Anda di halaman 1dari 4

PENGABAIAN PERANAN SUAMI ISTERI Pengabaian peranan suami isteri dipandang serius sebagai masalah sosial yang harus

dicegah kerana ia merupakan primasi yang boleh menjurus kepada wujudnya masalah sekunder dan tertier.Punca utama masalah dan kebahagian keluarga ialah peranan anggota keluarga itu sendiri yang terdiri daripada suami isteri dan anak .Menurut Teori Fungsional setiap ahli dalam mayarakat khususnya keluarga mempunyai peranan masing-masing yang harus dilaksanakan untuk memastikan kebahagiaan dan keharmonian dalam keluarga.peranan suami lebih kepada peranan instrumental iaitu peranan di luar rumah manakala isteri menjalankan peranan ekspresif iaitu peranan di dalam rumah seperti memasak,mengasuh anak dan lain-lain tetapi ini tidak bermakna isteri tidak trlibat daklam hal-hal di luatr rumah dan suami tidak terlibat dengan tanggungjawap di dalam rumah..Bukankah lagi baik mereka saling tolong menolong antara sesama sendiri kerana boleh mengeratkan hubungan kasih sayang. Sebelum mendirikan rumahtangga, seharusnya suami isteri mempersiapkan diri dengan ilmu rumah tangga dan keibubapaan .mereka harus memahami tanggungjawap apabila menjadi suami isteri atau ibu bapa.Mereka harus mempersiapkan diri dari segi fizikal emosi dan mentaliti untuk menghadapi cabaran dan kemungkinan yang bakal mendatang kelak.Ilmu ini boleh di perolehi melalui pembacaan, pembelajaran yang tidak formal dari orang yang berpengalaman dalam perkahwinan,menghadiri kursus ,perkahwinan atau motivasi keibubapaan dan ceramah tentang tekni-teknik menjaga hubungan suami isteri dan mendidik anak.Menurut Haji Hashim Haji Salleh Perunding Motivasi dan Kaunseling Dan Pengarah Urusan Kumpulan Motivasional &Counselling Consultancy Bukit Tinggi Bussines Management,menjadi ibu bapa yang baik bukan sahaja menyediakan keperluan asas tetapi dalam masa yang sama mendidik anak untuk menjadi orang yang berguna .Cara mendidik anak hendaklah sesuai dengai peredaran zaman dan peringkat umur anak-anak.Di sinilah dapat di lihat betapa pentingnya ilmu khususnya ilmu

keibubapaan bagi suami isteri dalam menjalankan peranan masing-masing. Perselisihan faham dan pergaduhan antara suami isteri juga akan mengakibatkan salah seorang atau keduanya mengabaikan peranan terhadap keluarga secara sengaja atau secara tidak sengaja.Ini mungkin kerana perasan marah atau benci yang menyebabkan individu itu enggan melaksanakan tanggungjawap atau boleh jadi juga kerana keserabutan fikiran memikirkan pergaduhan tersebut dan mungkin mengakibatkan tekanan emosi dan fikiran yang boleh menyebabkan tanggungjawap di abailkan atau tidak dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.sudahnya terjadilah masalah seperti suami melakukan hubungan dengan wanita lain atau berpoligami secara tidak adil sehingga mengabaikan anak isteri dan juga kes penderaan anak anak kerana ibu tidak dapat mengawal emosi dan marahnya.Konflik di lihat sbagai salah satu punca pengabaian peranan suami isteri. Dalam teori konflik yang sepertimana kita tahu terdapat dua jenis iaitu teori Marxist dan teori konflik non Marxist. Dalam masalah pengabaian ini lebih sesuai kita merujuk teori konflik non Marxist yang diutarakan oleh salah satu ahlinya iaitu Ralf Dahendrof .Teori ini mengemukakan tentang sesuatu konflik yang timbul adlah disebabkan oleh perbezaan minat dan nilai pegangan antara satu sama lain contohnya dalam masalah ini isteri berpendapat bahawa hal tugas mendidik anak adalah tugas bersama manakala suami yang memegang nilai dan fahaman bahawa tugas mendidik anak adalah tugas kaum isteri akan tetap dengan prinsipny lalu membiarkan semua tanggungjawap tentang anak digalas di bahu isteri sahaja.Ini boleh menyebabkan timbulnya konflik dalam rumahtangga.Adakalanya masalah sosial bukan lah konflik tersebut tetapi lebih kepada bagaimana konflik itu dinyatakan .Menurut teori ini ,penyelesaianya ialah perundingan dan perbincangan untuk memutuskan penyelesaian yang wuju akibat perbezaan pendapat itu.dan seharuisnya keputusan yang dibuat akan menyenangkan kedua belah pihak iaitu suami isteri.tetapi kadangkala akibat daripada konflik nilai itu sering

dipengaruhi oleh kuasa iaitu kuasa yang lebih berpengaruh akan berpeluang membuat keputusanyang menguntungkan pihaknya sahaja ,dalam masalah yang kita kaji ini dapat dilihat suami lebih berkuasa seharusnya tidak menggunakan kuasa veto yang ada padanya untuk menindas isteri haruslah wujud sikap saling membantu dan memahami . Kompromi dan bertimbang rasa juga harus diamalkan ,contohnya dalam hal mencari nafkah yang sebenarnya tugas suami ,isteri juga boleh menbantu meringankan beban suami dan untuk memperbaiki taraf ekonomi mereka .Namun begitu, pertolongan isteri ini tidak seharusnya di ambil kesempatan dengan malas bekerja dan hanya mengharapkan gaji isteri.Para isteri harus tegas dan tiada konpromi dalam hal pengabaian ini.langkah pertama ialah dengan menasihati dan menegur suami dan berbincang ,jika cara itu tidak berkesan juga isteri boleh mrujuk dan membuat aduan di pejabat agama atau jabatan kebajikan untuk memastiakn hak dan kebajiakn nya dan anak-anak tidak terabaidan di tinda oleh suami.

FAKULTI :SASTERA DAN SAINS SOSIAL JABATAN:PENTADBIRAN DAN KEADILAN SOSIAL KOD KURSUS:APEAIIO5 TAJUk :bagaimamana pengabaian peranan suami isteri dapat diatasi NAMA SUBJEK:Pengantar masalah sosial PENSYARAH:PROF HADI. NAMA PELAJAR:NOORHAYATI NUAIM BINTI ROSLI NO MATRIK:AEAO90189