Anda di halaman 1dari 15

Pantun Sedapnya ubi buat penganan, Dimakan orang lepas ceramah, Beratur ketika beli makanan, Itu amalan

orang berhemah.

Pantun Pucuk pegaga ulam mengkudu, Dimakan dengan sambal belacan, Pinggan, piring, gelas dan sudu, Masuk ke besen yang disediakan.

Pantun Terbang pipit dipipiskan lada, Untuk santapan si anak raja, Keceriaan kantin sentiasa dijaga, Agar warga semua bahagia.

Pantun Masak bayam bersama lokan, Hidangan untuk para penderma, Bersopan santun ketika makan, Amalan baik pujian semua.

Pantun Lauk pauk semuanya terkini, Susun di meja empat persegi, Sedapnya makanan di kantin ini, Rasa sekali pasti nak lagi.

Pantun Buah berangan buah tangan, Bawa belayar di atas rakit, Basuh tangan sebelum makan, Terhindar diri dari penyakit.

Pantun Buah berangan buah tangan, Bawa belayar di atas rakit, Basuh tangan sebelum makan, Terhindar diri dari penyakit.

Pantun Buah berangan buah tangan, Bawa belayar di atas rakit, Basuh tangan sebelum makan, Terhindar diri dari penyakit.

Pantun Pergi majlis berkebaya nyonya, Teruna tampan berkain pelikat, Sebelum selepas membaca doa, Agar rezeki mendapat berkat.

Pantun Cerang cering bunyinya kuali, Menggoreng mi di waktu pagi, Sambil membeli bayarlah sekali, Jangan sampai tauke rugi.

Pantun Harum bau si bunga kantan, Buat hiasan bersama lada, Minumlah air cukup sukatan, Wajah ceria awet muda.

Pantun Bahang mentari panasnya terik, Wujudnya dari zaman berzaman, Jimatkan air dan juga elektrik, Itulah amalan insan budiman.

Pantun Hari minggu pergi berniaga, Di pekan sehari Kampung Hulu, Jika terdetik rasa dahaga, Apa kata kita minum dulu.

Pantun Terbang rendah si ramarama, Hinggap di daun kayu ara, Kebersihan kantin jaga bersama, Sekolah ceria pelajar sejahtera.

Pantun

Pohon berbuah banyak, Dikait budak untuk diedar, Kurangkan makan lemak dn minyak, Penyakit berbahaya dapat dihindar.

Anda mungkin juga menyukai