Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan Minat British terhadap negeri-negeri Melayu mula dilihat pada 1786 apabila Syarikat India Timur mendapatkan

Pulau Pinang, luar pantai barat negeri Melayu.1 Ini dilihat menerusi usaha Francis Light.2 Agenda British untuk menguasai Singapura menjadi kenyataan apabila Belanda mempersetujui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.3 Kesannya, British mendapat Melaka sebagai pertukaran Bengkulen dengan Belanda, pantai luar barat Sumatra. Persetujuan dalam perjanjian ini merupakan kunci kepada pembentukan Malaysia moden. Menerusi tugasan ini, aspek kegagalan pemerintah Melayu mentadbir dengan baik sesebuah negeri telah menyebabkan pihak British ditawarkan membantu negeri-negeri Melayu dan British pula menawarkan bantuan yang tidak disangka-sangka. Segala peristiwa yang berlaku di negeri Melayu seperti Perak, Selangor dan Negri Sembilan menjadi titik-tolak British mula menguasai negeri Melayu. Tugasan ini memperlihatkan kedatangan British ke Tanah Melayu yang membawa perubahan dan kesinambungan negeri Melayu. Malah, ia juga menjadi pemangkin kepada pembaharuan kehidupan masyarakat pada abad ke-19. 4

C. D Cowan. 1961. Nineteenth century Malaya: the origins of British political control. New York Toronto. Oxford University Press. Hlm 1 2 Beliau bertindak sebagai ejen Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1786, Francis Light menduduki pulau kecil Pulau Pinang (dinamakan Pulau Prince of Wales) di pinggir barat nusantara. Pendudukan Pulau Pinang oleh EIC itu boleh dilihat sebagai petanda empayar berkembang di British di kepulauan Indonesia dan sepanjang pantai China. Artikel daripada Tomotaka Kawamura. Maritim Trade and Economic Development of Penang 1786-1830. Web. 25.4.2012. www.thinkcity.com.my/penangstory/.../tomo-kawamura%20penang-. Hlm 1-2 3 Samuel Wee Tien Wang. British stratetegics interest in Straits of Malacca. Kanada: Simon Fraser University Hlm 117 4 Khoo Kay Kim. 2001. Malay society : Transformation and democratisation. Kelana Jaya. Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. Hlm 51 1

Perkembangan di Selangor Sistem residen yang diperkenalkan oleh British telah membawa perubahan besar ke atas negeri Melayu terutamanya dari segi pentadbiran. Jika sebelum ini, sultan memiliki hamba, namun penghapusan hamba pada pemerintahan British telah memperkenalkan pusat perbendaharaan. Sekiranya penghapusan hamba tidak dilakukan oleh British pada abad ke-19 tersebut, berkemungkinan masyarakat Melayu pada masa kini masih berada di kampung-kampung dan menjadi hamba kepada sultan. Secara tidak langsung, kedatangan British telah membawa perubahan kepada negeri Melayu dalam penghapusan hamba walaupun sultan pada mulanya tidak menerima pendapat British. Hal ini disebabkan oleh faedah yang paling utama diperolehi oleh sultan adalah elaun yang memberikan mereka hidup lebih selesa berbanding golongan elit yang lain. Namun begitu, kuasa sultan semakin berkurangan apabila British menyokong mereka dengan memberikan perlindungan daripada pencabar-pencabar yang berpotensi menaiki takhta. Kononnya, peranan residen dalam menasihati pemerintah dan mahkamah dibuat berdasarkan kepada institusi Majlis Negeri yang menjadikan badan perundangan yang tunggal.
5

Namun begitu, segala keputusan yang dibuat oleh pentadbir hanya perlu

diluluskan oleh Majlis Negeri tanpa banyak soal oleh ahli Majilis Negeri. Malah, perubahan yang paling ketara berlaku adalah terdapatnya jurang besar antara kelas pemerintah Melayu dengan masyarakat Melayu. Anak-anak masyarakat tempatan masih lagi bermain permainan sepak raga, bola sepak Melayu tetapi golongan aristokrat bermain polo dan tennis. Masyarakat kampung

Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. 2001. A history of Malaysia. Great Britain. Palgrave Publishers Ltd. Hlm 174-175 2

masih lagi mengamalkan gaya hidup lama, namun golongan Melayu elit menerima pakai budaya Barat, pakaian, tempat tinggal dan kadang-kala melancong ke London. Perihal ini menunjukkan golongan pemerintah pada masa itu, tidak mencuba membantu masyarakat Melayu di kampung, golongan ini memperolehi elaun dan berada pada tahap yang senang, namun penindasan berlaku di kampung-kampung ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Perubahan yang dibawa oleh British ke dalam negeri Melayu telah membuatkan masyarakat Melayu masih berada dalam keadaan tertindas namun para pembesar Melayu pada ketika itu mewah dengan pemberian elaun oleh British di samping memperolehi cara hidup berdasarkan Eropah. Masyarakat majmuk timbul apabila British membawa masuk golongan imigran dari luar negara memasuki negeri Melayu. Masyarakat majmuk adalah merujuk kepada kaum utama seperti Melayu, Cina dan India yang berada dalam satu negeri yang sama tetapi berbeza adat, kepercayaan dan cara hidup yang berbeza. Melalui British, masyarakat majmuk ini terbentuk. British membawa masuk golongan imigran seperti masyarakat Cina kerana memerlukan tenaga mereka dalam aktiviti perlombongan. Selangor merupakan negeri terkaya dengan hasil bijih timah. Menurut John M. Gullick, ia tidak hairanlah sekiranya pemberi laporan tempatan sukar menentukan akaun pembangunan lombong bijih timah besar di Selangor kerana ketibaan pemerintah Melayu dan ketua Cina juga adalah baru, mereka datang selepas lombong itu ditinggalkan lama dan sejarahnya dilupakan. Klu yang paling hampir pada 1875, lombong bijih timah bermula kira-kira 80 tahun lamanya dan diinterpretasikan pada

abad ke-18. Oleh sebab bijih timah dihasilkan dengan masa yang singkat, maka penduduk memilih mendulang daripada menunggu padi menuai dan proses penanaman seterusnya.6 Perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan ketibaan golongan buruh dan imigran terutamanya kapitan Cina. Hal ini terjadi disebabkan permintaaan yang mendadak bagi pengeluaran bijih timah untuk membuat tin bagi menyimpan bahan makanan. Ketibaan golongan kapitan Cina ini membawa teknik baru dalam perlombongan bijih timah. Jika sebelum kedatangan imigran ke negeri Melayu, masyarakat Melayu menggunakan kaedah melampan yang hanya boleh menghasilkan pengeluaran bijih timah yang sedikit. Namun begitu, orang kapital Cina menangani masalah ini dengan mempraktikkan kaedah lombong dedah dengan membuatkan lebih banyak hasil bijih timah boleh digali dengan kedalaman sebanyak 20 kaki atau lebih dalam.permukaan tanah lanar dalam dasar lembah.7. British telah menjadikan pelabuhan entrepot kolonial di Negeri-negeri Selat maju dengan pengimportan barang-barang dan kargo. Disebabkan Selangor berdekatan dengan Melaka, maka melalui Melaka, ia menjadi pelabuhan umpanan untuk Singapura. Oleh hal itu, pelabuhan Singapura menjadi berkembang dengan lebih pesat. Namun begitu, perebutan kuasa pemerintah terhadap bijih timah telah mencetuskan pertengkaran dan pakatan antara pembesar Bugis, komuniti Sumatra dan pelombong Cina kepada menentang serta pakatan yang tidak stabil. Perang Sivil Selangor bermula pada tahun 1866, apabila Selangor dibahagikan kepada 5 daerah. Perkara ini berlaku kerana
6

John M. Gullick. 1998. A history of Selangor 1766-1939. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 130M. Hlm 24 7 Kesinambungannya penting apabila lombong terdedah, maka ia akan dibanjiri oleh tirisan atau hujan, setelah dibiarkan lama, lombong-lombong menjadi kolamkolam perlombongan. Pada hari pertama bekerja, tugasnya mengeluarkan rair yang telah ada. Kemudian Cina menggunakan pam kincir yang mereka telah bangunkan untuk perairan bagi peribumi Cina. John M. Gullick. 1998. A history of Selangor 1766-1939.Kuala Lumpur : The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 130 M. Hlm 40 4

ketamakan pembesar untuk mendapatkan keuntungan hasil bijih timah. Tunku Kudin bergabung bersama Yap Ah Loy menyerang Sayid Masshor pada 1872. 8 Peristiwa perang Sivil ini telah lama diketahui oleh pihak British melalui Raja Yaakub mahupun melihat sendiri kejadian yang berlaku. Oleh hal itu, pihak British menghantar Mr Frank Swettenham disertai 20 orang konstabel Melayu membantu menyiasat situasi tersebut dan pada November 1874, J. G Davidson bergelar Residen pertama British dengan dibantu oleh Mr Frank Swettenham. Bandar Langat dan Klang menjadi pusat pemerintahan kuasa Melayu dan kawalan British. Ia semuanya bergantung pada kawasan lombong Kuala Lumpur. Pada ketika itu, Yap Ah Loy merupakan kapitan Cina yang telah membangunkan Kuala Lumpur daripada masyarakat Melayu. Sifat Yap Ah Loy ini telah mendapat pujian daripada Frank Sweetenham. Namun begitu, situasi sebenarnya adalah Yap Ah Loy telah berperang dengan Syarif Masshor untuk mendapatkan Kuala Lumpur. Yap Ah Loy berjaya membangunkan semula bandar Kuala Lumpur walaupun diserang oleh Syarif Masshor sebanyak tiga kali Sebenarnya, Yap Ah Loy yang disokong oleh pemimpin negeri Melayu sendiri seperti Tunku Kudin dan Sutan Pusa. Perihal ini mencerminkan, Syarif Masshor yang memihak kepada masyarakat Melayu gagal bertarung dengan Yap Ah Loy. Akhirnya, Tunku Kudin melantik Yap Ah Loy sebagai kapitan di bawah kuasanya.9 Di sini boleh dilihat, kuasa pemerintah Melayu ketika itu yang gagal
8

Sultan Abdul Samad memberikan kuasanya pada Tunku Kudin yang merupakan menantunya. Melalui Tunku Kudin, keadaan menjadi lebih teruk... Tunku Kudin bergabung bersama Yap Ah Loy menyerang Sayid Masshor pada 1872. Serang hendap oleh Raja Mahdi telah menyebabkan kematian askar upahan Tunku Kudin. Sayid Masshor berjaya merampas Kuala Lumpur kembali. Pada ketika itu, Raja Yaacob iaitu anak Sultan Abdul Samad turut terbabit sama. Raja Yaacob menjemput pihak British menyelesaikan kemelut yang terjadi. Patrick Morrah. 1963. The history of Malayan police. Kuala Lumpur : The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Hlm 48 9 David Ownby & Mary Somers Heidhues. 1993. Secret societies reconsidered: perspectives on the social history of the early modern South China and Southeast Asia. New York : M. E Sharpe, Inc. Hlm 130-131 5

memikirkan cara terbaik membantu masyarakat Melayu tetapi memilih bersama dengan orang luar untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri semata-mata. Yap Ah Loy sendiri menguasai 2/3 harta benda di Kuala Lumpur timur Sungai Klang termasuklah pasaran utama, perjudian dan pelacuran.10 Yap Ah Loy berjaya menguasai ekonomi Kuala Lumpur sehinggakan pihak British menyukai sifat Yap Ah Loy membangunkan Kuala Lumpur. Bagi pendapat penulis, Yap Ah Loy sememangnya telah membangunkan Kuala Lumpur dari sudut ekonomi tetapi bagaimana pula dengan nasib masyarakat pada ketika itu. Hal ini memperlihatkan masyarakat Melayu masih berada di kampung, berbanding masyarakat Cina dan India. Pada 1880, pusat pentadbiran negeri Selangor berpindah daripada Klang ke Kuala Lumpur. British melaksanakan usaha sedemikian bertujuan membaiki hubungan komunikasi antara dua bandar tersebut. Percubaan pertama British ialah membina jalan Damansara pada 1883 dan selepas itu, jalan keretapi pada 1886. Jambatan turut dibina ketika masa itu. Walaupun pada mulanya, kos yang perlu ditanggung untuk pembinaan tersebut melebihi hasil keuntungan negeri $300,000 setahun dan hutang peperangan yang masih ada. Namun, pengangkutan ini menjadikan Selangor memperolehi faedah. 11 Kuala Lumpur maju dengan kedudukan kewangan yang stabil dengan mempunyai bank. Hal ini dikaitkan dengan rasa bimbang British terhadap Jerman yang berurusan secara kredit dengan pedagang Cina pada 1888, maka British mengimbangi tekanan itu dengan membuka bank di Kuala Lumpur iaitu Chartered Bank yang turut terdapat di Taiping bagi memberikan pinjaman kepada peniaga kecil dan kontraktor kecil dan aktif
10 11

Ibid. Hlm 131 Dengan adanya perkaitan antara perusahaan dengan lokasi Kuala Lumpur, ia menjadikan jalan keretapi yang terkenal di Tanah Melayu, dengan memiliki kejuruteraan dan bidang sampingan yang lain, lalu menjadikan banyak faedah didapati di Selangor. John. M Gullick. 1998. A history of Selangor 1766-1939.Kuala Lumpur : The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 130 M. Hlm 40 6

dalam bank tempatan.12 Hal ini menunjukkan, sumber kewangan bagi pedagang tidak terhad lagi kepada sesuatu sumber tetapi menggunakan khidmat berhutang dengan bank yang disediakan oleh pihak British. Perubahan yang dibawa oleh British juga menyebabkan ekonomi negeri Melayu ditingkatkan menerusi perlombongan bijih timah, perladangan kopi, penanaman lada hitam dan gambir serta seterusnya gula dan getah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
13

Golongan pelombong bijih timah ini merupakan masyarakat yang berdepan

dengan masalah kesihatan yang kronik kerana tidak mendapat makanan yang baik atau vitamin B1. Namun begitu, ada golongan pelombong bijih timah yang jatuh sakit, ia bergantung kepada nasib sama ada mereka akan boleh meneruskan kehidupan atau tidak. Seandainya mereka berhadapan dengan kematian, maka mereka perlu bersedia untuk dikeluarkan daripada komuniti di rumah kongsi pelombong-pelombong bijih timah. Kemajuan dalam perlombongan bijih timah sebenarnya telah menyebabkan juga pelombong-pelombong bijih timah di sekitar Selangor menghidapi penyakit beri-beri. Kesannya, pada tahun 1883 sebanyak 51% mati dalam jangka masa 24 jam kerana penyakit tersebut. Ubat-ubatan yang dibawa masuk dari Eropah juga tidak mampu merawat pesakit-pesakit dan sumber ubat-ubatan adalah terhad.14 Hasil pendapatan kerajaan pada 1887 telah meningkat sebanyak enam kali ganda dalam satu dekad, hutang Perang Sivil telah dibayar, landasan keretapi telah dibina dan dibayar. Oleh hal itu, sumber kewangan yang diperolehi mencukupi bagi melaksanakan satu program memberikan servis kesihatan di hospital bagi golongan yang tidak mampu

12

Shakila Yacob. 2008. The United States and the Malaysian economic. New York: Routledge. Hlm 23-24 13 Yen Ching-Hwang. 2008. The chinese in southeast Asia and beyond : socio-economic and politic dimensions. Singapore: World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd. 14 John M. Gullick. 1998. A history of Selangor. Hlm 111-113 7

membayar yuran dibina di utara pinggir bandar Kuala Lumpur dengan penyediaan jalan pintas bagi memudahkan kereta lembu membawa pelombong-pelombong yang sakit. Keadaan ini dikatakan bagi menyelamatkan pelombong-pelombong yang takut dengan penggunaan vaksinasi bagi merawat mereka. Ada juga tabib Cina yang terkenal membantu pesakit-pesakit ini dengan menggunakan kaedah rawatan herba tradisional.
15

Pihak British dilihat cuba membantu pelombong-pelombong yang sakit ini dengan membuka jalan raya di utara pinggi luar bandar Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Pembangunan bagi pengangkutan jalan raya beransur-ansur meningkat sehinggalah Perang Dunia Pertama berlaku menyebabkan kenderaan bermotor mula digunakan.
16

Pada tahun 1880, British memperkenalkan pengangkutan yang lebih maju ke hadapan iaitu penggunaan keretapi. Dengan alternatif pihak British, negeri Melayu turut disediakan keretapi pada 1889. Perubahan ini telah memberikan negeri Melayu mendapat keuntungan berlipat ganda dengan penghantaran hasil bahan mentah menjadi lebih cepat. Permintaan kereta lembu semakin meningkat apabila jalan darat banyak dibuka. Manakala, pejalan kaki mudah menggunakan trek yang telah dibina dari Klang menuju ke Kuala Langat. Pada masa itu, negeri Selangor memiliki beberapa jalan yang telah dibuka seperti dari Kuala Lumpur menuju ke perlombongan bijih timah Ulu Selangor dan Ulu Langat. Walaupun pembinaan jalan raya, jambatan dan landasan keretapi bertujuan bagi sektor perlombongan bijih timah, namun ia telah meningkatkan hasil pendapatan kerajaan negeri Selangor dari segi pengeluaran bijih timah di samping memudahkan golongan yang bekerja di perlombongan bjih timah tersebut menggunakan jalan tersebut di

15

16

Ibid. Hlm 113-115 Ibid. Hlm 102 8

samping laluan tersebut digunakan bagi masyarakat yang menunggang kuda kecil17. Kesannya, ekonomi negeri Selangor memperolehi peningkatan hasil pendapatan yang berlipat ganda. Persoalan yang wujud adalah kesemua jalan yang dibuka adalah bagi penggunaan pelombong-pelombong manakala bagi tiada jalan disediakan bagi golongan petani.18 Namun begitu, permasalahan ini tidak begitu ketara berbanding keperluan buruh dalam sektor pertanian ini. Penanaman kopi di Negeri-negeri Selat merupakan faktor kepada permulaan sektor pertanian kopi di Tanah Melayu. Selangor juga tidak terkecuali menanam kopi apabila Mr Hill yang menguruskan Lombong bijih timah di Ampang memilih beberapa tanah di sekitar Kuala Lumpur untuk memajukan kopi, teh, lada hitam dan pokok tropika. Melalui Mr Hill, bermulalah penanaman kopi secara besar-besaran di Selangor menerusi perusahaan persendirian seperti Syarikat Petaling Kopi, Syarikat Kpi Semenanjung Melayu dan lain-lain lagi. Idea Mr Hill ini telah memperkembangkan lagi sektor penanaman kopi dengan pengeksportan ke luar negara. Menerusi pertanian seperti lada hitam, kopi dan sebagainya, pihak British menggajikan imigran yang telah dibawa dari India. Imigran India ini digelar sebagai kuli yang diberikan gaji apabila mereka bekerja dengan sistem Kangani dan kerahan.
19

Sistem kangani ini bermula di negeri Pulau Pinang apabila masyarakat India berpindah ke negeri Melayu melalui rekrut. Kuli-kuli India ini akan direkrut terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan bekerja di dalam estet. 20

17 18

Ibid. Hlm 104 John M. Gullick. 2007. Selections from the Selangor Journal 1892-1897. Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Academe Art & Printing Services Sdn Bhd: Selangor. Hlm 42 19 Kangani, kebiasaannya adalah bekas pekerja estet yang memiliki lesen daripada kerajaan colonial dan ejen estet getah untuk menangani kontrak dengan orang lelaki daripada kampung di India. Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. 2001. A history of Malaysia. Great Britain. Palgrave Publishers Ltd. Hlm 174-175 20 Ibid. Hlm 311 9

Pada 1894, perladangan kopi secara besar-besaran menyebabkan ia menggantikan lada hitam dan kelapa bagi memperolehi sumber kewangan tunai di daerah Klang. Namun begitu, pada 1898, tanaman kopi mula merosot dan mengakibatkan tanaman kopi diganti pula dengan tanaman pokok getah.
21

Perubahan yang dibawa oleh British dalam

ekonomi Selangor bermula dengan penggunaan teknologi canggih seperti kapal korek di dalam perlombongan bijih timah, penanaman lada hitam kelapa secara besar-besaran dan penanaman kopi menggunakan tenaga buruh yang ramai. Kesimpulan Walaupun terdapat kemajuan di negeri Melayu seperti negeri Selangor, namun kemajuan hanya pada ekonomi namun masyarakat Melayu masih berada di kampung. British meluaskan kuasanya di negeri Melayu apabila melihat adanya percaturan kuasa antara golongan pemerintah Melayu.22 British membawa doktrinisasi memberikan bantuan kepada negeri Melayu yang menghadapi krisis peperangan seperti Perang Sivil. Maka, jalan penyelesaian kepada krisis tersebut adalah Perjanjian Pangkor yang dibuat oleh pembesar Perak di Pulau Pangkor digunakan ke atas negeri Melayu seperti Selangor atas sebab berlakunya keadaan huru-hara. Namun, British telah membawa pelbagai kesan perubahan yang memajukan ekonomi negeri namun masyarakat Melayu masih tidak membebaskan pemikirannya seperti berkemungkinan besar, masyarakat Melayu masih bergelar hamba jika British tidak menghapuskan perhambaan. Secara keseluruhannya, perluasan kuasa oleh pihak British terhadap negeri Melayu sebenarnya telah memberikan faedah pada masa kini.

21 22

John. M Gullick. 1998. A history of Selangor. Hlm 138 Charles Alfred Fisher. 1964. South east Asia : A social, economic and political geography. Great Britain: Hazell Watson & Viney Ltd. Hlm 638 10

Bibliografi Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. (2001) A history of Malaysia. Great Britain. Palgrave Publishers Ltd. Charles Alfred Fisher. (1964) South east Asia : A social, economic and political geography. Great Britain: Hazell Watson & Viney Ltd C. D Cowan. (1961) Nineteenth century Malaya: the origins of British political control. New York Toronto. Oxford University Press. John M. Gullick. (1998) A history of Selangor 1766-1939. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 130M. John M. Gullick. (2007) Selections from the Selangor Journal 1892-1897. Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Academe Art & Printing Services Sdn Bhd: Selangor Khoo Kay Kim. (2001) Malay society : Transformation and democratisation. Kelana Jaya. Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd Samuel Wee Tien Wang. British stratetegics interest in Straits of Malacca. Kanada: Simon Fraser University Shakila Yacob. (2008) The United States and the Malaysian economic. New York: Routledge Tomotaka Kawamura. Maritim Trade and Economic Development of Penang 1786-1830. Web. 25.4.2012. www.thinkcity.com.my/penangstory/.../tomokawamura%20penang Yen Ching-Hwang. (2008) The chinese in southeast Asia and beyond : socio-economic and politic dimensions. Singapore: World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd.

11

Anda mungkin juga menyukai