Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Bilik darjah fizikal yang menarik dapat melahirkan keadaan psikososial yang positif dan iklim bilik darjah yang positif akan dapat melahirkan mood pelajar untuk belajar. Secara jelasnya, kesan daripada usaha guru untuk menjadikan suasana atau iklim di dalam kelas supaya lebih kreatif, bersatu padu, bermotivasi dan berkerjasama dimana tujuanya adalah untuk memastikan para pelajar berasa selesa dan menunjukan minat untuk belajar di dalam kelas.
Relevan untuk menjadikan iklim kelas yang kondusif untuk pembelajaran disokong oleh kajian di psiko-sosial. (Fraser,1997;Goh&Fraser,1995) Dimana dari sudut pandangan psiko-sosial yang menyatakan tinggi darjah kesepaduan, persaingan,kepuasan dan orientasi di dalam kelas menunjukan perkembangan penglibatan pelajar yang positif di dalam kelas.
Pentingnya menjadi pemula yang baik kerana pada permulaan awal persekolahan sebenarnya adalah masa pelajar belajar sikap,tingkah laku, dan tabiat kerja yang akan mempengaruhi proses pembelajaran seterusnya. (Emmer, Evertson & Worsham (2000) )
Kesimpulan
Kelas yang kondusif adalah kesan daripada guru yang sistematik mengorganisasi dan menguruskan kelas. Mengorganisasi secara fizikal keadaan kelas dapat memupuk iklim kelas yang sihat serta dapat merancang untuk menjadi asas permulaan yang baik dalam persekolahan. Guru yang mengunakan 3Ps akan selalu cuba untuk memastikan permulaan kelas adalah sebagai persektif yang positif kepada para pelajar mereka.