Anda di halaman 1dari 6

PERMAINAN SUKANEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SKARY 2012 BOLA KERANDA

1. Peralatan yang digunakan a) Tali 8 kaki x 2 x 5 kumpulan = 80 kaki ( 25 m ) b) Bola besar x 5 biji c) Kon d) Pita pelekat

2. Cara bermain Permainan ini dijalankan serentak 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 4 orang. 4 orang dari kumpulan yang pertama akan memegang 2 tali yang dibekalkan. Mereka akan cuba mengangkat bola dan mengusung bola menggunakan tali dan membawanya ke kumpulan yang kedua. Kumpulan yang kedua akan melakukan perkara yang sama dan akan membawa bola besar tersebut kepada kumpulan yang ketiga. Kumpulan yang ketiga akan membawa bola tersebut kembali ke kumpulan yang pertama.

3. Syarat permainan ialah a) Hanya tali sahaja yang dibenarkan digunakan untuk mengusung bola. Penggunaan tangan adalah dilarang sama sekali. b) Jika terdapat bola yang jatuh , maka kumpulan berkenaan haruslah mengangkat kembali bola itu dan meneruskan perjalanan tanpa perlu mengulang semula. c) Kumpulan yang pertama yang menyiapkan permainan akan dikira sebagai pemenang.

4. Markah akan diberikan mengikut jadual dibawah

Kedudukan/markah Pemenang

1 ( 1000 )

2 ( 700 )

3 (500 )

4 ( 400 )

5 ( 300 )

MASUK ANGIN MASUK JARING

1. Peralatan yang digunakan a) Bola kempis x 2 x 5 = 10 biji b) Gelung 3 x 5 = 15 gelung c) Plastik merah 2 x 5 = 10 helai d) Tiang bola jaring 3

2. Cara bermain Permainan ini akan dijalankan untuk 2 kumpulan dan 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 6 orang. Dua biji bola akan disediakan untuk setiap permainan. 2 orang akan berada di gelung yang pertama untuk mengepam bola, seorang akan berada di gelung kedua untuk memastikan bola dipam dengan cukup angin. Dua orang akan berada di gelung ketiga untuk membungkuskan plastik merah pada bola serta menjaringkan bola ke dalam tiang bola jaring. Setiap kumpulan akan diberi peluang untuk membuat lima jaringan. Setiap jaringan bernilai 200 markah . Selepas selesai membuat lima jaringan bola kedua akan diberikan untuk kumpulan yang kedua pula dengan cara permainan yang sama.

3. Syarat permainan ialah d) Setiap ahli hanya dibenarkan bermain sekali sahaja . e) Segala aktiviti yang terlibat perlu dilakukan didalam gelung sahaja. f) Kumpulan yang pertama yang menyiapkan permainan akan dikira sebagai pemenang.

4. Markah akan diberikan mengikut jadual dibawah

Jaringan/markah

5 ( 1000 )

4 ( 800 )

3 (600 )

2 ( 400 )

1 ( 200 )

CINA BUTA TANGKAP BASAH

1. Peralatan yang digunakan a) Belon 75 biji b) Baldi 10 c) Kain hitam tutup mata 5 helai d) Botol 50 biji e) Plastik sampah 10 f) Kon 10

2. Cara bermain Permainan ini akan dijalankan serentak untuk semua kumpulan. Hanya 9 orang sahaja akan bermain. 1 akan mengisi air kedalam belon. 2 orang ditugaskan untuk memimpin dan membaling belon sambil menutup mata. 4 orang akan menangkap belon yang telah dibaling itu dengan menggunakan plastik hitam sampah. 2 orang lagi akan mengambil belon yang telah di tangkap dan menuangkannya ke dalam botol yang telah disediakan. Permainan ini akan berlangsung selama 7 minit dan hanya satu kumpulan sahaja yang akan di kira sebagai pemenang iaitu kumpulan yang mengumpul air terbanyak di dalam botol.

3. Syarat permainan ialah a) Hanya 9 orang sahaja dibenarkan dalam permainan ini. b) Setiap aktiviti hanya dibenarkan dilakukan dikawasan yang disediakan sahaja. c) Setiap belon yang jatuh dan pecah tidak akan dikira. d) Setiap ahli yang terlibat dilarang sama sekali membantu rakan yang sedang beraksi.

MUTIARA DART

1. Peralatan yang digunakan a) Guli 10 x 5 = 50 biji b) Sudu kecil 5 c) Papan dart 3 d) Botol 5

4. Cara bermain Permainan ini akan dijalankan untuk 2 kumpulan dan 3 kumpulan. 10 ahli diperlukan untuk setiap permainan. Permainan ini dimulakan dengan mengambil guli di dalam baldi yang berisi air dengan hanya menggunakan sudu yang diberi. Peserta akan membawa guli itu ke point yang seterusnya dan memasukkan guli ke dalam botol yang disediakan . Kemudian peserta akan diberi satu dart untuk dibaling, setiap peserta akan diberi 1 peluang sahaja untuk membaling dart. Kemudian peserta akan kembali ke point yang asal untuk memberi sudu kepada peserta yang seterusnya. 5. Syarat permainan ialah a) Hanya 1 orang sahaja dibenarkan bermain dalam setiap pusingan. b) Peserta lain tidak dibenarkan membantu sama sekali. c) Setiap aktiviti dilakukan ditempat yang disediakan sahaja. d) Markah hanya akan diberikan sekiranya dart yang dibaling mengenai sasaran.

6. Markah dikira seperti berikut a) Setiap sasaran mempunyai markah yang telah ditetapkan. Setiap markah yang diperolehi akan didarab dengan 100. b) Bull Eyes akan di beri markah 10 000. c) Tiada sasaran 0 markah.

BORANG MARKAH

BOLA KERANDA

Kedudukan/markah Pemenang

1 ( 1000 )

2 ( 700 )

3 (500 )

4 ( 400 )

5 ( 300 )

MASUK ANGIN MASUK JARING

Jaringan / markah/ kumpulan LAKSAMANA PANGLIMA TEMENGGONG BENDAHARA MAHARAJA

1 ( 200 )

2 ( 400 )

3 ( 600 )

4 ( 800 )

5 ( 1000 )

JUMLAH

CINA BUTA TANGKAP BASAH PEMENANG MARKAH 1000

MUTIARA DART

BALINGAN/ KUMPULAN LAKSAMANA PANGLIMA TEMENGGONG BENDAHARA MAHARAJA

9 10

JUMLAH x 100 X 100 =_____ X 100 =_____ X 100 =_____ X 100 =_____ X 100 =_____

BULL EYES

MARKAH

MARKAH KESELURUHAN KUMPULAN \ PERMAINAN LAKSAMANA PANGLIMA TEMENGGONG BENDAHARA MAHARAJA BOLA KERANDA MASUK ANGIN MASUK JARING CINA BUTA TANGKAP BASAH MUTIARA DART JUMLAH

Anda mungkin juga menyukai