Anda di halaman 1dari 20

Teknik Penyuntingan Video

Proses penyuntingan dilakukan disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor utama mengapa proses penyuntingan dilakukan ialah bagi:
memadam bahagian yang tidak diperlukan memilih bahagian yang diperlukan membentuk aliran atau jalan cerita menambah elemen-elemen sokongan seperti kesan khas, kesan bunyi, teks, grafik dan sebagainya menambah mood atau jiwa pada video

Secara ringkasnya terdapat tiga kaedah atau teknik penyuntingan video yang utama iaitu:
teknik penyuntingan secara lansung teknik penyuntingan linear (analog) teknik penyuntingan tidak linear (digital)

Setiap teknik penyuntingan ini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Teknik Penyuntingan Secara Langsung


Penyuntingan video secara langsung boleh dilakukan secara langsung menerusi penggunaan beberapa alatan seperti kamera video serta alatan video lain seperti pusat pencampuran atau central mixing console dan sebagainya. Sumber video dari video kamera akan terus disalurkan ke pusat yang dinyatakan dan ianya boleh terus disunting secara terus atau dalam masa nyata (real time). Teknik penyuntingan secara langsung ini sering digunakan dalam penerbitan rancangan televisyen yang memerlukan tayangan atau siaran secara langsung dilakukan.

Teknik Penyuntingan Secara Linear


Teknik penyuntingan linear merupakan teknik penyuntingan video awal yang telah digunakan sebelum wujudnya teknologi komputer. Itu sebabnya, teknik penyuntingan video secara linear juga ada kalanya dikenali sebagai teknik penyuntingan: video secara analog. Ianya boleh dilakukan dalam pelbagai cara dan kebanyakannya adalah proses yang bersifat mekanikal.

Antara pendekatan utama bagi tujuan penyuntingan linear ialah menerusi kaedah pita ke pita (tape to tape). Selain daripada itu, terdapat juga beberapa teknik lain yang boleh digunakan bagi tujuan yang sama. Bahagian seterusnya akan membincangkan teknik-teknik penyuntingan video secara linear yang utama.

Penyuntingan Video dalam Kamera (In Camera Editing)


Teknik penyuntingan video dalam kamera atau in camera editing ini merupakan teknik penyuntingan video yang paling asas dan tidak memerlukan peralatan tambahan selain dari kamera video yang digunakan bagi tujuan rakaman. Apa yang perlu dilakukan ialah proses rakaman dilakukan berasaskan kepada skrip atau senarai semak yang dirancangkan. Setiap rakaman dilakukan dalam turutan jalan cerita yang telah dirancangkan dengan tempoh masa yang juga telah ditetapkan.

Penyuntingan Video Secara Selitan (Insert Editing)


Penyuntingan selitan atau masukan juga merupakan salah satu pendekatan penyuntingan linear yang popular digunakan khususnya bagi menghasilkan video yang diperlukan dalam tempoh masa yang pendek serta kos yang rendah. Melalui pendekatan ini, rakaman baru akan dirakamkan terus di atas bahagian video sedia adaTyang ingin digantikan atau yang tidak diperlukan lagi. Proses ini boleh terus dilakukan di lokasi asal rakaman dibuat ataupun sewaktu proses rakaman semula bagi tujuan penyuntingan.

Teknik penyuntingan sebegini dikatakan linear memandangkan proses penyuntingan perlu dilakukan secara linear. Dalam erti kata lain, proses penyuntingan bermula dari babak awal pada video sehinggalah kepada babak akhir secara berturutan. Ini juga bermakna sekiranya berlaku sebarang kesilapan, proses pemulihan atau pengubahsuaian agak sukar untuk dilakukan kerana ianya perlu dilakukan dari awal semula.

Walaupun teknik penyuntingan linear ini mula dianggap ketinggalan zaman namun demikian dalam beberapa keadaan ianya masih boleh digunakan. Ianya juga mempunyai beberapa kelebihan dan antara kelebihan teknik penyuntingan sebegini ialah:
alatan asas yang diperlukan mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. mudah untuk dikendalikan khususnya apabila tugastugas penyuntingan yang asas ingin dilakukan. Sebagai contoh, dalam proses menggabungkan dua klip video menjadi satu ataupun sekadar untuk memotong bahagian video yang tidak diperlukan.

Penyuntingan Video dari Pita ke Pita


Konsep asas penyuntingan sebegini ialah bahagian video yang diperlukan daripada satu pita video asal akan disalin kepada satu pita video yang baru manakala bahagian video yang tidak diperlukan akan dipadam atau diabaikan. Oleh yang demikian, ada kalanya pendekatan penyuntingan sebegini juga dikenali sebagai penyuntingan himpunan (assemble editing). Apa yang diperlukan bagi membolehkan penyuntingan video sebegini boleh dijalankan ialah pemain VCR (alat perakam pita video) dan skrin televisyen atau monitor. Berikut merupakan penerangan ringkas fungsi alatan utama bagi satu sistem penyuntingan linear.

VCR1 (VCR Sumber): Pita video yang mengandungi sumber 'video asal akan dimainkan menerusi VCR1.

VCR2 (VCR Perakam): Rakaman video yang baru akan disimpan ke dalam pita video yang baru di dalam VCR2.

Monitor atau Televisyen: Memaparkan apa yang dimainkan daripada pita video

sumber

rakaman

Pita video yang mengandungi video yang ingin disalin atau disunting akan dimainkan menerusi VCR sumber. Pita video yang akan digunakan untuk menyimpan video baru yang disunting pula akan dimasukkan ke dalam VCR perakam. Teknik penyuntingan sebegini biasanya memerlukan dua pemain pita video dan skrin atau monitor (televisyen juga boleh digunakan).

Proses Penyuntingan Video Secara Linear: Menggunakan Dua VCR


Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, dua buah VCR boleh digunakan dalam satu sistem penyuntingan video secara linear. Sebuah VCR akan bertindak sebagai VCR sumber manakala sebuah lagi VCR akan bertindak sebagai VCR perakam. Sekiranya dua VCR digunakan seperti yang dibincangkan, sambungan keluar audio dan video (AV output) pada VCR sumber perlu disambungkan dengan sambungan masuk audio dan video (AV input) pada VCR perakam.

Peringkat 1
Sambungkan peralatan seperti yang digambarkan berikutnya:

Pasangkan sambungan keluar AV (AV Output), VCR sumber kepada sambungan masuk AV (AV Input) pada VCR perakam. Pasangkan sambungan keluar AV (AV Output), VCR perakam kepada sambungan masuk AV (AV Input) pada monitor atau TV.

Peringkat 2
Memilih sumber masukan
Pasangkan sambungan masuk AV (AV Input), pada kedua-dua alat VCR perakam dan juga TV. Dengan sambungan sedemikian, pita video boleh mula dimainkan menerusi mana-mana VCR dan paparannya dipersembahkan menerusi skrin TV atau monitor.

Peringkat 3
Sambungkan VCR dengan monitor
Sebaik sahaja kesemua VCR selesai disambungkan, sambungkan pula setiap satunya dengan monitor masing-masing.

Peringkat 4
Mainkan video dan mulakan proses penyuntingan
Masukkan pita video yang ingin disalin atau disunting ke dalam VCR sumber. Masukkan pita video kosong yang akan digunakan bagi menerima video yang siap disalin atau disunting ke dalam mesin atau VCR perakam. Mainkan sumber video dari VCR sumber dengan menggunakan butang Play yang disediakan pada VCR tersebut. Dalam masa yang sama, tekan butang Rakam (Record) pada VCR Perakam. Untuk memotong mana-mana bahagian pada video asal, biarkan ianya terus dimainkan pada VCR sumber tetapi batalkan proses rakaman (boleh guna butang Stop atau butang Pause) pada VCR Perakam.

Apabila sampai pada bahagian video yang diperlukan, tekan kembali butang Record pada VCR Perakam. Ini menyebabkan proses rakaman yang diberhenti atau ditangguhkan tadi, diteruskan kembali. Lakukan perkara yang sama sehingga selesai semua bahagian video yang ingin disalin diperoleh dan dipindahkan dari pita video sumber ke dalam pita video yang baru. Secara tidak langsung, kaedah sebegini membolehkan hanya bahagian video yang diperlukan sahaja yang disalin ke dalam pita video yang baru. Ianya juga membolehkan anda menentukan turutan bahagian video yang akan disalin yang sekaligus membentuk satu video dengan jalan cerita yang baru. Dalam erti kata lain, satu proses penyuntingan video secara linear telah pun dilaksanakan.

Tugasan 4 ( Penyuntingan Secara Tidak Linear )


Pengenalan ( apakan maksud penyuntingan tidak linear ) Kelebihan penyuntingan tidak linear Apakah proses yang dilakukan. Kelengkapan yang diperlukan ( hardware atau software) Rumusan