Anda di halaman 1dari 52

BAB 4

PENDEKATAN PENGAJARAN

4.1

Pengenalan

Pengajaran yang berkesan memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap proses pembelajaran, ciri-ciri pelajar yang berada pada tahap proses perkembangan yang berbeza serta faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi. Seseorang guru biasanya bergantung kepada perkara-perkara tersebut apabila membuat keputusan tentang bagaimana dia hendak menyampaikan sesuatu pengajaran. Menurut Idris, N.(2005), pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif sangat diperlukan bagi memastikan kejayaan sesuatu proses pengajaran

4.1.1

Konsep pendekatan

Pendekatan bermaksud cara mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik darjah, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka panjang dapat dicapai dalam sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, pendekatan biasanya akan merujuk kepada beberapa teori yang berkaitan dengan sifat-sifat semula jadi murid-murid. Kemudiannya, ia akan menjadi pegangan dalam sesuatu pengajaran.

Pendekatan biasanya berasaskan satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pendekatan induktif adalah berasaskan Model Pemikiran Induktif yang dipelopori oleh Hilda Taba. Model tersebut menekankan pembentukan konsep, interprestasi data dan aplikasi prinsip-prinsip. Oleh yang demikian, satu-satu pendekatan adalah aksiomatik iaitu ia diterima sebagai benar tanpa keraguan atau memerlukan bukti tambahan.

Bagi mencapai objektif-objektif jangka panjang tersebut, pelbagai strategi pengajaran yang merangkumi kaedah, teknik dan aktiviti yang digunakan. Strategi pengajaran yang digunakan melalui kaedah bertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran menerusi tindakan guru yang bersistematik dan berurutan. Ia juga membawa implikasi penyusunan. Oleh itu, kaedah mengajar juga bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun atau teratur. Satusatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Dalam suatu pendekatan pengajaran, boleh digunakan pelbagai jenis kaedah.

Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan

3 dalam pengajaran. Teknik adalah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya, dalam kaedah bercerita, pelbagai teknik yang digunakan untuk menjadikan cerita itu bermakna dan menyeronokkan. Guru hendaklan menggunakan teknik timbul minat (memotivasi) murid-murid. Bagi menguji kefahaman murid tentang cerita tersebut, dia menggunakan teknik menyoal. Teknik menyoal merangkumi cara soalan dikemukakan, bilangan soalan, kadar penyoalan, taburan soalan kepada semua murid, hentian sejenak dan sebagainya. Oleh itu, teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan pada aspek bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta membimbing langkah-langkah pembelajaran. Dengan kata lain, teknik merujuk kepada tingkah laku guru semasa menggunakan sesuatu kaedah pengajaran.

Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa teori-teori pembelajaran dan caracara sesuatu mata pelajaran dipelajari menghasilkan pendekatan-pendekatan yang berlainan. Cara-cara pembelajaran yang berlainan menghasilkan teknik-teknik dan aktiviti-aktiviti yang berlainan. Gabungan semua kaedah dan teknik pula akan membentuk strategi pengajaran dan pembelajarn yang digunakan oleh seseorang guru untuk mencapai objektif jangka panjang satu-satu pendekatan. Perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti dapat digambarkan seperti pada Rajah 4.1 (Meng.E.A, 1997).

Rajah 4.1: Perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti (Meng.E.A, 1997)

4 4.1.2 Konsep pengajaran

Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Ianya bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Corak pengajaran juga banyak berubah dan akan terus berubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Matlamat pengajaran Negara kita adalah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajaran pula diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran dicapai melalui proses pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan (Hashim. S et al., 2003).

Menurut Meng (1997), pengajaran boleh difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai-nilai. Ia akan menyebabkan perubahan tingkah laku seseorang pelajar. Dalam pengajaran yang efektif, seseorang guru hendaklah merancang tajuk, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar-pelajar. Ini bermakna satu pendekatan sistematik kepada pengajaran hendaklah ditekankan. Ini dapat digambarkan dalam Rajah 4.2

Penentuan strategi P & P Penentuan masa Pemeringkatan isi Pemilihan sumber Pengelolaan bilik darjah Penilaian pencapaian

Penentuan topik dan isi

Penentuan kebolehan sedia ada

Penentuan objektif

Pengubahsuaian Penganalisisan maklumbalas

Rajah 4.2 : Pengajaran satu pendekatan sisitematik (Meng.E.A, 1997)

Fungsi pengajaran adalah menghasilkan pembelajaran yang efektif. Oleh itu satu sesi pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran guru memadankan kaedah mengajar dengan objektif pembelajaran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka. Misalnya, mengajar kemahiran berbeza dengan mengajar menyelesaikan masalah. Mengajar kemahiran lebih menekankan kepada arahan, demonstrasi dan juga pembaikan kesilapan. Manakala mengajar menyelesaikan masalah lebih member penekanan kepada pemahaman masalah itu sendiri dan kaedah penyelesaian berdasarkan penjelasan konsep secara deskriptif. Pada masa sekarang banyak model pengajaran yang berlandaskan proses pengajaran dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik bertujuan menghasilkan proses pengajaran yang berkesan (Hashim. S et al., 2003).

4.1.3

Proses pengajaran

Proses pengajaran melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penghuraian, demonstrasi, penggunaan alat bantu mengajar, bersoal jawab dan sebagainya. Dengan proses pengajaran ini, murid-murid dapat mengubah tingkah laku mereka melalui aktiviti pembelajaran seperti mendengar, menbaca, menulis dan sebagainya. Mengikut Robert Glaser (1962), proses pengajaran meliputi empat komponen penting seperti dalam Rajah 4.3

Objektif Pengajaran

Pengetahuan Sedia Ada

Kaedah Mengajar

Penilaian

Maklum Balas

Rajah 4.3 : Model Komunikasi Robert Glaser ( Md. Yassin S. et al., 2007)

Setiap proses pengajaran perlu ada objektif pengajaran yang ditentukan dengan merujuk kepada pengetahuan yang diperoleh oleh murid dan kaedah mengajar yang dirancang dengan tujuan mencapai objektif pelajaran. Di samping itu, perlu harus juga ada aktiviti penilaian seperti bersoal jawab, menguji dan pemerhatian untuk menentukan pencapaian objektif pembelajaran. Berdasarkan maklumat balas yang didapati daripada aktiviti, guru boleh menentukan sama ada objektif pengajaran atau kaedah mengajar perlu diubahsuai atau tidak.

7 Secara umumnya pengajaran merangkumi tiga komponen penting iaitu perancangan, penyampaian dan penilaian. Komponen perancangan meliputi perkaraperkara seperti tajuk dan isi, kebolehan sedia ada dan objektif pengajaran. Komponen penyampaian seperti penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran, peruntukan masa, pemeringkatan isi, pemilihan sumber dan pengelolaan bilik darjah. Manakala komponen penilaian mengandungi aspek penilaian pencapaian, objektif pengajaran, penganalisisan, maklum balas dan pengubahsuaian. Secara ringkas komponen-komponen proses pengajaran dan butir-butirnya seperti dalam Rajah 4.4 di bawah

Rajah 4.4 : Komponen Proses Pengajaran (Md. Yassin S. et al., 2007 )

8 4.1.4 Prinsip-prinsip pengajaran

Pada keseluruhannya prinsip-prinsip pengajaranyang baik hendaklah meliputi beberapa prinsip yang penting seperti berikut:

(i)

Pelajar-pelajar hendaklah dilibatkan dengan aktif dalam proses pengajaran. Penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran perlu ditingkatkan supaya mereka menjadi lebih aktif. Pengajar bertanggungjawab melibatkan pelajar dalam pengajaran supaya pelajar lebih cergas dari segi mental pada sepanjang masa dan dari segi jasmani pada sebahagian masa yang diperlukan. Perlu diberi perhatian bahawa tidak semestinya pelajar akan aktif walaupun pengajarnya aktif, sekiranya pelajar tidak dilibatkan sama dalam pengajaran. (ii) Pengajar hendaklah menggunakan pelbagai kaedah dalam penyampaian

pengajaran. Dalam proses penyampaian pengajaran tidak ada sesuatu kaedah tertentu pun benar-benar sesuai untuk semua pelajar pada satu-satu ketika. Oleh yang demikian pelajar hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut keadaan pelajar, jenis pelajaran, waktu mengajar dan sebagainya. (iii) Isu pengajaran hendaklah dikaitkan dengan pengalaman pelajar. Sesuatu yang hendak disampaikan kurang mendatangkan kesan kepada pelajar sekiranya pelajaran itu tidak berkenaan dengan mereka. Pelajaran akan menjadi lebih bermaksud sekiranya dikaitkan dengan pengalaman yang ada pada mereka. Oleh itu isi-isi pelajaran hendaklah disokong dengan contoh-contoh yang telah mereka alami.

9 (iv) Pengajaran hendaklah memberi pertimbangan kepada perbezaan sifat-sifat

individu yang ada pada pelajar. Pengajaran yang baik hendaklah memberikan pertimbangan kepada sifat-sifat perseorangan pelajar yang berbeza dari segi latar belakang dan sosioekonomi, kecerdasan, peringkat emosi, umur, pencapaian, keadaan jasmani, akhlak dan pergaulannya. (v) Pengajaran perlulah dirancang terlebih dahulu. Kerja-kerja pengajaran hendaklah dirancang terlebih dahulu dengan teliti sebelum sesuatu pengajaran dimulakan. Ia bukan sahaja memudahkan para pelajar tetapi juga membantu mereka dalam menyiapkan bahan-bahan untuk sesi pengajaran. (vi) perintah. Dengan cara saranan pelajar akan lebih mudah dan bersedia untuk melakukan sesuatu tugas yang mereka sebenarnya belum lagi bersedia untuk melakukannya. Sebagai contoh pengajar boleh mencadangkan mana-mana buku dan alat-alat yang hendak digunakan dan menyusun jadual penggunaannya. (vii) Sentiasa memberikan galakan. Pengajar yang baik selalu memberikan galakan dan bimbingan kepada pelajar untuk berjaya dan mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga pembentukan sahsiah mereka. Pengajar boleh memberikan tunjuk ajar kepada mereka supaya boleh mencapai kejayaan dan kemajuan. (viii) Mengadakan suasana demokratik dalam kelas. Suasana demokratik perlu ada dalam setiap kelas dalam sesi pengajaran. Dalam mana-mana pengajaran, pelajar menjalani kehidupan yang mengamalkan demokrasi. Oleh itu untuk mendapatkan hak dan keistimewaan dalam kelas pelajar perlu menyedari tentang tanggungjawab dan perkhidmatan yang diberikan. (ix) Menggalakkan integrasi pengetahuan para pelajar. Pelajar hendaklah lebih banyak menggunakan saranan-saranan daripada

10 Pembelajaran adalah melibatkan penyusunan semula pengalaman-pengalaman yang sedia ada dengan pengalaman yang baharu. Pembelajaran yang baharu hendaklah berasaskan kepada pengalaman yang terdahulu. Dengan cara ini pengalaman dan pengetahuan pelajar akan menjadi lebih bermakna.

4.1.5

Rumusan

Pada keseluruhannya, pengajaran tidak akan bermakna sekiranya ia gagal menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Sesungguhnya, segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar adalah berlandaskan kepada teori teori dan cirri pembelajaran. Hal ini bertujuan memastikan bahawa segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Tambahan pula, pengajaran dan pembelajaran adalah bukan sahaja saling berkait tetapi juga proses yang dijalankan secara terus-menerus seumur hidup dalam bidang kerjaya perguruan. Di dalam proses pengajaran guru mengenal pasti kekurangan diri sendiri dan apabila menemui masalah pengajaran, akan ditimbulkan motivasi pembelajaran yang berhasrat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta meningkatkan kecekapannya dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran. Proses mengajar dan pembelajaran ini dijalankan secara terus-menerus dan berulang-ulang hingga seumur hidup.

4.2

Pengajaran berpusatkan guru

11

Berkemungkinan inilah strategi yang paling lama diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun dengan perkembangan sistem pendidikan, strategi ini semakin kurang digunakan. Dalam strategi ini guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses pengajaran dijalankan. Pelajar bertindak sebagai penonton yang hanya mendengar sahaja penerangan guru. Oleh itu hanya komunikasi sehala penerangan yang diberikan oleh guru. Gurulah yang banyak bercakap manakala pelajar hanya mendengar.

4.2.1

Konsep pengajaran berpusatkan guru

Guru bertindak secara autokratik dan memberikan arahan kepada pelajar supaya dilaksanakan. Pelajar tidak diberi peluang menyumbangkan idea. Guru amat mementingkan pencapaian objektif pengajaran dan tidak mengambil berat perkembangan emosi dan sahsiah pelajar. Pelajar sentiasa berada dalam keadaan tegang dan tiada hubungan positif di antara guru dengan pelajar dapat diwujudkan.

Strategi ini banyak menggunakan teknik hafalan dan pelajar perlu banyak mengingat daraipada membuat interprestasi. Guru terlalu mementingkan pengajaran keseluruhan kelas dan tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar seperti kebolehan dan minat yang wujud. Akibatnya pelajar menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif menerokai ilmu-ilmu baru. Walau bagaimanapun strategi ini mungkin sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita. Namun sekiranya tujuan guru bercerita adalah untuk membina pemikiran kreatif pelajar, maka pelajar perlu juga dilibatkan dalam sesi penceritaan tersebut. 4.2.2 Ciri-ciri strategi berpusatkan guru

12

Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan dan setengah-setengah kemahiran pengajaran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

Menurut Mok Soon Sang (2002), terdapat beberapa ciri strategi pemusatan guru. Berikut adalah ciri-cirinya: (i) Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. (ii) Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. (iii) Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan. (iv) Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. (v) Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. (vi) Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan.

13 (vii) Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal kurang berupaya membuat interprestasi. (viii) Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. (ix) Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian. (x) Di bawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif

4.2.3

Contoh strategi berpusatkan guru

Mata pelajaran: Kelas: Objektif:

Geografi Tingkatan 1 Di akhir pelajaran, murid-murid dapat menamakan sekurangkurangnya empat jenis petempatan serta lima jenis fungsi petempatan.

14

Peringkat Set Induksi

Isi pelajaran 1.Guru menunjukkan gambar petempatan luar bandar dan bandar.

Catatan 1.Murid-murid melihat gambar. 1.Murid-murid mendengar. 2. Murid-murid mendengar.

Langkah 1

1.Guru menerangkan bahawa adanya dua jenis petempatan yang utama

Langkah 2

2.Guru menerangkan ciri-ciri petempatan luar bandar dan ciri-ciri petempatan bandar.

Langkah 3

3.Guru menerangkan bahawa petempatan yang berdasarkan fungsi boleh dibahagikan seperti berikut: (a) Petempatan pelabuhan (b) Petempatan perhubungan (c) Petempatan perindustrian (d) Petempatan pertanian (e) Petempatan perikanan (f) Petempatan pembalakan

3. Murid-murid mendengar.

Penutup

1.Guru merumuskan bahawa petempatan adalah bergantung pada lokasi, fungsi dan kegiatan ekonomi.

1.Murid-murid membuat catatan

Jadual 4.1 : Peringkat-peringkat strategi pengajaran-berpusatkan guru

15 4.2.4 Kelebihan dan kekurangan pengajaran berpusat guru

Pengajaran berpusat guru juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Justeru itu, guru harus memainkan peranan mereka dengan sistematik supaya pelajar dapat menerima segala maklumat yang disampaikan ketika proses pegajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan pengajaran berpusat guru ini adalah:

(i)

Membantu dalam mata pelajaran pengiraan (matematik) dan penguasaan fakta (sejarah)

(ii) (iii)

Membantu pelajar yang lemah dalam menguasai pelajaran Banyak membantu dalam pengajaran pelajar khas

Manakala antara kekurangan yang diperolehi daripada pendekatan ini ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Menekankan kepada hafalan Murid pasif, sifat sosial positif kurang di pupuk Murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif Murid mudah berpuas hati hanya dengan fakta yang diberikan oleh guru Tidak mementingkan aspek lain selain daripada perkembangan intelek murid

16 4.2.5 Rumusan pengajaran berpusatkan guru

Strategi pengajaran berpusatkan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang penting dan utama. Di dalam bilik darjah, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran, iaitu guru banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk mendengar. Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, bercerita, syarahan, pengajaran berkumpulan dan setengah-setengah kemahiran pengajaran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

4.3

Pengajaran berpusatkan pelajar

Salah satu ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah pelajar menjadi pemain utama dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada pelajar meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara. Dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.

17

4.3.1

Konsep pengajaran berpusatkan pelajar

Corak komunikasi yang digunakan juga adalah lebih aktif dengan interaksi antara gurupelajar dan pelajar-pelajar.

Guru Pelajar Pelajar

Rajah 4.5 : Konsep Pengajaran Berpusatkan Pelajar

Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik dan pelajar bebas bertanya serta memberi pendapat. Guru juga menggalakkan pelajar terlibat secara aktif mencuba dan melakukan aktiviti pembelajaran sendiri. Yang diberi perhatian ialah pencapaian objektif

18 pembelajaran. Banyak teknik perbincangan dijalankan bagi memupuk sifat kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat. Selain itu guru juga lebih berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Langkah-langkah mengatasi kelemahan dapat dijalankan dengan cepat. Hasilnya pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

4.3.2

Ciri-ciri strategi berpusatkan pelajar

Di bawah teknik pemusatan pelajar, pelajar memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran menjadi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi pemusatan murid. Menurut Mok Soon Sang (2001), terdapat beberapa ciri strategi pemusatan pelajar.

(i)

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan

yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. (ii) Komunikasi dan interaksi di antara guru dan pelajar adalah secara dua hala.

Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka. (iii) Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Pelajar-pelajar sentiasa

digalakkan memberi pendapat mereka. Guru banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

19 (iv) Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian

objektif pembelajaran pelajar. (v) Perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi

intelek, rohani, sosial dan jasmani. (vi) Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan

untuk mengkaji kelemahan-kelemahan pelajar. (vii) Pelajar-pelajar menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

4.3.3

Contoh strategi berpusatkan pelajar

Mata pelajaran: Tajuk:

Pendidikan Moral Belas kasihan

Perancangan aktiviti: Guru menyediakan bahan (keratan akhbar) di bilik darjah. Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan 1: 1. 2. Membincangkan apa yang dilihat. Meramal situasi/keadaan di mana penduduk-penduduk itu berada. Kumpulan 2: 1. 2. Membincangkan perasaan/emosi yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk itu. Apakah kesan-kesan yang boleh berlaku pada kehidupan penduduk-penduduk itu? Kumpulan 3: 1. Apakah perasaan yang timbul pada diri kita?

20 2. Apakah yang boleh kita buat untuk menolong pendudukpenduduk itu? Rumusan: Murid-murid membuat laporan dan rumusan kumpulan masing-masing.

4.3.4

Kelebihan dan kekurangan pengajaran berpusatkan pelajar

Pengajaran berpusat pelajar juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara kelebihannya ialah:(i) (ii) (iii) (iv) Kurang bergantung kepada guru Dapat memotivasikan pelajar Idea sesama pelajar mudah difahami Tahap kefahaman pelajar tidak sama, jadi tumpuan dapat diberikan kepada pelajar tertentu Antara kekurangannya pula ialah:(i) (ii) (iii) Memerlukan tahap disiplin yang tinggi Menentang tunjuk ajar dan dianggap tidak natural Pengajaran berpusatkan kepada pelajar bukan merupakan satu idea yang bermakna

21 4.3.5 Rumusan pengajaran berpusatkan pelajar

Di bawah strategi pengajaran berpusatkan murid, mereka memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada berkumpulan atau secara individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, bermain, main peranan dan sumbangsaran menjadi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi pemusatan murid.

4.4

Pengajaran berpusatkan bahan/alatan

Pengajaran yang berpusatkan bahan dan alatan lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu yang digunakan bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran termasuklah semua bahan yang digunakan oleh guru manakala bahan pembelajaran merujuk kepada semua bahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar. Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan semata-mata bagi memudahkan guru mengendalikan pengajarannya dan membantu pembelajaran pelajar.

22 4.4.1 Konsep pengajaran berpusatkan bahan/alatan

Tujuan menggunakan bahan bantu adalah bagi membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan guru juga dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih berkesan dan menarik. Perkara utama yang perlu diberi perhatian sewaktu menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Dengan kata lain ianya memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan. Penggunaan bahan yang terlalu banyak dalam satu-satu masa juga mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajarn yang epnting tidak dapat disampaikan. Oleh itu kemahiran menggunakan alat-alat yang disediakan perlu dikuasai oleh guru bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu mengendalikan kelas-kelas tertentu, terutamanya alat-alat teknologi seperti slaid projector, televisyen, video atau alatan multimedia yang lain.

Selain itu bahan pengajaran terancang yang disediakan dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru. Peranan guru menjadi dominan apabila menggunakan bahan pengajaran seperti ini kerana merekalah yang akan mengendalikan aktiviti pembelajaran. Pelajar hanya perlu member tindak balas kepada aktiviti atau soalan-soalan yang disediakan.

Antara kelebihan menggunakan bahan sewaktu pengajaran ialah ia dapat memupuk sifat berdikari di kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Mereka juga dapat melatih diri menjadi pasukan pemain yang akan saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek atau tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan betul dan sempurna dalam masa yang ditetapkan (Hashim.S, 2003).

23 4.4.2 Definisi bahan/alatan

Bahan pengajaran diringkaskan sebagai maklumat dan pengetahuan pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar. Bahan pengajaran boleh diperoleh daripada bahan bacaan seperti buku teks, majalah, suratkhabar dan bahan bacaan yang lain. Maklumat itu mungkin berbentuk visual seperti tulisan atau berbentuk audio seperti penerangan guru.

Alat bantu bahan mengajar ( ABBM ) pula ialah media yang digunakan dalam menyampaikan bahan pengajar kepada pelajar. Media pengajaran yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya.

Oleh kerana setiap alat bantu mengajar ( ABM ) memerlukan bahan dan bahan memerlukan alat untuk menyampaikan maklumat, bahan dan alat bantuan pengajaran ini akan dibincangkan bersama. Menurut Yusup,( 2000,2001), peralatan dan bahan dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan atau menghasilkan pembelajaran. Manakala menurut Thomas & Swartout (1963), hanya ABM yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

Alat dan bahan bantu mengajar boleh dikategorikan dengan berbagai bagai cara. Tan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) pula membahagikan bahan bantu mengajar kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad

24 ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu sof tware dan hardware . Rajah 4.6 dan Rajah 4.7 di bawah menunjukan salah satu cara mengkatagorikan alat bantu mengajar.

ALAT PANDANG ( VISUAL ), papan tulis

ALAT DENGAR ( AUDIO); radio

ALAT BANTU MENGAJAR

ALAT PANDANG DENGAR ( AUDIO VISUAL ) : television, computer, slide

Rajah 4.6

Kategori alat bantu mengajar

MEDIA ELEKTRONIK; radio ,komputer

MEDIA BUKAN ELEKTRONIK; papan tulis, kad manila

ALAT BANTU MENGAJAR

PENGALAMAN

Rajah 4.7

Kategori alat bantu mengajar

25 Dalam Rajah 4.6, alat bantuan mengajar dikatagorikan berdasarkan deria yang terlibat ketika menggunakna bahan atau alat tersebut. Deria tersebut adalah deria penglihatan; ( mata ), deria pendengaran; ( telinga ) ; atau melibatkan kedua dua deria iaitu penglihatan dan pendengaran. Dengan penglibatan deria, pelajar bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran guru, malah pelajar lebih mudah memahami dan mengingati bahan pelajaran yang disajikan kepadanya. Penggunaan ABBM yang melibatkan deria semasa pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan.

Dapatan kajian Computer Technology Research (1993) menunjukkan bahawa proses penggabungan lebih daripada satu modaliti deria dapat meningkatkan ingatan dan pemahaman. Dengan mengambil peranan yang aktif dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan deria untuk mengalami peristiwa baru, pelajar dapat menyelesaikan tugasan dan memperoleh pemahaman yang lebih luas dan mendalam.

Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia,75% adalah diperoleh melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa, 3% daripada deria bau. ( Mok Soon Sang, Lee Shok Mee, 1986 ) Rajah 4.7 mengelompokkan alat bantu mengajar berdasarkan cara cara menggunakan alat dan bahan tersebut.

(i) (ii) (iii)

Media elektronik alat bantu mengajar yang menggunkan kuasa elektrik Media bukan elektronik alat bantu mengajar yang tidak menggunakan kuasa elektrik Pengalaman manusia yang dianggap sebagai alat yang dapat membantu guru dalam proses pembelajaran.

26

Media digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untk menghasilkan instruksi dan pembelajaran yang berkesan. Disamping itu, media juga turut menyumbang dan memudahkan perkembangan intelektual.

4.4.3

Jenis-jenis alat bantu mengajar

Jenis alat bantu bahan mengajar (ABBM ) yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kreativiti seseorang tenaga pengajar untuk menarik dan memudahkan perpindahan maklumat kepapa pelajar. Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan dalam meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, guru sastera perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang melibatkan pelajar. Aplikasi dan manipulasi genre sastera melalui media elektronik, pengisian komputer, borang grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sastera.

Kepelbagaian media yang digunakan oleh pengajar sebagai alat bantu bahan mengajar adalah tidak terbatas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Ini juga bergantung kepada kesesuaian proses pembelajaran tersebut mengikut peringkat pengalaman dan pembelajaran murid tersebut. Jenis alat bantu mengajar yang akan di bincangkan disini adalah daripada kategori media bukan elektronik dan media elektronik.

27

4.4.3.1 Media bukan elektronik

Media bukan elektronik adalah alatan yang tidak menggunakan kuasa elektrik dalam penggunaanya. Jenis ini banyak dan biasa digunakan oleh guru di sekolah kerana ianya mudah dalam pengendaliannya dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Antara alatan bahan bantu mengajar dari kategori ini adalah dibincangkan seperti berikut:

(i)

Papan tulis Ianya paling murah dan penggunaanya paling meluas. Ianya sentiasa berada di dalam bilik darjah. Perubahan dan tambahan isi pembelajaran boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Penggunaan alat tulis yang beraneka warna bagi menerangkan perbezaan maklumat dapat membantu memudahkan pelajar memahami isi pembelajaran. Pengajar yang efektif akan mengelakkan diri daripada kebiasaan bercakap sambil menulis. Ini boleh mengangu konsistensi suara guru dalam penyampaian dan mengganggu konsentrasi pelajar untuk fokus samada mendengar atau melihat

(ii)

Papan gulung Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Bahan pengajaran boleh disiapkan terlebih dahulu dan dipamer semasa pembelajaran.

(iii)

Papan kenyataan Diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumatmaklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan, karangan

28 dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki. (iv) Gambar Gambar ialah ilustrasi yang menunjukkan gambaran benda sebenar . Ianya boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada idea yang wujud dan formal (v) Carta Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acaraacara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu. Carta boleh mengandungi tulisan, gambar, graf dan rajah. (vi) Realia Realia adalah penggunaan benda yang sebenarnya sebagai bantuan pengajaran. Realia termasuklan tumbuh tumbuhan, haiwan sama ada yang masih hidup atau telah di keraskan dan benda bukan hidup seperti pakaian dan peralatan. (vii) Model Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.

4.4.3.2 Media elektronik

29 Media elektronik pula adalah alatan yang menggunakan kuasa elektrik untuk menjanakan peralatan tersebut. Jenis alatan ini lebih interaktif dan menarik minat pelajar.

(i)

Radio/perakam kaset Ianya sesuai digunakan untuk pelbagai matapelajaran dan digunakan untuk mengajar kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Perakam kaset dan radio yang bersifat agak kecil dan ringan, memberi kemudahan dalam pengendalianya. Ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi dan mampu dimiliki oleh pengajar.

(ii)

Television/ pemain cekera padat Television mempunyai fungsi untuk menayangkan imej imej yang bergerak dan bersuara iaitu filem atau video. Penggunaan video dan filem akan dapat menarik minat pelajar dan membantu pengajar dalam pembelajaran sesuatu yang kompleks dengan memperlihatkan sesuatu pergerakan atau proses. Contohnya kebanyakan orang. Tayangan video ini boleh diperlahankan atau dikakukan. proses kejadian alam seperti letusan gunung berapi yang mungkin tidak akan dilihat oleh

(ii)

Projektor overhead Projektor Overhead merupakan alat bantu mengajar yang paling hampir dengan fungsi dan peranan papan tulis. Projektor overhead boleh digunakan di tempat yang terang dan tidak memerlukan skrin tayangan yang sebenar. Ia berfungsi dengan meletakan kertas lutsinar di atas pentas tayangan yang akan mempamerkan maklumat pembelajaran. Pengajar boleh berhadapan dengan pelajar dan dapat menerangkan isi pembelajaran

(iii)

Komputer dan perisian pembelajaran Komputer adalah media elektronik yang kini meluas penggunaanya. Ia merangkumi fungsi perakam suara, television dan pemain video. Perisian pembelajaran atau CD interaktif dapat di mainkan pada komputer. Pelajar dapat belajar dan berinteraksi dengan melakukan proses pembelajaran melalui komputer.

30

(iv)

Sistem teknologi maklumat dan pembelajaran e-learning Sistem teknologi maklumat adalah merangkumi penggunaan internet, e-learning, email, laman sesawang. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi digital digunakan untuk berkomunikasi serta menyalurkan maklumat dalam talian untuk membantu manusia membangunkan negara. Sebagai contoh maklumat boleh dihantar dalam bentuk digital dari satu destinasi ke satu destinasi menggunakan email yang terdapat dalam internet. Maklumat yang terdapat dalam format multimedia dan digital boleh diakses dari Internet untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran

4.4.4

Fungsi alat dan bahan bantu mengajar

Penggunaan alat bantuan mengajar merupakan salah satu pelengkap dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tujuan utama guru adalah mudah iaitu murid dapat memahami apa yang diajar oleh guru mereka. Namun sesetengah pelajar masih berasa kabur atau kurang jelas dalam memahami pengajaran guru mereka. Dengan penggunaan alat bantu bahan mengajar, ini dapat merangsang minat pelajar terhadap sesuatu sesi pembelajaran. Ia sesuai digunakan untuk induksi set atau permulaan sesuatu pembelajaran. Charles & James mendapati pelajar lebih suka strategi yang menggalakkan pembelajaran aktif seperti perbincangan kumpulan, pengajaran berasaskan audio visual, pembelajaran koperatif, perbahasan, drama, main peranan, simulasi dan bimbingan rakan sebaya.

Dengan alat bantu mengajar , guru dapat mempelbagaikan pelajaran. Dengan itu, murid tidak akan berasa bosan dengan adanya pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh guru. Pelajar tidak suka pengajaran dan pembelajaran yang diadakan secara kuliah tradisional.

31 Aktiviti seperti menonton video,mendengar rakaman tidak akan menjemukan pelajar. Grinder (1991) dalam kajian ke atas pelajar seramai 30 orang, menunjukkan bahawa 22 orang pelajar adalah berkebolehan belajar secara berkesan jika guru membekalkan aktiviti secara visual, pendengaran dan kinestetik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran multisensori amat sesuai dengan kehendak pelajar.

Aktiviti pembelajaran yang menarik akan merangsang minat pelajar untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Proses penerimaan pembelajaran yang berkesan akan menjadikan pelajar akan lebih terbuka dan aktif untuk berinteraksi dengan media pengajaran, pengajar dan rakan rakan . Pembelajaran berlaku semasa pelajar dan pensyarah berkongsi idea dan saling memimpin dalam perbincangan. Ia mencabar pelajar untuk membentuk kebolehan untuk membuat pembentangan dapatan dan membuat rumusan hasil dapatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Wheatley (1992) menunjukkan bahawa pembelajaran aktif dapat mempertingkatkan pemikiran dan tindak balas pelajar. Pelajar seharusnya diberikan peluang untuk membuat refleksi terhadap aktiviti yang dijalankan untuk pembentukan makna daripada pengalaman.

Alat bantu mengajar dapat membantu guru menerangkan sesuatu konsep yang agak sukar untuk diterangkan jika guru hanya menyampaikannya dengan lisan sahaja.Pelajar akan mudah memahami pelajaran yang ingin disampaikan dengan bantuan alat bantu bahan mengajar ini. Alat bantu mengajar adalah suatu yang konkrit, oleh itu, ia dapat menjelaskan sesuatu yang abstrak. Sebagai contoh tayangan video dapat membantu pelajat melihat dan memahami proses kejadian gunung berapi.

Guru dapat menjimatkan masa dengan menggunakan alat bantu mengajar. Rajah yang terlebih dahulu dilukis oleh guru di papan gulung atau kad manila akan memudahkan tugas guru, dan masa tidak akan terbuang untuk melikus rajah tersebut di dalam kelas.

32

Alat bantu mengajar dapat mempertajamkan deria pelajar bagi keberkesanan pengajaran. Sekiranya guru hanya menerangkan secara lisan di dalam kelas, maka hanya deria pendengaran pelajar sahaja yang akan aktif. Tetapi jika guru menggunakan rakaman video,, pelajar akan menggunakan deria pendengaran selain dari deria penglihatan. Alat bantu mengajar yang lain pula mungkin melibatkan lebih banyak deria pelajar. . Dapatan kajian Schroeder (1993) membuktikan bahawa pelajar lebih suka melibatkan diri secara langsung dan pengalaman konkrit, berbanding dengan pembelajaran teori.

Contoh pengajaran menggunakan model dan realia sebagai alat bantu bahan mengajar dapat memberi pengalaman yang sebenar kepada pelajar dalam menjalani aktiviti pembelajaran. Ini dapat memupuk sifat berdikari di kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Mereka juga dapat melatih diri menjadi pasukan pemain yang akan saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek atau tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan betul dan sempurna dalam masa yang ditetapkan (Hashim.S, 2003).

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah penting bagi memastikan ilmu dan pengetahuan yang ingin disampaikan kepada pelajar diterima sepenuhnya. Dengan bantuan media pengajaran ini, ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik , dan memberi kelebihan dalam pelbagai aspek. Hubungan yang harmonis antara pengajar dan pelajar, dan sesama pelajar juga akan terjalin hasil daripada pembelajaran yang berkesaan. Nilai nilai murni lebih mudah diterapkan sekiranya pelajar dan pengajar dapat berinteraksi secara positif. Murid akan lebih berminat, tertarik dan terbuka untuk menerima pelajaran yang akan di sampaikan.

33

4.4.5

Rumusan pengajaran berpusatkan bahan/alatan

Alat dan Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru terhadap murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program kelas.ianya juga menjadi

pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.

Mengikut Noraziah Abdul Hamid 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.

Pendekatan pengajaran berpusatkan alat dan bahan mengajar ini menyolong teori Scaffolding yang menunjukkan teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang kurang upaya. Penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan akan menjadi bantuan untuk menjadikan pelajar lebih berminat untuk melibatkan diri dalam tugasan dengan efektif sehingga berjaya. Alat bantu mengajar adalah berfungsi sebagai medium interaksi antara pengajar dan pelajar.

Kreativiti dan innovasi guru adalah penting dalam mengolah bahan pengajaran untuk diterjemahkan menggunakan alat bantu bahan mengajar. Guru perlu berfikir dan

34 merancang sesi pengajaran dengan bijak supaya dapat merangsang minat pelajar terhadap pengajaran yang ingin disampaikan.Pemilihan peralatan mengikut kesesuaian mata pelajaran dan peringkat pembelajaran murid adalah sangat penting supaya maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Guru bertindak sebagai fasilitator yang mengawal keseluruhan pembelajaran menggunakan alat bantuan mengajar ini.

5.1

Pengajaran Induktif

Pengajaran yang melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Kaedah pengajaran Induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan untuk mengajar berbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon Sang, 2002).

5.1.1

Konsep pengajaran induktif

Pendekatan Induktif melibatkan proses membuat penaakulan dan menggalakkan pemikiran peringkat tinggi. Ini adalah kerana, pelajar tidak diberitahu mengenai ha-hal yang berkaitan dengan sesuatu topik yang akan diajar sebaliknya pelajar sendiri yang akan berusaha mencari, meneliti, dan mempelajarinya. Selepas melalui poses tersebut, barulah pelajar tersebut membuat rumusan mengenai pelajaran yang akan disampaikan oleh guru.

35 Walau bagaimanapun, guru sentiasa memerhati dan membimbing serta memberi nasihat untuk mengelakkan dari pelajar tersilap membuat kesimpulan. Dalam penggunaan kaedah ini, guru akan memberi beberapa contoh khusus tetapi mempunyai satu prinsip yang sama. Pelajar akan memerhati, mentafsir, dan mengenal pasti melalui aktiviti soal jawab dengan guru (Mok Soon Sang, 2002).

Contoh-contoh khusus Sipu t Kera ng Uda ng Keta m Tira m

Memerhati dan Mengkaji

Mentafsir & Membuat Generalisasi

Bercengkerang

Krustasia

Rajah 4.8 : Proses pengajaran-pembelajaran melalui kaedah induktif 5.1.2 Jenis-jenis Pengajaran Induktif

Pendekatan pengajaran Induktif mempunyai banyak kaedah mengajar yang digunakan untuk mengajar berbagai-bagai mata pelajaran. Pendekatan pengajaran ini juga mempunyai berbagai-bagai jenis. Antaranya ialah :

i.

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari cirri segitiga yang sama daripada pelbagai jenis segitiga.

36 ii. Membentuk satu prinsip daripada uji kaji tertentu. Contohnya ialah, prinsip graviti daripada uji kaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah. iii. Membentuk satu hukum daripada penyataan-penyataan tertentu, seperti mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis terhadap struktur ayat-ayat bahasa. iv. Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya, mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga. v. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

5.1.3

Prinsip Pengajaran Induktif

Untuk melakukan aktiviti-aktiviti melibatkan pengajaran Induktif dengan berkesan, tenaga pengajar perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi induktif. Antaranya ialah:

i.

Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru harus menyediakan struktur pembelajaran yang akan dilalui oleh pelajar. Setiap langkah perlu disediakan dengan teliti bagi membantu pelajar untuk membuat kesimpulan.

37 ii. Guru menyediakan soalan yang dapat mendorong pelajar ke arah konsep pembelajaran. Pelajar dibimbing melalui aktiviti soal-jawab untuk mendapat kesimpulan dan mengelakkan dari membuat kesimpulan yang salah. iii. Jenis contoh yang diberikan oleh guru haruslah dipelbagaikan dan sesuai serta mempunyai cirri-ciri yang sama di mana boleh dikenal pasti oleh pelajar supaya tidak timbul kekeliruan. iv. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pembelajaran supaya pelajar berminat dan sesi pembelajaran menjadi lebih menarik. Penyertaan aktif pelajar perlu digalakkan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai hendaklah disediakan bagi memudahkan proses pembelajaran. v. Guru tidak boleh membiarkan pelajar membuat pemerhatian sendiri tanpa pengawasan kerana pelajar berkemungkinan terdorong membuat kesimpulan yang tidak tepat . vi. Proses pengajaran dan pembelajaran, haruslah berdasarkan kaedah induktif yang mengikut urutan yang tepat. Seperti, contoh-contoh spesifik kepada kesimpulan umum. 5.1.4 Langkah-langkah Pengajaran Induktif

Langkah-langkah strategi pengajaran boleh diperlihatkan melalui model pengajaran yang digambarkan oleh Mok Soon Sang, 2002 seperti di bawah :

Peringkat I Perancangan

Menentukan objektif pelajaran Menyediakan contoh-contoh Menyediakan soalan-soalan Menyediakan alat bantu mengajar

Peringkat II Pendedahan

Set Induksi Mengemukakan contoh-contoh Memerhati contoh-contoh

38

Peringkat III Pembentukan konsep Mentafsir ciri-ciri

Mengenal pasti ciri-ciri Menganalisis ciri-ciri

Peringkat IV Pembentukan kesimpulan

Merumuskan ciri-ciri Membuat generalisasi Menerangkan fungsi kesimpulan, teori, prinsip, hokum atau teorem.

Peringkat V Penutup

Membuat kesimpulan kognitif Membuat kesimpulan social Memberi aktiviti susulan

Rajah 4.9 : Model strategi pengajaran secara induktif 5.1.5 Contoh Pengajaran Induktif

Di bawah merupakan satu contoh pelajaran yang menggunakan kaedah induktif sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran. (Sang. M.K, 2000).

Mata pelajaran Tajuk Objektif Pelajaran

: : :

Bahasa Melayu Imbuhan ter Selepas pelajaran, pelajar-pelajar akan mendapat: a. menyatakan fungsi imbuhan ter yang membawa maksud tidak sengaja

39 b. memberi beberapa contoh dengan menggunakan imbuhan ter Sumber Pelajaran Peringkat I Set Induksi (Pendedahan) : Kad-kad ayat yang memakai imbuhan ter

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Guru meletakkan kad-kad ayat satu demi Pelajar-pelajar membaca satu pada carta poket. 1. Amin termakan racun 2. Abu terpijak sekeping kaca 3. Ali terambil buku Mat 4. Kereta terlanggar seekor kerbau Guru mengemukakan soalan-soalan berikut: 1. Adakah Amin hendak makan racun? 2. Adakah Abu sengaja memijak kaca? 3. Adakah Ali sedar ambil buku Mat? 4. Adakah kereta itu sengaja melanggar seekor kerbau ayat-ayat daripada kadkad ayat yang ditunjukkan.

II (Pembentukan konsep)

Pelajar-pelajar menjawab soalan guru. 1. Tidak 2. Tidak sengaja 3. Tidak sedar 4. Tidak sengaja

III (Pembentukan kesimpulan)

1. Murid-murid telah faham maksud termakan, terpijak, terambil dan terlanggar. Apakah maksud ter dalam perkataan makan, pijak, ambil dan langgar itu?

1. Cikgu, ter membawa maksud tidak sengaja atau tidak sedar.

2. Bolehkah murid menerangkan

2. Imbuhan ter di

40 maksud imbuhan ter dalam perkataan-perkataan perbuatan itu? IV Penutup (Pembentukan pengukuhan) 1. Guru mempamerkan kad kenyataan yang menerangkan maksud imbuhan ter 2. Kemudian, guru menyuruh murid membacanya dan memberi beberapa contoh ayat yang mengandungi imbuhan ter. 1. Pelajar-pelajar membaca kesimpulan dalam kad kenyataan 2. pelajar-pelajar memberi contoh ayat yang mengandungi imbuhan ter sini membawa maksud tidak sengaja

Jadual 4.2 : Peringkat-peringkat strategi pengajaran-pembelajaran secara induktif 5.1.6 Rumusan pengajaran induktif

Kesimpulan yang dapat dibuat melalui kaedah pengajaran induktif, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan sebarang kesimpulan. Guru hanya membimbing pelajar, melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh-contoh yang dikemukakan. Konsep Pengajaran Induktif juga mempunyai peranan-peranannya tersendiri yang mampu memberi faedah kepada guru dan para pelajar itu sendiri.

5.2

Pengajaran deduktif

41 Deduktif berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu deductive. Mengikut kamus dwibahasa Oxford Fajar deductive bermaksud berdasarkan pertimbangan akal yang waras dan logik. Oleh yang demikian, pengajaran deduktif boleh ditakrifkan sebagai pengajaran yang berlandaskan sesuatu peraturan yang diterima pakai seperti rumus atau prinsip.

Pengajaran Deduktif ditakrifkan sebagai suatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasi ke atas contoh yang diberikan. Pengajaran ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi baru daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasi ke atas contoh yang diberikan ( Mok Soon Sang, 2002).

Aplikasi rumus, prinsip, teorem atau hukum Rumus, prinsip atau hukum yang telah diketahui

Kaedah Deduktif Mendapatkan rumus, prinsip, teorem atau hukum

Rajah 4.10 : Proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan deduktif

42

5.2.2

Konsep pengajaran deduktif

Kaedah deduktif memerlukan pelajar mengingat kembali hukum, prinsip, teori, atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Guru memberitahu pelajar objektif pelajaran pada peringkat awal dan membimbing pelajar supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan, generalisasi atau rumus yang baru.

Pendekatan pengajaran secara deduktif merupakan pendekatan pengajaran yang kompleks kerana ia memerlukan para pelajar memperoleh pengetahuan yang cukup dan kefahaman yang mendalam serta berupaya memilih dengan tepat rumus, prinsip, hukum atau teorem yang telah dipelajari untuk di aplikasi pada contoh-contoh yang khusus

Kesimpulan Umum Rumus Prinsip Hukum Teorem

Kaedah deduktif

Contoh A Aplikas Contoh C i Contoh D Contoh B


Kesimpulan, generalisasi atau rumus yang baru

Rajah 4.11 : Proses pengajaran secara deduktif

43

5.2.3

Jenis-Jenis pengajaran deduktif

Terdapat tiga jenis pendekatan deduktif yang biasanya digunakan oleh guru sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu penyelesaian masalah, membentuk generalisasi baru dan membuktikan hipotesis . Jenis pengajaran deduktif yang pertama ialah:

(i) Penyelesaian masalah digunakan untuk menyelesaikan masalah Sebagai contoh, guru menerangkan fungsi imbuhan ber dan memberi contoh ayat yang menggunakan imbuhan ber. Setelah para pelajar memahami fungsi dan penggunaan imbuhan ber dalam ayat, mereka disuruh membuat atau melengkapkan ayat dengan menggunakan imbuhan ber (ii) Membentuk generalisasi baru Ia digunakan untuk membuat generalisasi atau rumus yang baru berpandukan hukum, prinsip, rumus atau teorem yang telah dipelajari. Misalnya setelah para pelajar mempelajari bahawa sudut berselang seli adalah sama saiz dan sudut bersebelahan di garis lurus adalah berjumlah 180, para pelajar dapat membuat generalisasi yang baru iaitu hasil tambah sudut pedalaman ialah 180 .

44 (iii) Membuktikan hipotesis. Pendekatan pengajaran ini digunakan untuk membuktikan sesuatu hipotesis melalui sesuatu hukum, prinsip, rumus atau teorem yang telah dipelajari contohnya setelah para pelajar telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180

5.2.4

Prinsip-prinsip pengajaran deduktif

Dalam penggunaan pendekatan ini, guru perlulah mematuhi beberapa prinsip tertentu supaya dapat menjamin keberkesanan pendekatan yang digunakan terhadap pengajaran yang ingin disampaikan. Menurut Mok Soon Sang (2002), antara prinsip-prinsip yang diterapkan dalam pendekatan deduktif ialah: i. Pada permulaan pembelajaran, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu ii. Murid-murid harus dibimbing untuk meningkatkan kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. iii. iv. Generalisasi , prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis haruslah diketahui dan difahami oleh pelajar. Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dijalankan mengikut prosedur yang betul iaitu:

Pendedahan masalah atau hipotesis

Pemilihan generalisasi, prinsip atau teori yang diketahui

Menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis

45

Rajah 4.12 : Prosedur pengajaran secara deduktif v. Proses penyelesaian masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip atau teori yang telah dipelajari. vi. Guru tidakperlu melaksakan cara penyelesaian masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing pelajar melaui aktiviti soal jawab sehingga mereka mampu menyelesaikan dan menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

5.2.5

Langkah-langkah pengajaran deduktif

Secara ringkas, langkah-langkah pengajaran secara deduktif adalah seperti berikut:

46

Langkah 1 Perancangan Menetapkan objektif pelajaran Mengenal pasti masalah Mengenal pasti hukum/prinsip/rumus/teorem Menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran

Langkah 2 Penyampaian Mengutarakan masalah Mengemukakan hukum/prinsip/rumus/teorem yang berkaitan Menerangkan sekali lagi hukum/prinsip/rumus/teorem

Langkah 3 Aplikasi Membantu murid mengaitkan masalah dengan hukum/prinsip/rumus/teorem Menggunakan hukum/prinsip/rumus/teorem untuk menyelesaikan masalah

Penutup Memberi peneguhan kepada murid yang berjaya Memberi aktiviti susulan untuk pengukuhan konsep

Rajah 4.13 : Model strategi pengajaran secara deduktif

5.2.6

Contoh pengajaran deduktif

47 Pendekatan pengajaran secara deduktif kebanyakannya diguna pakai dalam pengajaran mata pelajaran matematik dan sains kerana ia melibatkan penggunaan hukum, prinsip, rumus atau teorem yang meluas.

Di bawah merupakan satu contoh pelajaran yang menggunakan kaedah induktif sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran. (Mok Soon sang,2000).

Mata pelajaran Tajuk Objektif Pelajaran

: : :

Sains Ciri-ciri haiwan Selepas pelajaran, pelajar-pelajar dapat membentuk generalisasi baru berdasarkan generalisasi yang diketahui.

Generalisasi Lama Generalisasi Baru Sumber Pelajaran

: : :

Haiwan yang mempunyai sayap boleh terbang. Haiwan yang mempunyai sayap dan badannya ringan boleh terbang sayap Kad-kad gambar dilukis berbagai-bagai haiwan yang mempunyai

Peringkat I Set Induksi (Pendedahan)

Aktiviti Guru 1. Guru meletakkan kad-kad gambar (kelawar, burung dan kupu-kupu) satu demi satu pada

Aktiviti Pelajar 1. Pelajar-pelajar disuruh mengenal pasti dan menyebut nama haiwan

48 carta poket. 2. Guru membimbing murid dengan soalan: a. mengapakah haiwanhaiwan ini boleh terbang? b. apakah kesimpulan terhadap haiwan yang ber sayap? c. adakah haiwan yang ber sayap boleh terbang? II Aplikasi 1. Guru menunjukkan kad gambar angsa, itik, dan burung unta. 2. Guru membimbing murid dengan aktiviti soal jawab hingga pelajar dapat membuat generalisasi baru. 1. Pelajar diminta mengenal pasti haiwan yang diberikan. 2. Pelajar menjawab soalan sehingga mereka boleh merumuskan: bukan semua haiwan yang ada sayap boleh terbang. III (Pembentukan kesimpulan) Guru membimbing pelajar membuat generalisasi baru melalui aktiviti soal jawab Pelajar akhirnya boleh mengenal pasti dan menerangkan bahawa haiwan yang ada sayap dan badan nya ringan boleh terbang IV Penutup (pengukuhan) 1. Guru menyuruh pelajar menyebut: a. 4 jenis haiwan yang boleh terbang b. 4 jenis haiwan yang tidak boleh terbang 1. Pelajar memberikan contoh haiwan bersayap yang boleh terbang dan yang tidak boleh terbang. 2. Pelajar merekod dan tersebut 2. Jawapan murid. a. ia ada sayap: b. haiwan yang ada sayap boleh terbang c. ya / tidak

49 2. Guru membimbing pelajar menjalankan aktiviti pengukuhan melukis haiwan untuk dijadikan rujukan.

Jadual 4.3 : Peringkat-peringkat strategi pengajaran-pembelajaran secara deduktif

5.2.7

Rumusan pengajaran deduktif

Pengajaran deduktif merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di mana pelajar akan menganalisis rumus-rumus melalui contoh yang diberikan.

Adalah penting untuk memperkenalkan pelbagai pendekatan pengajaran kerana keperluan pembelajaran yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, keberkesanan pendekatan ini bergantung kepada gaya kognitif seseorang pelajar dan juga struktur isi pelajaran yang akan disampaikan. Ini kerana, tidak semua pengajaran adalah sesuai untuk menggunakan pendekatan ini. Bagi pengajaran yang tidak melibatkan sesuatu peraturan, pendekatan ini adalah tidak bersesuaian digunakan. 6.1 Kesimpulan

Kesimpulannya, di dalam bidang pendidikan terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang disarankan oleh pakar-pakar pendidikan. Untuk mencapai tujuan pengajaran yang berkesan, proses pengajaran harus dilaksanakan secara sistematik mengikut langkah-langkah yang sesuai seperti perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Ini adalah kerana pengajaran yang berkesan hanya boleh berlaku atas penggunaan prinsip-

50 prinsip dan kaedah-kaedah mengajar yang telah dikajji dan diuji oleh pakar-pakar pendidik.

Sehubungan itu, sebelum mengajar, guru harus menyediakan bahan pelajaran, menentukan objektif pelajaran, merancang ringkasan mengajar dan menyediakan alat bantu mengajar. Murid pula mengulangkaji pelajaran lama terlebih dahulu untuk menyediakan diri dalam pengajaran dan pembelajaran baru. Di dalam proses pengajaran, guru wajib menimbulkan minat pembelajaran murid, membimbing mereka dengan cara belajar yang berkesan, menjelaskan keraguan, membantu mereka menyelesaikan masalah, membekalkan bahan pelajaran, meningkatkan penguasaan kemahiran mereka, membentuk sikap pembelajaran yang etul, memupuk idealism yang luhur dan nilai murni yang tinggi.

Terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Guru bebas memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan kerana tiada pendekatan, kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses P & P. Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar pengajaran yang disampaikan adalah berkesan dan para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna.

Pendekatan pengajaran merupakan salah satu aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran. Pendekatanpendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin diutamakan atau memberi perhatian yang lebih kepada pemahaman pelajar. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pelbagai kaedah pendekatan pengajaran yang diperkenalkan iaitu pengajaran berpusatkan guru dan berpusatkan murid, pengajaran berpusatkan alat dan bahan, pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, dan pendekatan tematik.

51

Walaubagaimanapun, pengajaran yang efektif tidak hanya bergantung kepada satusatu kaedah atau pendekatan sahaja. UKELP menyatakan bahawa pengajaran yang efektif bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam perancangan, perlaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh diukur apabila seseorang guru berjaya menggunakan teknik dan pendekatan mengajar yang sesuai dengan isi pelajaran. Oleh itu guru haruslah bijak memilih pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan subjek pelajaran.

Ringkas kata, perhubungan pengajaran dan pembelajaran yang begitu rapat hingga dipandang sebagai sesuatu aktiviti yang menyeluruh. Tanpa murid, guru tidak dapat mengajar; tanpa guru, murid tidak mengetahui bagaimana balajar. Murid mendapat manfaat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran; guru pula memperolehi pengalaman tambahan daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Lee, S. M. & Mok, S.S. (1989) Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN.BHD.

52 Koechlin, C. & Zwaan, S.(1997). Teaching Tools for the Information Age. Ontario: Pembroke Publishers Limited. Mok, S.S. (2002) Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 3. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN.BHD. cetakan ketiga. Hashim.S , Yaakub.R , Ahmad.M.A (2003) Pedagogi, Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributorsn SDN.BHD, cetakan pertama. Siow, H. L., Abu, T.P., Lee, S.E., Sandiyao, S. & Adelina, A. (2005). Siri Panduan Guru: Pedagogi Merentas Kurikulum. Bentong: PTS Proffesional Publishing.

Blogsport impreschoolteacha(2008), Pendekatan Induktif dicapai pada Mac 20,1012 di http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-induktif.html Blogsport pelangipetang (2009), Pendekatan Pengajaran Deduktif dicapai pada April 8, 2012 di http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/pendekatan-pengajarandeduktif.html

Anda mungkin juga menyukai