Anda di halaman 1dari 8

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung. Contoh: a. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut serta sopan-santun yang tinggi nilainya lagi mulia. Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk di atas iaitu: 1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia. 2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut. 3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang tinggi nilainya lagi mulia.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

1. Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. 2. Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan : kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam,

bak, umpama. 2. Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada lapan jenis. (a) Keterangan akibat, contoh : 1. Murid-murid itu bermain hingga lupa hendak waktu rehat telah habis. 2. Angin terlalu kencang hingga banyak pokok yang tumbang. (b) Keterangan musabab, contoh : 1. Beberapa buah rumah di pantai timur musnah kerana dilanda ribut dan puting beliung. 2. Oleh sebab salah faham Azli dan adiknya sering bergaduh. 3. Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. (c) Keterangan syarat, contoh : 1. En. Azmi akan membawa anak-anaknya pergi melancong kalau mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. 2. Pihak sekolah akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang bersalah itu sekiranya tuduhan itu benar. (d) Keterangan waktu, contoh : 1. Dia hidup senang setelah menjalankan perniagaan sendiri. 2. Ketika remaja lagi bakat kepemimpinanya sudah terserlah. (e) Keterangan pertentangan, contoh: 1. Dia masih belum mendapat pekerjaan walaupun telah berusaha bersungguhsungguh. 2. Sungguhpun gagal ke peringkat akhir, dia tetap berpuas hati akan prestasinya. (f) Keterangan harapan, contoh: 1. Dia bekerja denan gigih supaya dapat membaiki taraf hidup keluarganya. 2. Program kitar semua diperkenalkan agar alam sekitar negara tidak tercemar. Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu : Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

1. Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. 2. Ayat majmuk pancangan komplemen ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Contohnya: a). Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan bahawa kematian akibat wabak denggi semakin meningkat . b). Pengetua menjelaskan bahawa kelas tambahan akan mula diadakan pada bulan Mac. c). Sungguh sukar untuk saya melengkapkan tugasan itu . 3. Bahagian yang bergaris dalam ayat di atas ialah ayat komplemen, iaitu yang berfungsi sebagai objek tepat kepada kata kerja transitif seperti mengumumkan dan menjelaskan, selain menjadi pelengkap kepada ayat utama. 4. Terdapat kata kerja transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; menafikan, menyatakan, menyebut, menegaskan, mengharapkan, menyedari, mengakui,melaporkan, mengesahkan . 5. Selain menjadi objek, ayat komplemen juga menjadi pelengkap kepada frasa kerja tak transitif yang lazimnya menggunakan imbuhan ber-... contohnya; a). Mereka berpendapat bahawa masalah itu telah selesai. b). Kami beranggapan bahawa penyelesaian itu hanya sementara . 6. Bahagian yang bergaris dalam ayat di atas ialah ayat komplemen, iaitu yang berfungsi sebagai pelengkap kepada frasa kerja tak transitif seperti berpendapat dan beranggapan. 7. Terdapat sebilangan kata kerja tak transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; bermaksud, berpendirian, berpandangan, berfahaman, bersetuju, berharap. 8. Kesimpulannya, ayat pancangan komplemen berfungsi sebagai objek dan pelengkap, berdasarkan kata kerja atau frasa kerja dalam ayat utama.

Ayat Majmuk Pancangan Relatif

1. Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. 2. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunakan kata hubung. 3. Perhatikan contoh berikut: (1) Kanak-kanak itu cedera. (2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak En. Azman. (3) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak En. Azman. Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan kanak-kanak itu dan menggunakan kata hubung yang. (1) Jefri membeli novel A. Samad Said. (2) Novel A. Samad Said baru dipasarkan. (3) Jefri membeli novel A. Samad Said yang baru dipasarkan. Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang. Ayat Majmuk Pancangan

1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. 2. Dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. 3. Ayat kecil dipancangkan dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. 4. Dalam Bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: (a) ayat majmuk pancangan relatif (b) ayat majmuk pancangan komplemen (c) ayat majmuk pancangan ayat keterangan.

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU iii. Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat

majmukatau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.Ayat sedemikian biasanyapanjang.Contoh ayat majmuk campuran dalam petikan pertama ialah:a. Panglima Awang yang berbadan sasa serta menguasai ilmu persilatantidak berdiam diri.Terdapat tiga ayat kecil dalam ayat majmuk di atas, iaitu:a . P a n g l i m a A w a n g b e r b a d a n s a s a b.Panglima Awang menguasai ilmu persilatan.c . P a n g l i m a A w a n g t i d a k b e r d i a m d i r i . Ayat a dan ayat b digabungkan dengan perkataan yang sementara ayat cdipancangkan melalui proses relatif ke dalam ayat induk. SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008 25

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2. Analisis contoh ayat majmuk berdasarkan petikan kedua.i. Ayat majmuk gabungan ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam petikan kedua ialah: a. Spesies bunga raya yang dimaksudkan ialah Hibiscus sadariffal atau lebih dikenali dengan nama roselle. b. Pokok roselle tumbuh daripada biji benih atau keratan batang. c. Bahagian ini mempunyai rasa yang amat masam dan dapatdiproses menjadi minuman. d. Seperti pokok bunga raya yang lain, pokok roselle s u k a r dijangkiti penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar. e. Di sudan pula, roselle diproses menjadi minuman tradisionaly a n g dinamakan karkadeh dan m e r u p a k a n m i n u m a n kebangsaan orang Sudan. ii. Ayat majmuk pancangan Ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam petikan kedua ialah: a. Hibiscus rosasinensis

ialah bunga raya yang menjadi kebanggaanrakyat Malaysia sebagai bunga kebangsaan negara. b. Pokok roselle mudah tumbuh di negara kita yang beriklim tropika. c. Di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak yang baik untuk kesihatan.Ayat-ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan ayat relatif di manaayatnya ditandai dengan penggunaan perkataan yang.iii. Ayat majmuk campuran. Contoh ayat majmuk campuran dalam petikan kedua ialah: a. Salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jikadibandingkan dengan bunga raya biasa. b. Tahukah kamu daun dan batang muda roselle juga boleh dimakansebagai ulam atau salad dan boleh dijadikan perasa dalam kuah kari? SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008 26

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU Bibliografi Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul HamidMahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr. Seman Salleh dan M u n s y i Zainal Abidin kasim. (2008). Pembelajaran Morfsintaksis BahasaMelayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi danSintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Sasbadi Sdn. Bhd. Abdul Talib Mohd. Hassan. (1995). Saga. K u a l a L u m p u r : U t u s a n Publication and Distributors Sdn. Bhd. http://www.tutor.com.my/tutor http://www.ideal.upmedu.my/~ideal/tugasan/bacelor/BBM3202 mingguo5.ppt.

Bibliografi Goay Teck Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahman. 2008. Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Petaling Jaya. Pearson Longman. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj, Musa, dan Abdul Hamid Mahmud. 1993. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustka. Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd. http://bmmaya.blogspot.com/2009/05/ayat-majmuk-pancagan.html http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm www.tutor.com.my. Portal Pendidikan Utusan

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul HamidMahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr. Seman Salleh dan M u n s y i Zainal Abidin kasim. (2008). Pembelajaran Morfsintaksis BahasaMelayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi danSintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Sasbadi Sdn. Bhd. Abdul Talib Mohd. Hassan. (1995). Saga. K u a l a L u m p u r : U t u s a n Publication and Distributors Sdn. Bhd. http://www.tutor.com.my/tutor http://www.ideal.upmedu.my/~ideal/tugasan/bacelor/BBM3202 mingguo5.ppt.

Anda mungkin juga menyukai