Anda di halaman 1dari 10

NAMA PENUH BANGSA AGAMA NO KAD PENGENALAN TARIKH LAHIR NO SIJIL LAHIR NAMA BAPA ALAMAT PEKERJAAN BAPA

TEL PEJABAT TEL BIMBIT

MOHAMAD MARZUQ BIN MOHD FAUZI MELAYU ISLAM 000702050695 2 JULAI 2005 AR 26822 MOHD FAUZI BIN HAMID LOT 196 JLN 1, KG PAYA TOK BETOK, SG ULAR, KULIM. PESARA TENTERA 0125680103

FAEDAH MENABUNG Yang berusaha saudari pengerusi majlis.Yang dihormati guru-guru besar.Para hakim yang arif lagi bijaksana.Yang dihormati guru-guru,ibu bapa,seterusnya rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera kepada para hadirin sekalian.Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk"faedah menabung".Menabung adalah satu sikap yang baik dan mesti kita amalkan.Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk kita belanjakan di sekolah.Jika kita seorang murid yang baik,kita tidak akan membelanjakan kesemua wang saku tersebut.Sebahagian wang saku mestilah kita menyimpan di dalam tabung.Sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.Wang saku yang mulanya disimpanya ke dalam bank pula.Banyak faedah yang kita akan dapat apabila mengamalkan sikap suka.Antara faedah yang kita dapat ialah dapat membantu apabila berlaku kesempitan wang. Duit tabungan juga dapat digunakan untuk membeli buku-buku rujukan sekolah.Duit tersebut juga boleh digunakan semasa diuniversiti kelab.Menabung adalah sifat yang amat mulia. Akhir sekali saya ingin berpesan supaya sifat suka menabung ini mesti boleh dilatih dari peringkat sekolah rendah lagib.Orang yang berjimat-cermat akan serang kemudian hari.Oleh itu marilah kita amalkan sikap suka menabung.Sekian terima kasih.

FAEDAH BERSUKAN

Semua orang perlu bersukan sebanyak tiga kali seminggu. Bidang sukan sangat penting kepada masyarakat dan negara. Ini kerana bersukan dapat menyihatkan badan. Bersukan juga mempunyai kepentingan tersediri. Kita boleh bersukan untuk mengisi masa lapang. Cara ini dapat membantu kita mengisi masa lapang dengan berfaedah. Cara ini juga dapat menolong kita mencergaskan badan. Perbuatan ini boleh menepati peribahasa badan cergas otak cerdas Selain itu, bersukan dapat membantu kita menjaga kesihatan. Semasa kita bersukan, badan kita mengeluarkan peluh. Secara tidak lengsung, garam yang berlebihan dikeluarkan. Dengan ini, kita tidak akan mudah menjadi gemuk. Di samping itu, bersukan juga dapat mengelakkan diri kita daripada terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat. Kita juga tidak akan melakukan kegiatan yang tidak seronok jika kita bersukan. Jenayah di negara kita juga dapat dikurangkan. Bagi mereka yang berbakat dalam bidang sukan, mereka boleh mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara dengan mengambil bahagian dalam pertandingan, seperti Lee Chong Wei. Jaguh-jaguh sukan sebegini akan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Oleh itu, semua pihak harus sedar akan kepentingan bersukan. Jika semua masyarakat bersukan, maka kes jenayah di negara dapat dikurangkan dengan mudah.

FAEDAH MENJAGA KEBERSIHAN

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Tuan Guru Besar,panel hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.Assalamualaikum saya ucapkan. Syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi ini bertajuk "Kepentingan Kebersihan".

Kebersihan merupakan kunci kesihatan,apa yang dikatakan kebersihan. Kebersihan adalah satu ciri yang penting kepada kita. Ia melambangkan kesucian,kejernihan dan terhindar daripada segala keburukan.

Semua orang mahu kelihatan bersih. Kebersihan tubuh badan meliputi kebersihan anggota seperti rambut,kuku kulit dan sebagainya. Rambut dan kuku merupakan angota yang perlu dijaga rapi. Kita mesti mencuci rambut dan memotongnya supaya kelihatan kemas. Kita juga hendaklah mandi sekurangkurangnya tiga kali sehari. Kebersihan alam sekitar akan menjamin kehidupan yang baik. Tentu kita tidak selesa kalau persekitaran kita tidak bersih. Sampah sarap dan udara yang kotor menyebabkan kita lemas dan sentiasa diburu penyakit. Fikiran yang bersih membawa maksud fikiran yang tidak dicampuradukkan dengan fikiran yang kurang sihat. Jika fikiran sihat tentu kita tidak akan membuang sampah, merosakkan harta benda awam dan sebagainya.

PETUA 5A UPSR

Pemakanan sangatlah penting o Amalkan makan kismis or kurma di pagi hari sebelum menjamah apa jua makanan. Kan kita tahu ianya banyak khasiat termasuk meningkatkan daya ingatan o Susu juga perlu diambil dalam menu kita, selalu le ada minuman ini, tak kira le susu kotak ke, susu bancuh ke, susu apa-apa le o Elakkan makan junk food (alamak yang di selalu aja diberi) dan juga air berkabonat (air gas sesetengah orang panggil). Tapi kadangkadang bolehlah maklumlah bila kita pergi kat fast food layan aja benda alah ni

Tumpuan dalam kelas sangat penting, yang ni tak tahu le agaknya macam mana uncle tahu sama ada tumpuan diberi ke tak. Apa-apa pun, bila kita fokus apa yang guru ajar, mudahlah kita ingat Homework perlu disiapkan dengan secepat yang mungkin, so jangan suka tangguh-tangguh. Selain daripada itu, latih-tubi or latihan dengan menggunakan buka tambahan yang boleh kita beli kat kedai pun perlu dibuat. Banyak kali kita buat mudahlah kita fahami subjek tu. Anak uncle tu tak pun pergi tuisyen

Tidur mesti awal, maybe dalam pukul 10.00 malam paling lewat. Kalau tidur awal, bangun pun awal so minda kita tak le terburu-buru kan, tenang sentiasa Kena awasi anak-anak dengan sebaik yang mungkin, maklum sekarang ni banyak benda yang boleh melalaikan, i.e. internet, TV dan macam-macam lagi le. At the same time, kita beri le mereka access teknologi ni tapi dengan monitoring daripada kita Pergaulan pun sangat penting sebab kawan kita akan mempengaruhi cara mereka bertindak or berfikir. So pandai-pandai le cari kawan Ambil tahu mengenai pelajaran anak-anak. Kalau boleh rapport @hubungan dengan guru penting, boleh kita bertanyakan khabar mengenai anak-anak di

sekolah, apa masalah diaorang dan juga menunjukkan kita care mengenai pelajaran mereka Rasanya itulah sedikit sebanyak yang saya ingin share, jangan malu-malu boleh tambah.

Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM juga boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda. Sepertimana kita maklumi, kira-kira 3 minggu lagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan di adakan. ana percaya disaat ini pelajar-pelajar bertukus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Mungkin musim cuti ini ada sekolah membuat kelas tambahan, gerak gempur, bengkel dan sebagainya. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar menghadiri tusyen sebagai persediaan dan persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Apapun gunakan masa cuti ini sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran supaya masa tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Dengan demikian, di sini kalam ini ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah : 1. Semak jadual Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari. 2. Kunci peperiksaan Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan. 3. Tentukan keutamaan Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekalikali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon. 4. Banyak mengingat dan membuat kaitan Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan. 5. Merancang persiapan peperiksaan Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari. Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan. Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu. Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda. Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah. b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang. Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian. Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda. c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan. 7. Berdoa dan bertawakal Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan. Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti. Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? JommMai kongsi bersama cikgu..he he he

Anda mungkin juga menyukai