.

Tatabahasa: Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. la terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya

aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.

viii.

Kelancaran: Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung.

ix.

Kefasihan: Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar.

x.

Laras bahasa: Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan.

menyebut dengan jelas;

bertutur secara bertatasusila

menyampai atau melahirkan pendapat peribadi

OBJEKTIF
bertemu ramah melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat

menunjuk arah

memberi penerangan dan alasan

Mengaitkan aksi dengan pertuturan Membina soalan berdasarkan bahan Memberi arahan kepada rakan

Memberi taklimat dan ceramah

Main peranan

Aktiviti Dalam Kemahiran Bertutur

Perbincangan forum

Simulasi

Mengadakan perbahasan

Teater bercerita

Menerangkan gambar dan bahan grafik

Permainan komunikatif

Drama

Beri Nilai