Anda di halaman 1dari 9

CABARAN DAN USAHA MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2008

OLEH: RUZAIN SYUKUR B MANSOR ruzainsyukur_mansor@yahoo.com wacanasyukur.wordpress.com akademipenulisbebas.wordpress.com B.A. Hons Pengajian Ilmu Wahyu UIAM

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa buat semua warga guru.Bukannya mengejar dan mengharapkan pengiktirafan serta sanjungan melambung , namun sambutan Hari Guru biasanya dilaksanakan dengan penuh simbolik bagi menghargai jasa dan pengorbanan pendidik yang setia membangun jiwa memacu kecemerlangan modal insan.

Kita masing-masing pastinya mempunyai seribu satu nostalgia indah bagaimana insan guru diraikan dengan cara tersendiri.Menyingkap memori lama, pasti kita teringat bagaimana sajak-sajak dibacakan untuk mereka, bingkisan dan hadiah dititipkan untuknya walaupun ianya tidak dapat membalas segala pengorbanan yang telah ditaburkan.Bayangkan dunia ini tanpa guru yang mengajar kita membaca dan menulis? Mampukah kita menongkah arus membangun diri?

Cabaran Ada relevannya mengapa guru Malaysia harus diberi pengiktirafan.Guru kini diasak dengan cabaran yang pelbagai memerlukan mereka terus kekal di dalam arus globalisasi.Konsep langit terbuka banyak mendedahkan pelajar masakini dengan pelbagai perkara samada yang membawa kebaikan ataupun keburukan.Rela atau tidak, guru bertindak sedaya upaya untuk menyeimbangkan keperluan perkembangan minda pelajar agar kekal mengamalkan nilai dan jatidiri serta mengamalkan tatasusila mulia adab ketimuran .

Di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas asasi merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran , janganlah dilupakan ada insan guru yang bersengkang mata menelaah pelajaran demi

mengejar segulung ijazah untuk meningkatkan kerjaya di bidang perguruan.Begitulah tabahnya guruguru yang gigih berusaha menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah pendidikan , malah ada di kalangan mereka yang kini bergelar calon sarjana dan Phd.

Ini tidak termasuk dengan pengorbanan masa guru menjalankan aktiviti pengembangan bakat dan potensi pelajar melalui pengendalian kejohanan sukan, syarahan, karnival pendidikan di peringkat sekolah sehinggalah kebangsaan.Segalanya demi ingin melihat modal insan yang dilahirkan seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sikap yang positif serta potensi yang mampu melonjak kecemerlangan diri.Pengorbanan tersebut menuntut komitmen masa, wang ringgit dan tenaga yang tidak ternilai di samping tidak meminggirkan tugas asasi mereka di bilik darjah.

Ketika berada di sekolah, merekalah ibu dan bapa kepada anak-anak kita.Mengajar, mengendalikan aktiviti, membawa pelajar menyertai aktiviti kokurikulum ke sekolah berhampiran malah menghantar pelajar ke klinik apabila berhadapan dengan saat-saat kecemasan.Begitulah erti keperihatan seorang guru.

Apalagi berhadapan dengan seribu satu karenah anak murid yang kini tampil dengan pelbagai keadaan.Isu-isu disiplin dan salah laku pelajar seperti buli umpamanya membuatkan guru kini lebih tertekan dan sentiasa menghadapi risiko kecederaan murid akibat amarah remaja yang tidak ketentuan.Mampukah guru untuk memperhatikan setiap perlakuan anak-anak kita bagi setiap saat dan detik?.Itulah sebabnya timbul cadangan pemasangan CCTV di sekolah bagi memantau pergerakan para pelajar.Namun persoalannya selesakah kita berada di bawah pengawasan 24 jam CCTV? .Ia nyata menghilangkan privacy dan hak individu untuk bebas hidup tanpa dikawal dan diperhatikan.

Begitulah sedikit sebanyak daripada rentetan cabaran guru-guru di alaf baru.Adakalanya mereka mengeluh akibat pengorbanan yang sering disalah erti oleh pihak-pihak tertentu.Adakalanya juga mereka berdepan dengan risiko prasangka pihak tertentu.Justeru, tema Perayaan hari Guru kali ini Guru Cemerlang Negara Terbilang memberikan semangat baru dengan pengiktirafan jasa guru membangun modal insan ke tahap cemerlang lantas menyumbang kepada negara terbilang.

Memartabatkan Profesion Perguruan

Warga guru juga pasti berasa bertuah kerana agenda memartabatkan profesion perguruan menjadi salah satu dari teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) Kementerian Pelajaran

Malaysia.Usaha ini membawa kepada naik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana institusi yang melahirkan guru berkualiti ini melahirkan guru berijazah melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

Merujuk kepada PIPP, teras Memartabatkan Profesion Perguruan ini, menggariskan usaha pemantapan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan serta pemantapan perancangan dan pengurusan sumber manusia sebagai strategi memperkasakan kerjaya perguruan.

Di bidang latihan perguruan, pemantapan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan amat-amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan profesionalisme seorang guru cemerlang.

Manakala Menambah baik penjawatan guru serta peluasan kenaikan pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah merupakan strategi usaha mengembangkan kerjaya perguruan .Sekurangkurangnya guru-guru mampu untuk melonjakkan kecemerlangan diri dengan peluang peluasan kerjaya yang disediakan.

Manakala bagi memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia, beberapa strategi dirancang melalui PIPP iaitu:

Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru Memantapkan mekanisme unjuran guru Menambahbaik sistem maklumat guru

Kelancaran sistem pengurusan sumber manusia mampu melancarkan usaha memartabatkan profesion perguruan .Manakala pengurusan maklumat dan sistem pengkalan data yang mesra pelanggan dan efektif akan memudahkan segala urusan pengurusan profil dan rekod serta pembangunan kerjaya guruguru.

Namun, walau apapun usaha kementerian Pelajaran untuk memartabatkan profesion perguruan, individu insan gurulah terlebih dahulu yang harus melonjakkan dirinya menuju ke arah kecemerlangan .Perancangan pengembangan diri dan kerjaya yang dirancang mengikut kemampuan mampu melonjakkan insan guru ke arah kecemerlangan dan kerjaya seterusnya membangun masyarakat menuju ke arah negara yang terbilang.

Selamat hari Guru Guru Cemerlang Negara Terbilang

Usaha untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan Salah satu ciri sebuah negara maju dan moden ialah mempunyai ramai tenaga kerja profesional yang mampu menampung keperluan sumber manusia dunia. Dalam konteks pendidikan, guru yang profesional merupakan aset utama yang bertindak sebagai kilang yang menghasilkan produk sumber manusia yang profesional. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersungguh sungguh merangka dan melaksanakan pelbagai program bagi melahirkan guru yang profesional serta menaikkan tahap profesionalisme keguruan di negara ini. Hal ini adalah selari dengan Wawasan 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi.

Peranan yang diambil oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan adalah amat berat. Hal ini kerana bilangan guru di Malaysia adalah ramai dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menjayakan projek ini. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah memasukkan rancangan untuk memartabatkan profesion keguruan sebagai salah satu teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.

Teras ke lima PIPPN iaitu memartabatkan profesion keguruan telah dibahagikan kepada lima fokus utama. Lima fokus utama tersebut ialah yang pertama, menambah baik sistem pemilihan calon guru. Kedua, memantapkan latihan perguruan. Ketiga, memantapkan kerjaya guru. Keempat, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Kelima, memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Fokus pertama dalam teras ke lima PIPPN ialah menambah baik sistem pemilihan calon guru. Secara kasarnya, hal ini boleh diterjemahkan sebagai memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan calon guru. Program program pengambilan calon guru seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) akan diperketatkan syarat kelayakannya. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa hanya calon calon yang layak sahaja yang akan mendapat tempat di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sebagai contoh, Calon yang ingin menduduki tempat dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu meduduki Ujian PemilihanCalon Guru Malaysia (MteST) serta perlu melepasi temu duga secara individu dan berkumpulan. Ini adalah bagi memastikan bakal bakal guru yang lahir dari IPG adalah guru guru yang berkualiti dan mempunyai tahap profesionalime yang tinggi.

Fokus kedua dalam teras ke lima PIPPN ialah memantapkan latihan perguruan. Antara strategi pelaksanaan fokus kedua ini adalah menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG), mereka bentuk dan menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru, peningkatan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan dan yang terakhir, peluasan dan peningkatan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hal ini amat penting kerana suasana pembelajaran yang baik dan kondusif akan dapat melahirkan guru yang cemerlang dari semua aspek serta mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi.

Memantapkan kerjaya guru merupakan fokus ketiga dalam teras ke lima PIPPN. Penambahbaikan perjawatan guru dan penambahan perjawatan serta peluasan naik pangkat untuk PPS di KPM/JPN/PPD/G merupakan antara strategi pelaksanaan dalam fokus ketiga ini. Melalui startegi ini kerajaan akan meningkatkan kadar kenaikkan pangkat mengikut kuota baharu. Kerajaan juga akan menambah baik norma perjawatan guru. Selain hal itu, elaun elaun untuk tugas tugas khas akan diberikan. Cuti rehat dan waktu bekerja guru juga akan disemak semula. Melalui startegi pelaksanaan ini, berkemungkinan besar hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan guru akan berjaya.

Fokus ke empat pula ialah menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Melalui strategi menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan penempatan guru mengikut opsyen dan keperluan, mutu kerja guru guru akan meningkat. Keperluan tempat tinggal di kawasan luar bandar, pedalaman dan bandar besar akan disediakan melalui pembinaan kuarters baharu. Bilik bilik darjah juga akan dibaik pulih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan. Penempatan guru mengikut opsyen merupakan langkah yang amat bijak. Hal ini kerana, guru guru akan lebih mudah berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih berkesan tentang masalah masalah P&P dan sebagainya. Ini akan dapat meningkatkan tahap pencapaian murid sekaligus memartabatkan profesion keguruan.

Faktor yang terakhir dalam teras ke lima PIPPN ialah memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Hal ini bermaksud, sumber sumber manusia seperti guru guru baharu dan guru

guru pelatih akan disediakan dengan perancangan dan pengurusan yang mantap. Untuk itu pihak IPG akan mewujudkan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA mahupun IPTS tentang latihan guru Selain hal itu, sistem maklumat guru akan ditambah baik dan dikemas kini secara total dari semasa ke semasa secara komprehensif.

Selain peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, pihak pihak lain juga perlulah bekerjasama dan janganlah hanya memeluk tubuh dan asyik mengkritik langkah langkah yang telah diambil kerajaan. Pihak guru itu sendiri perlulah melakukan anjakan paradigma dan memberikan sokongan yang padu atas apa sahaja usaha dalam memartabatkan profesion keguruan. Para guru perlulah berusaha untuk menyemai sifat sifat seorang guru yang profesional serta menigkatkan tahap profesionalisme mereka. Antara sifat dan kualiti profesional seorang guru seperi yang telah digariskan oleh KPM ialah suka membaca, ingin tahu, kemahiran bertutur, daya ingatan, daya usaha dan pengetahuan ikhtisas. Selain hal itu, guru juga perlulah mengelakkan diri daripada melakukan perkara perkara yang boleh mendatangkan imej buruk kepada profesionalisme keguruan. Mereka hendaklah menjaga tingkah laku mereka di mana sahaja mereka berada. Oleh hal yang demikian, usaha kerajaan untuk memartabatkan profesion keguruan tidak akan sia sia kerana mendapat sokongan daripada para guru sendiri.

Kesimpulannya, segala usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak untuk memartabatkan profesion keguruan haruslah dipuji kerana pelaksanaannya bukanlah enteng. Oleh hal yang demikian semua pihak terutamanya pihak guru di Malaysia itu sendiri haruslah menyokong segala rancangan dan projek dalam usaha memartabatkan profesion keguruan kerana dalam zaman baharu ini profesion keguruan merupakan suatu profesion yang semakin mencabar. Ditambah lagi dengan para pelajar dan murid yang semakin matang dan maju dalam menongkah arus kehidupan yang serba maju dan moden sekarang. Justeru itu semua pihak haruslah memainkan peranan mereka agar usaha untuk memartabatkan profesion keguruan akan mencapai matlamatnya.

Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengiktirafan kepada mereka. Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal. Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebetulnya lagi, sebuah negara yang maju, sebuah tamadun yang hebat, tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru. Hari ini, di setiap ceruk rantau negara, para guru tanpa mengenal penat lelah senantiasa membawa cahaya harapan kepada anak-anak Malaysia. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan negara. Setiap kejayaan nasional dari transformasi negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, tercatat di celah-celah lipatan kudratnya para guru. Begitu juga lompatan transformasi berikutnya ke arah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan sentuhan para guru sesuai dengan tema sambutan tahun ini "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Lantaran itu, menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru, maka kerajaan telah memutuskan untuk menambah baik skim perkhidmatan guru Malaysia. Sehubungan itu, sukacita saya maklumkan kerajaan telah bersetuju bahawa: Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam Perkhidmatan Perguruan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya time-basedperlu diberi nafas baru. Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun. Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya. Oleh yang demikian, kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan. Pertamanya: Guru Biasa, keduanya: Guru Kanan, ketiganya: Guru Wibawa dan keempat: Pendeta Guru. Jelasnya, pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan. Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan. Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru. Selanjutnya, sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Sementara itu, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan. Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan. Khabar gembiranya insya-Allah, tarikh kuat kuasa pelaksanaan semua perubahan yang dinyatakan tadi akan bermula pada 1 Januari 2012. Begitulah, betapa pihak kerajaan amat memandang tinggi profesion keguruan di negara ini. Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kira sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru. Pujangga bermadah: Guru umpama kandil yang terang menyala, Suluh cahayanya penerang jalan, Sepatah kata dijadikan pelajaran, Segumpal pesan dijadikan pedoman, Ilmu dicurah mengorak alam terkembang. Akhir kata, mudah-mudahan para guru sekalian terus ikhlas dan bersemangat menabur jasa serta khidmat bakti kepada anak-anak watan demi sebuah Malaysia