Anda di halaman 1dari 14

SULIT 011 Bahasa Melayu Kertas 1 Oktober 2007 50 Minit NAMA : ..

011

TAHUN :

PEPERIKSAAN DALAMAN AKHIR TAHUN 2007

BAHASA MELAYU TAHUN 5


Kertas 1 (Lima puluh minit)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.
2.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

3.
4.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak, termasuk muka surat hadapan. 011 SULIT

SULIT
Soalan 1 - 19

011

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1 1. _______________, merupakan bangunan pencakar langit yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. A Menara Kuala Lumpur B Bangunan Parlimen C Menara Berkembar Petronas 2. ____________ tidak bersalah, tuanku, kata Dang Melur kepada Permaisuri Cendana. A Beta B Kami C Kalian D Patik 3. ______________ hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati ketika berada di jalan raya, nasihat Cikgu Firdaus kepada sekumpulan murid tahun enam. A Saya B Kami C Kalian D Mereka 4. Bau ______________ pada daging kambing dapat dihilangkan apabila dicuci dengan tepung gandum. A hapak B hamis C tengik D hanyir

SULIT
Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

011

Gambar 2 5. Para tetamu yang hadir di majlis tersebut dijemput oleh mak andam untuk __________ air mawar pada kedua-dua mempelai. A menyimbah B merenjis C menjirus D menyiram Soalan 6 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 6. Penduduk kampung berbalah______________ pelantikan ketua kampung yang baru itu. A bagi B oleh C dengan D tentang

SULIT
Soalan 7 berdasarkan Gambar 4.

011

Gambar 4 7. Cikgu Halimah sedang menulis perkataan _____________ papan tulis. A ke B di C pada D kepada 8. Ahmad berdiri ___________ memberi hormat kepada tetamu kenamaan itu. A dan B ketika C seraya D setelah 9. Pak Harun _____________ telah merundingkan perkara itu dengan rakan niaganya. A akan B harus C belum 10. ______________ pemuda itu berkawan baik tetapi mereka mempunyai minat yang berbeza. A Ketiga B Ketiga-tiga C Masing-masing 11. Rohani _____________ pandai jika dibandingkan dengan rakan sekelasnya yang lain. A agak B betul C sekali

SULIT

011

12. Apa-apa ________ yang hendak kamu lakukan, fikirkanlah baik dan buruknya dahulu. A lah B tah C kah D jua Soalan 13 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5 13. Alat kamera litar tertutup itu diletakkan di _____________ dinding pasar raya itu. A penjuru B hadapan C sisi D atas Soalan 14 berdasarkan Gambar 6.

Gambar 6 14. Wani ______________ dirinya dengan surat khabar untuk melindungi daripada cahaya matahari. A menabir B mentabir C menabiri D menabirkan

SULIT

011

15. Jalan yang dilaluinya bukan sahaja ber ______________ tetapi mempunyai lopak yang banyak. A bolak-balik B lintang-pukang C simpang-siur D pontang-panting Soalan 16 berdasarkan gambar 7

Gambar 7 16. Semasa di kantin, Muthukumar tertinggal ____________ kuncinya di atas meja. A sebentuk B sejambak C setangkai D serumpun 17. Ibu Siti _______________ apabila melihat anaknya terjatuh ke dalam parit. A jalan buntu B hilang punca C kering darah 18. ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas, kata ketua darjah. A Sila B Ayuh C Minta D Semoga 19. Ali suka tidur pada waktu petang, _____________ kalau cuaca sejuk atau dingin. A lagipun B begitu juga C dalam pada itu D lebih-lebih lagi

SULIT

011

20. Pendengaran Pak Osman menjadi pekak semenjak dia terlibat dalam satu kemalangan. Perkataan seerti bagi pekak ialah A tuli B tajam C kabur D jelas 21. Bunga cempaka itu kembang dan mengeluarkan bau yang harum. Perkataan berlawan bagi kembang ialah A kecut B kuncup C mekar D segar 22. Antara pernyataan berikut, yang manakah ayat pasif ? A Dia menyikat rambutnya. B Pakaian Ani belum berbasuh. C Wanita itu memakai baju kebaya. D Alif makan nasi di warung Wak Jamal.

23. Kalau tidak silap saya, sejak sebulan yang lalu dia terlantar di hospital. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A Sejak bilakah dia terlantar di hospital? B Di manakah dia terlantar sejak sebulan yang lalu? C Siapakah yang terlantar di hospital sejak sebulan yang lalu? D Kamu menyatakan dia terlantar di hospital sebulan yang lalu? 24. Pak Yunus beritahu saya, dia telah menyewa sebuah teksi untuk ke rumah Borhan. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A Teksi sahajakah yang akan Pak Yunus naiki untuk ke rumah Borhan? B Mengapa Pak Yunus ke rumah Borhan dengan menaiki teksi? C Pak Yunus hendak menaiki teksi sahaja ke rumah Borhan? D Bagaimanakah Pak Yunus hendak ke rumah Borhan?

SULIT

011

25. Mengapakah dia bertindak sedemikian rupa sehingga sanggup mencederakan dirinya sendiri? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Sebenarnya sudah lama dia hendak bertindak seperti itu kerana mahu menagih simpati. B Saya fikir dia berbuat begitu semata-mata hendak menagih simpati daripada kita. C Saya yakin tindakannya mencederakan diri sendiri itu akan merugikan dirinya sendiri. D Saya pun hairan mengapa dia sanggup bertindak mencederakan dirinya. 26. Kelab Kompang kampung saya telah dirasmikan penubuhannya oleh ketua kampung. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. A Ketua kampung merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya. B Ketua kampung akan merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya. C Ketua kampung telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya. D Ketua kampung saya telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung. Soalan 27 28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 27. I Puan Fauziah menuang air hangat yang telah dijerang itu ke dalam termos. II Hati Eskandar berasa hangat setelah dicabar oleh kawan-kawannya. III Berita hangat itu menjadi tajuk utama akhbar pada hari itu. IV Air itu tidak dapat kami minum kerana terlalu hangat. A B C D I dan II II dan III II , III dan IV I, III dan IV

28. I Ibu memenuhkan barang dengan maklumat peribadinya. II Barang kemas milik Puan Asmah telah dicuri orang. III Barang yang lepas usah dikenang, ujar nenek Kiah. IV Tolong belikan barang sekilo gula, Danial, pinta ibunya. A B C D I dan II III dan IV I, II dan III II, III dan IV

SULIT
Soalan 29 - 30 Pilih ayat yang betul.

011

29. I Puan Munah adalah ibu saudara saya. II Kehadiran pegawai itu adalah untuk menyampaikan hadiah. III Pulau Tioman adalah antara sepuluh pulau yang tercantik di dunia. IV Surat permohonan tuan yang bertarikh 15 April 2006 adalah dirujuk. A B C D I dan IV II dan III I, II dan III II, III dan IV

30. I Azhar merasa kuah sup itu. II Cikgu Haris mengajar Matematik. III Ibu menjahiti adik sehelai baju. IV Bapa membeli abang sebuah komputer. A B C D I dan II I dan III II dan IV III dan IV

SULIT
Soalan 31 35

011

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu. "Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh. Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail. Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka. Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan. Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

SULIT

10

011

31. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ?

A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam. B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu. C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan. D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. 32. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ? A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis. B Mengadakan kawalan pada waktu malam. C Membuat jadual rondaan. D Menangkap orang yang bersalah. 33. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ? A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam. B Di Kampung Kaki Bukit. C Di Kampung Paya Dalam. D Di pantai Kampung Paya Dalam. 34.Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksud A mengalahkan kuasa. B membuat keputusan. C mengalihkan pendapat. D mengalahkan kemahuan. 35. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ? A Menjalankan kegiatan menyamun. B Menjalankan kegiatan pecah rumah. C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung. D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk kampung.

SULIT
Soalan 36 - 40

11

011

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis pertandingan Pertandingan mewarna Pertandingan bercerita Mendeklamasikan sajak Mencari harta karun Sukaneka

Masa

Tempat

Kumpulan Umur 5 7 tahun 8 10 tahun 10 12 tahun 12 tahun dan ditemani ibu bapa 7 12 tahun dan para ibu bapa

8.00 pagi 12.00 Di kantin sekolah tengah hari 8.00 pagi 10.00 Di dewan sekolah pagi 10.00 pagi 12.00 Di dewan sekolah tengah hari 2.00 petang 4.00 Di tempat petang perhimpunan 4.00 petang 6.00 Di padang sekolah petang

36. Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang sama ? A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat. B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama. C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama. D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja. 37. Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ? A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun. B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, dan mendeklamasikan sajak. C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka.. D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

SULIT

12

011

38. Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk menyertai suatu pertandingan.

Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ? A Sukaneka. B Mendeklamasikan sajak. C Mencari harta karun. D Mencari harta karun dan sukaneka. 39. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ? A Memendekkan masa pertandingan. B Penyertaan perlu dihadkan. C Menyediakan petugas yang lebih banyak. D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan. 40. Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan tersebut diadakan ? A Untuk beradu kekuatan. B Untuk mencungkil bakat. C Untuk mengeratkan hubungan. D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 BAHASA MELAYU 1. A 2. D 21. B 22. B

3. C 4. B 5. B 6. D 7. C 8. C 9. B 10.B 11.A 12.D 13.A 14.C 15.C 16.B 17.C 18.A 19.D 20.A

23. A 24. D 25. A 26. C 27. D 28. D 29. B 30. B 31. B 32. B 33. B 34. D 35. D 36. B 37. C 38. C 39. B 40. A

Anda mungkin juga menyukai