Anda di halaman 1dari 2

www.zahrein.

com

Kuliah Subuh
Tarikh: 8 Nov 2008
Tempat : Masjid Gelugor

Kita kena menangis kerana takutkan Allah S.W.T Dan perkara ini boleh melembutkan
hati . Solat adalah perkara yang utama.Kita kena solat mengikut rukun. Dan apabila kita
bersolat, kita kena ingat Allah S.W.T.Solat luaran yang tidak ada hati umpama
menyembah raja dengan tubuh yang tidak bernyawa.

Perkara yang melembutkan hati adalah dengan menangis. Kita kena menangis kerana
Allah S.W.T. Jika kita nak check hati kita lembut atau tidak,kita boleh nangis kerana
Allah S.W.T.

Kita kena khusyuk kepada Allah S.W.T. Khusyuk bermaksud, kita memberi penumpuan
kepada Allah S.W.T. Di antara sifat mulia dan terpuji adalah nangis kerana Allah S.W.T.

Dalam surah Maryam ayat 58 yang membawa maksud:

[58]
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang
melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-
orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan
Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang
Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat
(Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

Pada akhirat kelak ada 7 golongan yang dinaungi oleh Allah ketika hari kiamat. Salah
satu daripada golongan tersebut adalah, pada ketika bersendirian dia menitis air mata
ketika ingat akan Allah S.W.T. Oleh yang demikian , kita kena tanam dalam hati
supaya kita menjadi orang yang bertakwa kepada Allah S.W.T.

Orang yang beriman, kita dikehendaki selalu menyuburkan keimanan. Ingatlah semua
orang akan menangis pada hari kiamat kerana azab yang amat dahsyat. Hanya mata
mata yang menangis di dunia sahaja yang tidak akan menangis. Orang yang tidak
menangis di akhirat juga adalah mata yang berjihad di jalan Allah S.W.T. Kita kena
menangis kerana takutkan Allah S.W.T.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda “ Tidak akan menjilat oleh api neraka orang-
orang yang menangis kerana takutkan Allah S.W.T” Ingatlah orang yang berperang
dengan orang yang menangis kerana takutkan Allah S.W.T adalah orang yang dilindugi
oleh Allah S.W.T di akhirat.

Ingatlah masyarakat kita selamat kerana ada golongan dalam masyarakat takutkan
kepada Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah kita menangis kerana takutkan kepada Allah
S.W.T. Oleh yang demikian saya menyeru kamu dan diri saya agar kita takut kepada
www.zahrein.com

Allah S.W.T. Jangan pula kita riak. Menangis yang meraung-raung akan menyebabkan
kira riak.

Petua-petua untuk jadikan hati kita menangis:


1. ingat pada hari akhirat
2. ingat gambaran kesusahan pada hari akhirat
3. Jika kita solat, anggap solat kita yang terakhir
4. orang yang ada hati boleh lahirkan menangis kerana takutkan kepada Allah
S.W.T.
5. Kita kena ingat salah atau dosa kita.

Ingatlah Al-Quran diturunkan untuk ditadabur . Orang yang berilmu boleh lahirkan takut
kepada Allah S.W.T. Orang yang bertaubat boleh lahirkan orang yang takut kepada Allah
S.W.T. Oleh yang demikian kita kena jauhkan segala kemungkaran Kita kena jadika
jiwa yang lembut kerana Allah S.W.T. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai